IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Sembuh guna Al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembuh guna Al-Quran. Papar semua catatan

Jumaat, 8 April 2011

Rawat Tiriod Dengan Kalam Allah S.W.T

Pada zaman sekarang, manusia banyak menghidap penyakit kelenjar dan tiroid. Pada peringkat usia kanak-kanak dan remaja jarang dijangkiti penyakit tiroid, sebaliknya mereka lebih terdedah dengan penyakit kelenjar.
Pelbagai pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiriod ini. Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiriod dan kelenjar adalah penyakit yang sama. Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod bukan kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah disebabkan kelebihan hormon.
Penulis tidak mempersoalkan perbezaan pendapat kerana yang lebih penting adalah cara mencegahnya dan mengubatinya. Walaupun pakar berlainan pendapat tentang penyakit itu, niat dan tujuan mereka tetap baik iaitu bersungguh-sungguh untuk mengetahui dan mengubati penghidap penyakit tiroid dan bengkak kelenjar.
Bagaimana pula menurut keterangan al-Quran dan Hadis tentang kedua-dua penyakit itu dan apa pula cara mengatasi dan mengubatinya?
Untuk jawapannya, dalam artikel ini penulis dahulukan rawatan pernyakit tiroid dan cara mengubati dan merawat sendiri penyakit berkenaan dengan menggunakan herba pilihan yang sesuai dengan dibacakan ayat-ayat Allah.
Tiroid lazimnya tumbuh di bahagian leher dan di dalam perut. Penyakit itu ada beberapa jenis dan bentuk, ada berupa padat dan keras seperti daging otot, dan ada pula yang lembek seperti mengandungi cecair dan ada juga mengandungi buih separuh lemak.
Menurut pengalaman para doktor dalam merawat penghidap tiroid, penyakit itu berupa ketulan lembut mengandungi cecair putih yang diselaputi lemak tetapi tidak sampai membeku.
Cecair kental diselaputi lemak
Tiroid yang berupa padat dan keras pula mengandungi cecair kental seperti bubur nasi, ada kalanya diselaputi lemak yang agak membeku. Kebanyakan doktor merawat kedua-dua jenis tiroid melaiui dengan pembedahan, atau disedut untuk mengeluarkan cecair tersebut. Apabila tiroid tersebut tumbuh berserta atau bercampur urat-urat saraf penting seperti di leher, maka apabila dibedah, dikhuatiri urat saraf terganggu dan boleh menimbulkan risiko lain.
Lazinnya, doktor pakar akan memulakan rawatan dengan memberi ubat berbentuk pil atau kapsul untuk mengecutkan tiroid tersebut. Sekiranya ubat-ubatan berupa pil atau kapsul itu tidak mujarab malah bengkak tiroid semakin membesar, maka doktor akan mengubatinya dengan melakukan penyedutan cecair di dalam tiroid atau terus melakukan pembedahan.
Berdasarkan kandungan ayat-ayat aI-Quran, sebab dan musabab terbentuknya penyakit tiroid tersebut adalah seperti berikut:
Sebab pertama: Kelemahan organ usus dan buah pinggang dalam menghadam makanan dan minuman. Apabila seseorang makan makanan dengan tidak mengunyahnya sehingga lumat dan terus ditelan, maka ia akan membebankan organ usus untuk menghadam dan memproses makanan tersebut.
Sebab kedua: Lazimnya, makanan dan minuman banyak mengandungi bahan kimia, dan pada masa yang sama kita lupa atau melupakan Allah dalam setiap memulakan makan dan minum. Ketika mengunyah, meneguk dan menelannya serta melanggar peraturan sukatan makan dan minum yang telah digariskan Allah dan RasulNya untuk kesihatan manusia. Kalau membaca "Bismillah" pun hanya sebagai adat dan ucapan sahaja, bukan mengharapkan perlindungan Allah daripada bahaya sekiranya makanan dan minuman itu mengandungi bahan bahaya yang boleh menyebabkan penyakit.
Sebab ketiga: Kelengahan manusia untuk menggerakkan tubuh badan, atau menggerakkan protein makanan tersebut. Mereka untuk membangkitkan tenaga dan menghidupkan organ otot-otot tubuh, menyebabkan tahap kepanasan darah dalam badan tidak mencukupi untuk membakar penyakit. Zat arang atau zat pembakar kurang berfungsi dalam darah, maka hampas kolesterol dalam darah masih tetap di tahap mentah sehingga ia menjadi tiroid. Apabila hampas kolesterol yang masih mentah berkumpul di sekitar pertemuan ruas dan sendi anggota badan seperti lutut, pergelangan kaki, dan pergelangan tangan, maka dia disebut penyakit gout, dan ia boleh membawa penghidap menjadi lumpuh. Apabila hampas mentah tersebut berkumpul di bahagian leher atau di sekitar bahagian dalam perut, maka dia disebut penyakit tiroid.
Tiga cara rawatan untuk mengubati penyakit tiroid sila amalkan kaedah yang diterangkan di bawah ini:
PERTAMA: Terlebih dahulu bersihkan perut dengan minum pencuci perut (pencahar) atau disebut julap, yakni satu sudu teh serbuk daun Sana direndam dengan segelas air panas mendidih, setelah suam-suam kuku atau setelah sejuk, maka tapis ambil airnya lalu minum tatkala mahu tidur malam, pada keesokan paginya minumlah air suam tiga gelas, dan insyaAllah akan buang air besar hingga tiga atau empat kali. Selepas itu alas perut dengan makan yang lembut-lembut dan tidak pedas.
KEDUA: Ambil sepotong halia tua sekira-kira sebesar ibu jari diblender (kisar) dengan segelas air lalu direbus sampai mendidih, dan dimasukkan tujuh ketul garam kasar yang kecilnya, dan setelah suam-suam kuku, tapis ambil airnya, dan bacakan padanya Surah Fatihah (sekali), Surah Ikhlas (tiga kali), Surah al-Falak (sekali), Surah An-Nas (sekali), dan Surah Al-Hasyr, ayat 22 (21 kall), lalu minum air tersebut. Amalkan dua kali sehari selama 21 hari.
Bagi ubat bahagian luarnya, yakni ubat untuk disapukan pada bahagian luar tiroid yang membengkak, ambil 21 biji garam kasar lalu rendamkan pada segelas air suam atau air paip, dan bacakan padanya surah dan ayat tersebut di atas.
Setelah itu sapukan air garam tersebut tiga kali sapu pada tiroid setiap lewat petang sebelum matahari terbenam. Amalkan selama 21 hari serentak dengan minum air halia di atas. Sekiranya tiroid tersebut berada di bahagian dalam perut, maka sapukan saja air garam di bahagian luar perut bertentangan dengan tiroid.
KETIGA: Semasa mengamalkan ubat di atas, hendaklah setiap malam dalam sepertiga malam sekitar pukul dua pagi, lakukan solat taubat dua rakaat. Selepas itu lakukan pula solat sunat tahajud dua rakaat. Selepas salam, baca Surah Fatihah sekali, dan Surah al-Ikhlas (tiga kali), lalu hadiahkan kepada Rasulullah SAW kepada ahli keluarganya, serta sekalian para sahabat.
Setelah itu bertafakur dengan menumpukan perhatian anda ke dalam lubuk hati/jantung anda yang berada di bawa susu kiri renggang/jarak dua jari daripada tengah-tengah dada, yakni ternpat terbitnya mata "Bashirah". Setelah bulat konsentrasi di situ, lalu anda salurkan pandangan mata hati/mata Bashirah tersebut ke tiroid sehingga tepat, lalu dalam keadaan demikian anda bacakan surah-surah dan ayat yang disebutkan pada cara kedua di atas.
Setelah selesai membaca bacaan tersebut, sebelum mengakhirinya maka akhiri dengan bacaan 'Laa ilaha illallah, AllahuAkbar sebanyak 100 kali. Lakukan amalan ini selama 21 hari setiap malam, InsyaAllah anda akan melihat hasilnya yang ajaib. Kesimpulan cara ubat ketiga ini, yakni "berwirid dan berzikir pada tiroid itu."
Cara perubatan ketiga agak rumit untuk melakukan dan mengamalkannya, melainkan bagi orang yang telah membiasakan dirinya "berzikirullah" dengan aturan tata tertib zikir yang dipimpin oleh seorang guru mursyid yang berpandukan Kitab Usuluddin.
Perlu kita ketahui, bahawa berubat penyakit dengan mendahulukan minta ampun dan taubat kepada Allah daripada segala dosa amat berkesan dan bermanfaat kerana kebanyakan penyakit yang ditimpakan Allah kepada manusia adalah kerana dosanya.
Ia juga bertujuan untuk mengingatkan manusia supaya menyedari kesalahan dan dosanya, ada kalanya untuk membersihkan dosa seseorang hamba jika hamba itu mendahului dengan reda sebelum dia berikhtiar mengubati penyakit tersebut.
Langkah pencegahan
Cegah sebelum dijangkiti tiroid dengan amalan seperti berikut:
1. Membiasakan mengisi perut dengan makanan dan minuman dengan secara sederhana, yakni tidak sampai padat.
2. Setiap kali makan hendaklah dikunyah sampai lumat terlebih sebelum ditelan.
3. Sebelum makan jangan lupa membaca 'Bismillah' dan sebaik-baiknya terus membaca 'Alhamdulillah' setiap kali menelan makanan tersebut.
4. Membiasakan diri bekerja dengan membangkitkan orot-otot tubuh, bersenam, berjoging dan sebagainya sehingga badan berpeluh. Lakukan kira-kira 20 minit dalam sehari.
5. Biasakan beristighfar dengan minta ampun kepada Allah SWT, dan minta maaf dengan ibu bapa. Bagi isteri, biasakan meminta maaf daripada segala kesalahan kepada suami, begitu juga sebaliknya kerana kebanyakan sumber penyakit adalah daripada dosa yang bersangkut-paut sesama manusia.
Wallahua'lam
Artikel oleh Raflis Sabirin : (MILINEA Muslim)

Rabu, 2 Mac 2011

Hebatnya Surah Yassin



RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi 20 keberkatan”, iaitu:

* Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

* Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

* Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

* Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

* Jika terpenjara akan dibebaskan.

* Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

* Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

* Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

* Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

* Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

* Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

* Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

* Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

* Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik”.

Sabtu, 5 Februari 2011

Penyembuhan Penyakit Melalui Ayat-Ayat Al-Quran - 2


Percubaan ilmiah
Sekumpulan saintis selama lebih dari setengah abad melakukan ujikaji terhadap kesan suara pada sel manusia yang sihat dan sakit, dan mereka menyimpulkan bahawa beberapa frekuensi suara dapat mempengaruhi sel-sel kanser lalu meledakkannya, dan pada masa yang sama memberikan pengaruh pada sel-sel sihat dan meningkatkan aktivitinya!

Sel Kanser diaktifkan oleh adanya suara tertentu

Photobucket



















Frekuensi suara mempengaruhi medan elektromagnetik sel

Photobucket

















Sebuah gambaran nyata dari sebuah sel yang terhasil oleh kata-kata tertentu dan menyebabkan penyebaran ke medan elektromagnetik di sekitarnya, sehingga menjadi lebih aktif daripada sebelumnya!
Sel darah juga dipengaruhi oleh suara manusia dan mengubah medan elektromagnetik di sekitarnya, dan pada frekuensi tertentu akan mengaktifkan sel ini.

Photobucket















Bentuk Sel-sel darah semasa dirakam dengan menggunakan kamera Carlean, dan kelihatan lingkaran dengan bentuk suara disekitarnya.

PhotobucketPhotobucket

Eksperimen ini menunjukkan bahawa ketika kita mendengarkan satu perkataan (firman Allah) sel-sel darah memberikan kekebalan dan memberikan pengaruh dan ketika mendapatkan beberapa kata (ayat-ayat) tertentu maka akan lebih banyak aktif dan tahan terhadap penyakit, dan telah dibuktikan bahawa suara pesakit sendiri adalah yang paling banyak memberikan pengaruh!
Beberapa informasi penyembuhan
Setiap ayat Al-Quran pada hakikatnya memiliki informasi penyembuhan spesifik pada penyakit tertentu, dan untuk menjamin pemindahan informasi ini ke berbagai sel-sel tubuh untuk menjadi perantara, dan media terbaik untuk itu adalah air, madu dan minyak zaitun, semuanya merupakan media yang diberkahi, sebagaimana Allah telah memberikan informasi khusus tentang penyembuhan, namun jika kita cari dengan suara AlQuran, maka tingkat tenaga akan bertambah dan menyimpan informasi pemulihan lalu mentransfernya ke sel-sel tubuh, dan ini yang akan meningkatkan kemungkinan penyembuhan, Insya Allah.

Kristal air dipengaruhi oleh suara

PhotobucketPhotobucket

Air memiliki kemampuan luar biasa untuk menyimpan suara dan mentransfernya ke sel-sel tubuh, dan kita ingat bahawa tubuh manusia mengandung 70 persen air! Jadi dengan membaca Al-Quran maka akan meningkatkan tenaga air dan memberikan kemampuan untuk menyembuhkan, serta mampu mentransfer informasi yang dibawa oleh ayat-ayat Al Qur’an untuk setiap sel tubuh!


Minyak zaitun dan madu dipengaruhi oleh suara!

PhotobucketPhotobucket

Ketika membaca ayat-ayat Al Qur’an pada madu atau minyak zaitun, maka tenaga akan naik, dan akan memberikan pengaruh penyembuhan secara signifikan, sehingga meningkatkan efektif dalam penyembuhan! Dua jenis benda tadi pada khususnya mampu mentransfer informasi penyembuhan melalui ayat-ayat Al-Qur’an ke dalam sel-sel tubuh.
Bagaimana Penyakit Terjadi
Telah jelas bagi saya melalui penelitian yang panjang, dan mempelajari secara detail tentang ayat-ayat Al-Quran yang memiliki ragam yang bermacam-macam dan banyak aspeknya pada satu penyakit!! Setiap sel Allah memberikan di dalamnya program yang selalu mengalir sepanjang hidupnya, dan program ini merupakan kumpulan informasi, dan ketika hadir berbagai informasi terhadap sel dari luar melalui virus atau lainnya, program ini akan terpengaruh secara negatif atau positif, jadi adakah sesuatu yang terjadi terhadap program yang muncul pada kita dalam bentuk penyakit.

Kod DNA juga merupakan informasi

Dalam setiap sel ada informasi memiliki kod DNA dan setiap kaset berisi lebih dari 3,000 million informasi!!

Virus adalah sebagian dari informasi!


Photobucket
Photobucket
Virus adalah sebahagian dari kumpulan informasi yang diciptakan Allah untuk melaksanakan tugas tertentu, dalam setiap program virus memiliki program yang memberikan pengaruh terhadap sel-sel tertentu.




Virus menyerang sel otak yang sihat

Photobucket



















Ketika virus menyerang sel, maka akan masuk padanya program yang terletak di dalamnya, lalu memberikan program sel yang sihat dan terjadilah ketidakseimbangan, dengan cara memanfaatkan sel-sel ini menyalin dari virus ini dalam jumlah besar.

  Sel dapat dipecahkan kerana banyaknya virus yang terdapat di dalamnya

Photobucket

Setelah virus bertambah banyak di dalam sel, pasti sel akan menggunakan program dan perantinya untuk membuat salinan darinya, dan sel tersebut akan memecahkan (melepaskan) ribuan virus, yang pada gilirannya masuk ke dalam sel lain yang sihat dan melakukan pekerjaan yang sama.

Mekanisme kerja virus

Photobucket

Virus tidak memiliki senjata apapun, semua yang ada terakam pada programnya hanya berbagai informasi saja, jadi pertempuran tersebut adalah “perang informasi” dan inilah idea terapi dengan Al-Qur’an karena Al-Quran memiliki informasi yang berlawanan dengan kerosakan yang dialami oleh sel yang sihat.

 Peralatan scan otak yang menggunakan suara fungsi magnetik

Photobucket

Alat ini digunakan untuk memantau operasi yang dilakukan dalam otak, para saintis telah menemui bahawa otak pada keadaan terbaiknya secara natural iaitu semasa manusia memiliki kejujuran, dan tidak melakukan kesalahan, dan tidak melakukan perbuatan buruk, sehingga mereka berkata: bahawa otak diprogram untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik atau fitrah yang bersih.

Allah berfirman: ” fitrah Allah yang telah diberikan kepada manusia atasnya”.

Photobucket























Para saintis menegaskan bahawa otak diprogram pada akal yang sihat dan bersih.
Al-Qur’an melakukan re-program pada sel-sel otak

Photobucket

Bahawa pencipta penyakit adalah pencipta manusia, oleh kerana itu Allah menitipkan dalam ayat-ayat kitab-Nya akan informasi yang tersembunyi yang kita tidak sedari akan perkara itu, namun memberikan pengaruh pada penyakit bagaimanapun bentuknya dan menghapusnya, insya Allah!
Perkara tersebut terjadi melalui pemulihan keseimbangan pada sel-sel yang melanda ketempangan, seperti yang kami sampaikan bahawa setiap penyakit adalah suatu kelainan yang mempengaruhi program khusus dari sel, menurut jenis penyakit.
Al-Quran mengurai sistem kekebalan pada tubuh

Photobucket

Sistem kekebalan tubuh juga merupakan program, dan ketika virus masuk misalnya, maka mempengaruhi program ini dan menjadikan ia rosak, ketika kita membaca ayat-ayat tertentu maka suara yang masuk ke dalam sel-sel tubuh melakukan ‘reprograming’ sel kekebalan dengan informasi yang dibawa oleh suara Al-Quran, dan menjadi lebih mampu membezakan dan menghilangkan penyakit. Dengan demikian terjadilah penyembuhan dengan menggunakan ayat Al-Quran!

Kekuatan perubatan pada ayat-ayat Al-Quran

Al-Qur’an memiliki kesan yang luar biasa pada berbagai penyakit oleh kerana:
- Kesan dari keselarasan sempurna dalam pengulangan kata dan huruf.
- Kesan irama yang seimbang terhadap ayat-ayat Al-Qur’an.
- Kesan dari informasi yang dilakukan oleh masing-masing ayat.
- Allah SWT yang mencipta penyakit adalah yang menurunkan Al-Quran.
- Kerana Allah telah menyampaikan kepada kita bahawa Al-Qur’an penyembuh.


 Jadi apa yang dimaksud dengan perubatan informasi ?

Perubatan Informasi adalah ilmu baru yang cuba kami temukan dalam Al-Quran Al-Karim, dan segala ilmu pengetahuan akan berubah menjadi informasi: Seluruh penyakit adalah informasi, dan dalam setiap sel adalah informasi yang spesifik, dalam air adalah informasi yang dititipkan oleh Allah, dan pada setiap tanaman juga ada informasi, begitu pula pada setiap benda yang diciptakan Allah juga terdapat di dalamnya informasi, dan semua informasi ini berjalan dengan sistem yang sempurna dan baik seperti program komputer universal. Dan pada dasar ini bahwa penyembuhan dapat terjadi setelah tahu jenis ketidakseimbangan yang menimpa informasi sel-sel dari segala jenis penyakit, dan pencarian informasi yang tepat tentang alam, iaitu pencarian ubat. Dan dalam pandangan ini dapat disedari bahawa setiap penyakit memiliki ubat, dan inilah yang telah oleh nabi besar kita Muhammad saw semasa bersabda:

ما أنزل الله من داء إلا وأنزل معه الدواء

 “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya” , yang tentu saja, kecuali mati, ia memiliki informasi, kerana itu merupakan satu kepastian yang tidak dapat dicegah.

Hasil kajian dan cadangan

- Mengembangkan asas ilmiah untuk terapi Al-Quran.

- Keperluan untuk melakukan eksperimen ilmiah pada pengaruh ayat-ayat tertentu.

- Bukti mukjizat Al-Quran dalam ilmu perubatan (kekuatan perubatan dari ayat-ayat).

- Perubatan dengan Al- Qur’an seluruh penyakit fizikal dan mental.

- Menegaskan akan pentingnya pengubatan diri, iaitu melakukan pengubatan sendiri dengan cara membaca ayat-ayat penyembuhan yang berfungsi untuk menyembuhkan penyakitnya.
Pentingnya membaca ayat-ayat Al-Quran melalui air, minyak zaitun, madu dan minyak herba dan kemudian disapukan kepada pesakit.

Semua penyakit merupakan informasi dan pengubatan yang sempurna melalui informasi, dan dengan ini kita telah menemui ubat baru yang saya sebut “pengubatan informasi”.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ
Hai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus:57)


Kekuatan Penyembuhan Penyakit Melalui Ayat-Ayat Al-Quran- 1

Photobucket

Oleh: Abdul Daem Al-Kaheel, www.kaheel7.com
Diterjemahkan oleh : Admin isuhangat.net

Allah SWT berfirman:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”
Al-Isra:82

Tujuan Eksperimen

Eksperimen ini merupakan hasil dari kajian yang dilakukan selama lebih dari tiga tahun melalui research, pelajaran, dan eksperimen yang dimaksudkan untuk menetapkan dasar ilmiah pengubatan melalui Al-Quran, serta membuktikan adanya mukjizat baru dalam Al-Qur’an yang saya sebut dengan:

“Kekuatan penyembuhan penyakit melalui ayat-ayat Al-Quran”. Juga bertujuan untuk mencari jenis ubat terbaru yang saya namakan dengan:
“Perubatan Informasi”.


Mengenai Penulis  

Photobucket

Ir. Abdel Daem Al-Kaheel adalah seorang saintis, da’i dan orang yang menemui sistem angka tujuh dalam Al-Qur’an Al-Karim, beliau juga adalah seorang pengarang lebih dari dua puluh buku dan booklet tentang tiga puluh mukjizat Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Nabawiyah.
Dia dilahirkan di kota Homs, Suriah pada tahun 1966 dan hafal Al-Quran dan memiliki cara kreatif dalam menghafal Al-Quran, dan banyak menghadirkan visi ilmiah terbaru untuk pengubatan Al-Qur’an.

Apakah perubatan dengan Al-Quran dibenarkan? 
Perubatan menggunakan Al-Quran adalah seratus persen dibenarkan, kerana dengan yakin telah terbukti pada diri saya bahwa Al Qur’an adalah ubat yang mampu menyembuhkan segala penyakit samada fizikal dan psikologi, penyakit gila, kejang, bisikan, iri hati, sihir dan sebagainya.
Jadi mari kita mulai bekerja sama untuk meletakkan dasar-dasar ilmiah dari berbagai jenis pengubatan yang paling banyak memberikan kekuatan yang efektif dan mudah, sehingga memungkinkan kita mampu meyakinkan para doktor tentang manfaat pengubatan yang mengkagumkan ini! Dan kami ingatkan bahwa sumber-sumber kajian ini terdiri dari 27 rujukan antarabangsa yang dipercayai.

Atom adalah struktur asas alam semesta 
Photobucket

Ketika kita melihat akan alam semesta maka akan ditemui bahawa alam terdiri dari jutaan atom dan setiap atom berada dalam keadaan bergerak tiada henti.

Semuanya terdapat dalam otak 
Photobucket

Di dalam otak terdapat lebih dari satu juta juta sel, setiap sel adalah ibarat komputer yang rumit bekerja dalam koordinasi dengan seluruh sel dan tanpa henti.

Gelombang elektromagnetik bersumber dari otak
Photobucket

Para saintis baru-baru ini menemui bahawa sel-sel otak bergetar dan mengirimkan gelombang elektrik dan magnet, yang mencerminkan aktiviti otak pada manusia. Jadi sel-sel otak selalu bergetar dan selalu dipengaruhi oleh getaran walau apapun bentuknya.

Tubuh adalah terdiri dari sel-sel
Photobucket

Seluruh sel-sel dalam tubuh juga tanpa terkecuali mengalami getaran, dan seterusnya akan memberikan pengaruh pada segala jenis getaran; mekanik, elektrik dan magnetik.

Terapi dengan suara
Baru-baru ini muncul pelbagai cara alternatif untuk melakukan terapi dan pengubatan, iaitu terapi melalui suara. Dan para pengkaji telah menemui bahawa suara manusia memiliki kemampuan penyembuhan yang luar biasa terhadap berbagai penyakit, seperti kanser.
Namun pertanyaannya adalah:
Bagaimana suara dapat memberikan penyembuhan, dan apakah semua suara dapat memberikan penyembuhan?

 Neuron akan bergetar kerana kesan suara 

Photobucket

Dalam Al Qur’an menyebutkan bahawa pendengaran adalah lebih awal sebelum penglihatan, dan ini merupakan menunjukkan betapa pentingnya kesan suara dalam penyembuhan!

Suara merupakan gelombang yang tersebar di udara 
Photobucket

Suara bergerak di udara dengan kecepatan 340 meter sesaat, getaran yang berasal dari tenggorok dan menyebar melalui udara sehingga mencapai telinga pendengaran, dan kemudian berpindah melalui telinga ke seluruh bahagian tubuh.
Mekanisme pendengaran pada manusia
Bahawa telinga memiliki hubungkait dengan seluruh anggota tubuh, kerana itu setiap suara akan berpindah dan melintasi ke seluruh bagian tubuh dan mempengaruhinya.
Semua sel-sel tubuh dipengaruhi oleh frekuensi akustik (bunyi)

Photobucket

Telinga memiliki hubungkait dengan seluruh anggota , kerana itulah patut diberi tahu bahawa tubuh selalu berpindah ke seluruh bagian tubuh dan memberikan pengatuh atasnya.

Photobucket

Setiap gelombang suara akan mempengaruhi sel
Photobucket

Sel tubuh selalu dipengaruhi oleh volume suara, dan memberikan tanggapan atas setiap suara dan mengubah cara getarannya, dengan kata lain suara akan melakukan perubahan gerakan mekanisme , dan menjadi lebih tahan terhadap virus ketika dipengaruhi oleh adanya frekuensi tertentu.

Sumber : Isuhangat.net

Sabtu, 29 Januari 2011

Doa Kesembuhan Sakit & Penyakit - 1

Kehidupan sebagai manusia tidak dapat dielakkan dari ditimpa pelbagai sakit dan penyakit, ada yang bersifat kejiwaan, pemikiran dan juga tentunya fizikal. Kesakitan fizikal boleh mengganggu prestasi fizikal. Namun agak terhad kepada dirinya sahaja. Lebih merbahaya, penyakit jiwa, dimana kejahatannya boleh menimpa kepada orang lain dan persekitarannya.

Di dalam kejahilan umat Islam hari ini, agak dukacita melihat bomoh dan perawatan jampi dengan bacaan pelik, menurun, tangkal hikmah yang tidak tahu apa isinya kerap menjadi pilihan. Kononnya sebagai ikhtiyar, malangnya tidak disedari tindakan bertemu bomoh dan perawat sedemikian dengan mudah membawa syirik.

Jika di dalam rumah dan pejabat kita sering ada first aid kit yang boleh dimanfaatkan ketika terdapat kemalangan dan pesakit di sekeliling. Dalam tulisan ini ringkas ini, saya sertakan beberapa rawatan awal yang boleh kita selaku Muslim yang mukmin lakukan kepada pasangan, anak dan diri kita apabila ditimpa pelbagai jenis kesakitan. Namun jangan dilupa, bertemu doktor itu PERLU.

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya berwarna BIRU dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh.

Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca, cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 


Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)


Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas.  (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
Sumber : http://zaharuddin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik