IKLAN

Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOA. Papar semua catatan

Jumaat, 18 April 2014

Bagaimana Doa Ketika Dihadang Perompak ?


Pertanyaan:  Jika kita dihadang orang, perompak atau pencuri, doa apa yang boleh kita baca agar boleh selamat dari kejahatannya. Terima kasih pencerahanya.
Jawab:
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
dbeedf407a8429c68bff1d9dd6752a83Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang kisah ashabul ukhdud dan perjalanan perjalanan pemuda soleh bersama raja yang zalim. Dalam kisah itu, sang pemuda soleh ini berkali-kali diancam oleh raja agar meninggalkan ajaran islam dan hendak dibunuh oleh sang raja dengan beraneka macam cara, namun semuanya gagal.
Yang pertama, raja menyuruh prajuritnya untuk membawa pemuda ini ke puncak gunung. Setelah sampai di puncak, lemparkan dia jika tidak mau keluar dari islam. Sesampainya di puncak gunung, pemuda soleh ini berdoa,
اللهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ
Ya Allah, cukupkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara sesuai yang Engkau kehendaki.
Gunung itupun bergoncang, hingga para prajurit itu berjatuhan. Sang pemuda selamat dan dia mendatangi raja sendirian. Kemudian sang raja menyuruh beberapa prajuritnya untuk membawa anak ini di atas perahu dan dibawa ke tangah lautan. Jika sampai di tengah, ceburkan dia ke laut.
Setelah sampai di tengah laut, sang pemuda ini berdoa dengan doa yang sama,
اللهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ
Ya Allah, cukupkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara sesuai yang Engkau kehendaki.
Perahu itupun terbalik dan semua tenggelam, namun Allah selamatkan pemuda ini.
(HR. Muslim 3005).
Diantara pelajaran yang boleh kita ambil dari hadis di atas adalah doa ketika kita dihadang orang jahat atau mendapat ancaman dari orang yang hendak bertindak jahat kepada kita.
اللهُمَّ اكْفِنِيهِمْ بِمَا شِئْتَ
ALLAHUMMA IKFINIIHIM BIMA SYI’TA
Ya Allah, cukupkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara sesuai yang Engkau kehendaki.


Kisah Ulama dan Perompak
Diceritakan oleh Ummul Malik bintu Hisyam,
Suatu ketika Imam Atha’ al-Azraq keluar menuju tanah lapang dan melakukan shalat malam. Tiba-tiba dia dihadang perompak. Beliaupun berdoa,
اللهم اكفنيه
Ya Allah, cukupkanlah aku dari kejahatannya.
Tiba-tiba tangan dan kaki perompak itu menjadi kaku. Diapun menangis dan berteriak, ’Demi Allah, saya tidak akan merompak lagi.’
Kemudian Imam Atha’ mendoakannya, sehingga dia boleh lepas. Ketika beliau pergi, perompak itu selalu ikut.
’Saya mohon sangat, siapakah nama tuan?’ tanya perompak.
’Saya Atha’.’ Jawab sang imam.
Kemudian keduanya berpisah. Sementara perompak itu belum mengenali wajah sang Imam Atha al-Azraq.
Di pagi harinya, perompak taubat itu bertanya-tanya kepada masyarakat sekitar.
’Kalian tahu, siapa orang soleh yang keluar ke tanah lapang melakukan sholat malam?’
’Kami tahu, dia Atha’ as-Sulami.’ Jawab penduduk.
Orang ini pun segera menemui Atha as-Sulami.
’Aku menemui anda untuk bertaubat dari perbuatan burukku.’ Bekas perompak itu mulai cerita kejadiannya.
Kemudian Atha as-Sulami mengangkat tangannya ke atas dan berdoa. Beliau menangis, kemudian menyampaikan kepada si mantan perompak itu,
’Kamu salah. Itu bukan saya. Itu Atha al-Azraq.’
Sumber: kitab at-Tawwabin, Ibnu Qudamah, hlm. 167
Allahu a’lam.
Dijawab oleh Ustadz Ammi Nur Baits (Dewan Pembina KonsultasiSyariah.com)
Editor: Aik

Di edit dari : Underground Tauhid

Jumaat, 31 Ogos 2012

Anda Selalu Istinjak Tak?

Sumber foto: sharffizahashim
Anda selalu lakukan begini jika anda sedang melepaskan “hajat”? Maka dengan itu anda harus post ini hingga habis. Dan sila ambil iktibar yek. Plz la..
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Bersih-bersihlah kamu dari pembuangan air kecil, sebab umumnya seksa kubur itu kerana itu. (Yakni, hendaklah kamu mencuci kemaluanmu sebersih-bersihnya)
Sebagai umat Islam, menjaga kebersihan merupakan perkara yang wajib. Sesungguhnya, bersih itu sebahagian dari iman.. Kebersihan juga perlu untuk memastikan ibadah kita terutamanya solat diterima ALLAH.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Kunci solat itu adalah bersuci”
(Riwayat Abu-Daud dan At-Tirmizi)
Aku sering melihat, bila aku pergi je tandas samada tandas kat asrama ni ke, tandas awam ker, mesti ada je yang malas betul nak basuh tempat kencing dia. Aku jugak kena. Yela, tak kan nak kencing tempat macam tu. Busuk!. Sungguh kurang sopan yang membuatnya tu.
Dulu, masa aku sekolah, aku ada baca satu buku agama, kisahnya pasal menjaga istinjak, ceritanya berbunyi begini:
Demikianlah yang dikhabarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban daripada Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Kami berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. lalu kami melalui di atas dua kuburan. Maka baginda berhenti dan kami pun turut berhenti bersamanya. Kemudian warna tubuh Nabi jadi berubah hingga bergetar lengan bajunya.
Lalu kami bertanya: “Ada apakah wahai Rasulallah?” Baginda bersabda: “Apakah kalian tidak mendengar apa yang aku dengar?” Lalu kami bertanya: “Apakah itu ya Nabiyallah?” Baginda lalu bersabda:
“Ini adalah dua orang lelaki yang diseksa di dalam kuburnya dengan seksaan yang pedih kerana dosa (yang dianggap) mudah (ringan).”
Kami bertanya:
“Di dalam masalah apakah itu?” Lalu baginda bersabda: “Seorang daripadanya tidak memelihara (membersihkan diri) dari kencingnya manakala seorang lagi suka menyakitkan hati jirannya dengan lidahnya, ia mundar-mandir ke sana ke mari di antara mereka (bertujuan) menghamburkan fitnah…”
Maka baginda berdoa dengan dua pelepah kurma lalu diletakkan pada setiap kubur (satu pelepah). Kami bertanya: “Apakah itu dapat memberi manfaat kepada mereka?” Baginda bersabda lagi: “Ya, diringankan seksa dari kedua mereka selama mana kedua-dua pelepah tamar itu masih basah (belum kering).”
Jadi, apa yang hendak saya sampaikan disini, jika seorang muslim itu tidak beristinjak dengan cara yang betul sehingga bersih, ALLAH akan menurunkan seksaan kubur yang amatlah pedih azabnya.
Maka, disini saya ingin menyeru, terutamanya kepada diriku ini, jagalah kebersihan dan beristinjaklah. Sebab kalau kita malas beristinjak, fikir lah seksaan kubur yang menanti dia alam barzaqh kelak. Moga kita dijauhkan segala bala dan bencana. Amin.
Doa istinjak:
Dia istinjak
Maksudnya:
Ya ALLAH! Sucikanlah hatiku dari munafik dan peliharalah kehormatanku dari segala kekejian

Sumber: Biliksebelah

Jumaat, 1 Jun 2012

Apakah Yang Perlu Kita Buat Sebelum Tidur


 Assalamualaikum

Rasullah berpesan kepada Aisyah ra :
"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :



1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah....Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara ini seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda:

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkanAl-Qur'an.

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan memperbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

sekian..sebagairenungan


Doa Sebelum Tidur dan Doa Sesudah Bangun Tidur




• Doa Sebelum Tidur :


بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


 
• Doa Sesudah Bangun Tidur :


اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Ertinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit


Keterangan :
Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin :

عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ :  بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Ertinya :
Hudzaifah r.a. dan Abu Dzarr keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur Baginda membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit).
(Bukhari)
agusw.penamedia


Cerita Disebalik Tidur

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.


3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

10.Tutup aurat ketika tidur.
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

 
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
 
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi." 

Tidur pun boleh jadi ibadah, apabila diniatkan bila kita bangun nanti, nak buat kerja ibadah dengan lebih efisien dan signifikan. Selamat Malam!

matapenaalsunan 

Selasa, 22 Mei 2012

Rabun Mata : Doa dan cara mengatasinya

Assalam.Apa khabar sahabat semua..diharapkan sihatlah semua ya..
buat apa tu.. Kalau tak ada buat ape..ape kata kita warm up dengan try ujian mata ni dulu. 
Jangan risau , mudah je nak test mata ni. Just a simple test untuk check sama ada kita ada masalah rabun dekat atau tidak aje.


So, dah sedia nak check mata korang?



Okey pada yang nak buat ujian mudah periksa sama ada, kita ada masalah
rabun dekat atau tidak, hanya Tengok gambar dekat bawah ni sahaja.


 

Korang nampak siapa dalam gambar tu?

Albert Einstein atau Marilyn Monroe ?


Kalau korang nampak :


1. Albert Einstein - Maksudnya mata korang masih dalam keadaan okey dan
 tiada masalah mata.

2. Marilyn Monroe - Berkemungkinan korang ada masalah rabun dekat


Note: Pada yang nampak Albert Einstein, cuba langkah beberapa langkah kebelakang  
sambil mata memandang ke gambar di atas ni, Berhenti melangkah bila korang
dah nampak rupa Marilyn Monroe dalam gambar tu.


Doa & cara Penyembuhan Rabun Mata



Bagi yang mengalami masalah rabun mata, pe kata cuba doa dan cara di bawah untuk mengatasi masalah tersebut.




Selamat Mencuba!



Kredit : Sumber




Sabtu, 21 Januari 2012

Doa' Memohon Zuriat

Sumber gambar: zafnaz

Di dalam suasana Perayaan  amalan kita yang saling kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi telah mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama sanak saudara,rakan taulan dan sahabat handai.

Dalam perbualan rupanya ada antara kita yang diuji dengan belum dikurniakan zuriat walau pun telah lama mendirikan rumahtangga.Walau pun ilmu perubatan moden dengan pelbagai diagnosis dan siri ujian klinikal telah diusahakan namum ada pasangan masih terasa hampa. Itulah ujian Allah. Penentu segala sesuatu. Justeru di samping meneruskan usaha secara perubatan moden adalah amat penting rasanya jangan kita abaikan kekuasaan Allah. 

Doa kita kepada Allah hendaklah berterusan. Teroka dengan ilmu dan cari doa-doa mustajab serta masa dan saat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammaad s.a.w bahawa ada masa-masa tertentu bila kita berdoa InsyaAllah dimakbulkan. 

Alangkah beruntungnya sesiapa yang tidak henti-henti berdoa di malam-malam Ramadan yang lalu.Malah ditambah lagi berdoa di dua waktu yang amat makbul doa iaitu ketika hendak berbuka dan waktu bersahur.Lebih nikmat dan yakin doa kita dimakbul jika ditambah dengan Solat Tarawih,Witir ,Tahajjud dan Hajat dengan memanjatkan permohonan yang kita hajati di setiap sujud solat tersebut.


Namun kita sebagai hamba dalam situasi mana sekali pun doa perlu diteruskan . Khas untuk yang menginginkan zuriat bersama ini dicadangkan amalan berikut:

1. Sentiasa mengekalkan suruhan Allah terutama solat 5 waktu.
2. Selalu solat taubat mohon ampun dosa pada Allah yang menjadi penghalang makmul doa
3. Lakukan Solat Hajat dan berdoa mohon zuriat.(rujuklah buku berkaitan di pasaran)
4. Selesai solat hajat amalkan Doa berikut : ( cuba 40 hari berterusan )
1. Baca Al Fatihah 1 atau 3 atau 7 x
2. Baca Solawat Nabi 1 atau 3 atau 7 x
3. Baca Doa Nabi Allah Zakaria (a.s) ketika memohon zuriat: ( 41 kali)
( Rujuk Surah Al Anbiya' : 89 )yang bermaksud:
"Ya Allah janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri
(tiada keturunan ) dan engkau adalah waris yang paling baik ".
# ( Bacalah ayat Al Quran yang sebenar itu sambil hayati maknanya.)

4. Serahlah segala urusan kepada kekuasaan Allah dengan yakin bahawa Allah 
akan makbulkan doa kita.
5. Amalkan pergaulan suami isteri mengikut Sunnah Nabi terutama waktu "bersama" agar 
dikurniakan zuriat yang salih dan terhindar dari gangguan syaitan.



penawarbidara

Jumaat, 20 Januari 2012

Doa Selusuh.


Terima kasih atas minat anda dengan laman ini. Sebagai memenuhi pertanyaan rakan-rakan dan peminat blog rawatan Islam berkaitan persediaan melahirkan zuriat yang solih dan solihah bersama ini dipaparkan doa-doa berkenaan yang lebih dikenali Doa Selusuh dalam kalangan masyarakat Melayu berdasarkan kajian dan amalan alim ulama' terdahulu. Semoga bermanfaat untuk semua. 

1. Minyak dan air zam-zam di bawa bersama ketika solat hajat. (letak di hadapan sebelah kanan); 

2. Setelah selesai solat hajat, bacakan doa-doa ini (mengikut kadar dan bilangan yang digemari) ke atas air dan minyak tadi:
- Surah Al-fatihah
- Surah al-Hasyr ayat 21-24
- Selawat Syifa
- Doa 1 ( Selusuh)
- DOA 2 (Permudah )


3. Simpan (air dan minyak) di tempat yang selamat
4. Sementara menunggu saat sakit nak bersalin, suami dan isteri hendaklah sentiasa solat hajat mohon dipermudahkan proses kelahiran anak yang ditunggu-tunggu. Banyakkan membaca al-Quran terutama surah Maryam, Yusuf dan Luqman. Setelah masuk minggu yang terakhir (sebelum due), berikan isteri minum air selusuh (sahaja, tidak termasuk minyak) sekali sehari selepas solat fardhu subuh.


5. Apabila isteri merasakan sakit nak bersalin, minum air selusuh, makan 1-3 biji buah kurma dan telan sesudu minyak selusuh. Sabarlah menunggu saat kelahiran dengan perasaan yakin dan tawakkal kepada Allah..


TERJEMAHAN DOA :


Doa 1 :

DOA SELUSUH....terjemahannya
" YA ALLAH, DENGAN HAK MARYAM, JUGA HAK HAMBA YANG DITURUNKAN

KEPADANYA SURAH MARYAM,

RINGANKANLAH DARIPADANYA ( sebut nama pesakit dan nama ibunya ) PENDERITAAN BERSALIN,

DENGAN RAHMATMU WAHAI TUHAN YANG AMAT MENGASIHANI DARI SEGALA-GALANYA.
 
Doa 2 :
 
 DOA PEMUDAH....terjemahannya
" YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH DAN JANGAN KAU SUKARKAN KERANA ENGKAULAH

YANG MAHA MEMUDAHKAN, SEGALA YANG SUSAH ADALAH MUDAH BAGIMU, YA ALLAH, 
SEMPURNAKANLAH DENGAN KEBAIKAN “.

NIAT---- DOA ---- TINDAKAN ---- TAWAKKAL.


Sumber: penawarbidara.

Isnin, 9 Januari 2012

Doa-doa Yang Dibaca Pada Orang Yang Sakit Dan Tiada Harapan Untuk Hidup

Salam Pembaca Yang Budiman,
Pada pagi jumaat yang mulia ini, mari kita muhasabahkan diri kita. Jika suatu hari nanti kita terlantar di katil wad ICU dan berada dalam keadaan nazak sedar atau pun koma pada masa itu. Dikeliling anak-anak dan isteri tersayang. Ataupun kita berada disamping orang yang kita kasehi, ibu atau bapa yang sakit berbulan lamanya. 
Sedang tenat menunggu saat-saat sakaratul maut datang menjemput. Adakah kita sudah bersedia atau masih leka lagi dengan nikmat dunia yang hanya sementara ini. Kita mungkin tak kisah semua itu kerana masih muda, segar dan kuat. Kalau ikut hukum alam, yang tua akan mati dahulu. Yang muda lambat lagi mati. 

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a. bahawa Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud, 
"Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." 
ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Malaikat Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh Malaikat Maut, kecuali orang-orang yang solehin yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran Malaikat Maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi SAW yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit, 1440/ 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minit

Ini bermakna Malaikat Maut menziarahi kita setiap 21 minit. Bayangkan semasa kita sedang gelak ketawa menonton "Maharaja Lawak Mega" yang selama 1 jam itu. Malaikat Maut telah datang melawat kita sebanyak tiga kali.

Moga-moga kita tidak lalai selepas ini dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan senantiasa beringat akan tarikh kematian kita yang kita sendiri tidak tahu bila agaknya.

Berbalik pada tajuk N3 pagi ini. Doa-doa ini elok dibaca pada pesakit yang sedang nazak seperti pesakit pesakit kanser yang kritikal, cedera parah selepas terlibat kemalangan dan dsbg.  Sebagai anak-anak kepada ibu atau bapa yang sedang sakit dan tiada harapan lagi untuk hidup. Menangis dan meratap itu tidak akan memberi sebarang manfaat kepada mereka. 

Yang baik bacalah surah yasiin. Berilah minum air yasiin atau air zam zam dan basahkan pada bibir mereka. Pada saat ketika menunggu sakaratul, mereka  terasa amat haus dan panas. Bergantunglah kepada amalan yang mereka telah lakukan sebelum sakit. 

Diantara doa-doa yang baik dibaca:


Maksudnya:

"Ya Allah, ampunilah dosaku, berilah rahmat kepadaku dan pertemukan aku dengan kekasih yang Maha Tinggi. (HR Al- Bukhari 7/10, Muslim 4/1893).

Nabi SAW memasukkan kedua tangannya ke dalam air, lalu diusapkan ke wajahnya dan beliau bersabda:


Maksudnya:

"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, sesungguhnya mati itu mempunyai sakarat. (HR Al-Bukhari 8/144 dengan Fathul Bari dalam hadis terdapat keterangan siwak."


Maksudnya:

"Tiada Tuhan disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, Tiada ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa, Tiada ada Tuhan yang berhak disembah selaiin Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Tiada ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, bagi-Nya kerajaan dan bag-Nya pujian. Tiada ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah. Tiada ada daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah. (HR At-Termidzi dan Ibnu Majah. Menurut pendapat Albani hadits tersebut adalah shahih. Lihat pula shahih At-Termizi 3/152 dan shahih Ibnu Majah 2/317)


Maksudnya:

Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah "Lailaha" akan masuk syurga. (HR Abu Dawwod 3/190 dan lihat shahihul jamin 5/432).
Wasallam.

www.resepirahsiaku.com

Jumaat, 16 Disember 2011

Menghalau Syaitan dan Jin Dengan Membaca Ruqyah Syariah


Ayat Al-Quran dipilih utk menghalau gangguan syaitan, dengar bacaan ruqyah pada video di bawah, InsyaAllah dapat menghalau jin yang berada dipersekitaran atau menetap dalam tubuh. 
Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.
Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.

kemungkinan akan terjadi selepas mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah ini adalah:

1) denyutan jantung makin kencang
2) badan bergegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk
8) jika ada kesan labih teruk dari atas ini, sila ambil perhatian, cari perawat perubatan Islam yg terdekat, InsyaAllah mereka boleh membantu

Kesan diatas adalah dengan keizinan Allah s.w.t. kita hanya berikhtiar, Allah sahajalah yang menyembuhkan . Jika anda mendengar terdapat tanda-tanda seperti di atas, anda disyorkan berjumpa perawat islam yang berhampiran. DENGAR SAMPAI HABIS TAU.
"tiada yang lebih baik dari AMALAN SENDIRI, baca sendiri ayat ini lebih afdal"
Berikhtiarlah! Jangan Berputus Asa!



Ruqyah - part 1




Ruqyah - part 2




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik