IKLAN

Ahad, 18 Ogos 2013

Petua-Petua Menguatkan Memori dan Mengurangkan Migrain

Salam wbt.,
Sebelum saya terhilangkan petua berguna ni dari wall FB, eloklah rasanya diabadikan di sini Petua menguatkan memori dan menghilangkan migrain. Orang yang share petua ni seorang alim yang menuntut di Afrika Selatan dan petua ini diminta dari syaikh beliau. Dan menurut beliau, setelah mengamalkan petua² ni, beliau merasakan memorinya semakin kuat dan cerdas akal fikiran serta migrain pun hilang. Jom sama² kita baca, amal dan sampaikan.


1) Jangan bermaksiat walau sekecil maksiat sebab itu raja segala kekuatan akal dan memori,lagi banyak tinggal maksiat,lagi kuat otak kita.

2) Banyakkan makan kismis, badam, kurma dan jangan makan kepala ikan, kepala udang, organ dalaman, jajan, coklat, keropok dan semua jenis makanan yang ada MSG dan bahan kimia yang banyak, minuman berkabonat dan semua yang tak berkhasiat.

3) Amalkan adab-adab sunnah pada setiap masa samada tidur, makan, minum, masuk tandas, dalam tandas, belajar dan sebagainya.

4) Yang terpenting, amalkan sunnah selepas salam ketika solat iaitu letakkan tapak tangan kanan di dahi sejurus selepas salam dan baca Allahuakbar sekali, kemudian baca astagfirullahal’azim sebanyak 3X tetapi pada kali yang ketiga, kuatkan sedikit dan lanjutkan sedikit bacaannya. Kemudian baca doa: “bismillahillazi laailahailla huwarrahmanir rahim, Allahumma Azhib ‘Annil Hamma wal Huzna..” , kemudian selawat 3X dan baca “Ya Qowiyyu ” 10X dengan niat dan doa dalam hati supaya Allah kuatkan akal kita…


Satu lagi tips, hendaklah yakin betul² pada Allah dan istiqomah (berterusan) mengamalkan petua² ini.
Petua keempat tu dah lama saya tengok emak saya sendiri amalkan, dan diakui memori emak lebih kuat dari saya yang jauh lebih muda ni. InsyaAllah, azam nak amalkan ni. Lebih² lagi penghafaz² al-Quran dan mereka yang sedang menuntut ilmu, petua ni amat berguna.
Ini pula jenis² makanan penguat memori kajian orang barat;
memory booster food
 
ummihanei.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik