PERTIMBANGAN  sedang dibuat apakah harga runcit minyak akan naik atau kekal setakat  yang ada yang rasanya sudah cukup tinggi dan membebankan.
Jika naik dikatakan mungkin setinggi 20 sen seliter. Tidak lari dari berbelas-belas sen.Cakap-cakap  tentang kenaikan itu ialah kerana kajian tentang harganya sudah  ditentukan sekarang setiap enam bulan sekali. Genap enam bulan itu tiba  pada Jun ini.
Kemungkinan  naik ialah disebabkan harga minyak di pasaran dunia biasanya naik  menggila. Bila ia naik maka Malaysia yang mengeluarkan minyak itu pun  menaikkan harga runcitnya.
Sekali  pun Malaysia negara pengeluar minyak tetapi Malaysia bukan syurga bagi  pengguna minyak. Ia tidak bertuah seperti lain-lain pengeluar minyak,  kendati pun minyak naik di pasaran dunia tetapi pengguna minyak tempatan  menikmati hanya minyak yang amat murah.
Bagi  negeri itu sebotol air mineral jauh lebih mahal dari seliter minyak. Di  negeri kita, air mineral mahal dan minyaknya juga mahal.
Bila  minyak didesas desuskan akan naik, maka ia dipercayai akan naik. Bila  ia naik maka ia akan diikuti oleh naik segala-galanya.
Kerajaan  manusia yang ada di Malaysia tidak berupaya untuk mengelakkan membayar  lebih dari harga yang ada sekarang. Dalam bahasa biasanya ialah harga  barang akan naik.
Barang-barang  dari dulu hingga sekarang sebenarnya tidak berupaya dicegah oleh  kerajaan. Bukan kerajaan yang dapat menentu dan mengawal harga. Ia  ditentukan oleh peniaga. Kerajaan tidak cukup polis untuk mencegah  mana-mana saudagar dan pembekal dari menaikkan harga.
Bila  kerajaan tidak beri persetujuan harga dinaikkan, maka barang pun hilang  dari pasaran. Buat apa pun tak jalan melainkan setuju ia dinaikkan.  Bila naik barang pun ada balik.
Siapa  juga jadi menteri, seiapa juga jadi menteri kewangan dan siapa juga  jadi perdana menteri, maka belum ada yang benar-benar dapat mengawal  harga barang kerana ia ditentukan oleh para peniaga. Sah kerajaan  menjadi pihak yang tidak berkuasa mengawal harga barang dan gagal dalam  membendung kenaikan harga.
Tetapi  harga yang dirasakan naik itu sebenarnya bukan kerana ia sengaja hendak  dinaikkan begitu saja tetapi apa yang terjadi yang menyebabkan  penggsuna terpaksa membayar lebih ialah disebabkan oleh nilai wang itu  jatuh.
Duit  seringgit 20 tahun dulu cukup untuk  secawan teh atau kopi susu bersama  sekeping  rota canai dan satu kuih yang lain. Tetapi seringgit hari ini  sekeping roti canai dan secawan kopi o tak cukup. Sekadar RM4 ribu dulu  cukup bagi seorang naik haji ke Mekah. Tetapi sekarang duit sejumlah  itu sekarang layak untuk umrah kurang dari dua minggu.
Bagi  yang menabung di Tabung Haji yang mencarum tetap sekian banyak sebulan,  lagi lambat dia mencukupkan keperluan yang dikehendaki bagi membolehan  dia naik haji, lagi lambatlah dia naik haji, sampai bila pun keperluan  itu tidak akan cukup melainkan dia terpaksa mencukupkannya dengan cara  lain untuk membolehkannya naik haji.
Mengapa?  Kerana kerajaan tidak dapat mengawal nilai duit. 20 dan 30 tahun dulu  kita kata Indonesia tidak dapat mengawal nilai rupiahnya. Orang yang  bertahun-tahun menyimpan  wang untuk membeli rumah atau motokar, apabila  agak cukup simpanan itu, tiba-tiba nilai rupiah jatuh mendadak. Duit  yang mereka simpan tiba-tiba nilainya tinggal separuh.
Sepuluh  tahun dulu saya selalu ke Istanbul. Liranya jatuh setiap jam. Dolar  Amerika yang ditukar sebelah pagi dapat sekian banyak. Jika ditangguh  hingga tengah hari, lebih banyak Lira diperolehi dari dolar yang sama.  Sebelah petang lagi banyak.
Jika  ada cukup Lira untuk membeli sesuatu barang, belilah masa itu juga.  Jika tunggu esok, harganya berubah dan Lira itu tidak lagi cukup.
Kerajaan  Tayyib Erdogan berjaya mengawal nilai Lira. Liranya stabil. Tidak perlu  menggunakan ribu-ribu dan juta Lira lagi. Harga pun sudah stail.  Ertinya kerajaan yang baik dapat mengawalnya.
Tetapi  di negeri kita, harga ayam dan ikan hampir berubah setiap hari. Ringgit  yang cukup untuk membeli seekor ayam enam bulan dulu, tidak boleh  membelinya dengan jumlah ringgit yang dulu. Nilai duit sudah jatuh  banyak.
Saya  hendak menukar tayar. Saya sudah pastikan harganya. Saya tunggu hujung  bulan bagi mencukupkan duit yang diperlukan. Bila ke kedai tayar hujung  bulan, harganya sudah tidak sama lagi.
Sekarang  kita tidak mahu lagi bercakap tentang kenaikan harga barang tetapi  lebih suka bercakap tentang nilai duit jatuh setiap hari. Bila duit  jatuh nilai,  gaji menteri bulan ini lebih rendah dari bulan hadapan. Di  samping menimbangkan harga baru bagi barang keperluan, kabinet juga  perlu menimbangkan gaji baru bagi menteri.  Ia bukan kerana barang naik  tetapi kerana nilai ringgit jatuh setiap hari.Untung orang yang ada simpan Emas (Klik Sini)
Harakahdaily/-
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan