
Ramai golongan 
pekerja sanggup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card 
tidak merah.Ramai pelajar mampu bangun awal demi mengelak terserempak 
dengan pengawas atau dimarahi cikgu disiplin.Tetapi kenapa masih ramai 
yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih 
mudah dan bersemangat bangun Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip
 berikut:
1. Ikhlaskan niat hanya kerana Allah s.w.t. dan berikanlah 
hak-hakNya.Niat yang ikhlas akan mendorong anda mengorbankan apa-apa 
kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan bantal yang empuk,
 kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
2.Tanam tekad yang jitu, semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
3. Bertaubat daripada dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
4. Memperbanyakkan berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
5. Carilah kawan yang baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) 
yang boleh sama-sama bangun awal dan solat Subuh.Jika berseorangan 
terasa lemah untuk mujahadah, bertemankan sesama beribadah dan melakukan
 ketaatan.
6. Latih diri untuk tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan 
tidur awal agar mudah bangun awal, berwuduk sebelum tidur, tidur 
mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak kerana 
ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.Jauhilah juga minuman 
berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah tidur
 malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan 
berkemungkinan terlepas solat Subuh.
8. Pasang penggera yang boleh mengejutkan anda bangun untuk solat 
Subuh.Tetapkan supaya penggera berbunyi beberapa minit sebelum azan 
Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati azan Subuh terutamanya lafaz 
“solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian bingkas dan lekas 
berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.
9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah dengan diri sendiri dan keluarga.
10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya, kedinginan 
hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk, 
mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin 
menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.
 www.fuh.my
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan