Acute
 Gastroenteritis adalah satu penyakit yang sering melanda ketika 
majlis-majlis perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri diadakan 
ataupun sekadar majlis kenduri kahwin kecil-kecilan . Ia menyerang tidak
 kira peringkat usia, tua, remaja sehinggalah ke budak kecil. Ada yang 
menggelarkannya "keracunan makanan". Hakikatnya tiada racun di dalam 
makanan itu tetapi ia adalah "makhluk halus" atau mikroorganisme yang 
menyebabkan anda mengalami gejala penyakit.
Acute
 Gastroenteritis atau AGE didefinisikan sebagai penyakit yang 
menyebabkan gejala cirit-birit yang kerap dengan atau tanpa 
gejala-gejala lain seperti loya, muntah, demam dan sakit perut. Cirit 
birit ialah konsistensi najis yang cair dengan kekerapan yang lebih 
daripada biasa.
 Penyebab utama penyakit ini merebak adalah daripada sumber makanan yang
 tercemar ataupun sentuhan individual yang terkena virus, bakteria atau 
parasit yang berkenaan. Virus yang selalu dikaitkan dengan AGE ialah 
rotavirus. 60%-70% kes AGE adalah disebabkan rotavirus (lihat gambar 
sebelah). Antara bakteria yang menyebabkan AGE ialah Salmonella, E.Coli 
dan Shigella, manakala parasit yang menyebabkan AGE ialah Giardia 
Lamblia.

Air yang tidak dimasak seperti 
dalam kiub ais boleh menjadi penyebab utama kepada AGE. Pernah suatu 
ketika di Kelantan, penyebaran penyakit Demam Kepialu oleh Salmonella 
Typhi berasal daripada sebuah kilang ais yang tercemar. Makanan yang 
telah lama dimasak dan sudah sejuk seperti rendang (yang juga kaya 
dengan santan dan minyak) merupakan tempat yang baik bagi bakteria 
membiak. Kuman juga boleh merebak dari seseorang yang lain melalui 
sentuhan seperti bersalam-salaman ataupun berkongsi makanan yang 
tercemar.
 Kebiasaannya,
 pesakit yang terkena AGE ini akan selalu ke tandas kerana cirit birit. 
Kadangkala dia akan muntah 3-4 kali dan dalam masa yang sama mengalami 
kesakitan perut yang teramat sangat. Kesakitan perut yang seperti 
kekejangan perut ini akan datang setiap 5-10 minit. Ini adalah 
disebabkan proses peristalsis otot di saluran usus sebagai timbal balas 
terhadap virus atau bakteria tadi. Demam yang sangat tinggi mungkin 
disebabkan oleh bakteria. Pesakit AGE akan mengalami masalah ini selama 1
 hari sehingga 5 hari. Tanda pemulihan boleh dilihat sekiranya najis 
sudah tidak lagi cair dan tiada lagi gejala-gejala yang disebutkan di 
atas.

Untuk kanak-kanak kecil 
terutamanya, AGE boleh menyebabkan kekurangan air yang serius. Demam 
yang tinggi, muntah-muntah dan cirit-birit boleh mendatangkan dehidrasi 
yang boleh membahayakan nyawa mereka. Dehidrasi menjadi bertambah dengan
 ketakutan untuk meminum air dikhuatiri menyebabkan muntah yang 
berterusan sekiranya mereka makan atau minum. Mereka akan kelihatan 
tidak bermaya, asyik terbaring dan mata bertambah cengkung. Sekiranya 
dehidrasi teruk berlaku, adalah lebih baik mereka di hantar ke hospital 
untuk dimasukkan air melalui saluran darah.
Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu teruk, maka pe ngambilan
 air yang bersih adalah digalakkan. Ini termasuk pengambilan Oral 
Rehydration Salt (ORS) bergantung kepada kekerapan pembuangan najis. 
Kanak-kanak mungkin boleh mengambilnya sedikit-sedikit di dalam beberapa
 sudu selama selang 3 minit sekiranya kerap muntah. Untuk orang dewasa, 
pengambilan ubat seperti loperamide/lomotil di dalam kes cirit berdarah 
adalah tidak dibenarkan. Buscopan boleh mengurangkan gejala sakit perut 
dengan berkesan.
ngambilan

Membasuh
 tangan sebelum dan makan adalah salah satu cara yang sangat efektif 
untuk mengelakkan daripada AGE. Ini adalah kerana setelah bersalaman 
dengan ramai tetamu di kalangan saudara mara dan sahabat handai, anda 
tidak mahu kuman-kuman yang baru melekat di tangan anda itu masuk sekali
 ke dalam mulut anda bersama-sama dengan juadah hidangan hari raya. 
Jangan jadikan hari raya ini satu tragedi. Elak sebelum kena. Ikut 
sunnah Rasulullah SAW yang sangat mudah. Basuh tangan sebelum makan.
Sumber: drazwan.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan