IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Rawatan Terkena Sihir Jin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rawatan Terkena Sihir Jin. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Februari 2013

Cuka Makan Mengurangkan Sakit Akibat Gangguan


Bagi mereka yang sakit akibat gangguan jin,adakalanya akan ada rasa menyucuk/sengal dikawasan tertentu anggota badan,contohnya pada otot pinggang,tulang belakang,jantung,dada,rusuk dan sebagainya.

Untuk mengatasinya ialah buka botol cuka makan,bacakan Bismillah 3x dan Kursy 7x lalu tiup 10saat pada cuka tersebut.

Apabila anda terasa sakit akibat gangguan,sapukan cuka makan ruqyah tadi pada tempat yang sakit 3-5x sehari,insyaAllah berkesan,selamat mencuba.

Ahad, 15 April 2012

Ilmu Mengesan Pelaris Atau Sihir Racun




Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum? Sehat?.. Satu dialog biasa yang mungkin orang dah boring dengar setiap kali ada je post baru. Hari ni pakcik nak sentuh sikit pasal pelaris dengan sihir racun dalam makanan ni. Pelaris ni, bagi yang tak tau, digunakan untuk memajukan perniagaan, walaupun barang dia cokia@ teruk, orang masih beli, pelaris la katakan.
Senang cerita kita buat contoh begini, korang nak beli telefon bimbit, tiba2 aje amoi cun fuh meletup yang terangkan pasal telefon bimbit tu. Goyang korang. Akhirnya, korang beli jugak walaupun korang tak faham apa fungsi  dia.


Jadi dekat sini pak cik nak berkongsi ilmu nak kesan guna ilmu pelaris, sebelum kena... baik kita hindarkan :-
  1. Fatihah 1kali
  2. Ayat Kursi 1 kali
  3. Surah Quraisy 1 Kali
  4. Surah Ikhlas 3 kali
  5. Ayat Penggerak 3 kali
Baca sebelum keluar rumah, dan keluar dengan langkah kanan dengan menyebut Bismillahi Tawakkaltu Ala ALLAH La Hau La Wa La Quata Illa Billahil A liyyil Azim
Masa hendak melangkah masuk dalam majlis tu, langkah dengan kaki kanan dan baca :-
  1. Surah Quraisy 1 kali
  2. Innallaha Qawiyyun Aziz 3 kali
  3. Ayat Penggerak 3 kali
Jadi, tanda-tandanya korang akan rasa bila korang sampai dekat area tu, seperti loya nak muntah macam orang mengandung, tak pun dengar bunyi pinggan pecah. Kalau ada tanda ni.. baik korang cabut… nanti korang terkena pelaris kang, tak pasal2 korang beli handset yang korang sendiri tak reti nak guna.


Lupa pulak, ni ayat Penggerak tu :-


Kredit: berkatrezeki.com


Sabtu, 11 Februari 2012

Khasiat Daun Bidara- Mengubati Sihir




RAWATAN AKIBAT SIHIR MENGGUNAKAN DAUN BIDARA.


1. Dalil bahawa Daun Bidara beserta Rukyah mengubati Sihir:
Ibnu Katsir dalam huraiannya apabila menafsirkan Surah Al Baqarah Ayat 102 berkaitan Syaitan yang memfitnah Nabi Allah Sulaiman bahawa baginda menggunakan Sihir bukan Mukjizat meriwayatkan bahawa: 


Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “ Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi ,Insya Allah akan hilang sihirnya”. “Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak ,Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.”


( Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Singkat Halaman 171)
( Tafsirul QuranilAzim Juz: 1 halaman 372 )

Sabtu, 22 Oktober 2011

Hendak Buang Sial dan Sihir Tapi Kena Rogol

 

Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.

Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa sejak April lalu.

“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah mangsa, lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam dengannya.

“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu, mangsa menjadi takut,” katanya.

Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi menjalani rawatan.

“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya,” katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.




Sekali Tepuk Bahu Lesap Wang RM 50 Ribu




BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.
Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.
“Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.

“Tanpa membuang masa, Roslan menawarkan peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lumayan namun saya menolaknya dengan baik dan mengatakan tidak berminat dengan urus niaga seperti itu,” katanya di sini, semalam.

Sumber :harianmetro

Rabu, 15 Jun 2011

Bagaimana Merawat Orang Yang Cuba Di Sihir



Assalamualaikum semua!

Kali ini mari kita mendengar cerita abang wan hospital..

Abang Wan menceritakan bagaimana beliau cuba disihir dan bagaimana beliau mengatasinya... Kena berani!

Jadi jika berdepan suasana begini:

1) Jangan panik

2) Mesti berani dan tegas

3) Bacalah apa-apa yang patut.. Contohnya Abang Wan membaca doa pembatal sihir :

" ALLAHUMMA ABTIL HAZAS SIHRA BI QUWWATIKA YA JABBARAS SAMAWATI WAL ARD"

Maksudnya:

"Ya Allah Ya Tuhanku, musnahkanlah sihir ini dengan kekuatanmu ya Allah yang mempunyai kekuasaan di langit dan bumi.."

Semoga dapat pengajaran dan istifadah!
(sumber) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik