gambar-sedakasejahtera
Hari Rabu lalu satu
kumpulan Heavy Metal/ Thrash Metal yang di bentuk pada tahun 1981 di Los Angeles
Amerika Syarikat dan merupakan Kumpulan Legenda dalam dunia muzik Rock/Metal
dunia. Kumpulan Metalicca juga telah menerbitkan 9 album sepanjang
penglibatan kumpulan ini di dalam dunia muzik, aku peminat diaa
beb.
Sebenarnya aku adalah
salah seorang peminat tegar kumpulan ini, dan merupakan ikon dan ikutan
semasa dibangku sekolah dan remajaku, sebenarnya tidak salah untuk mendengar muzik
ini tetapi kena tahu lirik dan batasan agama itu sendiri. Pada hari semalam-rabu, kumpulan Metalicca ke Kuala Lumpur dan mengadakan satu konsert
di Stadium Merdeka.
Untuk tidak menghampakan peminat Malaysia yang tidak hadir ke konsert mereka yang buat julung kalinya Kumpulan METALLICA, dengan bangganya mempersembahkan dua lagu khas untuk mengurangkan sedikit ketegangan di luar sebelum Konsert mereka bermula..dan supaya mereka di katakan nanti memahami budaya Malaysia atau Melayu khasnya, yang sukakan hiburan dari yang muda sampai ke-tua ganjut, tapi bila sampai tang cari ilmu atau pergi kuliah di surau dan masjid agak Heavy Metal-nya punggung dan kaki-kaki mereka@ kita!

Ini agak-agakkan aku sahaja, manalah aku tahu, aku pun tak pergi..janganlah marah, gurau pun tak boleh ke.. lu memang Heavy le..Tolonglah jangan Thrashing aku... Rileklah bro...Hari tu masa tersebar Metallica nak datang sini, ada orang nak sponser tiket pergi konsert, pun senyap aje.. mungkin dah sedar diri dah nak masuk Asar menuju Maghrib, perut pun dah boroi takut sangkut bersesak tak leh keluar bila ada apa-apa hal nanti. Lagi pun takkan nak headbanging sampai ke-tua cukuplah zaman muda kita yang penuh Jahiliah tu ye tak..?!
Elok kita pergi ratip kat surau @ masjid ke..doakan saudara seagama kita yang menderita yang di thrashing@belasah di seluruh dunia terutama di Mesir ,Syria dan Palestin tu..
Dengarnya semalam...
"(21.08.2013) umat Islam khususnya berbangsa Melayu, tertewas dalam kegilaaan...jumlah yang tewas jauh lebih ramai ketika berlangsungnya konsert Metallica! Dikhabarkan sehingga masuknya waktu maghrib pun, muzik "keras batu" terus didendang menenggelamkan azan. Realitinya, kita menang atau tewas..? "-www.mohamadazhan.com
Merdeka! Merdeka! Merdekakah kita disana ... ?!
Semoga dapat sesuatu...Wallahu'Alam dan Wassalam.
tewas teruk ngan jahiliyah nihhhh
BalasPadam