IKLAN

Sabtu, 24 Ogos 2013

Pemuda Palestin Menjual Minyak Wangi 'Morsi' Ditangkap


null
 
Pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat telah menahan seorang pemuda Muslim yang bersimpati kepada bekas presiden Mesir Muhammad Mursy, kerana menjual minyak wangi yang diberi jenama 'Morsi'. Demikian dikatakan pihak keluarga pemuda itu pada hari Khamis (22/8/2013), seperti dilaporkan AFP.
 
Islambuli Badr, pemuda 39 tahun ahli kelopok pejuang Hamas, ditangkap di kedai minyak wanginya di bandar Tulkarim.
 
"Para lelaki dari perkhidmatan keselamatan pada hari Selasa menyerbu kedai saudara lelaki saya dan menyita semua botol minyak wangi yang berjenama 'Morsi', lalu menangkap Islambuli dan juga merampas laptopnya," kata Abdul Fattah Badir saudara Islambuli kepada AFP.
 
"Sehari selepas penangkapan itu, adik lelaki saya Qassam, 24, memasang tulisan di pintu kedai yang berbunyi: Mohon Maaf kepada Para Pelanggan - minyak wangi Muhammad Mursy kami telah disita oleh pihak berkuasa," tambahnya.
 
Abdul Fattah berkata, keluarganya mengetahui tentang serbuan dan penangkapan itu dari para tetangga dan saksi yang melihatnya.
 
"Tidak ada seorang pun ... menghubungi kami tentang penangkapan itu, tempat penahanan saudara lelaki saya atau tuduhan yang dikenakan padanya," jelas Abdul Fattah.
 
Melihat dari barang-barang yang disita aparat, Abdul Fattah menduga penangkapan saudaranya berkaitan dengan jenama minyak wangi yang dijual.
Keluarga Badir dikenali sebagai penyokong kumpulan Islam.
 
Abdul Fattah menegaskan bahawa pemakaian nama Mursy sebagai jenama minyak wangi, semata-mata untuk urusan perniagaan supaya menarik minat pembeli.
 
Tulkarim merupakan salah satu bandar Palestin di Tebing Barat, yang pemerintahannya dikuasai oleh puak Fatah dan mendapatkan pengakuan dari negara Barat. Kumpulan Fatah merupakan lawan politik dari Hamas yang menguasai kerajaan Palestin di Jalur Gaza.
 
Dimasa berkuasa, Mursy membuka hubungan dengan kerajaan Palestin di Jalur Gaza. Dan kerajaan Mesir sekarang hasil rampasan kuasa sokongan tentera menuding Mursy menjadi penyumbang kepada Hamas. *
 
Diterjemah dari: www.hidayatullah.com/
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik