IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Menghina Nabi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menghina Nabi. Papar semua catatan

Isnin, 24 September 2012

Kita Sendiri Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari


Seluruh dunia Islam sekarang ini kecoh dengan demonstrasi bantahan terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang 'gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.

Tapi kan... Kadang-kadang kita terlalu ekstrim berdemonstrasi sehingga akhlak kita tidak terjaga, emosi tidak terkawal, nafsu menguasai akal. Merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat di Libya sebagai protes terhadap filem tersebut, wajarkah tindakan melulu tersebut? Ibarat abang yang membunuh, adik yang kena hukum gantung. Di manakah keadilan? Islam itu berjalan menggunakan akal fikiran yang wajar. Bukan menurut emosi membabi buta. Kita marah bila orang label umat Islam pengganas, tapi kita sendiri yang bertindak ganas.Tindakan seperti itu hanyalah seperti mengiyakan bahawa Islam itu sememangnya pengganas seperti digambarkan dalam filem tersebut.



Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

2. Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi santapan mata.

3. Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam. Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.

4. Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen pemakaian mereka.

5. Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina sunnah Nabi.

6. Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak langsung.

7. Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun, tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.

8. Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat. Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?

9. Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah, sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.

Pernah dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang ngelat. 

10. Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita sendiri  langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.

Nampak?



Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.


Bukanlah niat untuk mempersenda usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!


 Aku pun sembang ja kencang. Pakat-pakat muhasabah diri la kan.

Isnin, 17 September 2012

Pendedahan Sulung Wajah Pengarah Filem "Innocence of Muslims"--Nakoula Basseley

Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad. Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.


Nakoula Basseley Nakoula di set filem dengan Cik Gurji yang berambut palsu warna merah 

Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliauadalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas. 

Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.

Di California,Gurji yang berusia21 tahun, yang melakonkan watak pengantin 
kanak-kanak yang dikahwinia Muhammad dalam filem tersebut meluahkan
rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan 
rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasanya.

"Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang 

bernama George, "katanya. 'Saya tidak tahu George akan ditukar 
kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut 
orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.


"Saya penganut katolik oleh itu mereka 
mungkin fikir saya menentang umat Islam. 
Saya mengambil pil tidur. Saya telah 
menangis selama beberapa hari. 
Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar 
dalam klip filem. 

Apabila orang menonton filem buruk itu 
mereka akan melihat saya."

Gurji berkata dia dan pelakon lain percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. 

Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.

"Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary,pengantin muda kepada watak yang dipanggil George,"katanya.

'Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba.

Sumber: wasukalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik