IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Pedoman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pedoman. Papar semua catatan

Khamis, 12 Disember 2013

( KISAH BENAR ) Uskup Dedahkan Ikhwanul Muslimin Selalu Lindungi Gereja


Kaherah - Uskup Wilayah Almenya di Mesir bernama Makarius, menyatakan bahawa para demonstran yang menentang kudeta selalu membentuk jawatankuasa sosial bagi melindungi gereja-gereja, terutama jika jalan-jalan berhampiran gereja tersebut sering dilalui oleh konvoi-konvoi demonstran, dipetik dari portal dakwatuna .
Hal itu dinyatakannya ketika beliau diwawancarai oleh lamanweb masralarabia.com, Jumaat (6/12/2013) minggu lepas.

Beliau mengatakan bahawa jika Ikhwanul Muslimin yang menyelenggarakan demonstrasi, maka mereka akan melindungi gereja.

Sebaliknya, Makarius menyatakan pihak polis yang telah mengabaikan tugas utamanya yang di antaranya melindungi gereja. Bahkan terdapat individu-individu tertentu dalam polis yang mempunyai hubungan erat dengan mereka yang selalu melanggar undang-undang, atau preman.

Sedangkan ketua pejabat polis wilayah lansung sama sekali tidak mengetahui peta keadaan wilayah provinsi Almenya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Makarius itu sekaligus menolak propaganda yang dikeluarkan oleh pihak kudeta yang menyatakan Ikhwanul Muslimin bertindak ganas menyerang gereja-gereja semasa berlakunya demonstrasi di Mesir.

Hal yang sama turut berlaku bilamana para demonstran beragama Islam menunaikan solat, maka umat Kristian akan membantu mengadakan kawalan supaya mereka tidak diganggu dan umat Islam dapat menyempurnakan solat mereka dengan aman, lapor akhbar thedailymail.
greenboc

Ahad, 13 Januari 2013

Nasihat Kubur



1. Aku adalah tempat yg paling GELAP di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJJUD.

2. Aku adalah tempat yang paling SEMPIT, maka luaskan aku dengan berSILATURRAHIM.

3. Aku adalah tempat yang paling SEPI, maka ramaikanlah aku dengan perbanyak BACA AL-QUR'AN.

4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan, maka racunilah ia dengan SEDEKAH.

5. Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bila mana tidak Solat, maka bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.

6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA.

7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH".


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)



Sumber:lunalanun


Jumaat, 11 Januari 2013

8 Perkara yang Menentukan Bahagia atau Derita didalam Kubur....



8 Perkara yang menentukan bahagia atau derita didalam Kubur....

Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus menlazimi empat dan meninggalkan empat iaitu:

➊ Menjaga solat lima waktu
➋ Banyak bersedekah
➌ Banyak membaca al-Quran
➍ Memperbanyak bertasbih
☛(membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya. Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

➊ Berbohong
➋ Khianat
➌ Adu-domba
➍ Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing. ☛(Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.)


✐Sedutan dari Kitab Tanbihul Ghafilin








suraual-ikhwan



Ahad, 23 Disember 2012

Kenapa Orang Tidak Solat Boleh Berjaya ?


بسم الله الرحمن الرحيم


Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.

Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa” ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula. 

kredit: rakangroup


Isnin, 19 November 2012

Kita LULUS UPSR..Tapi

Wiki

Walaupun:
Kita LULUS UPSR
Kita LULUS PMR
Kita LULUS SPM
Kita LULUS STPM
Kita LULUS STAM

Tapi adakah SPM yang satu lagi kita akan LULUS?
Hanya ALLAH yang tahu...

Nak tahu apa lagi satu SPM tu?
Soalan Padang Mahsyar ♥




MyNewsHub

Khamis, 8 November 2012

"Ayah, Boleh Tak Update Facebook dari Dalam Kubur ?"


Peminat Setia Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak

Suatu malam, sebelum tidur si anak
bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook
dari dalam kubur?"

Ayah: "Tak boleh sayang.."

Anak: "Kalau adik nak update juga?"

Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh
diupdate dari dalam kubur setelah mati,
mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya
kepala dia!"

2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking
besar-besar!"

3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah
keluarkan daku dari tempat yang menakutkan
ini!"

4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu
dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri
kanan)"

5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu
malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya
Allah..ampunilah daku!"

6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh
tubuhku ini! (tubuh dipanggang)

7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur
ini...takuttt..."

8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia!
Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah
mati?"

Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada
peluang kedua lagi apabila jasad telah
terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata
darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan
ke dunia."

Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update
ya.."

Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak
perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu.
Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka
yang lalai dengan facebook akhirnya akan
update status-status seperti ayah ceritakan
tadilah. Orang-orang yang melebihkan
facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan
mengalami situasi-situasi tersebut. Adik
mahukah begitu?"

Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya
menyerahkan iPad kepada ayahnya.

Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak
perlukan. Esok ayah tolong carikan adik
tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar
mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya.
Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak
yang soleh hendaknya. Amin :-)





Rabu, 7 November 2012

Lebih Mudah Melihat Kekurangan Orang Lain..



Kita mudah melihat kelemahan orang lain,
kita sukar melihat kekurangan sendiri. Bermuhasabahlah sentiasa


 abdullah al-hadi hj muhamed 

Jumaat, 19 Oktober 2012

Lebih Senang Berbicara Dengan Allah Dari Raja


Siapa kita nak jumpa Perdana Menteri?
LEBIH SENANG BERBICARA DENGAN ALLAH DARI RAJA

Kalau kita nak jumpa YB, kena buat temu janji. Kalau kita nak jumpa Menteri, lagi susah dan kadangkalanya tak dilayannya kita. Nak jumpa Perdana Menteri...siapa kita nak jumpa Perdana Menteri. Apatah lagi ingin berjumpa Raja untuk mengadu hal.

Dlm maksud lain kita kena cermin-cermin dulu diri kita siapa kita untuk bertemu Pak Menteri, PM atau Raja. Jika hanya kerani, tukang kebun atau saudagar mimpi, jgn mimpi di siang hari. Lihat di cermin apa jasa kamu pada mereka atau kpd negara. Jika ingin menyampaikan sesuatu yg sgt penting sekalipun kamu kena melalui orang perantaraan.

Bermula dengan sepucuk surat, panggilan telefon dan berurusan dengan pelbagai Setiausaha...barulah kamu mampu berbuat demikian, itu pun jika bernasib baik 3 bulan baru dapat temujanji tersebut. Jika soal bisnes, kena dulu mmmmm....berapa persen bos...barulah boleh bertemu. Begitulah sukarnya kita ingin bertemu manusia yg ada sedikit kuasa sementara daripada Penguasa Yang Maha Berkuasa.

Dgn Allah kamu tidak perlu perantaraan utk berbicara dgn Allah. Kamu tidak perlu membuat temu janji utk berbicara dgn Allah. Kamu tidak perlu malu kamu kerani, tukang kebun atau pun fakir miskin utk berbicara dgn Allah. Begitu juga apa bangsa kamu, begitu juga adakah kamu cantik atau buruk, hitam atau putih kulit kamu...di sisi Allah semuanya diperkenankan utk berbicara dgnnya.

Malah dgn Allah tak perlu sogokan wang. Allah tidak perlukan wang kita kerana Allah sgt kaya. Allah tak perlu diberi makan sebab dia yg beri kita makan. Allah dah beritahu kita dlm firmannya.

"Katakanlah (wahai Muhammad), Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia pula yg memberi makan dan bukan Dia yang diberi makan? 

"Katakanlah, Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dgn firmanNya). Jgn sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu."

Kita patutnya bersyukur wahai sahabat sekalian. Kita terus mengadu kpd Allah tanpa sebarang bayaran, pada bila2 masa dan sekerap mana yang mereka ingin lakukan. Begitulah kasihnya Allah kpd kita. Jadi kenapa kita tidak mahu mendekati diri kepada Allah dan bertaubat kepadanya. Bukankah Islam itu sungguh mudah sebenarnya.

Duhai sahabat, walaupun siapa org itu, Allah tetap memperkenankan permintaan hambanya. Allah tidak menyebut khusus pada orang Mukmin (yg mungkin tidak banyak melakukan dosa) tetapi Allah menyebut dgn lafaz ‘HAMBA’, yang mana tidak tahu tahap dosanya byk mana, jika dia minta pada Allah, maka Allah perkenankan..

Demikian juga Allah menyebut di dlm hadis Qudsi,..... walaupun seseorang hamba itu melakukan dosa setinggi langit, maka aku tetap ampunkannya, aku tidak peduli. Kita tidak tahu langit itu luas dan tinggi mana, kerana ia sentiasa membesar dan terus membesar. Lihat pada rahmat Allah, jaganlah kita melakukan syirik sama ada dengan sedar atau pun tidak.

Memang kita tidak nampak Allah sepertimana kita nampak seorang Perdana Menteri utk mengadu hal tetapi percayalah Allah ada dekat dgn kita. Allah beritahu kita dia dkt sebenarnya dan melihat dan mendengar rintihan kita.

Beritahu Allah kepada kita, "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. (Al-Baqaroh ayat 186).

Kadangkala terfikir rasa malu sungguh kepada Allah. Punyalah kasihnya Allah sanggup menunggu dan sentiasa mengampunkan dosa2 kepada mereka yang benar2 ingin bertaubat. Tapi kita bila solat pun nak cepat2 sedangkan Allah sabar menunggu...Masyallah...

Isnin, 24 September 2012

Kita Sendiri Yang Hina Nabi dan Islam Tanpa Disedari


Seluruh dunia Islam sekarang ini kecoh dengan demonstrasi bantahan terhadap filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang 'gila perempuan, penipu dan orang gila’. Di dalam trailer filem tersebut juga turut menghina Al–Quran dan para sahabat Nabi.

Tapi kan... Kadang-kadang kita terlalu ekstrim berdemonstrasi sehingga akhlak kita tidak terjaga, emosi tidak terkawal, nafsu menguasai akal. Merujuk kepada pembunuhan duta Amerika Syarikat di Libya sebagai protes terhadap filem tersebut, wajarkah tindakan melulu tersebut? Ibarat abang yang membunuh, adik yang kena hukum gantung. Di manakah keadilan? Islam itu berjalan menggunakan akal fikiran yang wajar. Bukan menurut emosi membabi buta. Kita marah bila orang label umat Islam pengganas, tapi kita sendiri yang bertindak ganas.Tindakan seperti itu hanyalah seperti mengiyakan bahawa Islam itu sememangnya pengganas seperti digambarkan dalam filem tersebut.



Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita balik. Kita marah orang hina Nabi. Tapi kita sendiri hina Nabi tanpa kita sedari. Kita sendiri yang hina Islam secara tak langsung.

1. Kita marah, lalu kita maki hamun orang yang hina Islam. Tapi kita terus menerus menjadikan kata carutan dan makian sebagai zikir harian dan bahan gurauan. Kita marah orang cakap Nabi penipu, tapi kita senantiasa berbohong dan menipu diri sendiri.

2. Kita marah bila orang cakap Nabi kasanova dan kaki perempuan. Tapi kita sendiri yang main perempuan, bebas bertukar pasangan. Bergaul bebas dan bersentuhan antara bukan mahram tanpa segan silu. Yang lucah jadi santapan mata.

3. Kita sibuk suruh hackers godam laman web dan video yang hina Islam. Tapi iman kita masih digodam oleh hawa nafsu. Kita masih biarkan nafsu dan akal fikiran kita digodam oleh syaitan.

4. Kita kononnya nak boikot barangan kafir, tapi kita sendiri tidak mahu boikot cara hidup dan budaya orang kafir. Kita masih menjadikan selebriti kafir sebagai idola. Kita masih terikut-ikut dengan fesyen pemakaian mereka.

5. Kita hina, maki hamun dan perlekeh ulamak. Sedangkan ulamak itu pewaris Nabi. Bila nampak orang pakai serban, pakai jubah, simpan janggut panjang, kita perli dan pandang serong terhadap dia. Kita dah hina sunnah Nabi.

6. Kita marah orang hina, ppijak dan bakar Al-Quran tapi kita sendiri tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam Al-Quran. Malah kita mempersenda dan memandang ringan hukum yang ada dalam Al-Quran. Sentuh Al-Quran pun jarang-jarang. Kita sendiri dah 'pijak' Al-Quran secara tak langsung.

7. Kita kononnya nak jadi 'gangster beriman' macam Saidina Umar Al-Khattab nak pertahankan Nabi. Sedangkan maksiat di depan mata berlaku pun, tangan dan kaki kita masih kaku. Rambut awek dan bini terjojol pun kita takut nak tegur. Nampak tabligh pun kita lari.

8. Kita melaungkan semangat jihad berkobar-kobar, tapi kita masih bergaduh sesama Islam. Malah kita sibuk mempertahankan golongan yang secara terangan melakukan maksiat. Artis kesayangan kita ditegur, kita sibuk back-up. Team bola feveret kita diejek, kita melenting bertegang urat. Isu remeh yang langsung tidak membawa kepada pembangunan ummah diperbesarkan. Bagaimana Islam nak menang jika umatnya tidak bersatu?

9. Kita sembang besar dah bersedia nak berperang dengan kafir laknatullah, sedangkan solat berjemaah kat masjid pun seminggu sekali saja. Solat pula sengaja dilambatkan. Dah masuk Isyak, baru kita nak kelam kabut solat Maghrib. Subuh pun masih subuh gajah apatah lagi nak bangun qiamullail. Yang tak solat langsung tu lagi berlambak.

Pernah dengar ungkapan yang Islam takkan menang selagi solat fardhu jemaah di masjid tidak seramai solat jumaat? Ini solat jumaat pun masih ramai yang ngelat. 

10. Kita semangat nak langgar orang kafir yang hina Islam, tapi kita sendiri  langgar syariat dan perintah Allah. Apa yang kita buat untuk tegakkan syiar Islam? Kita hanya bersemangat menentang orang yang hina Islam tapi kita longlai dalam beribadah. Kita sebenarnya sudah rebah dan tewas sebelum melangkah ke medan jihad lagi.

Nampak?



Sebenarnya, kita sendiri yang hina Allah s.w.t jika kita melanggar perintah dan larangan-Nya. Kita sendiri yang hina Nabi s.a.w jika kita tak hargai susah payah Nabi berjuang menyebarkan Islam dengan mengabaikan ajaran dan sunnah baginda. Sebenarnya kita sendiri yang hina Islam jika kita tidak menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Sebab itu Islam terus menerus dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Kerana mereka tahu kita masih hanya Islam pada nama sahaja.


Bukanlah niat untuk mempersenda usaha orang yang berdemonstrasi menyuarakan bantahan terhadap penghinaan Nabi tersebut. Usaha itu bagus kerana di situ kita dapat lihat dalam diri kita masih ada potensi sebagai pejuang Islam, masih ada rasa sayang terhadap Allah, Rasul dan agama kita, Islam. Cuma untuk sama-sama kita muhasabah diri agar kita dapat serlahkan lagi potensi tersebut untuk melengkapkan diri menjadi pejuang Islam sebenar seperti di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Hentikanlah penghinaan terhadap Allah, Rasul dan Islam yang kita telah lakukan secara tidak langsung ini. Amar ma'aruf, nahi mungkar. Allahu Akbar!


 Aku pun sembang ja kencang. Pakat-pakat muhasabah diri la kan.

Selasa, 28 Ogos 2012

Perasan Tak ?



PERASAN Tak?... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya... 

PERASAN Tak?... 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen... 

PERASAN Tak?... betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung. 

PERASAN Tak?... susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan. 

PERASAN Tak?... betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang. 

PERASAN Tak?... susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah. 

PERASAN Tak?... orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar..... 
dan mencari dinding untuk bersandar dan akhirnya tertidur ,sedar2 dikejutkan orang kerana solat Jumaat dah nak mula :)

Sumber: sajanakcerita

Isnin, 16 Julai 2012

Satu Permintaan Kepada Orang yang Hidup Mewah


Sekadar gambar hiasan

Kepada anda yang masih senang menikmati hidup mewah di tengah-tengah kemerosotan yang berlaku di sekeliling manusia yang lain. Kepada anda yang gemar menghambur-hamburkan harta disaat orang lain teramat sukar mendapatkan sesuap nasi. Kepada anda yang tak lagi peduli berapa harta terkuras untuk kesenangan yang penuh kesia-siaan ketika jiran-jiran masih terus menerus merogoh beg yang jelas kosong melompong sambil bermimpi Tuhan menaruh sekeping logam penebus dahaga.
Kepada anda yang membuang-buang makanan setelah membelinya dengan harga yang sangat mahal, sementara di belakang mereka periuk-periuk tin berbunyi nyaring kerana tak ada lagi yang terisi di atasnya. Atau bahkan di depan mereka anak-anak jalanan dan pengemis mengais-ngais sisa-sisa makanan dari tempat sampah anda. Kepada anda yang tak henti gemar memberikan tontonan parade kekayaan kepada fakir miskin dan kaum dhuafa dengan kenderaan mentereng yang hilir-mudik melintasi mata kosong mereka.
Kepada anda yang tak lagi peduli apakah saudaranya boleh makan atau tidak hari ini sementara ia sibuk mengatur menu makan dan jadual tempat yang mesti dikunjungi demi memuaskan selera gengsi. Kepada anda yang tak pernah melirik sedikitpun ke arah depan, belakang, samping kanan dan kiri mereka saat puluhan, ratusan bahkan jutaan manusia mengerang menahan lapar, sejuk dgn pakaian yang tak kenal baru dan bagus, dan mereka yang terkapar tak berdaya bersaing dengan ganasnya kehidupan.
Kepada anda yang terus bangga mempercantik dan memperbagus anak-anak mereka dengan segala model pakaian dan perhiasan, menyenangkan mereka dengan segudang mainan kesukaan, namun tak menghiraukan tangisan memilukan anak-anak yatim di sebelah bilik mereka, di rumah asuhan yang bagi mereka, untuk bermimpi mempunyai mainan dan pakaian bagus pun tak berani.
Kepada anda yang masih senang hidup mewah, hanya satu pinta kami, buka mata dan telinga lebar-lebar! Perhatikan dan dengarkan peringatan Allah. Sekarang juga! Kerana jika anda tidak mendengar peringatan Allah, maka kami tidak akan pernah tahu bila Allah akan membinasakan kami bersama hancurnya negeri ini.
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancu rnya. "(Al Israa: 16).

Di edit dari: Eramuslim.com 

P/s: Selamat  menempuh ujian didalam Universiti Ramadhan..

Ahad, 15 Julai 2012

Kisah Malik bin Dinar, Ibnu Mas'ud dan Pencuri


 MALIK BIN DINAR rahimahullah suatu saat melihat bahawa ada seorang wanita yang memasuki rumah beliau dan mencuri mushaf serta pakaian. Mengetahui hal itu, beliau memutuskan untuk mengikuti si wanita.
Setelah menemui wanita tersebut Malik bin Dinar menyampaikan, "Ambillah baju itu, namun mushafnya kembalikan dan engkau tidak perlu takut." (Tanbih Al Mughtarrin, hal. 27)


 Mendoa'kan Kebaikkan Untuk Pencuri

IBNU MAS'UD Radhiyallahu Anhu suatu saat berdagang di sebuah pasar dan menyimpan wang dirham di serban beliau. Namun saat hendak mengambil wang dirham tersebut beliau tidak didapatinya, padahal beliau tidak pergi ke mana-mana.
Orang-orang yang berada di sekitar Ibnu Mas'ud pun berdoa, "Ya Allah potonglah tangan pencuri yang telah mengambilnya." Ibnu Mas'ud pun berdoa, "Ya Allah jika pencuri itu melakukan kecurian kerana keperluan maka berkatilah ia. Namun jika ia melakukannya kerana dorongan maksiat maka jadikanlah perbuatannya ini adalah perbuatan yang terkini. "(Ihya 'Ulumuddin, 9/1671)
Meski orang yang dizalimi doanya mustajab, Ibnu Mas'ud tidak menggunakannya untuk mendoakan keburukan kepada si pencuri yang telah menzalimi beliau, bahkan justeru berdoa untuk kebaikan si pencuri. 

Sumber: Hidayatullah.com

Ahad, 17 Jun 2012

PERINGATAN BESAR BUAT KAUM WANITA (Sempena Israk Mikraj)

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.

Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.


"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah". Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku (Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.;"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"

Maka sabda Rasulullah SAW.;

  • Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan
  • Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia (ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya;dan lagi
  • Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atas nua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan
  • Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.

Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;

"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"

Maka sabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam.;
  • Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
  • Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.

  • Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
  • Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
  • Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba / batu api) lagi amat dusta.
  • Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki..

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.-dirihamba
Wallahu A'lam

sumber: ibnubakr1407
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik