Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.
Maksudnya? 
Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit 
(60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam 
sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan 
setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.
Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan 
dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun 
seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang 
hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih 
kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).
Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu
 selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam 
satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan
 ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada 
kita dengan nikmat usia.
Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat 
kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita 
jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di
 depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.
Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,
”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).
Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan 
ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, 
terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita 
kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir 
orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).
Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.
Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. 
Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik 
dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, 
menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya 
tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.
Sumber: maths-catch.com/blog

 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan