
Adakah
 terdapat tangan ghaib yang tidak berasa senang melihat keadaan dua 
pemain bintang yang berlainan agama begitu akrab? adakah tindakan Ronaldo tidak bersalaman dengan pemain Israel ketika perlawanan persahabatan ketika
 dahulu atau kemurahan hati Cristiano Ronaldo mendermakan jutaan dollar 
kepada rakyat Palestine merupakan kisah yang tidak menyenangkan bagi 
mereka? Mungkin mereka menganggap bahawa tindakan itu adalah pengaruh 
hidup Ozil sebagai seorang Islam yang kita sudah tahu beliau seorang 
pemain muslim yang taat kepada suruhan agama. 

Banyak
 khabar angin yang tersebar luas mengatakan Ozil menjadi mangsa kepada 
Estadio Santiago Bernabeu. Ramai pihak tertanya-tanya, kenapa Ozil dikorbankan?
Sememangnya, ramai yang kecewa dengan perpindahan Ozil ke
 Arsenal. Ozil seorang pemain yang konsisten dan sering memberi 
sumbangan besar kepada kejayaan Madrid setakat ini. Selama tiga tahun 
menyarung jersi Los Blancos sejak 2010/2011, Ozil telah menjaringkan 19 
gol dalam 104 penampilan.
Individu yang sangat merasai kehilangan Ozil adalah Ronaldo. Setakat ini, Ozil sentiasa membantu Cristiano Ronaldo dengan hantaran tepat yang dapat menghasilkan 168 gol dalam tiga musim di Madrid.
Bukan itu sahaja yang membuat Cristiano Ronaldo merasai kehilangan sahabatnya itu, 
 Ozil dikenali sebagai seorang Muslim yang taat yang tidak teragak-agak 
untuk menjelaskan kepada Ronaldo tentang kandungan al-Quran yang 
diamalkannya.
"Ozil
 membaca ayat al-Quran sebelum permainan, dan dia juga mengajar 
ayat-ayat kitab suci Islam kepada bekas rakan sepasukan Ronaldo," 
Dilaporkan Daily Mail, Khamis lalu (5 September 2013).
"Penjualan Ozil adalah berita buruk bagi saya," kata Ronaldo.
Bagi Ronaldo, Ozil adalah rakan sekerja, kawan dan guru rohani yang terus memberikan sokongan di dalam dan di luar lapangan hijau.
 azizulhakim91
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan