IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Petua Merawat Denggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Merawat Denggi. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Mac 2014

Perang Biologi Denggi Guna Ikan Guppy Lebih Berkesan - Chong Eng



KELIHATAN jentik-jentik dimakan oleh anak-anak ikan guppy dalam bekas ujian semasa demontrasi dijalankan di sini, petang tadi.


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB



PADANG LALANG - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan MPSP-Watch petang tadi melepaskan beribu-ribu anak ikan guppy ke parit Taman Kota Permai demi memusnahkan pembiakan jentik-jentik di sini.



STEVEN Sim Chee Keong (berdiri) dan Chong Eng meneliti anak-anak ikan gupi memakan jentik-jentik secara semulajadi (biologikal) dalam bekas ujian di Lintang Kota Permai 9 di sini pada petang tadi.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Chong Eng berkata, kaedah perang biologi terhadap nyamuk aedes dan wabak denggi menggunakan ikan guppy itu nampaknya lebih berkesan serta mesra habitat sungai, berbanding menggunakan  racun pemusnah jentik-jentik.

"Kaedah baru ini sebenarnya lebih berkesan. Rakyat sendiri boleh mencuba perang biologi ini di rumah masing-masing.

"Di mana jentik-jentik boleh hidup, di situ ikan guppy boleh hidup serta tidak akan menggugat ekologi hidupan lain (selain jentik-jentik)," ujar Chong Eng, yang juga Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

CHONG Eng (dua dari kanan, tunduk) dan Steven Sim Chee Keong sedang melihat Bernard Cheen melepaskan anak ikan guppy ke dalam parit di sini, yang dikenal pasti penuh dengan jentik-jentik.


Berdepan wartawan, Chong Eng bersama-sama Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Che Keong dan Bernard Cheen (Pengasas pertubuhan sukarelawan MPSP Watch) turut melakukan demontrasi melepaskan anak-anak ikan guppy ke dalam bekas air ujian yang berisi jentik-jentik.

Sebelum itu, Chee Keong berkata, satu laporan oleh Asia Development Bank (ADB) dan Bank Dunia bersama-sama Kerajaan Cambodia dan Laos mendapati bahawa habitat ikan guppy (Piecillia Reticulate) boleh digunakan untuk melawan wabak denggi.

"Laporan tersebut menyatakan bahawa (seekor) ikan guppy memakan purata 102 ekor jentik-jentik setiap hari," jelas Chee Keong.

Justeru, katanya, langkah menyahpusatkan kawalan wabak denggi kepada Kerajaan Negeri perlu dipertimbang, memandangkan strategi sedia ada yang digunakan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini didakwa kurang berjaya.

"Sebagai contoh, pengagihan abate boleh dilaksanakan dengan lebih efektif sebab menggunakan rangkaian desentralisasi pejabat Ahli Parlimen, ADUN, JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti), RT (Kelab Rukun Tetangga) dan RT (Persatuan Penduduk)," jejas Chee Keong.

Tambah beliau, laporan kajian sama di Cambodia turut menyebut, 40 peratus bekas air di rumah-rumah mempunyai jentik-jentik, sebelum kaedah perang biologi menggunakan ikan guppy diperkenalkan.
(Dari kanan) CHONG Eng, Bernard Cheen dan Steven Sim Chee Keong pada satu sidang media di sini, petang tadi.

Manakala, Bernard Cheen pula pada sidang media sama berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lokasi lain sekitar Parlimen Bukit Mertajam untuk percubaan fasa kedua Kempen Perang Biologi Denggi ini.

Sehingga 23 Februari tahun ini, 16,383 kes denggi direkodkan di seluruh Negara, dengan 29 jumlah kematian.

http://faqar.blogspot.com/

P/S : Cerita ikan guppy,teringat aku masa budak-budak dulu,aku dan geng2 -Ali, Ujang, Wan, Pie memang suka menangkap ikan guppy (ada orang cakap ini ikan taik..:) di longkang2 besar dekat Taman Nirwana, masa tu taman ni baru aje dibuka, airnya bersih, sekarang jangan cakap le...duduk tepi pun rasa loya nak muntah...Bolehlah kita pergi kedai Ikan lepas ni..harga ikan pun tak mahal boleh le kita cuba. Selamat mencuba.Wassalam.


Jumaat, 9 Ogos 2013

Daun Betik Penawar Denggi- Terbukti Berkesan


foto dari pahitjadiubat.blogspot.com

Daun betik adalah sejenis daun yang pahit jika dikunyah. Ramai orang melayu terutama yang membesar di kampung-kampung tahu akan khasiat pucuk betik. Justeru itu ramai yang menjadikan pucuk betik sebagai ulam dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.

Gua mendapat maklumat ini daripada seorang cina melalui email beberapa tahun lepas melalui grup perisik rakyat. Semenjak itu apabila demam melebihi dua hari gua akan merebus daun betik dan minum airnya. Dengan izin tuhan demam gua kebah.

Awal tahun ini member gua dan isterinya disahkan dijangkiti demam denggi (bukan denggi berdarah) oleh hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Isterinya bakal ditahan di wad. Member gua ini masih ingat akan petua yang gua bagi. Walaubagaimanapun dia hubungi gua untuk penjelasan cara menggunakan daun betik. Member gua bawa isterinya cabut balik rumah dulu sebelum masuk wad.(tak tau macam mana dia boleh lepas)

Gua pun beri info sejelasnya kepada member gua itu. Dia memberi isterinya minum dua sudu air daun betik.Apabila tiba di wad isterinya diperiksa oleh doktor wad berkenaan dan disahkan tiada denggi. Bukan main gumbira member gua apabila isteri tersayang tak jadi masuk wad. wakaka!

Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba , SILAKAN!

Cara menyediakan air daun betik untuk demam denggi

1. Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu muda
2. Buang semua urat daun yang kasar. (kalau rajin buang yang halus juga) kita hanya perlukan daunnya sahaja.
3. Bersihkan daun tersebut
4. blender dengan segelas air. (agak-agak saja)
5. Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana sehingga tinggal sesudu atau dua sudu
6. Minum sesudah air itu sejuk secara semula jadi jangan bubuh ais.. wakaka!
7. kalau sanggup boleh diminum mentah tanpa direbus.
8. Ingat pahinya bukan main.

ulang minum selepas dua jam

Ini pula Cara yang disarankan oleh blog lunalanun

Kaedah:
Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik (seperti dalam gambar di atas/tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua).

Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.

Basuh daun dengan bersih, kemudian tumbukkan daun tersebut sehingga lumat/berair.

Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik.

Jangan didihkan/larutkan dengan air jus tersebut.

Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut.

Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar, kan?!

Daun betik berkesan kepada gua, adik ipar gua,member gua dan isterinya. Daun betik mungkin berkesan untuk anda juga.Insya ALLAH

AWAS: Jangan ambil daun betik yang baru diracun roundup sudah. 

wasukalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik