IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kisah Alam Ghaib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Alam Ghaib. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Januari 2013

8 Perkara yang Menentukan Bahagia atau Derita didalam Kubur....



8 Perkara yang menentukan bahagia atau derita didalam Kubur....

Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

➊ Menjaga solat lima waktu
➋ Banyak bersedekah
➌ Banyak membaca al-Quran
➍ Memperbanyak bertasbih
☛(membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

➊ Berbohong
➋ Khianat
➌ Adu-domba
➍ Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing. ☛(Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.)


✐Sedutan dari Kitab Tanbihul Ghafilin








suraual-ikhwan



Khamis, 10 Januari 2013

CCTV Terakam Makhluk Bercahaya Di Masjid Nabawi


Photo: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Malaikat Bercahaya Tertangkap Kamera di Masjid Nabawi

Selain manusia, masjid juga dikunjungi atau didiami oleh sosok gaib seperti malaikat dan jin muslim. Baru-baru ini di Masjid Nabawi di Madinah terekam dalam bentuk video aktifitas sosok gaib tersebut. Sosok misterius itu bercahaya putih berada di tengah-tengah umat yang sedang serius mendengarkan ceramah Syaikh dr. Abdul Muhsin al-Qasim. Saat

itu bertepatan dengan shalat Jumat 23 Muharram 1433 H.Video ini diunggap ke youtube dan spontan menggemparkan dunia, karena sosok itu tampak jelas terekam dalam video. Berbagai pihak mencoba menganalisis sosok bercahaya itu. Ada yang menyebutkan itu sebagai efek cahaya dari sinar matahari, tapi teori itu terbantahkan karena atap masjid Nabawi terbuat dari marmer.Tak seorang pun menyadari sosok itu berada di tengah-tengah umat. Bahkan pengurus masjid ketika menyaksikan video itu tak bisa mengidentifikasi siapa sosok misterius tersebut. Sebagian besar orang meyakini sosok gaib itu kemungkinan Malaikat yang memang selalu hadir di dalam Masjid Nabawi.
Untuk menyaksikan silakan Klik link Video Youtube ini :
http://www.youtube.com/watch?v=z1RU47VacZM
Terekam CCTV sosok lelaki dengan tubuh dan wajahnya memancarkan cahaya di Masjid Nabawi

Wallahu A’lam Bishawab


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Selain manusia, masjid juga dikunjungi atau didiami oleh sosok ghaib seperti malaikat dan jin muslim. Baru-baru ini di Masjid Nabawi di Madinah terakam dalam bentuk video aktiviti sosok ghaib tersebut. Sosok misteri itu bercahaya putih berada di tengah-tengah umat yang sedang serius mendengarkan ceramah Syaikh dr. Abdul Muhsin al-Qasim. 

Saat itu bertepatan dengan solat Jumaat 23 Muharram 1433 H.Video ini diunggap ke youtube dan spontan menggemparkan dunia, kerana sosok itu nampak jelas terakam dalam video. 

Berbagai pihak mencuba menganalisis sosok bercahaya itu. Ada yang menyebutkan itu sebagai efek cahaya dari sinar matahari, tapi teori itu terbantahkan kerana atap masjid Nabawi terbuat dari marmar.Tidak seorang pun menyedari sosok itu berada di tengah-tengah umat. Bahkan pengurus masjid ketika menyaksikan video itu tak boleh mengenalpasti siapa sosok misteri tersebut. Sebahagian besar orang meyakini sosok ghaib itu kemungkinan Malaikat yang memang selalu hadir di dalam Masjid Nabawi.

Untuk menyaksikan silakan Klik link Video Youtube ini :
http://www.youtube.com/watch?v=z1RU47VacZM

Wallahu A’lam Bishawab

Disunting dari: http://www.facebook.com-Koleksi-Mutiara-Kata-

Khamis, 15 Disember 2011

Pelanggan Gerai Terkejut Rakam Gambar Misteri


Langgar,Kedah - Seorang pelanggan sebuah gerai minum di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan.

Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34, berkata, sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar beberapa kali.

selepas beberapa ketika dia meneliti kembali gambar yang diambil dan terkejut apabila mendapati terdapat satu kepulan asap seolah-olah menyerupai wajah manusia.

“Terdapat seolah-olah kepulan asap yang menyerupai wajah manusia semasa gambar diambil.

“Selepas itu, saya menunjukkan kepada beberapa kawan yang lain dan ternyata mereka juga turut terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama kali merakam gambar aneh sedemikian ternyata turut menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang berada di kedai berkenaan.

Zul Azri berkata, dia tidak menyangka bahawa dengan hanya mengambil beberapa gambar menggunakan telefon bimbitnya, dia dapat merakam gambar aneh.

Seorang lagi pelanggan kedai minum itu, Yusof Hat, 40, mengakui masih belum pernah melihat benda aneh yang dirakam secara tiba-tiba.

Menurutnya, bagaimanapun perkara demikian tidak perlu diambil serius kerana langsung tidak memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat di kawasan sekitar.

“Serius saya katakan memang tidak pernah melihat kejadian seumpama ini, sedangkan gambar berkenaan pula dirakamkan pada waktu siang,” katanya. /SinarHarian



Isnin, 12 Disember 2011

Gempar Langsuir Bertenggek


Pili
HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.
Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.
 
Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.
 
“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.
 
“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.
 
“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.
 
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.
 
“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.
 
“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.
 
Cubaan Sinar Harian pergi ke tempat kejadian untuk merakamkan imej lembaga itu bagaimanapun gagal./ Sinar Harian






Isnin, 10 Oktober 2011

10 Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk & Tidak Reput


Tazkirah Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw,
"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah s.a.w bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru,
Wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
 

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

"Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah


SUMBER



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik