Gambar Irma, Nana dan Diada bertudung.  Irma Hasmie Ibrahim, Siti Nordiana dan Diana Amir merupakan antara tiga   lagi artis wanita yang telah melakukan penghijrahan besar dalam hidup   mereka.
Irma cari calon suami
Menyentuh tentang pernikahan bekas kekasihnya itu, tidak banyak yang mahu diulas oleh pelakon filem Cinta Fotokopi (2005) ini.
Memakai tudung pada usia bakal menjengah 30, kata pengacara program Solehan ini, tiada istilah sudah terlambat buat dirinya kerana apa yang lebih penting, dia berjaya merealisasikan impiannya.
 
Kematian petunjuk jelas buat Nana
Diana masih belajar
Percaya perubahan yang dilakukan akan mencetuskan pelbagai persoalan kepada peminatnya, Diana berkata, apa yang dilakukannya adalah atas kerelaan hati.
“Memakai tudung dituntut di sisi agama kita. Sejak dahulu lagi, keluarga terutamanya ayah mahu saya memakai tudung.
Menyedari pengetahuan tentang agama masih cetek, Diana bersyukur kerana diberikan hidayah untuk belajar.Justeru,   katanya, bagi mendalami pengetahuan tentang agama, dia mendapat    bimbingan daripada keluarga angkatnya yang berada di Shah Alam,    Selangor.
  
“Banyak yang saya belajar daripada mereka. Saya bersyukur kerana kelemahan pengetahuan tentang Islam yang saya hadapi suatu ketika dahulu akhirnya terisi dengan bimbingan keluarga angkat.
 
“Hari ini, apa yang peminat lihat mengenai diri saya adalah perubahan yang saya alami dan saya harap peminat semua dapat menerimanya,” pinta Diana bersungguh-sungguh.
  
Berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik merupakan doa yang Diana mohon kepada Allah setiap hari.
Ini kerana, ujarnya, sebarang perubahan ke arah kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang itu pasti ada cabarannya.
 
“Terimalah perubahan saya ini dengan doa semua peminat kerana niat saya adalah untuk menuju ke jalan kebaikan,” katanya yang tetap mahu bergiat dalam dunia hiburan kerana percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.
P/s: Alhamdulillah sudah ramai artis kita menutup aurat ,tapi jangan sampai Tabarruj pulak ya...yang mana belum tu ..berdoa dan pasanglah niat insya-Allah korang akan temui taufik dan hidayah dari Allah .Tutuplah aurat kamu sebelum Ianya ditutupi kain Kafan...
  
 
 Bagi   ketiga-tiga wanita ini, langkah untuk mengambil keputusan sebesar  ini   sebenarnya banyak menyedarkan mereka tentang erti kehidupan yang   selama  ini dicari.
Irma cari calon suami
BUKAN   lagi rahsia apabila hubungan cinta yang pernah terjalin di antara   Irma  Hasmie dengan Nabil Raja Lawak terputus di tengah jalan.
Minggu lepas, bekas kekasih Irma itu telah menamatkan zaman bujangnya dan mata kini kembali tertumpu kepadanya.
Bagi Irma, 29, dia menyerahkan soal jodoh di tangan Tuhan kerana dia percaya walau sehebat manapun manusia di muka bumi ini tiada siapa yang mampu menentukan nasib sendiri.
Bagi Irma, 29, dia menyerahkan soal jodoh di tangan Tuhan kerana dia percaya walau sehebat manapun manusia di muka bumi ini tiada siapa yang mampu menentukan nasib sendiri.
“Saya   akan terus berdoa agar ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu    menjadi suami. Jika benar saya telah menemui lelaki yang sesuai, saya    akan pastikan kami bercinta selepas berkahwin kerana saya tidak lagi    mahu mencari kekasih tetapi mencari calon suami,” kata pelakon drama    Kasih Alia yang pernah disiarkan di TV3.
Menyentuh tentang pernikahan bekas kekasihnya itu, tidak banyak yang mahu diulas oleh pelakon filem Cinta Fotokopi (2005) ini.
Menurutnya, apa yang penting Nabil kini sudah pun menemui sinar kebahagiaannya.
“Saya ucapkan tahniah kepada Nabil yang kini sudahpun bergelar suami. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi rahmat agar ia lebih diberkati, insya-Allah,” katanya sambil tersenyum.
“Saya ucapkan tahniah kepada Nabil yang kini sudahpun bergelar suami. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi rahmat agar ia lebih diberkati, insya-Allah,” katanya sambil tersenyum.
Memakai tudung pada usia bakal menjengah 30, kata pengacara program Solehan ini, tiada istilah sudah terlambat buat dirinya kerana apa yang lebih penting, dia berjaya merealisasikan impiannya.
“Cepat atau lambat bukan satu persoalan besar kerana setiap perbuatan manusia itu perlu mendapat keredaan Allah.
“Niat untuk bertudung sudah lama terpendam di lubuk hati saya namun baru kini saya berani untuk meneruskan niat itu,” katanya.
Kematian petunjuk jelas buat Nana
KEMATIAN   bekas suami pelakon Faizal Yusof serta rakan baiknya Achik Spin   banyak  menyumbang kepada keputusan yang diambilnya untuk bertudung.
Bagi   Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana, perubahan    penampilannya ini diharap mampu membawanya ke jalan yang lebih baik.
“Kematian arwah Faizal dan Achik banyak membuat saya berfikir mengenai tujuan sebenar hidup saya selama ini.
“Alhamdulillah dengan izin Allah, saya mampu membuat keputusan sebesar ini walaupun pada mulanya agak keliru ,” kata pelantun lagu Gurauan Berkasih.
“Alhamdulillah dengan izin Allah, saya mampu membuat keputusan sebesar ini walaupun pada mulanya agak keliru ,” kata pelantun lagu Gurauan Berkasih.
Bergelar   seorang ibu tunggal di usia yang muda, Nana memberitahu,  keputusan   bertudung ini diambil apabila dia mula berjinak-jinak untuk  mendalami   ilmu agama dengan lebih mendalam.
“Saya tertarik untuk membaca banyak buku-buku agama serta menonton beberapa program berbentuk ilmiah di televisyen dari situ saya mula memahami tugas sebenar seorang wanita di bumi Allah ini.
“Saya tertarik untuk membaca banyak buku-buku agama serta menonton beberapa program berbentuk ilmiah di televisyen dari situ saya mula memahami tugas sebenar seorang wanita di bumi Allah ini.
“Saya   tahu setiap manusia itu tidak akan lari daripada membuat kesilapan   dan  jika ini merupakan titik perubahan dalam diri saya untuk menjadi   yang  lebih baik, saya akan meneruskannya,” katanya.
Nana yang sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul Semakin Jelas ciptaan Azlan Abu Hassan menyandarkan satu harapan tinggi kepada peminat agar terus menyokong diri dan kariernya.
Nana yang sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul Semakin Jelas ciptaan Azlan Abu Hassan menyandarkan satu harapan tinggi kepada peminat agar terus menyokong diri dan kariernya.
“Saya berharap peminat akan terus memberi peluang kepada saya untuk berada lama dalam industri hiburan tanah air.
“Selain   menyampaikan lagu berkonsep pop, jika diberi peluang untuk    menyampaikan lagu-lagu berunsur dakwah, sudah pastinya saya akan    mencubanya.
“Namun untuk mengubah konsep lagu yang saya bawa selama ini kepada konsep nasyid, itu mungkin belum sampai masanya lagi,” katanya
“Namun untuk mengubah konsep lagu yang saya bawa selama ini kepada konsep nasyid, itu mungkin belum sampai masanya lagi,” katanya
Setelah dua tahun menyendiri, Nana kini akui dia sedang mengenali seseorang.
Walaupun   tidak mahu menjelaskannya dengan lebih mendalam mengenai kisah  cinta   barunya ini, namun jelas terpapar keceriaan di wajah ibu muda ini.
“Cukuplah   jika saya katakan saya masih mahu mengenalinya dan apa yang  lebih   penting dia masih bujang dan bukan milik sesiapa,” katanya.
Diana masih belajar
BELUM   sampai sebulan pelakon filem 3,2,1 Cinta Diana Amir memakai  tudung,   hati kecilnya tidak pernah was-was tentang keputusan yang  diambilnya   itu.
Bahkan Diana akui, hatinya memberitahu bahawa keputusan yang diambilnya itu adalah yang terbaik baginya.
Percaya perubahan yang dilakukan akan mencetuskan pelbagai persoalan kepada peminatnya, Diana berkata, apa yang dilakukannya adalah atas kerelaan hati.
“Memakai tudung dituntut di sisi agama kita. Sejak dahulu lagi, keluarga terutamanya ayah mahu saya memakai tudung.
“Selepas   memenuhi satu fasa dalam kehidupan saya, ia tidak berhenti  setakat  itu  sahaja sebaliknya saya ingin memantapkan lagi pengetahuan  tentang   Islam.
“Bagi saya, untuk   berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar, agama  adalah tiang kita   dan itulah yang saya pegang hari ini,” kata pelakon  filem Aku Masih   Dara.
Menyedari pengetahuan tentang agama masih cetek, Diana bersyukur kerana diberikan hidayah untuk belajar.
“Banyak yang saya belajar daripada mereka. Saya bersyukur kerana kelemahan pengetahuan tentang Islam yang saya hadapi suatu ketika dahulu akhirnya terisi dengan bimbingan keluarga angkat.
“Hari ini, apa yang peminat lihat mengenai diri saya adalah perubahan yang saya alami dan saya harap peminat semua dapat menerimanya,” pinta Diana bersungguh-sungguh.
Berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik merupakan doa yang Diana mohon kepada Allah setiap hari.
Ini kerana, ujarnya, sebarang perubahan ke arah kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang itu pasti ada cabarannya.
Justeru, mengenali Diana sebelum ini sebagai seorang artis yang agak    berani dalam berpakaian, tidakkah dia rasa janggal dengan perubahan    berpakaian?
“Ternyata pemakaian saya kini banyak membataskan aktiviti saya tetapi saya lega dengan perubahan yang dilakukan.“Terimalah perubahan saya ini dengan doa semua peminat kerana niat saya adalah untuk menuju ke jalan kebaikan,” katanya yang tetap mahu bergiat dalam dunia hiburan kerana percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.
P/s: Alhamdulillah sudah ramai artis kita menutup aurat ,tapi jangan sampai Tabarruj pulak ya...yang mana belum tu ..berdoa dan pasanglah niat insya-Allah korang akan temui taufik dan hidayah dari Allah .Tutuplah aurat kamu sebelum Ianya ditutupi kain Kafan...





 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan