
Seorang pegawai CAP, N.V.  Subbarow   menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding  telur sebenar di George Town semalam    
GEORGE TOWN – Sekali pandang,ia;tidak ubah seperti;telur ayam gred A namun, ia sebenarnya; telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.
Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa  telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan  tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya  mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan  kalsium karbonat.
“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan  natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air  dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.
Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan  tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen  utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.
Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme  dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.
Sumber: Kosmo!
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan