IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kebaikan berhenti merokok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebaikan berhenti merokok. Papar semua catatan

Isnin, 4 Februari 2013

Bahaya Rokok Elektronik!


KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK | Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah begitu bagus untuk diamalkan?

VIENNA 4 Sept. - Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.

"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya.

www.mazeermohamad.com


Isnin, 21 Januari 2013

Cara Negara China Melatih Tentera Untuk Berhenti Merokok

Tentera China mempunyai peraturan tegas yang melarang tentera-tenteranya merokok kerana akan mempengaruhi kesihatan seorang tentera yang bertugas untuk menjaga negaranya. Bagaimana boleh menjaga negaranya bila tentera tersebut nantinya memiliki riwayat penyakit. Apabila ada tentera yang didapati merokok, negara China tak tanggung-tanggung untuk menghukum tentera nakal tersebut.

Mau tahu bagaimana negara China menghukum tentera yang nakal tersebut? Dibawah ini adalah cara negara China melatih tenteranya untuk berhenti merokok.


1. Sang tentera nakal akan di "suguhi"@ disuapkan dengan 5 hingga 7 batang rokok untuk sekali hisap..Meleleh air mata beb!


[imagetag]


[imagetag]

2. Selanjutnya sang tentera nakal akan disuruh merokok sambil melakukan sit up yang tentu saja akan menyiksa paru-paru.

[imagetag]

3. Sesudah melalui 2 hukuman berat tersebut, sang tentera nakal disuguhi tembakau yang diseduh layaknya "Teh Hangat" dan meminumnya...Teh tembakau satu!

[imagetag]


[imagetag]


[imagetag]

Habis di hirupnya..



Berani cuba ?..

sumber :  beritaunik/ 
Kredit: idahsalam

Ahad, 23 September 2012

Rahsia Lambang Singa Di kotak Rokok!



Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.
Singa Judah
Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.


Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin./zhaf-akumenulis







Merokok Dari Pandangan Islam



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 
 
1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta./ http://www.e-fatwa.gov.my


Khamis, 16 Ogos 2012

Asap Rokok Lebih Merbahaya dari Udara Kotor


Duduk di samping perokok, terancam menghirup udara berbahaya 16 kali ganda


Tahukah anda, bahawa perokok pasif jauh lebih berbahaya dari yang anda fikirkan. Kajian menunjukkan bahawa orang yang menghirup udara yang telah terpapar asap rokok lebih berbahaya daripada menghirup udara yang yang terpapar pencemaran biasa.

Para penyelidik mendapati bahawa perokok pasif atau orang yang terdedah kepada asap rokok 16 kali lebih berbahaya daripada paparan pencemaran udara biasa.

Hal ini disebabkan kerana asap rokok dapat meningkatkan jumlah zarah halus di udara yang berbahaya berkali-kali ganda banyaknya.

Kajian dilakukan selama 5 minggu dengan memasang monitor udara yang digunakan untuk mengukur kualiti udara pada sebuah jalan di depan pusat membeli-belah. Ada sekitar 284 orang yang merokok di sepanjang jalan tersebut.

Penyelidik mendapati bahawa setiap kali ada perokok yang menghembuskan asap rokok, kira-kira 70 peratus zarah halus tersembur ke udara berbanding ketika tidak ada perokok yang melewati jalan tersebut.

Seperti dilaporkan health.india, Sabtu (14/7/2012), zarah tersebut sangat halus dan hanya berukuran kurang dari 2.5 milimeter. Partikel tersebut juga mempengaruhi udara sekitar hingga radius 2,6 meter dari sumber.

Sehingga ketika anda sedang berdiri di samping orang yang sedang merokok, anda terancam menghirup udara yang lebih berbahaya 16 kali ganda daripada ketika anda menghirup udara yang tercemar pencemaran lain.

Oleh kerana itu, sangat penting untuk mematuhi larangan merokok di tempat umum kerana boleh membahayakan orang lain yang terkena asap rokok. 


Disunting dari -Hidayatullah.com

Selasa, 10 Januari 2012

25 Keuntungan Bila Anda Tidak Merokok!


Gambar carian Google

Jika selama ini ancaman kesihatan dan kerugian akibat merokok tidak  membuatkan seseorang itu berhenti merokok, bagaimana jika mendedahkan semua keuntungan yang boleh didapati jika tidak merokok? Berikut ini adalah 25 keuntungan jika anda tidak menghisap rokok.

Seperti diambil dari Health, penyelidik dari Peninsula Medical School, Britain, menyebutkan banyak keuntungan yang akan diperolehi seandainya tidak merokok, antaranya 25 keuntungan ini.

1. Anda boleh menjimatkan, tidak perlu mengeluarkan wang lebih untuk membeli rokok dan boleh membeli barang-barang lain yang dikehendaki.

2. Anda akan menghirup lebih sedikit bakteria menghisap rokok sama dengan menghirup bakteria yang boleh membuat sakit.

3. Anda boleh lebih pintar kerana terhindar dari ketagihan bahan kimia rokok yang boleh merosakkan otak.

4. Anda akan mempunyai gaya bercinta dan kemampuan seksual yang lebih baik kerana aliran darah dan sirkulasinya yang lebih baik dan bersih.

5. Anda akan tidur lebih nyenyak dan lebih baik kerana nikotin adalah zat yang boleh mengganggu pengeluaran hormon tidur.

6. Anda boleh punya tulang yang lebih sihat dan kuat kerana kepadatan mineral tulang tidak akan tercuri dan berkurang akibat merokok.

7. Anda akan terhindar dari penyakit psoriaris kerana kajian terkini menyebutkan ada hubungannya antara perokok dengan penyakit kulit psoriaris.

8. Anda akan merasa lebih hangat dan tidak kedinginan kerana peredaran darah akan berjalan dengan lancar dan menghangatkan tubuh.

9. Anda yang mempunyai penyakit AIDS tidak akan mengalami proses kemunduran daya tahan tubuh yang lebih cepat.
Anda akan terhindar dari semua penyakit kronik yang disebabkan rokok, terutama penyakit jantung yang punya risiko 4 kali ganda.

10. Anda boleh terhindar dari meninggal dunia kerana tumor otak kerana asap rokok yang masuk ke paru-paru boleh merebak cepat ke dalam pembuluh darah di dalam otak.

11. Anda boleh mempunyai gigi yang lebih bersih dan sihat kerana bahan kimia dalam rokok tidak masuk lagi ke mulut dan tidak akan merosakkan gigi.

12. Anda akan mempunyai keriput yang lebih sedikit kerana merokok boleh merosakkan rangkaian dan elastisitas kulit selepas 10 tahun.

13. Anda akan mempunyai deria bau yang lebih baik dan mengambil makanan dengan lebih nikmat.

14. Anda boleh punya rambut yang lebih kuat dan tidak akan cepat mengalami kebotakan.

15. Anda akan menyelesaikan pekerjaan dengan lebih cepat dan produktif kerana jarang sakit.

16. Anda akan terhindar daripada stres kerana tekanan keluarga dan orang-orang yang ingin anda berhenti merokok.

17. Anda terhindar dari batuk dan bronkitis yang mengganggu.

18. Anda akan menyelamatkan bayi dan anak-anak yang tidak berdosa dari gangguan asap rokok.

19. Anda akan memiliki sperma yang lebih banyak dan sihat kerana risiko sperma cacat akibat bahan kimia rokok akan berkurangan.

20. Anda akan lebih dicintai pasangan, menjadi pencium yang baik dan kemungkinan dicampakkan berkurang kerana kebanyakan wanita tidak suka bau asap rokok.

21. Anda akan menjadi contoh dan figur yang baik untuk teman yang ingin berhenti merokok.

22. Anda boleh bernafas lebih panjang kerana karbonmonoksida dari merokok tidak akan masuk ke dalam darah dan menghadkan jumlah oksigen untuk bernafas.

23. Anda boleh punya kemungkinan untuk hamil lebih besar kerana terhindar dari kanser ovari atau rosaknya sel-sel telur dan fungsi reproduktif wanita.

24. Anda punya risiko melahirkan anak cacat yang lebih rendah kerana bahan kimia dalam rokok boleh menyebabkan mutasi gen yang diturunkan pada anak.

25. Anda akan mempunyai umur yang lebih panjang kerana setiap satu batang rokok yang dihisap boleh mengurangkan 11 minit kesempatan hidup.

Dan tentunya masih banyak lagi keuntungan dari tidak merokok. 


wisbenbae




Isnin, 3 Oktober 2011

Daftar 10 Negara Perokok Terbesar di Dunia



  1. China = 390 juta perokok atau 29% per penduduk
  2. India = 144 juta perokok atau 12.5% per penduduk
  3. Indonesia = 65 juta perokok atau 28 % per penduduk (~225 Juta batang setahun)
  4. Rusia = 61 juta perokok atau 43%  penduduk
  5. Amerika Syarikat =58 juta perokok atau 19 %  penduduk
  6. Jepun = 49 juta perokok atau 38%  penduduk
  7. Brazil = 24 juta perokok atau 12.5%  penduduk
  8. Bangladesh =23.3 juta perokok atau 23.5%  penduduk
  9. Jerman = 22.3 juta perokok atau 27% penduduk
  10. Turki = 21.5 juta perokok atau 30.5% penduduk





Rabu, 17 Ogos 2011

Bulan Ramadhan, Inilah Masanya Untuk Berhentilah Merokok


Assalamualaikum, untuk semua, moga dirahmati-NYA =)

Rokok? Perkataan yang menjadi kegemaran dan menjadi musuh pada sebilangan manusia. Ada juga manusia suka bersahabat dengannya, bagai aur dengan tebing...begitulah sukar untuk memisahkan pasangan insan dengan sang kekasihnya, si rokok durjana. Insan punya akal menimbang yang baik dan buruk, jauh sekali haiwan yang tidak punya akal untuk menilai sesuatu...jangan biar diri dipergunakan angkara makhluk yang berbatang-batang itu.

Ramadhan mendidik supaya menahan diri daripada segala bentuk kemungkaran, harapan itu sepatutnya dapat diteruskan hingga ke bulan seterusnya. Jika kita berjaya tidak merokok pada bulan ramadhan, bermakna kita juga mampu melakukan perkara sama di bulan yang lain. Semua pada diri...jika berbicara soal hukum hakam merokok, rasanya pasti semua sudah sedia maklum merokok adalah haram. Tetapi kesedaran belum terbit dari hati...perokok dan jualan rokok bertambah setiap tahun.

Justeru, saranan akhir berhentilah membunuh diri anda dan berhentilah daripada membakar wang sesuka hati sekalipun anda seorang jutawan blog...simpan duit untuk zakat fitrah serta memperbanyakkan sedakah jariah =)
PUTRAJAYA: Kajian mendapati 95 peratus daripada perokok beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka berupaya mengawal diri daripada merokok. Justeru itu, Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi program Nafas Baru Bermula Ramadan dengan slogan 'Ramadan titik permulaan untuk berhenti merokok'.(sumber)

Rabu, 9 Februari 2011

Kebaikan Bila Kita Berhenti Merokok

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda kebaikan berhenti merokok. 

Di sini saya akan beritahu anda apa yang anda akan rasa kebaikan dari semasa ke semasa faedah sekiranya anda berhenti merokok.

# 20 minit : Tekanan darah dan denyutan nadi serta suhu tangan dan kaki
anda akan mula kembali normal.

# 8 jam : Kandungan nikotin berbahaya dalam badan anda
dari rokok yang anda ambil sebelum ini akan berkurangan kepada 6.25%.
# 12 jam : Kandungan oksigen dalam darah akan meningkat ke tahap normal
dan kandungan karbon monoksida akan berkurangan.
# 24 jam : Tahap kebimbangan untuk mendekati proses pemberhentian.
# 48 jam : Kerosakan saraf, deria rasa dan bau akibat kesan 'racun' yang disedut
dari rokok menjadi semakin pulih.
# 72 jam : 100% Keseluruhan badan akan merasai tindak balas dan lebih
dari 90% racun-racun yang berbahaya dalam badan akan keluar melalui
pembuangan kumbahan dalam badan. Sistem saluran pernafasan semakin lancar
dan anda mula merasai ketenangan kesan dari perubahan ini.
# 5 - 8 hari :  Di kala ini kebanyakan bekas perokok akan mula melawan
rasa ketagihan setiap hari. Setiap 1 saat dirasakan seperti sejam dalam
pertarungan melawan ketagihan. Di waktu inilah perlunya kekuatan semangat
dan senjata yang boleh digunakan.
# 10 hari - 2 minggu : Kebiasaanya bekas perokok akan mula mendapat
kekuatan bahawa diri mereka sebenar-benarnya boleh berhenti merokok.
Kadar pemulihan sudah mula menampakkan hasil dan rasa ketagihan sudah
mulai hilang. Pada waktu ini tekanan darah kembali normal seperti mereka
yang tidak merokok.
# 2 - 4 minggu : Kesan-kesan merokok seperti kemarahan, keresahan,
tidak fokus, tidak boleh tidur, keletihan dan tekanan perasaan telah berhenti
sepenuhnya. Jika simptom ini masih berlaku anda dinasihatkan berjumpa
dengan doktor pakar. (Mungkin bukan disebabkan oleh simptom merokok).
# 21 hari : Tahap keransangan otak untuk tidak bergantung dengan rokok
menjadi normal sama seperti orang yang tidak merokok.
# 2 minggu - 3 bulan : Sistem perjalanan darah kembali lancar dan
mengurangkan risiko terhadap serangan sakit jantung. Mulut anda semakin
bersih dan tidak berbau. Kereputan gigi akibat rokok telah mula berhenti.
# 1 - 9 bulan : Kesan-kesan merokok seperti sesak nafas, batuk-batuk dan
kelesuan telah berkurang. Paru-paru semakin bersih dan pembentukan
sel saraf dalam paru-paru menjadi normal. Keseluruhan kesihatan dalam
badan semakin meningkat.
# 1 tahun : Risiko serangan sakit jantung disebabkan pembuluh darah
tersumbat akibat asap rokok telah menurun.
# 5 - 15 tahun : Risiko penyakit berbahaya seperti Stroke,
kanser paru-paru, kanser mulut dan tekak telah menurun berbanding
mereka yang masih merokok.
# 15 tahun : Anda telah selamat sepenuhnya dalam perjuangan menentang
bahaya merokok sekaligus meletakkan anda setaraf dengan orang-orang yang
tidak merokok. Tahap kesihatan jantung anda kini adalah sama seperti mereka
yang tidak pernah merokok.
Jadi, terpulanglah kepada anda, untuk membuat pilihan.
Memilih untuk hidup yang lebih sihat atau lebih sengsara di kemudian hari.
(klik disini)

Tiada siapa yang boleh merubah diri anda kecuali diri anda sendiri.
Kerana anda yang menentukannya.
Bebaskan diri anda dari rokok berbahaya.

Susunan: Abdullah Marzuki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik