Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
Sesiapa yang mandi 
pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh 
tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang
 yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban 
seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya 
seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang 
sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor 
biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama 
halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang 
datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban 
dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para 
malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah.
DetikIslam
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan