 
 
Bayangkan sebatang pokok epal, mampu 
menghasilkan 250 jenis buah epal jenis berbeza? Mungkin pada fikiran 
anda ia mustahil untuk dihasilkan tetapi Paul Barnett berjaya 
melakukannya.
Beliau telah mengahwinkan pokok epal 
berkenaan dengan pokok epal lain dengan mencantumkan tunas baru di atas 
dahan pokok epal miliknya.
Pokok itu kini sudah membesar dan ada 
diantara dahannya terpaksa disokong menggunakan kayu kerana sudah 
terlalu berat dek buah epal. 
“Saya pada mulanya bekerja di sebuah 
pusat penjagaan pokok epal dengan kawasan tanaman epal yang luas dengan 
90 jenis variasi buah epal dalam satu barisan pokok,” katanya.
Barnett berusia 40 tahun berasal dari Chidham, West Sussex, United Kingdom.
Beliau berkata, beliau mahu menanam 
pokok-pokok epalnya sendiri tetapi tidak mempunyai kawasan luas untuk 
menempatkan kesemuanya.
“Saya mula menanam pokok ini yang 
digelar ‘family tree’ dengan mengahwinkan atau mencantumnya satu persatu
 jenis epal yang berbeza,” katanya.
Antara epal yang terdapat di pokok 
Barnett ialah jenis yang jarang ditemui iaitu epal untuk masakan jenis 
Withington Fillbasket yang berasal sejak tahun 1883 dan jenis Eady’s 
Magnum berasal pada tahun 1908.
Bagi Barnett, epal kegemarannya ialah jenis Winter Gem kerana rasanya lazat, rangup dan manis.
mynewshub

 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan