IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Hudud. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hudud. Papar semua catatan

Isnin, 21 April 2014

Hudud: Wanita maafkan pembunuh anaknya disaat tali gantung sudah dijerut di leher pembunuh tersebut (Gambar )



Betapa mulianya wanita ini. Dia sanggup memaafkan pembunuh anaknya, sekali gus menyelamatkan lelaki berkenaan beberapa saat sebelum digantung.

Aksi berkenaan ditonton oleh orang ramai dan tindakan wanita itu yang memaafkan lelaki tersebut, ketika saat-saat akhir hayatnya, mendapat pujian ramai.

Wanita itu sanggup naik ke tempat hukuman itu dijalankan, lalu menampar pipi lelaki tersebut dan kemudiannya memilih untuk memaafkannya.

Dia kemudiannya membuka tali yang melilit Balal dan melepaskannya daripada hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas Balal kerana menikam anak lelaki wanita itu yang berusia 18 tahun, tujuh tahun lalu.

Gambar mangsa bunuh.



Menurut bapa mangsa, Abdolghani Hosseinzadeh, isterinya itu menukar fikiran selepas bermimpi arwah anak mereka, beberapa hari sebelum hukuman itu dijalankan.

“Dalam mimpi itu anak saya memberitahu ibunya bahawa dia berada di tempat yang baik dan memintanya supaya tidak membalas dendam,’’ kata Abdolghani.

Sejak mimpi itu, katanya, isterinya telah berfikir dan kemudian mengambil keputusan memaafkan Balal.

Abdolghani Hosseinzadeh juga yakin bahawa Balal tidak berniat membunuh anaknya.
“Anak saya telah menendang Balal dan pada masa sama Balal telah mengeluarkan pisau dari stokinnya. Balal tidak tahu mengendalikan pisau. Dia sungguh naif,’’ katanya.

Sumber -mynewshub/gigitankerengga


Rabu, 14 Mac 2012

Kalau Laksana Hudud, Saya Pertama Sokong - Malek Noor


Aziz Desa dan Malek Noor di sessi sembang petang KTC


Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.


Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.


Sembang Petang itu dikendalikan Ketua Pegawai Operasinya, Aziz Desa.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataannya dalam ucapan sembangnya diawal majlis yang mengutuk kekejaman manusia mendera kanak-kanak termasuk ibubapa sendiri yang mencampak anak dari bangunan yang tinggi.


Ketika mengulas penderaan kanak-kanak, beliau tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.


Malek seterusnya berkata, kerana undang-undang yang ada dalam negara begitu longgar menyebabkan pesalah termasuk orang lain tidak pernah berasa insaf dengan hukuman yang dikenakan.


“Setakat hukuman setahun, dua tahun kemudian lepas, tidak akan menginsafkan mereka.


“Andainya kerajaan berhasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, saya adalah orang pertama yang akan menyokongnya kerana yakin hanya syariat Allah yang dapat mendidik manusia,”ujarnya.


Turut hadir pada program khas yang dianjurkan untuknya adalah isteri beliau, Datin Wan Asma Wan Ismail.


Pasangan pengantin ini melangsungkan perhakwinan mereka di Kota Bharu pada 12 Mac lalu dan majlis repsepsinya berlangsung di Hotel Renaissance yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri.


Katanya lagi, begitu juga hukuman yang dikenakan ke atas mat rempit yang dianggapnya begitu longgar menyebabkan golongan terbabit tidak pernah insaf untuk berhenti.


Terdahulu ketika berucap pada majlis itu berharap Kelantan akan sentiasa dirahmati disamping mengharapkan negeri itu menjadi yang terbaik di negara ini.


“Hasrat saya untuk melihat negeri ini menjadi contoh pada negeri-negeri lain di negara ini kerana keistimewaannya yang tersendiri khususnya penerapan Islam,”ujarnya. Kerengga



Isnin, 17 Oktober 2011

Sultan Brunei Patuh Kepada HukumNya Sehingga Terus Sokong Pelaksanaan Hukum Hudud di Brunei!!


sultan brunei1 Sultan Brunei Patuh Kepada HukumNya Sehingga Terus Sokong Pelaksanaan Hukum Hudud di Brunei!!
Beritasemasa.Setelah 27 tahun negara Brunei mencapai kemerdekaan sejak tahun 1984, baru-baru ini dalam Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mahu Undang-undang Syariah Islam yang di dalamnya terkandung juga HUDUD dilaksanakan di Brunei….
Setelah kami mendengar sendiri sebahagian ucapan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini, kata-kata yang berjaya menarik perhatian kami adalah :
“Siapakah kita di hadapan Allah untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu sedangkan undang-undang ini bukanlah baru digubal, tetapi telah termaktub didalam Al-Quran dan Al Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih”
Malaysia pula kena tunggu berapa tahun lagi? 20 tahun? 30 tahun? Atau…….?? Seperti dalam artikel kami sebelum ini mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Malaysia, kami tidak mengharapkan pun hukum Hudud akan dilaksanakan secepat mungkin, tetapi sekurang-kurangnya ada usaha ke arah penerapan ilmu dan pendedahan kepada masyarakat terutamanya kepada orang Islam mahupun bukan Islam (supaya mereka tidak skeptikal atau salah faham mengenai undang-undang Hudud ini). Adakah sudah bermula? Itulah persoalannya….Adakah ini pun memerlukan berpuluh tahun lagi baru hendak bersedia?
Kita “lebih sibuk” dan gemarkan perpaduan Melayu islam sedang rakyat di Malaysia dah bersatu lama dah. Dengan majoriti ahli parlimen  beragama Islam di Dewan Rakyat dari dahulu sehingga sekarang. Mudah sangat nak draff undang-undang Hudud di Malaysia kalau nak diluluskan. Cuba, persoalannya mahu atau tidak sahaja.
Apa yang kami lihat, pelaksanaan Hudud di Malaysia dilihat sukar dilaksanakan disebabkan beberapa faktor:
  • Golongan atasan yaag mana beragama Islam itu sendiri terlibat sama dengan perbuatan skandal seks, pecah amanah, rasuah, pembunuhan, salah guna kuasa dan lain-lain lagi
  • Yang keduanya, terdapat golongan ahli politik beragama Islam yang lebih mementingkan kedudukan & pengaruh politik mereka dengan menjaga hubungan antara satu sama lain daripada membincangkan soal pelaksanaan hukum Hudud ini selanjutnya
  • Akhir sekali kepada masyarakat itu sendiri, tiada usaha ke arah didikan kepada mereka bagi memberikan pemahaman berkaitan pelaksanaan hukum yang sebenar-benarnya sehingga ada kalangan suka-suka sahaja memberikan andaian pmahaman sendiri setelah isu ini terus “dimainkan”
Yang bukan Islam  kalau mereka tidak menyokong Hudud tidak hairanlah. Yang menjadi pelik dan hairan bagi kami jikalau orang Islam sendiri tidak menyokong pencipta Hukum Hudud iaitu Allah S.W.T sendiri. Lihat sahaja masalah sosial dan kadar jenayah di Malaysia sejak berpuluh tahundahulu, adakah makin sejak dilaksanakan undang-undang konvensional? Tidak perlu tunggupelaksanaan hukum hudud di Malaysia dilihat berasaskan parti, “Pimai-pimai Tang Tu” juga. Kalau dilihat sekarang ini….
Bukan senang nak laksanakan hukum hudud dengan begitu mudah nak potong tangan orang sahaja. Tidak sebegitu mudah. Ada tatacaranya. Walaupun ada keraguaan yang kecil pun boleh terbatal (gugur) hudud dan jadi ta’zir (budi bicara pemerintah/penguasa). Hukum HUDUD ini hanya untuk menghukum/mengajar mereka “yang benar-benar bersalah” sahaja sehingga di luar keraguan prima facie, yang sememangnya secara jelas telah bersabit kesalahan.
Dan hukum hudud punya sebatan tidak seazab sebat di penjara itu sampai terkoyak daging punggung pesalah, itu azab namanya. Sepatutnya pelaksanaan hukuman kepada pesalah dijadikan contoh dan iktibar supaya kita semua insaf dan memberikan pengajaran semua tidak diulangi sekali lagi pada masa hadapan. Apa pengajaran yang masyarakat di luar perolehi kalau hukuman dilakukan di dalam penjara sahaja?


Sumber : Beritasemasa.com

Isnin, 3 Oktober 2011

Zainah Anwar (Sister in Islam) Hina Hudud !!!


Ketua Sister In Islam (SIS) ni guna akalnya yang tidak seberapa mempertikaikan PenciptaNya, seolah-olah beliau lebih pintar dari Allah. Ikuti pendapat beliau tentang Hudud.
  • Hukum potong tangan brutal dan tak adil pada rakyat Malaysia.
  • Hukum rejam pada penzina tak sempurna dan tidak adil pada wanita yang kena rogol.
  • Apa kata kalau selepas pencuri yang dipotong tangannya kemudiannya dengan pantas ambil tangan dan terbang ke KL dan doktor sambung balik tangannya.
  • Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan.
  • Apa kata seorang wanita yang tak kahwin, tetiba mengandung kerana di rogol, Sudah tentu dia akan dihukum zina sedangkan dia dirogol.
  • Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam.
Semua yang tersebut di atas adalah alasan kenapa rakyat Malaysia perlu menolak Hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas di Kelantan mengikut pemahaman Zainah Anwar dari Sister In islam yang merupakan organisasi yang sejak dulu giat membantah perlaksanaan hukum tersebut yang dilihatnya amat pincang dan tidak sesuai untuk rakyat Malaysia.

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih....




Jumaat, 23 September 2011

Dr Asri Akui Kejujuran Nik Aziz Laksana Hudud


NONEKL 22 Sept 11: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengakui kejujuran Nik Aziz dalam melaksanakan hukum Hudud di Kelantan seperti yang diamanahkan oleh rakyat dalam pilihanraya sejal sejak beliau menjadi menteri besarnya.
 

Mengulas dakwaan bahawa hasrat Kelantan itu sekadar mainan politik, Dr Asri menafikannya dengan berkata "tuduhan itulah mainan politik". Katanya, walaupun hanya orang luar dan bukan anak Kelantan, beliau - yang sering diberi peluang melihat pentadbiran negeri itu dari dekat - yakin hasrat itu "bukan main-main".

azlan"Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW, dalam sunnah baginda," katanya.

Katanya, beliau pernah mendengar sendiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya tentang hudud dan menjawab:

“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.

Dr Asri berkata, daripada riak wajah Nik Aziz itu, beliau merasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah itu.

Bekas mufti Perlis itu berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya. Suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.

"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.


"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri
.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.


"Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya. (IbnuHashim)


Lihat sebelum ini..


Apa Itu Hukum Hudud??



Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

- Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat . ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).


Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )

Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )

Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )

Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya. 

Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? minum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafkan untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.

Kredit : Arkid Islam

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Jom Daftar Tambah Visitors

    Free advertising

    Entri Mereka Juga Menarik

    Geng Baik