IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Jangan Hampiri Zina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jangan Hampiri Zina. Papar semua catatan

Ahad, 16 Disember 2012

Foto Penyakit Sifilis Yang Menyerang Wajah Dan Bahagian Tubuh yang Lain



Loading image...

Sifilis (raja singa) adalah salah satu penyakit bawaan seksual yang sangat menakutkan dan mudah menular. Penyakit ini disebabkan oleh hubungan seks bebas dengan berganti-ganti pasangan. Apabila telah menular dan dijangkiti maka akibatnya sangat mengerikan sebab sifilis boleh menyebar dan menjangkiti dibahagian tubuh lain dan tidak terbatas hanya pada alat kelamin sahaja.


Sifilis yang telah menyebar ke bahagian perut penderita


Ini bukan kusta, tetapi sifilis yang telah menyebar ke wajah


Sebenarnya penyakit ini jika sudah didiagnosis atau sudah diketahui sejak awal, akan lebih mudah untuk diubati sebelum menjangkiti kawasan genital dan menjalar ke bahagian tubuh lainnya.

Sifilis juga boleh  menjalar ke bahagian anus juga.


Sifilis yang telah menyebar ke tangan dan kaki

Pengubatan penyakit ini boleh menggunakan antibiotik penisilin, tetrasiklin dan doksisiklin.

(Telemeds.org, University Erlangen Journal of Medicine)

disunting dari-wisbenbae

Kalau tidak ingin dijangkiti penyakit ini, maka lakukanlah hubungan seks hanya dengan pasangan yang sah!..Nikahlah dulu sahabat..dan setialah pada pasangan kamu.

Jadi kalau tak nak kena macam ni...jangan hampiri zina!




Selasa, 2 Oktober 2012

MONOLOG DARI RAHIM


~BismillaahirRahmaanirRahiim~

Wahai, manusia yang sudi mendengar !
Tahukah engkau bagaimana rasanya...
Dikandung oleh seorang ibu yang membenci kandungannya ?
Apakah rasanya bernyawa di dalam rahim perempuan yang sedang berkira-kira untuk membunuh anaknya ?
Apakah rasanya terbentuk daripada dosa perzinaan yang jelik ?
Apakah rasanya menjadi bayi yang tidak diakui hak keturunannya ?
Aku telah dikeji sejak dalam kandungan.
Aku telah dihina sejak manusia mengetahui kewujudanku.

Hanya Allah Yang Maha Tahu...
Betapa takutnya aku untuk lahir ke bumi.
Akan adakah manusia yang menyayangiku ?
Akan adakah insan yang melindungiku ?
Akan adakah orang yang mengazan dan mengiqamatkan aku ?
Aku tidak bersalah.....salahkah aku untuk mendengar seruan agung daripada adzan dan iqamat ?

Aku akan tetap lahir juga...
Tapi lahirku tidak sama seperti kawan-kawanku yang lain.
Mereka disambut....sedangkan aku amat takut.
Mereka dihias pakaian baru yang comel....sedangkan aku dibungkus dengan plastik hitam.


Mereka tidur di atas tilam empuk yang wangi.....sedang aku akan bakal dihumban ke dalam tandas yang busuk.
Mereka ditunggu dengan nama yang baik-baik....sedang namaku hanyalah sumpah seranah.

Tolong....tolong....tolong....
Dimanakah pembelaku ? Dimanakah pelindungku ? Kemanakah pelarianku ?
Tolonglah manusia.....ada binatang menggigitku, ada anjing merobek kulit dan dagingku!



Sumber-hotlips-yuya


Tolonglah manusia....aku kelemasan dalam ruang yang gelap ini.
Aku amat sejuk ! Aku kehausan ! Aku lapar ! Aku takut !
Aku keseorangan....memang beginikah dunia ini ?

Wahai, Allah ! Ambillah aku kembali....biarkan aku pulang ke hadrat-Mu Ya- Allah....aku tak sanggup tinggal disini.
Menanggung dosa perempuan yang tidak akan sekali-kali ku panggil ibu.
Menanggung dosa lelaki yang aku haramkan lidahku memanggilnya ayah.
Aku ingin pulang ya Allah.....Kasihanilah aku....Wahai Yang Maha Mengasihani.

Kepada yang sudi mendengar,
Kutitipkan kata-kata ini...
Sebelum alam yang menyiksakan ini ku tinggalkan.
Jadikanlah diri kalian pembela dan pelindung.
Penyelamat dan rahmat kepada semua lapisan umat ini.
Jangan biarkan ramai lagi yang senasib denganku.
Ia terlalu pahit dan sukar untuk ditanggung oleh insan selemah aku.
Ia terlalu pahit dan berat untuk dipikul oleh bayi kerdil sepertiku.
Tegakkanlah amar makruf dan nahi mungkar.

Nukilan Rasa: Ustazah Norhafizah Musa.


Dipetik dari Buku Dari Lubuk Hati Ibu.



Sahabat semua boleh mendengar Ceramah Ustazah Norhafizah Musa,  di Radio Ikim.fm  dalam rancangan Usrati , Setiap Jumaat , pada jam 10pagi.




Kredit: KDPC


Sabtu, 22 September 2012

Awek Hamil Ditinggal Kekasih, Diusir Keluarga


Awek hamil ditinggal kekasih, diusir keluarga

Mimi bersama seorang rakan selepas ditemubual.


KULIM - Kerana ditipu kekasih, seorang remaja berusia 16 tahun kini terpaksa menanggung masalah dihadapi sendirian setelah doktor mengesahkannya hamil.

Lebih mengecewakan, kekasihnya berusia 17 tahun yang sebelum ini berjanji akan menikahinya bersikap lepas tangan dan menuduh anak dalam kandungannya itu milik orang lain.

Dia, yang hanya ingin dikenali sebagai Mimi berkata, kejadian berlaku di rumah teman lelakinya apabila kedua-dua mereka bertindak ponteng sekolah.

Katanya, memandangkan tidak ada wang dan tempat untuk pergi, teman lelakinya mempelawa balik ke rumahnya untuk berehat sehingga tamat waktu sekolah.

“Pada mulanya saya memang takut untuk melakukan hubungan seks dengan kekasih saya itu. Saya bimbang sekiranya mengandung, namun termakan dengan pujuk rayunya, saya bersetuju untuk melakukan perbuatan sumbang itu bersamanya.

“Sebagai pelajar sekolah, saya masih tidak tahu apa-apa tentang hamil, walaupun saya sudah tidak datang haid selama empat bulan. Sehinggalah pada bulan kelima, saya rasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.

“Saya kemudiannya pergi ke klinik untuk menjalani ujian air kencing dan doktor mengesahkan saya hamil. Saya cuba hubungi kekasih saya itu tetapi dia sudah menukar nombor telefon,” katanya.

Memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar, Mimi kemudiannya memaklumkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya.

Malangnya, keluarga mengusirnya keluar dari rumah kerana rasa terhina dengan perlakuannya. Mimi kemudiannya pergi berjumpa seorang rakan dan menceritakan masalah dialaminya. Kerana simpati, rakannya itu membenarkan Mimi tinggal di rumah sewanya sehinggalah dia bersalin.

“Ketika dalam pantang, saya didatangi sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka meminta kebenaran untuk menjaga anak saya. Saya tidak ada pilihan lain selain menyerahkan bayi perempuan saya kepada mereka.

“Saya tidak berniat untuk menjualnya, tetapi kerana ketiadaan wang, saya terpaksa meminta RM1,500 daripada pasangan itu,” katanya.

Katanya, kerana cinta dia hilang keluarga, anak dan sekolah dan berharap golongan remaja lain menjadikan apa yang berlaku kepadanya sebagai iktibar.

“Kerana terlalu sayang seorang lelaki yang masih mentah dan terlalu taksub pada cinta, akhirnya saya tinggal berseorangan. Ingatlah usia muda hanya datang sekali dan jangan kita sia-siakannya,” katanya.

Sinar harian

P/s: Nabi dah kata ..jangan hampiri zina..kan dah termengandung hmm..

Isnin, 17 September 2012

Peluk Kekasih Dekat Ka'bah, Lelaki Arab Saudi Disebat


Peluk Pacar Dekat Kaabah, Lelaki Saudi Dicambuk


MAKKAH - Seorang lelaki Arab Saudi dijatuhi hukuman empat bulan penjara dan 70 kali hukum sebat. Hukuman itu diterima seorang lelaki berumur 52 tahun tersebut lantaran ia terkejut apabila ditahan oleh polis syariah kerana  memeluk perempuan yang bukan mahramnya di dekan Kaabah.

Lelaki itu nekad melakukan perbuatan tercela tersebut berhampiran kiblat umat Islam. Tidak dapat tidak, dia segera diheret  sebelum beratus-ratus jemaah mendekati Masjidil Haram.

Pada awalnya, lelaki itu mendakwa perempuan yang dipeluknya itu adalah tunangannya. Walau bagaimanapun, mereka belum sah menjadi mahram.

"Mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah setelah perempuan itu memberi keterangan mereka berdua sedang menjalin hubungan. Kelihatan dari mesej mesra di telefon mereka, dilontarkan keduanya," seperti dilaporkan oleh emirates247.com, Jumaat (14/9).

Selepas didapati bersalah, lelaki itu akhirnya mengakui perbuatan tersebut salah dan meminta keringanan hukuman dari mahkamah.


Kredit: emirates247.com/republika.

Sabtu, 7 Julai 2012

Zina Dalam Perkahwinan...



Assalamualaikum..
Apa khabar sahabat??? Semoga sahabat semua dalam keadaan sukses sentiasa. Sukses dalam kehidupan, sukses dalam amal ibadah sukses dalam kehidupan berkeluarga. Amin. Tadi ustazmuda dikejutkan dengan satu Ym dari kenalan online bertanyakan beberapa persoalan... Sebenarnya persoalan ini pernah dipersoalkan kepada ustazmuda dari beberapa e.mail dan ym sebelum ini tetapi ustazmuda tidak berkelapangan untuk cuba menjawab sekadar termampu. Hakikatnya ustazmuda sendiri agak takut sebenarnya untuk bersembang secara mendalam tentang sesuatu hukum... maklumlah ustazmuda bukan ahlinya. Namun ustazmuda cuba sedaya upaya memberi sekadar termampu sebagai menghargai apa yang diharapkan oleh sahabat dari ustazmuda. Cuma ingin ustazmuda tekankan jawapan ustazmuda bukanlah stau jawapan yang mukatamad, ustazmuda amat mengalu-alukan sahabat-sahabat yang arif untuk memberikan pandangan dan teguran. Silakan...


Ok berbalik kepada persoalan... Sebenarnya persoalan ini dilontarkan dek kerana satu e.mail yang berlegar di cyber maya berkaitan satu tajuk : " ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DIIJABKABUL... " Mungkin sahabat pernah membacanya??? Persoalan yang dibangkitkan adalah sahkah perkahwinan wanita mengandung??? Di dalam e.mail tersebut menyatakan secara jelas adalah tidak sah perkahwinan wanita mengandung samada mengandung secara sah atau mengandung tanpa suami akibat dari hubungan perzinaan.


Erm persoalan yang berat!!! Berat kerana telah menjadi kebiasaan pada kita mengahwinkan khususnya anak-anak remaja kita yang telah terlanjur untuk sekadar menutup malu. Ya malu... malu kerana hamil, malu kerana mengandung tanpa hak, tidak malu semasa melakukannya bahkan sesetengah dengan bangga sekali. Cuma bila nasi telah menjadi bubur jalan harus dipilih untuk menutup aib itu... begitu bukan??? Aib yang hari demi hari pasti akan menyerlah. Menyerlah yang tak mungkin untuk disorokkan lagi. Begitu??? Berbalik pada persoalan hukum. Dan hukum tetaplah hukum ketetapan agama. Bila dipersoalkan perkara sebegini kepada ustazmuda... hendak tak hendak terpaksalah ustazmuda merujuk sekadar mampu beberapa sahabat yang arif dan buku-buka yang ustazmuda ada...


Petikan kitab Fikhul Islami Waadillatuhu halaman 148


Alhamdulillah, ustazmuda temui persoalan ini dalam kitab : Al Fikhul Islami Jilid ke 7, halaman 148 dan 149. Persoalan sah atau tidak sah perkahwinan perempuan penzina yang hamil. Jelas dalam kita tersebut menyatakan adalah sah perkahwinan samada penzina yang hamil itu berkahwin dengan pasangannya ataupun berkahwin dengan orang lain. Hukumnya adalah sah. Itulah pandangan jumhur ulamak, walaupun di sana terdapat pandangan-pandangan lain. Apa yang penting jumhur ulamak mengatakan perkahwinan tersebut adalah sah.
Sambungan petikan kitab Fikhul Islami Waadillatuhu halaman 149

...Cuma perlu ditekankan, anak tersebut bukanlah anak kepada suaminya walaupun mereka adalah pasangan zina yang sah. Hehe. Ada ke pasangan zina yang sah!!!. Adois. Anak tersebut sekali-kali tidak boleh dinasabkan kepada si suami. Namun dari segi bersentuhan lelaki dan wanita anak itu boleh disentuh dan tidak membatalkan wudhuk. Ini bukan kerana anak itu adalah darah daging si suami tetapi ini disebabkan perkahwinan si suami dengan ibunya. Perkahwinan tersebutlah menyebabkan anak itu menjadi mahram bagi bapanya. Sekiranya tidak berlaku perkahwinan anak itu sah untuk dikahwini oleh " bapanya ".



Mungkin apa yang tersebar di e.mail tersebut merupakan salah paham terhadap kedudukan wanita hamil tersebut. Wanita hamil yang diceraikan atau wanita hamil yang kematian suami memang haram dan tidak sah dikahwini... kerana wanita tersebut berada dalam iddah. Iddah bagi wanita hamil yang diceraikan samada cerai hidup atau cerai disebabkan kematian adalah dengan lahirnya bayi tersebut. Walaupun esok atau lusa bayi itu dilahirkan maka tamatlah tempoh iddah bagi wanita hamil. Sepertimana dipahami, iddah diperlukan bagi menentukan dengan jelas nasab keturunan seseorang. Itulah peranan iddah. Wanita hamil tanpa berkahwin tidak memerlukan iddah, ini kerana anak yang dikandung memang jelas anak tidak sah taraf dari segi agama.


... Untuk akhirnya, ustazmuda berpesan pada diri dan semua sahabat, perliharalah maruah diri kita sebaik mungkin. Jauhi segala perbuatan yang boleh membawa ke kancah yang tidak di redhoi Allah. Perkahwinan seperti ini dapat dielakkan sekiranya kita dari awal menghadamkan Firman Allah yang bermaksud : " Janganlah kamu menghampiri zina..." 


http://ustazmuda.blogspot.com/2008/07/berterusan-zina-walau-berkahwin_09.html

Khamis, 17 Mei 2012

Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..



















Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.

Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.


Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu  menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya.  Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.


Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan  mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. 
  • Pemimpin yang adil; 
  • pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; 
  • seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 
  • 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;  
  • lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; 
  • seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; 
  • dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” 
(Riwayat Muslim)

Okey, mari kita hurai sikit.. 

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.

Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain.

 Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan  sebagainya.

Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..
“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.

Malaikat bertanya: “Nak kemana?”

Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”

Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”

Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”

Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”

Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”

Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”

Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”

Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:

"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.

Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda  di atas.

Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan: 

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu. 

 SumberIH


Khamis, 9 Februari 2012

Wanita 14 Tahun Meninggal Kerana Sudah Empat Kali Gugurkan Bayi Dalam Kandungan

 
gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.
Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.
Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.
Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.
Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.
“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.
“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan,” katanya kepada Kosmo!.
Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.
Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah mengesahkan kes tersebut./kosmo
P/s: Sedih benar,malu,marah bercampur aduk..harap kita semua mendapat ikhtibar ..semuanya  ini akibat dari apa?!..ya betul pergaulan bebas..zina! dekat pun jangan...pasti kita terbabas kalau menghampirinya!



Khamis, 29 Disember 2011

10 Negara Dengan Kelahiran Anak Zina Tertinggi Di Dunia


Inilah negara-negara dengan jumlah kehamilan remaja paling tinggi di dunia. Kehamilan Masa remaja Menunjukan Bahawa Seorang perempuan yang belum Mencapai batas umur untuk berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Terlepas dari perspektif bahawa wanita itu sudah berkahwin atau tidak, usia dewasa secara sah adalah 14 ke 21 (bergantung pada negara tertentu). Orang dewasa biasanya disebut sebagai "anak-anak" yang hamil tidak sengaja. 


Di bawah ini adalah senarai 10 Negara Dengan Tingkatan Kehamilan Remaja Tertinggi 2011. 

10). Hungary:
Negara ini mempunyai 9.175 kelahiran satu tahun oleh remaja perempuan. Peratusan kelahiran adalah 1.3% setiap tahun. 

9). Itali: 11.153 kelahiran remaja mengambil tempat di Itali satu tahun dan peratusan kelahiran adalah 1.6%. 

8).Sepanyol: Ada 11.264 kelahiran berlangsung setiap tahun di Sepanyol dan peratusan entah bagaimana sama dengan Itali, iaitu 1.6%. 

7). Australia: Negara ini mempunyai 11.894 remaja kelahiran satu tahun dan peratusan peringkat kelahiran adalah 1.7%. 

6). Jepun: 17.501 bayi lahir di Jepun satu tahun dan 2.5% adalah angka kelahiran peratusan Jepun.

5). Perancis: 17.985 adalah peringkat kelahiran negara ini dengan peratusan 2.6% peringkat kelahiran. 

4).Kanada: Ada 19.920 remaja kelahiran satu tahun di Kanada dan peratusan peringkat kelahiran adalah 2.8%. 

3).Jerman: Ini adalah 3 rd negara tertinggi dengan peringkat kehamilan remaja tertinggi dengan 29.000 kelahiran satu tahun dan peratusan peringkat kelahiran adalah 4.1%. 

2). Poland: Negara tertinggi kedua dengan 30.413 kelahiran satu tahun adalah Poland dan peratusan peringkat kelahiran adalah 4.3%. 

1). Amerika Syarikat: Negara dengan jumlah angka kelahiran tertinggi adalah US dengan 494.357 kelahiran remaja satu tahun dan dengan peratusan peringkat kelahiran tertinggi, iaitu 7.6%.


www.info.up2det.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik