IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Khasiat Buah Pisang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khasiat Buah Pisang. Papar semua catatan

Selasa, 23 Oktober 2012

Pisang Penyelesai Masalah DVD Rosak Kesan Calar


Sukar untuk percaya, tetapi ia ternyata memang berkesan. Terdapat bahan-bahan isi rumah yang dapat membantu menyelesaikan masalah cakera padat seperti DVD dan CD rosak, tersangku-sangkut semasa dimainkan kerana kesan calar pada permukaan cakera.

Sekiranya cakera anda tidak dapat dimainkan, cuba beberapa penyelesaian yang mudah dan murah, antaranya dengan buah pisang.

Sapukan isi pisang pada cakera, kemudian gosokkan pula  bahagian dalam kulit pisang pada permukaan cakera tadi.  Bilas dengan air, kemudian gilap dengan kain lembut dan biarkan cakera kering.  Cakera anda sudah boleh dimainkan semula.
Kaedah ini berfungsi untuk cakera tercalar sedikit, tetapi jika cakera anda mempunyai kesan calar  yang teruk, lebih baik anda simpan saja pisang itu untuk pencuci mulut.

Selain pisang, wax kereta juga sesuai untuk memulihkan cakera padat yang tercalar.  Caranya sapukan  cakera padat anda dengan cecair  wax kereta, kemudian bilas cakera dan biarkan ia kering.  Pemain DVD anda akan dapat membacanya lagi.

Penggilap perabot berfungsi pada kedua-dua cakera yang sedikit tercalar dan juga yang tercalar banyak, walaupun ia akan mengambil masa beberapa kali untuk  untuk memulihkan cakera dengan kesan calar yang  dalam. [digitalOne]

Sumber: www.orangmuo.com

Selasa, 24 Januari 2012

Makan Pisang Elakkan Sekatan Darah di Otak


detail berita
Pisang (Gambar: Google)

PISANG dikenali kaya kalium dan diketahui mampu mencegah stroke. Namun, kajian terbaru mendapati bahawa makan tiga buah pisang dalam satu hari menjaga peredaran darah dalam otak menjadi lebih baik.
Mereka mengatakan, bahawa mempunyai satu buah pisang untuk sarapan, makan tengah hari dan satu untuk di malam hari akan memberikan cukup kalium sehingga mengurangkan kemungkinan menderita penggumpalan darah di dalam otak sekira 21 peratus. Penggumpalan darah di dalam otak itu sendiri merupakan salah satu penyebab stroke.

Walaupun beberapa kajian sebelumnya telah menyarankan pisang penting untuk mengawal tekanan darah dan mencegah stroke, hasilnya tidak selalu konsisten.

Dalam kajian terbaru, para saintis menganalisis data dari 11 kajian yang berbeza dan mengumpul hasil secara keseluruhan. Mereka mendapati pengambilan kalium harian sekira 1.600 mg, kurang daripada separuh jumlah harian yang disyorkan Inggeris untuk dewasa 3.500 mg, sudah cukup untuk mengurangkan risiko stroke lebih dari satu perlima.

Pisang rata-rata mengandungi sekitar 500 miligram potasium yang membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh. Terlalu sedikit kalium boleh menyebabkan mual, denyut jantung tidak teratur, dan diare.

Seperti yang dilaporkan Times of India, penyelidik dari University of Warwick dan University of Naples mengatakan, "Pengambilan potasium di kebanyakan negara jauh di bawah jumlah harian yang disyorkan."

Tetapi jika pengguna makan makanan yang lebih kaya potasium dan mengurangkan pengambilan garam mereka, angka kematian tahunan global stroke boleh menurun lebih daripada satu juta orang setiap tahun. Kajian ini telah diterbitkan dalam "Journal of the American College of Cardiology"./ (Tty) /
okezone

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik