136 bahan
 penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi 
segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan 
bahan ramuan itu.
Daripada 
136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping 
garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera 
mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh 
mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 
mg natrium.
Di 
samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera 
juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng
 dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan
 Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati 
mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, 
yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi 
jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.
 
 
Huraian 
lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010
 
10 
Ramuan Melampau Dalam Mi Segera
 
 
 
Adakah mi
 segera makanan sebenar atau makanan palsu? Apakah bahan penambah ini 
sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat? Berikut beberapa ramuan yang 
mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
 
 
Kalsium 
Sulfat: Kapur Paris. 
 
Asid 
Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan 
cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium 
Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary 
Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk 
butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: 
Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl 
Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan 
kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan 
menghalang pengeluaran sperma
Pentasodium
 triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam 
bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran 
kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene
 Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk
 pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi 
dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil 
boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane:
 Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat 
dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna 
tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada 
hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang 
kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin 
menjadi penyebab kanser.

 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan