Mohamed Idris menunjukkan loket bertenaga skalar yang boleh memberi kesan buruk kepada si pemakai.
GEORGETOWN:
 Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga 
skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan 
buruk kepada penggunanya.
Ia
 berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) 
yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had 
yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan 
radioaktif thorium-22 dan uranium-238.
Presiden
 Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris 
berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut 
menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung 
yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.
“LPTA
 melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi 
mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang 
masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah 
difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.
“Kementerian
 Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak 
tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi 
menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan 
sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian
 yang selamat,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini 
semalam.
Mohamed
 Idris berkata,pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan 
peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta 
daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si 
pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala 
pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.
Menurutnya,keputusan
 pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan 
Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut 
bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau 
menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.
Pengharaman
 sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga 
diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009.

 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan