IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kisah Komunis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah Komunis. Papar semua catatan

Jumaat, 23 September 2011

Safee Sali Kata MALAYSIA Bekas JAJAHAN TAKLUK BRITISH

SAFEE berlatih di Cardiff City hingga 26 September ini.


Pada 9 September lalu Profesor Zainal Kling berkata bahawa negara Malaysia atau yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu bukanlah jajahan British, tetapi 'dilindungi dan dinaungi' British. Ini bermakna British itu bukanlah penjajah, dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah.


Kemudian kenyataan itu disambut pula oleh pemimpin Perkasa, Profesor Ramlah Adam bahawa 'British tidak menjajah Malaya' dan 'Mohamad Sabu salah apabila berkata polis di rumah pasong Bukit Kepong adalah polis British'.


Kenyataan Ramlah dan Profesor Zainal Kling itu adalah semata-mata untuk menafikan kenyataan Mohamad Sabu bahawa polis ketika itu bekerja untuk British iaitu penjajah dan kedua-duanya ingin mengesahkan hujjah kera jaan bahawa Mohamad Sabu menghina dan memperkecilkan peranan pasukan keselamatan di negara ini kerana menghina polis rumah pasong Bukit Kepong.


Akhirnya semalam, Mohamad Sabu telah pun dibawa ke mahkamah berhubung kes sejarah yang dibicarakan di mahkamah, satu-satunya kes di dunia ini iaitu di Malaysia. Moga-moga harapan Kera jaan selepas ini rakyat Malaysia tidak akan berani lagi mengatakan bahawa Malaysia ini adalah tanah jajahan British. Itulah harapan mereka.


Namun sayang seribu kali sayang. Hari ini seorang pemain bola sepak tersohor Malaysia, seorang penyerang yang mempunyai gaya permainan ala Mokhtar Dahari iaitu Safee Sali sendiri mengatakan bahawa Malaysia ini adalah tanah jajahan British. Kenapa Safee Sali berkata begitu?. Ini kerana peluangnya untuk mewakili kelab Bola Sepak Inggeris Cardiff City terganggu kerana pasukan bola sepak Malaysia tidak berada pada ranking ke-70 atau ke bawah, untuk membantunya melepasi mendapatkan permit kerja - bermain bola sepak di Britain.


Safee Sali turut mengeluh kerana menghadapi kekangan daripada pihak imigresen di sana yang di bawah urusan Kementerian Dalam Negeri United Kingdom. Bagi membantunya memudahkan urusan permit kerja itu, Safee Sali merayu dan berkata "Hanya kerajaan Malaysia sahaja yang boleh bantu dengan proses ‘Government to Government’ atas alasan tanggungjawab British membantu negara bekas jajahan takluknya atau Komanwel." 



 Keratan artikel di dalam akhbar Berita Harian yang bertajuk :'Kerenah birokrasi sekat misi Safee Sali!'

Nampaknya Safee Sali sendiri pun mengerti dan faham benar bahawa Malaysia adalah sebuah negara bekas jajahan takluk British atau Komanwel. Safee tidak pula mengatakan bahawa Malaysia adalah negara bekas 'naungan' atau 'lindungan' British. Ironinya hujah Safee Sali itu sendiri dikeluarkan oleh sebuah akhbar kerajaan yang pro Umno pastinya!. Ia dikeluarkan sehari selepas Mohamad Sabu dibicarakan.

Jika Safee Sali pun faham benar Malaysia adalah tanah jajahan British, dan British itu adalah penjajah di Tanah Melayu ini. Mengapa pemimpin dan penyokong karat Umno tetap mempertahankan bahawa British itu bukan penjajah. Bagi mereka British bertanggungjawab melindungi dan menaungi Tanah Melayu. Bagi mereka British adalah TUAN dan bukannya PENJAJAH./ PD

Jadi...Siapa Yang Bebal ?! Maaf jika terasa dan terkena..yang Baik datang dari Allah. Yang jahil,bodoh,bebal...diatas kelemahan diri ku sendiri..WallahuA'lam.





Sabtu, 10 September 2011

Gambar Bekas Pengganas Komunis Solat Hari Raya Di Selatan Thailand...

Pemimpin dan bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Kampung Perdamaian Sukhirin menyambut hari lebaran Aidilfitri dengan menunaikan sembahyang raya di Masjid Darul Aman. Mereka disifatkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai "pengganas komunis" dan "tidak beragama". Dalam dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 Pak Najib berkata: "Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional," (baca sini)

Abdullah C.D. yang menjadi penaja dan pemimpin Rejimen Ke-10 pernah menjadi Setiausaha Cawangan KMM (Kesatuan Melayu Muda) Lambor dan pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) sebelum penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat mengharamkan PKMM dan PKM pada tahun 1948.

Abdullah C.D. (kiri) dan Awang Yaakob (kanan) yang merupakan seorang komander kompeni Rejimen Ke-10
Anak-anak bekas perajurit menerima wang hari raya
Sebagaimana setiap hari raya, rumah Abullah C.D. dikunjungi rakan seperjuangan dan keluarga masing-masing
Abdullah C.D. bergambar dengan rakan seperjuangannya setelah selesai solat Aidilfitri


Sumber dari siasahkini dengan sedikit suntingan.Maaf Zahir Dan Batin.

Rabu, 7 September 2011

MPAJA - Gerakan Parti Komunis Malaya Menentang Jepun

MPAJA. Foto: ismashahalam.net

Salam.
Antara isu yang panas dalam suasana mengingati Hari Kemerdekaan Negara ke 54 ialah isu mereka yang pernah bergiat dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Maka, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai PKM dan juga MPAJA yang menjadi antara rentetan sejarah Malaysia.

PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk
Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk menentang pendudukan Jepun ke atas Malaya. Dan pada ketika itu, MPAJA diberikan senjata oleh kerajaan Inggeris untuk menentang Jepun.

Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila, lalu membentuk MPAJA. MPAJA atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945, setelah pihak Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945.


Kekejaman MPAJA memang tidak dapat disangkal lagi. Mereka menghukum dengan cara mereka sendiri ke atas mereka yang pernah menjadi tali barut Jepun terutama dari kalangan orang Melayu dan Cina. Oleh kerana kekejaman yang mereka lakukan, ramai yang takut.

Kerana kekejaman yang dilakukan oleh Bintang Tiga, maka banyak pihak telah bangkit terutama dari orang kampung yang terseksa dengan kehadiran gerila komunis ini. Kewujudan Home Guard, Askar Melayu serta Polis dari kalangan orang Melayu menjadi antara yang terpenting dalam memerangi kegiatan komunis ini.

Dan tragedi yang paling diingati yang melibatkan penentangan terhadap komunis adalah Tragedi Bukit Kepong.

Sumber: HASRULHASSAN.COM™

Rabu, 31 Ogos 2011

Kalau Lagu Ni... Aku Pun Sokong Komunis...

Maksud Aku Komuni...kasi..Ict.


P/s : ahak ha ha..Ini takda kena mengena dengan yang masih hidup maupun masih mati.. Maaf zahir dan Batin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik