
SEOUL - Sebuah bank di Korea Selatan menawarkan sebuah  akaun simpanan unik untuk menarik perhatian pelanggan, di mana orang  ramai boleh menyimpan wang sambil menurunkan berat badan.  
Bank Hana, sebuah cabang perbankan dari Kumpulan Kewangan Hana  di Seoul, dikatakan dapat merealisasikan kedua rancangan itu sekali gus.  
Akaun simpanan 'bersenam untuk kadar faedah tinggi' dicipta  berikutan obsesi penduduk negara itu yang mahu mengekalkan bentuk badan  yang langsing dan kekal sihat.  
"Semakin banyak kalori dibakar, lebih tinggi kadar faedah yang  diberi. Jika pelanggan hilang lebih lima peratus daripada berat badan  mereka dalam masa setahun, atau memegang kad keahlian pusat senaman,  pihak bank akan memberi kadar faedah istimewa," menurut kenyataan bank  itu.  
Akaun simpanan itu dilaporkan mencapai 400 bilion won (RM1.08 bilion) daripada hampir 50,000 pelanggan sejak 2008.
Sumber: Kosmo
Sumber: Kosmo
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan