IKLAN

Rabu, 24 Julai 2013

Hukum Korek Telinga Atau Hidung Ketika Sedang Berpuasa



Oleh : Faqeh

Perbuatan mengorek telinga atau hidung dalam keadaan berpuasa perlu ditinjau sama ada sampai atau tidak perbuatan itu pada rongga dalam. Jika sampai ke rongga dalam, maka batal puasanya. Dan jika perbuatan mengorek itu tidak sampai ke rongga dalam, maka tidak batal puasanya. Disyaratkan juga perbuatan mengorek telinga itu bukan dalam keadaan sedar atau sengaja. Jika dalam keadaan sedar atau sengaja, maka batal puasanya. Ini sepertimana yang telah dijelaskan oleh para ulama’ yang muktabar.


Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibary berkata di dalam kitabnya, Fath al-Mu’in:

(و) يفطر (بدخول عين) وإن قلت إلى ما يسمى (جوفا): أي جوف من مر

Ertinya:
Batal puasa disebabkan masuknya benda ‘ain (yang jelas, dapat dilihat) sekalipun hanya sedikit ke dalam (bahagian) yang disebut Jauf; rongga dalam.


Syeikh Taqiyuddin Abu Bakar Al-Husaini juga berkata perkara yang sama di dalam kitabnya, Kifayatul Akhyar (Hlm. 286, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut):


واعلم أنه لا بد للصائم من الإمساك عن المفطرات وهو أنواع : منها الأكل والشرب وإن قل عند العمد وكذا ما في معنى الأكل والضابط أنه يفطر بكل عين وصلت من الظاهر إلى الباطن في منفذ مفتوح عن قصد مع ذكر الصوم وشرط الباطن أن يكون جوفا وإن كان لا يحيل وهذا هو الصحيح

Ertinya:
Ketahuilah, orang yang berpuasa itu berkewajipan menahan dirinya dari segala sesuatu yang boleh membatalkan puasanya. Antara perkara yang dapat membatalkan puasanya ada bermacam-macam. Di antaranya ialah makan dan minum dengan segaja walaupun sedikit. Seperti itu juga dengan makan. Jadi, ketentuannya ialah batal puasa dengan masuknya suatu benda, dari luar badan ke dalam badan, melalui lubang yang terbuka, dengan sengaja, dan ingat (sedar) akan puasanya. Syarat “dalam badan” ialah masuk ke dalam Jauf (rongga dalam). Walapun benda yang masuk tak berubah warna dan demikianlah yang sahih.


Dalil Bagi Hukum Tersebut

Dalam hal ini para ulama’ mazhab Syafi’e menggunakan dalil atau sumber hukum yang keempat iaitu Qiyas sebagai hujah bahawa hukum memasukkan sesuatu ‘ain (yang jelas boleh dilihat) ke rongga dalam akan menyebabkan puasanya batal.

Firman Allah SWT:


فَالْآَنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ

Ertinya:
Maka sekarang pergaulilah mereka (perempuan-perempuan) itu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Makan dan minumlah sampai terang bagimu benang putih dari benang yang hitam iaitu fajar.
(Surah Al-Baqarah: 187)

Syeikh Ibn Rusyd menjelaskan di dalam kitabnya, Bidayat al-Mujtahid:


واختلفوا من ذلك في مسائل منها مسكوت عنها ومنها منطوق بها أما المسكوت عنها : إحداها فيما يرد الجوف مما ليس بمغذ وفيما يرد الجوف من غير منفذ الطعام والشراب مثل الحقنة وفيما يرد باطن سائر الأعضاء ولا يرد الجوف مثل أن يرد الدماغ ولا يرد المعدة . وسبب اختلافهم في هذه هو قياس المغذي على غير المغذي وذلك أن المنطوق به إنما هو المغذي فمن رأى أن المقصود بالصوم معنى معقول لم يلحق المغذي بغير المغذي ومن رأى أنها عبادة غير معقولة وأن المقصود منها إنما هو الإمساك فقط عما يرد الجوف سوى بين المغذي وغير المغذي وتحصيل

Ertinya:

Terjadi perselisihan pendapat mengenai imsak (menahan diri ketika berpuasa) ini dalam beberapa masalah, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Tersirat di antaranya ialah tentang masuknya sesuatu benda ke rongga dalam (jauf) selain makanan, tetapi tidak melalui saluran pencernaan makanan dan minuman seperti suntikan. Demikian juga tentang sesuatu benda selain makanan yang masuk ke dalam tubuh lainnya, dan tidak masuk ke rongga dalam (jauf), seperti masuk ke rongga otak, tetapi tidak masuk ke dalam perut. Sebab perbezaan pendapat tersebut ialah analogi (qiyas) makanan kepada yang bukan makanan. Padahal yang dituturkan oleh ayat tersebut hanyalah makanan. Oleh itu, ulama yang memandang ibadah puasa secara logik, tidak menyamakan di antara masuknya makanan dengan bukan makanan. Akan tetapi, ulama yang memandang ibadah puasa tidak secara logik, berpendapat bahawa maksud dari ayat tersebut adalah menahan masuknya sesuatu ke dalam rongga dalam (jauf) , sama ada berupa makanan ataupun bukan makanan.


Syeikh Abu Ishaq Al-Syirazi berkata di dalam kitabnya, Al-Muhadzdzab (Hlm. 586-587, Dar al-Ma’rifat, Beirut):



ولا فرق بين أن يأكل ما يؤكل أو ما لا يؤكل فان استف ترابا وابتلع حصاة أو درهما أو دينارا بطل صومه لأن الصوم هو الإمساك عن كل ما يصل إلى الجوف وهذا ما أمسك ولهذا يقال : فلان يأكل الطين ويأكل الحجر ولأنه إذا بطل الصوم بما يصل إلى الجوف مما ليس يؤكل كالسعوط والحقنة وجب أيضا أن يبطل بما يصل مما ليس بمأكول

Ertinya:
Tiada perbezaan di antara makan sesuatu yang boleh dimakan atau yang tidak boleh dimakan. Jika seseorang makan debu atau menelan batu kerikil, dirham atau dinar, maka puasanya batal, kerana sesungguhnya puasa adalah menahan diri dari segala sesuatu yang masuk ke rongga dalam (Jauf). Dan ini termasuk sesuatu yang mesti ditahan. Oleh sebab itu dikatakan bahawa si fulan telah memakan lumpur atau memakan batu, juga apabila puasa seseorang itu batal disebabkan ada sesuatu yang masuk ke rongga dalamnya (Jauf), berupa sesuatu yang tidak dimakan seperti tembakau hidung dan suntikan, maka begitu juga disebabkan oleh sesuatu yang tidak boleh dimakan.


Kesimpulannya, apabila masuk sesuatu ‘ain (benda yang dapat dilihat) ke rongga dalam, menerusi rongga yang terbuka seperti perbuatan mengorek telinga atau hidung, dengan sengaja dan sedar sedang berpuasa, maka batal puasanya di sisi mazhab Syafi’e.

Wallahu a’lam bis shawab.

Sumber:jomfaham.blogspot.com


Azan Berkumandang Ketika Sedang Sahur; Teruskan atau Berhenti?


Ramai yang keraguan tentang status puasa bagi mereka yang terus makan ketika azan subuh sudah kemundang dalam bulan ramadhan. Ada sebilangan mereka menyatakan, ketika sedang sahur, lalu kedengaran azan, maka teruskan makan sahur selesai makan. Pada mereka, hukum puasa itu adalah sah.

Alasan mereka adalah kepada satu hadis yang dirawayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang dinilai saheh mengikut syarat Imam Muslim, iaitu hadis yang bermaksud;

"Seandainya seseorang daripada kamu mendengar azan dan bekas makanan ada dihadapan kamu, maka janganlah letakkan bekas makanan tersebut (berhenti makan) sehinggalah kamu menyelesaikan hajat kamu (habiskan makanan)"

Sebagai memberi penjelasan terhadap perkara ini adalah perbahasan seperti berikut;

Satu : Firman Allah yang bermaksud;

"makan dan minumlah hingga nyata benang putih hingga benang hitang dari fajar" (surah al-baqarah, ayat 187)

Ayat ini menjadi dalil qatie subut bahawa tahap waktu sahur adalah sebelum azan fajar.. apabila sudah fajar, tidak boleh makan lagi. jika makan juga, maka puasanya tidak sah, wajib diqadha' pada hari lain...

Kedua : adapun hadis riwayat al-Baihaqi pula bersifat ahad dan sudah pasti sifatnya Zanni al-Subut dan Zanni al-Dilalah. apabila ia bercanggah dengan maksud al-quran yang mengatakan sekadar fajar sahaja boleh makan, maka sudah pasti hadis ini perlu diihtimalkan.

ketiga : Dilihat kepada beberapa hadis, didapati ada hadis lain bahawa Nabi SAw pernah berkata yang bermaksud;

"Sesunggunya bilal bin rabah melaungkan azan pada waktu malam.. maka makan dan minumlah sehingga azan dilaungkan pula oleh Abdullah Ummi Maktum" (Muwatta')..

Makanya, hadis di atas diihtimalkan pada azan pertama yang berlaku sebelum subuh, iaitu azan mengejutkan orang bangun tahajud. Adapun bila azan subuh kemundang, maka tidak boleh lagi makan sahur.

Sekian

Wallahu 'Alam

[Ustaz Wan Ji At-ta'aduddi]


kredit:Ust.Roc


Jumaat, 19 Julai 2013

7 Makanan Yang Seharusnya di Hindari Ketika Perut Kosong


Sebelum menjalani aktiviti, kebanyakan orang mengambil makanan terlebih dahulu. Namun, jangan mengambil makanan sesuka hati.
Seperti dikutip dari web GeniusBeauty, ada beberapa makanan yang tidak boleh dimakan ketika perut anda kosong: 


1. Pisang
Buah pisang mengandungi banyak magnesium. Ini akan menyebabkan merosakkan batas keseimbangan kalsium dan magnesium dalam tubuh. Akibatnya, risiko penyakit kardiovaskular meningkat. 


2. Yoghurt
Yoghurt baik diminum dua jam setelah makan atau sebelum tidur. Jangan mengambilnya ketika perut anda masih kosong. Sebab, manfaat yang terkandung dalam yoghurt akan hilang malah menimbulkan penyakit kardiovaskular.

3.Buah Limau
Buah limau mengandung asid sitrat yang tinggi. Apabila anda makan limau semasa perut masih kosong, ia akan memicu reaksi alergi dan menyebabkan peradangan pada lapisan perut (gastritis @ radang perut).

3. Tomato
Makanan ini mengandungi pektin dan asid tannic yang memiliki konsentrasi tinggi sehingga kedua-dua zat tersebut berkontribusi pada pembentukkan batu lambung. 


4. Bawang putih, makanan dalam tin, dan daging
Perut masih kosong dan anda makan jenis makanan ini, anda akan terkena kejang lambung [gastrospasma]. 


5. Mentimun, paprika, dan kubis
Meskipun termasuk dalam jenis sayuran, tiga jenis makanan ini dapat menyebabkan iritasi lambung [keadaan atau rasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, sakit, bengkak, panas dsb) pd sesuatu bahagian tubuh akibat sesuatu rangsangan, kerengsaan]


6. Ubi keledek
Makanan ini dapat menimbulkan sensasi "perut berat" apabila anda memakannya ketika perut anda masih kosong. 


7. Minuman manis
Banyak orang yang menganggap minuman manis dapat memberikan energi dan sering dijadikan sebagai pembuka makan pagi. Namun, sebenarnya anggapan itu salah. Minuman manis harus dihindari ketika perut anda belum terisi apapun. Hal ini dapat menimbulkan peningkatan kadar gula dalam darah dan keseimbangan asid-bes pun terganggu. [GeniusBeauty]

Kredit: orangmuo


Penghinaan Islam di Lowyat?



Menjual pembaca al Quran digital dengan membawa al Quran secara tidak menghormati (mungkin tak tahu) atas dasar cari duit. Rasanya pihak yang berwajib perlu memantau perkara ini.
Jangan sampai dah 'buruk' baru nak bertindak, paling kurang berikan penjelasan yang baik tentang al Quran kepada bukan Islam.


Sumber

Selasa, 16 Julai 2013

Ujikaji Menghasilkan Mercun Membawa Padah, Tangan Hancur Angkara Mercun [GAMBAR]

KOTA BHARU : Keghairahan seorang lelaki untuk menghasilkan mercun dengan menyumbat belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi payung hampir menyebabkan tangan kirinya kudung apabila bahan ‘uji kajinya’ itu meletup ketika berada dalam genggamannya. 

 
Ujikaji Menghasilkan Mercun Membawa Padah, Tangan Hancur Angkara Mercun
 
Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu itu menyebabkan mangsa, Ahmad Fuad Jaafar, 27, terputus jari tengah dan jari manis, manakala tapak tangannya turut terkoyak.

Mangsa yang berasal dari Kampung Telok Kandis dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) di sini menggunakan ambulans untuk menerima rawatan kira-kira pukul 5 petang pada hari kejadian ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

Menurut sumber, mangsa tersebut menceritakan kepada pasukan perubatan yang merawatnya bahawa kejadian itu berlaku ekoran belerang yang disumbat di dalam batang payung itu tiba-tiba meletup.

“Menurut mangsa, dia mengumpul belerang yang banyak di dalam batang besi itu dan ketika sedang memampatkannya, ia tiba-tiba meletup sehingga terkena tangannya,” cerita sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam. 
Sumber: Kosmo

Isnin, 8 Julai 2013

Adakah Doa Menjelang Ramadhan ?

Doa menjelang Ramadhan banyak ditanyakan orang. Kerana mereka Prihatin untuk menyambut Ramadhan.



ramadhan mubarak
SOALAN:
Assalamu'alaikum,
Adakah doa khusus menyambut datangnya Ramadhan,jika ada apakah doanya?
Wassalam .. wr. wb.

JAWAPAN:
Wa 'alaikumus salam
Bismillah was shalatu was salamu 'ala rasulillah, amma ba'du,
Pertama, kami TIDAK DIJUMPAI ADANYA DOA KHUSUS ketika  MENYAMBUT RAMADHAN yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam mahupun para sahabat. Hanya para sahabat dan para ulama generasi selepasnya, menyambut bulan ramadhan ini dengan penuh kegembiraan dan suka cita. Mereka ungkapkan kegembiraan ini dengan kalimat-kalimat yang mengandungi doa kebaikan dan harapan.
Al-Hafidz Ibnu Rajab menyebutkan satu riwayat yang menunjukkan semangat mereka dalam  menyambut ramadhan .Ibnu Rajab menyebutkan keterangan Mu'alla bin Al-Fadhl - ulama tabi 'tabiin - yang mengatakan,

كانوا يدعون الله تعالى ستة أشهر أن يبلغهم رمضان يدعونه ستة أشهر أن يتقبل منهم
"Dulu para sahabat, selama enam bulan sebelum datang Ramadhan, mereka berdoa agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadhan. Kemudian, selama enam bulan sesudah ramadhan, mereka berdoa agar Allah menerima amal mereka selama bulan Ramadhan. "(Lathaif Al-Ma'arif, hlm. 264)

Satu harapan yang luar biasa. Kerana mereka menilai, Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa. Sehingga mereka tidak akan menjadikannya peluang yang sia-sia.

Kemudian Al-Hafidz Ibnu Rajab menyebutkan salah satu contoh doa yang mereka lantunkan. Diriwayatkan dari Yahya bin Abi Katsir - seorang ulama tabi'in -, bahawa beliau mengatakan,
Diantara doa sebahagian sahabat ketika datang Ramadhan,
اللهم سلمني إلى رمضان وسلم لي رمضان وتسلمه مني متقبلا
"Ya Allah, hantarlah aku hingga sampai Ramadhan, dan hantarlah Ramadhan kepadaku, dan terimalah amal-amalku di bulan Ramadhan." (Lathaif Al-Ma'arif, hlm. 264)
Kedua, ada satu doa yang dianjurkan untuk dibaca ketika masuk ramadhan. Doa itu adalah doa melihat hilal atau anak bulan. Akan tetapi sejatinya doa ini adalah doa umum, berlaku untuk semua awal bulan, ketika seseorang melihat hilal dan tidak khusus untuk bulan ramadhan.

Teks doa itu,
الله أكبر, اللهم أهله علينا بالأمن والإيمان, والسلامة والإسلام, والتوفيق لما نحب وترضى, ربنا وربك الله
Allahu akbar, ya Allah jadikanlah hilal itu bagi kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan islam, dan membawa taufiq yang membimbing kami menuju apa yang Engkau cintai dan Engkau ridhai. Tuhan kami dan Tuhan kamu (wahai bulan), adalah Allah. "  (HR. Ahmad 888, Ad-Darimi dalam Sunannya no. 1729, dan dinilai shahih oleh Syua'ib Al-Arnauth dalam Ta'liq Musnad Ahmad, 3/171) .

KETERANGAN:
DOA  ini hanya dibaca ketika seseorang melihat hilal di awal bulan. Kerana itu, bagi yang tidak melihat hilal, tidak disyariatkan membaca doa ini ketika masuk awal bulan. Sebagaimana keterangan Dr. Sa'id Al-Qahthani dalam syarh Hisnul Muslim, hlm. 262.
Allahu a'lam
 Kredit: (Nahimunkar.com)

Marilah kita bergembira menyambutnya..Selamat datang sayang kepangkuan... Ya Ramadhan bulan yang penuh keberkat. Akan tetapi perlu diingat, kita hamba Allah , bukan hamba kepada ramadhan..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik