Pada  zaman sekarang, manusia banyak menghidap penyakit kelenjar dan tiroid.  Pada peringkat usia kanak-kanak dan remaja jarang dijangkiti penyakit  tiroid, sebaliknya mereka lebih terdedah dengan penyakit kelenjar.
 Pelbagai  pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiriod ini.  Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiriod dan kelenjar adalah penyakit  yang sama. Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod bukan  kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah  disebabkan kelebihan hormon.
Pelbagai  pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiriod ini.  Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiriod dan kelenjar adalah penyakit  yang sama. Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod bukan  kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah  disebabkan kelebihan hormon.Penulis  tidak mempersoalkan perbezaan pendapat kerana yang lebih penting adalah  cara mencegahnya dan mengubatinya. Walaupun pakar berlainan pendapat  tentang penyakit itu, niat dan tujuan mereka tetap baik iaitu  bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan mengubati penghidap penyakit  tiroid dan bengkak kelenjar.
Bagaimana  pula menurut keterangan al-Quran dan Hadis tentang kedua-dua penyakit  itu dan apa pula cara mengatasi dan mengubatinya?
Untuk  jawapannya, dalam artikel ini penulis dahulukan rawatan pernyakit  tiroid dan cara mengubati dan merawat sendiri penyakit berkenaan dengan  menggunakan herba pilihan yang sesuai dengan dibacakan ayat-ayat Allah.
Tiroid  lazimnya tumbuh di bahagian leher dan di dalam perut. Penyakit itu ada  beberapa jenis dan bentuk, ada berupa padat dan keras seperti daging  otot, dan ada pula yang lembek seperti mengandungi cecair dan ada juga  mengandungi buih separuh lemak.
Menurut  pengalaman para doktor dalam merawat penghidap tiroid, penyakit itu  berupa ketulan lembut mengandungi cecair putih yang diselaputi lemak  tetapi tidak sampai membeku.
Cecair kental diselaputi lemak
Tiroid  yang berupa padat dan keras pula mengandungi cecair kental seperti  bubur nasi, ada kalanya diselaputi lemak yang agak membeku. Kebanyakan  doktor merawat kedua-dua jenis tiroid melaiui dengan pembedahan, atau  disedut untuk mengeluarkan cecair tersebut. Apabila tiroid tersebut  tumbuh berserta atau bercampur urat-urat saraf penting seperti di leher,  maka apabila dibedah, dikhuatiri urat saraf terganggu dan boleh  menimbulkan risiko lain.
Lazinnya,  doktor pakar akan memulakan rawatan dengan memberi ubat berbentuk pil  atau kapsul untuk mengecutkan tiroid tersebut. Sekiranya ubat-ubatan  berupa pil atau kapsul itu tidak mujarab malah bengkak tiroid semakin  membesar, maka doktor akan mengubatinya dengan melakukan penyedutan  cecair di dalam tiroid atau terus melakukan pembedahan.
Berdasarkan kandungan ayat-ayat aI-Quran, sebab dan musabab terbentuknya penyakit tiroid tersebut adalah seperti berikut:
Sebab pertama:  Kelemahan organ usus dan buah pinggang dalam menghadam makanan dan  minuman. Apabila seseorang makan makanan dengan tidak mengunyahnya  sehingga lumat dan terus ditelan, maka ia akan membebankan organ usus  untuk menghadam dan memproses makanan tersebut.
Sebab kedua:  Lazimnya, makanan dan minuman banyak mengandungi bahan kimia, dan pada  masa yang sama kita lupa atau melupakan Allah dalam setiap memulakan  makan dan minum. Ketika mengunyah, meneguk dan menelannya serta  melanggar peraturan sukatan makan dan minum yang telah digariskan Allah  dan RasulNya untuk kesihatan manusia. Kalau membaca "Bismillah" pun  hanya sebagai adat dan ucapan sahaja, bukan mengharapkan perlindungan  Allah daripada bahaya sekiranya makanan dan minuman itu mengandungi  bahan bahaya yang boleh menyebabkan penyakit.
Sebab ketiga:  Kelengahan manusia untuk menggerakkan tubuh badan, atau menggerakkan  protein makanan tersebut. Mereka untuk membangkitkan tenaga dan  menghidupkan organ otot-otot tubuh, menyebabkan tahap kepanasan darah  dalam badan tidak mencukupi untuk membakar penyakit. Zat arang atau zat  pembakar kurang berfungsi dalam darah, maka hampas kolesterol dalam  darah masih tetap di tahap mentah sehingga ia menjadi tiroid. Apabila  hampas kolesterol yang masih mentah berkumpul di sekitar pertemuan ruas  dan sendi anggota badan seperti lutut, pergelangan kaki, dan pergelangan  tangan, maka dia disebut penyakit gout, dan ia boleh membawa penghidap  menjadi lumpuh. Apabila hampas mentah tersebut berkumpul di bahagian  leher atau di sekitar bahagian dalam perut, maka dia disebut penyakit  tiroid.
Tiga cara rawatan untuk mengubati penyakit tiroid sila amalkan kaedah yang diterangkan di bawah ini:
PERTAMA: Terlebih  dahulu bersihkan perut dengan minum pencuci perut (pencahar) atau  disebut julap, yakni satu sudu teh serbuk daun Sana direndam dengan  segelas air panas mendidih, setelah suam-suam kuku atau setelah sejuk,  maka tapis ambil airnya lalu minum tatkala mahu tidur malam, pada  keesokan paginya minumlah air suam tiga gelas, dan insyaAllah akan buang  air besar hingga tiga atau empat kali. Selepas itu alas perut dengan  makan yang lembut-lembut dan tidak pedas.
KEDUA: Ambil  sepotong halia tua sekira-kira sebesar ibu jari diblender (kisar)  dengan segelas air lalu direbus sampai mendidih, dan dimasukkan tujuh  ketul garam kasar yang kecilnya, dan setelah suam-suam kuku, tapis ambil  airnya, dan bacakan padanya Surah Fatihah (sekali), Surah Ikhlas (tiga  kali), Surah al-Falak (sekali), Surah An-Nas (sekali), dan Surah  Al-Hasyr, ayat 22 (21 kall), lalu minum air tersebut. Amalkan dua kali  sehari selama 21 hari.
Bagi  ubat bahagian luarnya, yakni ubat untuk disapukan pada bahagian luar  tiroid yang membengkak, ambil 21 biji garam kasar lalu rendamkan pada  segelas air suam atau air paip, dan bacakan padanya surah dan ayat  tersebut di atas.
Setelah  itu sapukan air garam tersebut tiga kali sapu pada tiroid setiap lewat  petang sebelum matahari terbenam. Amalkan selama 21 hari serentak dengan  minum air halia di atas. Sekiranya tiroid tersebut berada di bahagian  dalam perut, maka sapukan saja air garam di bahagian luar perut  bertentangan dengan tiroid.
KETIGA: Semasa  mengamalkan ubat di atas, hendaklah setiap malam dalam sepertiga malam  sekitar pukul dua pagi, lakukan solat taubat dua rakaat. Selepas itu  lakukan pula solat sunat tahajud dua rakaat. Selepas salam, baca Surah  Fatihah sekali, dan Surah al-Ikhlas (tiga kali), lalu hadiahkan kepada  Rasulullah SAW kepada ahli keluarganya, serta sekalian para sahabat.
Setelah  itu bertafakur dengan menumpukan perhatian anda ke dalam lubuk  hati/jantung anda yang berada di bawa susu kiri renggang/jarak dua jari  daripada tengah-tengah dada, yakni ternpat terbitnya mata "Bashirah".  Setelah bulat konsentrasi di situ, lalu anda salurkan pandangan mata  hati/mata Bashirah tersebut ke tiroid sehingga tepat, lalu dalam keadaan  demikian anda bacakan surah-surah dan ayat yang disebutkan pada cara  kedua di atas.
Setelah  selesai membaca bacaan tersebut, sebelum mengakhirinya maka akhiri  dengan bacaan 'Laa ilaha illallah, AllahuAkbar sebanyak 100 kali.  Lakukan amalan ini selama 21 hari setiap malam, InsyaAllah anda akan  melihat hasilnya yang ajaib. Kesimpulan cara ubat ketiga ini, yakni  "berwirid dan berzikir pada tiroid itu."
Cara  perubatan ketiga agak rumit untuk melakukan dan mengamalkannya,  melainkan bagi orang yang telah membiasakan dirinya "berzikirullah"  dengan aturan tata tertib zikir yang dipimpin oleh seorang guru mursyid  yang berpandukan Kitab Usuluddin.
Perlu  kita ketahui, bahawa berubat penyakit dengan mendahulukan minta ampun  dan taubat kepada Allah daripada segala dosa amat berkesan dan  bermanfaat kerana kebanyakan penyakit yang ditimpakan Allah kepada  manusia adalah kerana dosanya.
Ia  juga bertujuan untuk mengingatkan manusia supaya menyedari kesalahan  dan dosanya, ada kalanya untuk membersihkan dosa seseorang hamba jika  hamba itu mendahului dengan reda sebelum dia berikhtiar mengubati  penyakit tersebut.
Langkah pencegahan
Cegah sebelum dijangkiti tiroid dengan amalan seperti berikut:
1. Membiasakan mengisi perut dengan makanan dan minuman dengan secara sederhana, yakni tidak sampai padat.
2. Setiap kali makan hendaklah dikunyah sampai lumat terlebih sebelum ditelan.
3.  Sebelum makan jangan lupa membaca 'Bismillah' dan sebaik-baiknya terus  membaca 'Alhamdulillah' setiap kali menelan makanan tersebut.
4.  Membiasakan diri bekerja dengan membangkitkan orot-otot tubuh,  bersenam, berjoging dan sebagainya sehingga badan berpeluh. Lakukan  kira-kira 20 minit dalam sehari.
5.  Biasakan beristighfar dengan minta ampun kepada Allah SWT, dan minta  maaf dengan ibu bapa. Bagi isteri, biasakan meminta maaf daripada segala  kesalahan kepada suami, begitu juga sebaliknya kerana kebanyakan sumber  penyakit adalah daripada dosa yang bersangkut-paut sesama manusia.
Wallahua'lam
Artikel oleh Raflis Sabirin : (MILINEA Muslim)
 
 



assalamualaikum
BalasPadamthanks a lot 4 the very useful infrmtion
please pray 4 my mother's health
Alhamdulillah. Semiga tuan tanah diberkati ilmu perkongsian ini.
BalasPadamTerima kasih sy akan cuba lakukannya sebab skrg sy alami pnyakit itu dan menyebabkn sy sukar utk tidur dengan lena.
BalasPadamTerima kasih untuk artikel ni...
BalasPadamAssalamualaikum...makanan apa yg perlu dielak atau krgkan makan n makanan yg el0k dimakan 0leh pesakit tir0id
BalasPadamSalam mcm ne rupa bentuk daun sana tu? Saya x tau.
BalasPadamSalam
BalasPadamInsyahallah sya akn mcobanya trima kaseh artikel ne
BalasPadamالحمدالله
BalasPadamالحمدالله
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamAnak saya umur 3 tahun pesakit leukimia.. doc mengatakan bengkak kelenjar anak saya disebabkan penyakitnya. Adakah saya boleh menggunakan cara diatas utk anak saya? Terima kasih
Debaran jantung saya berdebar dgn laju secara Tiba tibaa dann selalu panik. Adakah itu Thyroid?
BalasPadamİtu mmg antara tanda2 hypertyroid.apepun kena cek dlu dgn ujian darah di hosp atau di klinik2 yg mnyediakan pkhidmatan ujian darah utk tyroid.
Padamİtu mmg antara tanda2 hypertyroid.apepun kena cek dlu dgn ujian darah di hosp atau di klinik2 yg mnyediakan pkhidmatan ujian darah utk tyroid.
PadamDebaran jantung saya berdebar dgn laju secara Tiba tibaa dann selalu panik. Adakah itu Thyroid?
BalasPadamTerimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
BalasPadamtq atas info yg berguna ni..jemput singgah blog sy ye ;)
BalasPadamPerkongsian yang baik.
BalasPadamJika berminat mencuba alternatif minyak kelapa dara(diperam)
Wassp
019-203. 5395
minyaknyok.blogspot.com
Saya dh buat ujian darah tyroid..bacaan nomal,tetapi bonjolan di leher masih ada...saya xdk simptom2 tersebut
BalasPadamsaya pun mcm awak jugak..bacaa normal tpi ada bonjolan di leher...and xde pun simptom2 tersebut malah saya aktif beriadah...
PadamSaya pn sama, dh buang sebelah kanan tetapi sekarang sebelah kiri pula tumbuh. Semoga kt sntiasaa diberi kesihatan yang baik. Amin
PadamSyukran jazilan atas perkongsian.. Alhamdulillah Allah temukan dengan artikel ini.. in syaa Allah saya akak cuba lakukan.. Saya kurang exercise & suka makan pedas..
BalasPadamSaya pernah ada tyroid (benjolan besar dileher) cakap doktor x ade ubat just operate dan buang. Selain amalan zikir dan berdoa kpd Allah sy ikhtiar makan suplemen Salmon Omega dan Double X serta B Complex keluaran (Nutrilite) Amway secara extra dos dan konsisten. Setelah 6 bulan konsisten amalkannya, bengkak tyroid pun hilang secara semulajadi. Alhamdulillah Allah telah bagi kesembuhan kpd saya. Maklumat lanjut boleh hubungi sy 60176707852.
BalasPadam