IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Artis Dan Tudung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Dan Tudung. Papar semua catatan

Rabu, 30 Oktober 2013

Biadap! Artis Ini 'Ditendang' Kerana Enggan Buka Tudung...


DIBERITAKAN...

Kadang kala dugaan orang yang dah berhijrah menutup aurat akan bertudung mempunyai dugaan yang tidak diduga. Memetik portal Utusan semalam, Nana atau Siti Nordiana diduga agar dibuka tudungnya ketika sebelum waktu persembahan dimulakan.

Dan akibatnya, Nana 'ditendang' keluar kerana enggan memberikan kerjasama atau berdegil kerana menegakkan iman di dalam dirinya. Baguslah macam itu, membuktikan yang Nana ikhlas dalam menjalankan kewajipan menutup aurat.  

</
"Sebolehnya saya tidak mahu bercerita berhubung perkara inikerana ia bukanlah suatu perkara yang manis tetapi apabila adapihak bertanya, tidak salah rasanya kita berkongsi.

"Perkara ini berlaku pada sambutan Aidilfitri yang lalu di negarajiran, pada mulanya nama saya sudah tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan.

"Tetapi pada waktu tersebut, mereka tidak tahu saya sudah berhijab, jadi beberapa hari sebelum tarikh persembahan mereka meminta saya untuk membuka tudung dan pastinya saya tidak bersetuju dengan permintaan mereka.

"Disebabkan itu juga, nama saya digugurkan pada saat-saat akhir. Saya tidaklah berasa kecewa atau terkilan kerana saya percaya, rezeki ada di mana sahaja dan yang penting adalah usaha kita,"
 
Nana

www.ibnuhasyim.com

Selasa, 2 Oktober 2012

Ayu Raudhah Ingin Buka Tudung


Ayu Raudhah mulai selesa dengan imejnya bertudung.
PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.
Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah.
"Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut.
"Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya.
Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga.
Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya.
"Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.
"Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.
"Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah 'bad hair day' seperti yang dilalui sebelum bertudung," selorohnya./mstar

Selasa, 10 April 2012

Balik Dari Mekah, Abby Abadi Berhijrah

pix_gal0  
NIAT pelakon Abby Abadi, 34, untuk berhijrah dengan memakai tudung sudah lama terpendam di hati. Namun ibu tunggal kepada tiga anak comel itu bimbang jika terlalu digembar-gemburkan kelak, ia akan memakan diri.

Bagaimanapun kunjungannya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu akhirnya mempermudahkan niat sucinya itu.

Menurut pelakon itu, selama ini dia enggan dituduh mempersendakan agama dalam soal bertudung.
Akuinya, dia khuatir melakukan hijrah itu atas desakan mahupun tuntutan semasa, sebaliknya mahu ia berlaku atas kerelaan sendiri.

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.

Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.


Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.


Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.

 Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat 
menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.

“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.


Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.


“Apa yang saya lalui termasuk perpisahan dengan Zul Ariffin juga barangkali sedikit sebanyak mempercepatkan agenda saya ke sana. Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya sebagai orang Islam, mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita,” kata Abby.

 

mummynemo

Ahad, 8 Januari 2012

Teh Syuhada Kini Bertudung

Sekali lagi kita bakal dikagetkan dengan kehadiran selebriti atau personaliti TV yang melakukan penghijrahan bertudung, pengacara WHI, Teh Syuhada. Baru-baru ini menampakkan beliau bertudung dalam rancangan berkenaan dan memberikan satu lagi kemajuan kepada industri pengacaraan. Baguslah kalau macamtu, kami malah lebih menyokong personaliti yang bertudung, sebab golongan mereka ni ditonton oleh ribuan orang di kaca tv. Mungkin ini salah satu azam baru Teh Syuhada.


Sumber:izyan


Rabu, 28 Disember 2011

TICHEL : Tudung Wanita Yahudi yang Beriman

Mari Pelajari Amalam Orang Ibrani

Kes budak lapan tahun pagi tadi membuatkan aku menulis artikel pendek ini. Banyak juga yang bertanya apakah aurat seorang wanita Yahudi? Apakah yang mereka pakai yang can be considered as menutup aurat? Untuk bercakap tentang aurat and stuff kita kena tahu konsep Tzniut . Tzniut ialah konsep yang diamalkan Yahudi beriman bagi menjaga kehormatan diri. Ia merangkumi cara pemakaian dan pergaulan antara jantina. Persoalan "aurat" seorang Yahudi jatuh didalam konsep Tzniut

Seperti agama Islam definisi apa yang boleh dan tak boleh dalam agama Yahudi banyak perdebatannya dikalangan Rabbi. Ada Rabbi yang keras dengan hukum Torah dan ada yang lembut. Macam kes XMas tempohari lah. Ustaz Maza dan Yusuf Qardawi kata HARUS ucapkan Merry Xmas kepada orang bukan Islam kerana masa nabi masih hidup dulu pun dia hormati funeral procession of a dead Jewish man dengan berdiri. Dia hormat si mati walaupun dia Yahudi Laknatullah. But this is another story altogether

Anyway apa yang pasti dalam agama Yahudi seorang wanita WAJIB menutup rambut selepas bernikah sebagai tanda setia dan menjaga kesucian dirinya kepada si suami. Wanita Yahudi boleh menutup kepada dengan rambut palsu , scarf dan tichel. Wanita Yahudi dari mazhab Haredi went a step more dengan memakai topi diatas wig. scarf dan tichel mereka bagi memastikan double sure mereka memenuhi kehendak Tzniut.


Wanita Yahudi yang beriman juga tidak boleh memakai skirt diatas paras lutut. Baju mereja juga tak boleh ketat dan sebaik-baiknya tidak bewarna-warni sehingga menarik perhatian lelaki. Ini adalah haram dimata Tzniut. Dari segi baju pula lengan baju harus menutup siku. Wanita Haredi sekali lagi went a step further dengan memakai lengan sampai ke pergelangan tangan dan baju yang menutup tulang selangka.

Bagi golongan lelaki pula seluar pendek dibenarkan kecuali jika anda seorang Heredi yang beriman. Baju lengan pendek juga ditegah. Tidak seperti wanita menitup kepala bagi lelaki yang sudah atau belum berkahwin adalah tidak wajib.

So there you go ladies and gents. Aurat lelaki dan wanita orang Yahudi. Judging by this rule Bar Rafaeli and Natalie Portman are two really bad jew women! LMAO!

I just leave this here........ hmmkay. LOLOLOLOLOLOLOLOLOLOL
Kredit : blogserius

P/s: Ops! maaf Cik kak .yang baik jadi tauladan ,yang tidak buang jejauh.. .
Kata Ustaz ku: Nabi hormati dengan berdiri waktu yahudi mati itu.maksud hormat disini adalah menghormati Malaikat yang mencabut nyawa si yahudi itu..WallahuA,lam.



Isnin, 19 Disember 2011

Abby Abadi Manis Bertudung Di Ceramah Agama, Harap Kekalkan Di Luar Sana

Abby Abadi Manis Bertudung Di Ceramah Agama
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
KUALA LUMPUR – Hangat diperkatakan di kalangan pemilik-pemilik blog hiburan terkenal tanahair mengenai gambar terbaru pelakon terkenal, Abby Abadi, yang manis mengenakan tudung ketika menghadiri majlis ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, baru-baru ini.
Pemilik blog Beautifulnara .com, Abang Nara misalnya begitu teruja dengan penampilan Abby itu dan mengajak para peminat untuk berdoa semoga artis berstatus ibu tunggal anak tiga itu melakukan transformasi imej dengan mengenakan tudung sepenuhnya.
“Cantik manisnya apabila melihat Abby Abadi bertudung walaupun sekadar untuk menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus.
“At least adalah usaha untuk berubah. Sama-sama kita doakan agar Abby Abadi mengikut jejak beberapa orang rakannya yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya,” kata Abang Nara di blognya.
Laman blog Oh! Artis turut mendoakan agar Abby mengekalkan imej tersebut sepenuhnya dan menyatakan bahawa sekiranya seseorang yang dijadikan Tuhan dengan rupa yang cantik, sudah tentu akan lebih cantik sekiranya bertudung.
“Kita doakan semoga imej Abby Abadi yang dapat kita lihat di dalam gambar ini berkekalan.
“Kalau dah tercipta sedia cantik tu, apa salahnya bertudung. Pastinya akan kelihatan lebih cantik. Cantik di mata manusia, lebih cantik di sisi Pencipta,” kata blog tersebut.
Menyejukkan hati lagi apabila bekas isteri pelakon terkenal, Norman Hakim itu menulis dengan corak yang agak Islamik di laman sosial Facebook miliknya.
“Biarlah perubahan pd diri Sy dr hati/ kerana ALLAH. Sy sgt pasti yg Sy takkan berubah kerana org lain/desakan dr mana2 pihak.
“’Agama’ mmg selalu ada dlm diri berkat didikan mak/ayah dr zaman kanak2 lagi. Mencari mereka yg lebih arif juga bukan sbb kecewa, tp ingin makin dekat dgn agama. Maaf kalau ada yg terasa..,” katanya di Facebook.
Bagaimanapun, Abby melahirkan rasa kecewanya ekoran segelintir peminat yang mendesak dan memaksanya untuk bertudung sepenuhnya sedangkan artis itu berpendapat bahawa imej bertudung tidak menjamin perlakuan yang baik berdasarkan pengalaman pahitnya berhubung wanita yang bertudung.
“Menghadiri ceramah agama utk mencari ilmu & sgt2 ingin mdekatkan diri pd agama, tp apakah hadirnya Sy di majlis spt itu mbuatkan Sy hilang hak sebagai manusia di dunia ini sehingga sgala semua perlu di desak?
“Sy sgt kecewa bila Sy tahu seorang wanita bertudung mganggu hak Sy dr 2009 shingga 2011. Wanita btudung juga membuat fiitnah utk mengaibkan Sy. Wanita bertudung juga mganggu rumah tgga saudara terdekat Sy.
“jd apakah Sy perlu tunduk pd desakan org2 tertentu smata2 utk di nilai baik pd ‘luaran’ walhal … Apa yg mereka lakukan tak selayaknya jika dbandingkan dgn penampilan yg di tonjolkan. Jd biarlah Sy jalani kehidupan Sy sbaik mungkin tanpa di pengaruhi oleh sesiapa,” katanya panjang lebar dalam ‘status update’ terbarunya.
Berikut adalah beberapa keping gambar Abby Abadi mengenakan busana muslim di sekitar majlis ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dimaksudkan.

Selasa, 11 Oktober 2011

Cantikkan ! : Gambar Irma, Nana Dan Diana Bertudung

Gambar Irma, Nana dan Diada bertudung. Irma Hasmie Ibrahim, Siti Nordiana dan Diana Amir merupakan antara tiga lagi artis wanita yang telah melakukan penghijrahan besar dalam hidup mereka.
 Bagi ketiga-tiga wanita ini, langkah untuk mengambil keputusan sebesar ini sebenarnya banyak menyedarkan mereka tentang erti kehidupan yang selama ini dicari.


Irma cari calon suami
BUKAN lagi rahsia apabila hubungan cinta yang pernah terjalin di antara Irma Hasmie dengan Nabil Raja Lawak terputus di tengah jalan.
Minggu lepas, bekas kekasih Irma itu telah menamatkan zaman bujangnya dan mata kini kembali tertumpu kepadanya.

Bagi Irma, 29, dia menyerahkan soal jodoh di tangan Tuhan kerana dia percaya walau sehebat manapun manusia di muka bumi ini tiada siapa yang mampu menentukan nasib sendiri.
“Saya akan terus berdoa agar ditemukan dengan seorang lelaki yang mampu menjadi suami. Jika benar saya telah menemui lelaki yang sesuai, saya akan pastikan kami bercinta selepas berkahwin kerana saya tidak lagi mahu mencari kekasih tetapi mencari calon suami,” kata pelakon drama Kasih Alia yang pernah disiarkan di TV3.

Menyentuh tentang pernikahan bekas kekasihnya itu, tidak banyak yang mahu diulas oleh pelakon filem Cinta Fotokopi (2005) ini.
Menurutnya, apa yang penting Nabil kini sudah pun menemui sinar kebahagiaannya.

“Saya ucapkan tahniah kepada Nabil yang kini sudahpun bergelar suami. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dilimpahi rahmat agar ia lebih diberkati, insya-Allah,” katanya sambil tersenyum.

Memakai tudung pada usia bakal menjengah 30, kata pengacara program Solehan ini, tiada istilah sudah terlambat buat dirinya kerana apa yang lebih penting, dia berjaya merealisasikan impiannya.
“Cepat atau lambat bukan satu persoalan besar kerana setiap perbuatan manusia itu perlu mendapat keredaan Allah.
“Niat untuk bertudung sudah lama terpendam di lubuk hati saya namun baru kini saya berani untuk meneruskan niat itu,” katanya.


Kematian petunjuk jelas buat Nana
KEMATIAN bekas suami pelakon Faizal Yusof serta rakan baiknya Achik Spin banyak menyumbang kepada keputusan yang diambilnya untuk bertudung.
Bagi Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana, perubahan penampilannya ini diharap mampu membawanya ke jalan yang lebih baik.
“Kematian arwah Faizal dan Achik banyak membuat saya berfikir mengenai tujuan sebenar hidup saya selama ini.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, saya mampu membuat keputusan sebesar ini walaupun pada mulanya agak keliru ,” kata pelantun lagu Gurauan Berkasih.
Bergelar seorang ibu tunggal di usia yang muda, Nana memberitahu, keputusan bertudung ini diambil apabila dia mula berjinak-jinak untuk mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.

“Saya tertarik untuk membaca banyak buku-buku agama serta menonton beberapa program berbentuk ilmiah di televisyen dari situ saya mula memahami tugas sebenar seorang wanita di bumi Allah ini.
“Saya tahu setiap manusia itu tidak akan lari daripada membuat kesilapan dan jika ini merupakan titik perubahan dalam diri saya untuk menjadi yang lebih baik, saya akan meneruskannya,” katanya.

Nana yang sedang giat mempromosikan single terbaru berjudul Semakin Jelas ciptaan Azlan Abu Hassan menyandarkan satu harapan tinggi kepada peminat agar terus menyokong diri dan kariernya.
“Saya berharap peminat akan terus memberi peluang kepada saya untuk berada lama dalam industri hiburan tanah air.
“Selain menyampaikan lagu berkonsep pop, jika diberi peluang untuk menyampaikan lagu-lagu berunsur dakwah, sudah pastinya saya akan mencubanya.

“Namun untuk mengubah konsep lagu yang saya bawa selama ini kepada konsep nasyid, itu mungkin belum sampai masanya lagi,” katanya
Setelah dua tahun menyendiri, Nana kini akui dia sedang mengenali seseorang.
Walaupun tidak mahu menjelaskannya dengan lebih mendalam mengenai kisah cinta barunya ini, namun jelas terpapar keceriaan di wajah ibu muda ini.
“Cukuplah jika saya katakan saya masih mahu mengenalinya dan apa yang lebih penting dia masih bujang dan bukan milik sesiapa,” katanya.


Diana masih belajar
BELUM sampai sebulan pelakon filem 3,2,1 Cinta Diana Amir memakai tudung, hati kecilnya tidak pernah was-was tentang keputusan yang diambilnya itu.
Bahkan Diana akui, hatinya memberitahu bahawa keputusan yang diambilnya itu adalah yang terbaik baginya.

Percaya perubahan yang dilakukan akan mencetuskan pelbagai persoalan kepada peminatnya, Diana berkata, apa yang dilakukannya adalah atas kerelaan hati.

“Memakai tudung dituntut di sisi agama kita. Sejak dahulu lagi, keluarga terutamanya ayah mahu saya memakai tudung.
“Selepas memenuhi satu fasa dalam kehidupan saya, ia tidak berhenti setakat itu sahaja sebaliknya saya ingin memantapkan lagi pengetahuan tentang Islam.
“Bagi saya, untuk berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar, agama adalah tiang kita dan itulah yang saya pegang hari ini,” kata pelakon filem Aku Masih Dara.

Menyedari pengetahuan tentang agama masih cetek, Diana bersyukur kerana diberikan hidayah untuk belajar.
Justeru, katanya, bagi mendalami pengetahuan tentang agama, dia mendapat bimbingan daripada keluarga angkatnya yang berada di Shah Alam, Selangor.
  
“Banyak yang saya belajar daripada mereka. Saya bersyukur kerana kelemahan pengetahuan tentang Islam yang saya hadapi suatu ketika dahulu akhirnya terisi dengan bimbingan keluarga angkat.
 
“Hari ini, apa yang peminat lihat mengenai diri saya adalah perubahan yang saya alami dan saya harap peminat semua dapat menerimanya,” pinta Diana bersungguh-sungguh.

  
Berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik merupakan doa yang Diana mohon kepada Allah setiap hari.
Ini kerana, ujarnya, sebarang perubahan ke arah kebaikan yang cuba dilakukan oleh seseorang itu pasti ada cabarannya. 


Justeru, mengenali Diana sebelum ini sebagai seorang artis yang agak berani dalam berpakaian, tidakkah dia rasa janggal dengan perubahan berpakaian?
“Ternyata pemakaian saya kini banyak membataskan aktiviti saya tetapi saya lega dengan perubahan yang dilakukan.
 
“Terimalah perubahan saya ini dengan doa semua peminat kerana niat saya adalah untuk menuju ke jalan kebaikan,” katanya yang tetap mahu bergiat dalam dunia hiburan kerana percaya rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.



 P/s: Alhamdulillah sudah ramai artis kita menutup aurat ,tapi jangan sampai Tabarruj pulak ya...yang mana belum tu ..berdoa dan pasanglah niat insya-Allah korang akan temui taufik dan hidayah dari Allah .Tutuplah aurat kamu sebelum Ianya ditutupi kain Kafan...
 

Apa itu Tabarruj  

Tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah S.w.t :

"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33) 

Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu. 

Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. 

Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi. 

************
Selesai mengenai erti tabarruj Dan, lihat kembali ayat al-Quran: ".orang-orang jahiliyah dahulu."
 
Tabarruj yang dikaitkan dengan orang-orang jahiliyah dahulu. Siapakah mereka itu? Pada zaman mana orang-orang jahiliyah dahulu berada? Di dalam tafsir al-Qurthubi menyatakan beberapa pendapat mengenainya:

1. Iaitu masa antara Adam dan Nuh a.s., ini adalah pendapat al-Hakam bin Uyainah.
2. Ibnu Abbas berpendapat: Masa di antara Nuh dan Idris a.s.
3. Al-Kalbi: Masa di antara Nuh dan Ibrahim a.s.
4. Jamaah: Masa di antara Musa dan Isa a.s.
5. Abu Aliyah: Masa di antara Daud dan Sulaiman a.s.
6. Al-Sya'bi: Masa di antara Isa a.s. dan Muhamad s.a.w.

Namun semua pendapat itu tidak disandarkan dengan satu
sumber yang kukuh dan sahih. Cuma yang pasti, semua mereka di atas bersepakat mengatakan bahawa jarak masa antaranya dan masa Nabi Muhamad dibangkitkan sebagai Rasul adalah jauh (jangkamasa yang begitu lama).
  
Dan, apabila al-Quran menyebutkan "jahiliyah dahulu" - dahulu/lama/pertama - bermaksud di sana ada yang dikatakan sebagai `jahiliah baru' atau `jahiliyah kedua'. 

Bila masa jahiliyah kedua berada? Iaitu selepas jahiliyah pertama dan sedikit masa sebelum kebangkitan Nabi kita Muhamad s.a.w.
Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj? Buruk sangatkah mereka ini? Hodoh sangatkah perangai depa ni? Ya, gambarannya lebih kurang begini:
Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal pakaiannya - memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Era jahiliyah kedua yang akan berhubung dengan era kebangkitan Muhamad sebagai rasul tidaklah sampai ke peringkat begitu teruk. Namun ada juga sedikit sebanyak tabarruj yang berlaku, hingga kadangkala sampai ke peringkat telanjang terus. Ini dapat dibuktikan melalui hadis riwayat Muslim, bagaimana kaum wanita zaman itu bertawaf dalam keadaan telanjang bulat.

Sekarang ini jelaslah sudah mengapa Allah mengaitkan al-jahiliyah al-`Ula (jahiliyah pertama/dahulu) dengan tabarruj. Dan, dengan penjelasan di atas tidaklah bermakna yang terlarang ialah bertabarruj seburuk orang-orang jahiliyah pertama, kalau kurang daripada itu tidak mengapa. Tak apalah kalau tabarruj sikit-sikit. 

Ini adalah fahaman yang salah, kerana Allah menyebutkan sifat-sifat tabarruj jahiliyah pertama adalah bertujuan memberi penjelasan realiti yang berlaku ketika itu, bukannya mahu mengaitkan pengecualian hukum selain daripada itu. Ia lebih berbentuk penjelasan tentang keji dan berlawanannya perbuatan itu dengan citarasa serta naluri kemanusiaan. 
 
Perlu diingatkan bahawa maksud tabarruj yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat - berdasarkan kepada siapa dia berhadapan. Kalau di hadapan dengan lelaki asing, apa yang perlu ditutup. Jika tidak memenuhi kehendak ini, maka dia sudah tergolong di dalam perempuan yg bertabarruj. Begitulah seterusnya ketika di hadapan mahram, orang gaji dsbnya 

Ya, selesailah sudah penjelasan mengenai tabarruj. Saya harap ia mudah difahami dan tidak membosankan. Dan, kita teruskan lagi ke pembahasan selanjutnya. Kali ini mengenai berhias pula.

Seterusnya tentang Tabarruj - KLIK 


Sabtu, 17 September 2011

Alhamdulillah...Giliran Siti Nordiana Pula Bertudung.

Giliran Siti Nordiana pula bertudung. Inilah tajuk yang dipaparkan dalam sisipan Akhbar Sinar Harian pada 17 hb Sept 2011. Perubahan imej yang dilakukan oleh penyanyi ini bakal memberi lembaran baru dalam hidup ibu tunggal inibahkan akan menamatkan kontroversi penampilan seksinya sebelum ini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk penyanyi ini melakukan penghijrahan imejnya apabila buat pertama kalinya tampil dengan imej bertudung pada majlis rumah terbuka aidilfitri sempena hari raya anjuran Fablous Global di Shah Alam baru-baru ini.

Beliau ditemui baru-baru ini dan berkata "perubahan imejnya bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusannya sendiri"

"Saya mula bertudung semasa seminggu sebelum Hari Raya yang lalu. Sebenarnya perasaan nekad untuk bertudung itu datang selepas saya membaca sebuah majalah berunsur keagamaan, ketika itu saya terbaca artikal tentang golongan wanita mualafyang bercerita tentang pengalaman mereka memeluk agama Islam. Selepas saya cuba membeli beberapa helai tudung dan nekad untuk bertudung"

"InsyaALLAH ...saya berasa lebih tenang dan selesa dengan imej baru saya ini.Jadi saya harap selepas ni tiada lagi isu yang mengaitkan imej seksi saya ".

Bersama-sama ini disertakan beberapa artis yang telah membuat penghijrahan kepada yang lebih baik. Sk mengharapkan dengan penghijrahan ini kehidupan mereka akan lebih tenang.

p/s: Wanita Islam memang cantik bila menutup auratkan.ehem! berkenan pulak aku tenguk.. haha gurau aje...semoga lepas ni ada jejaka yang masuk meminang doakan ya..amin.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Raja Farah, Bertudung & Tuntutannya

Pelakon “Aku Masih Dara” yang kini sudah memakai tudung mengakui lebih selesa dengan penampilan barunya itu. Tambah Farah, selepas menutup aurat sepenuhnya dia lebih menjaga adap dari segi percakapan dan pergaulan dengan lelaki bukan muhrim.

"Saya bertudung sejak dua bulan lalu dan mengakui ia datang daripada hati saya sendiri. Selepas melakukan penghijrahan tersebut saya rasa kelainan yang sangat ketara.

"Saya lebih menjaga adap pergaulan terutama untuk bersalam dengan lelaki bukan muhrim, begitu juga dari segi tutur percakapan," ujarnya yang ditemui pada rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu.

Menceritakan detik hatinya terbuka untuk memakai tudung, Farah berkata ia bermula selepas membeli beberapa helai tudung di sebuah butik selepas menjalani penggambaran drama Cinta Abang Lori.

"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk memakai tudung tapi tiada tarikh yang tepat untuk itu, jadi suatu hari selesai penggambaran saya singgah di sebuah butik dan membeli beberapa helai tudung.

"Ketika pulang suami saya bertanya mengapa saya membeli tudung tersebut, justeru saya terus mengambil keputusan untuk memakainya," jelasnya.

Tambah Farah, dia gembira penghijrahan tersebut mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga kedua belah pihak.

"Perkara yang baik sudah tentu keluarga sokong, bila saya katakan mahu bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak cadangan ini," tuturnya.


Ditanya tentang kerjayanya dalam bidang lakonan, Farah berkata dia bersyukur masih mendapat tawaran berlakon biarpun dia akui watak yang diterimanya agak terhad.


"Alhamdulillah, ramai dalam industri ini menerima keputusan saya untuk bertudung dan tawaran berlakon masih sama seperti dahulu cuma watak sahaja yang agak terhad berbanding dahulu.

"Ada juga produksi yang meminta saya untuk membuka tudung tetapi saya tetap dengan pendirian saya," ujarnya.

P/s :Demikianlah, bertudung @ menutup aurat  pun ada tuntutannya. Apa lagi tuntutan orang bersyahadah, yang termasuk bertudung lengkap itu.. juga aurat lengkap. Berbagai  jenis alasan  kita dengar para artis bercerita tentang pemakaian tudung ini ada yang negatif dan ada yang  positif ,itu bergantung pada kemantapan pendirian mereka. Tepuk dada Tanyalah Iman masing-masing ya.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Rozita Che Wan- Antara Umrah,Tudung dan Keterbatasan Watak


"Memang saya teringin untuk bertudung...tapi"


Dalam perkembangan terbaru, Rozita yang baru pulang ke tanah air pada dua hari lalu selepas 12 hari mengerjakan umrah di Mekah kini kembali sibuk di lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia.

"Ibadat umrah kali ini sangat istimewa kerana saya mengerjakannya bersama ibu, kakak dan abang ipar. Suasananya lebih meraih kerana saya dapat pergi bersama ahli keluarga yang lebih ramai berbanding sebelum ini.

"Kini saya kembali ke lokasi penggambaran drama Biarlah Rahsia sehingga 26 Ogos sebelum bercuti selama seminggu untuk sambutan Hari Raya nanti," katanya yang tampil menawan dengan imej bertudung.

Sekadar diusik apakah dia akan memakai tudung selepas ini, Rozita berkata, hatinya memang teringin untuk bertudung sepenuhnya tetapi bukan dalam masa terdekat memandangkan imej sebegitu akan membataskan watak yang dilakonkannya buat masa ini.

"Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula.
"Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami," katanya yang sudah sembilan tahun menggalas status ibu tunggal.


 Dalam hal ni aku bersetuju dengan statement Abang Nara.
"Kadang-kadang tak boleh salahkan artis yang terpaksa menjawap mengenai isu tudung. Dan tak boleh juga salahkan wartawan yang curious nak tahu sama ada artis-artis sudah bertukar imej. Kesimpulannya, kalau boleh, janganlah tanya bab-bab tudung nie. Makin lama makin pelik jawapan yang keluar dari mulut para artis."
P/s: Aku mohon maaf kalau ada yang terasa. Jangan digadaikan hal agama kerana karier,kelak merana di hari muka.

SUMBER : MSTAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik