IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Kehebatan Wudhu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kehebatan Wudhu. Papar semua catatan

Selasa, 9 Oktober 2012

Tahukah Anda, Rahsia Wudhu Dalam Sains

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa berwudhu dengan memperelokkan wudhu'nya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya". HR. Muslim. وقال أيضا: ((إن أمتي يدعون يوم القيامة غرا محجلين من آثار الوضوء, فمن استطاع منكم أن يطيل غرته فليفعل)) متفق عليه.
Rasulullah bersabda, "Sungguh ummatku akan diseru pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya kerana bekas wudhu'nya, (Abu Hurairah menambah) maka siapa yang mampu melebihi panjang sinar pada tubuhnya, maka lakukanlah. (HR. Bukhari dan Muslim).

 

Ilmu kontemporari menetapkan-setelah melalui percubaan mikroskopi terhadap tumbuhnya mikroba pada orang yang berwudhu 'secara teratur dan juga kepada yang tidak teratur-bahawasanya orang yang selalu berwudhu maka majoriti hidung mereka menjadi bersih, tidak terdapat pelbagai mikrob. 

Oleh kerana itu, adanya mikrob yang melekat pada mereka hilang sama sekali ketika mereka membersihkan hidung, berbanding dengan orang yang tidak berwudhu 'maka tumbuh pada hidung mereka pelbagai mikrob dalam jumlah yang besar yang termasuk jenis mikrob berbentuk bulat dan berklaster yang sangat berbahaya ... dan mikrob yang cepat merebak dan berkembang-biak ... dan mikrob lain yang menyebabkan banyak berlakunya pelbagai penyakit. 

Dan sudah jelas bahawasanya proses keracunan itu terjadi adanya perkembangan pelbagai mikrob yang berbahaya bagi rongga hidung, kemudian sampai ke kerongkong untuk kemudian terjadi berbagai keradangan dan penyakit, apatah lagi jika sampai masuk ke peredaran darah!!

Oleh kerana itu, disyari'atkan untuk melakukan istinsyaaq (menghirup air ke dalam hidung) sebanyak 3 kali kemudian menyemburkannya (tetap dengan hidung) setiap kali wudhu. 

Adapun berkumur-kumur itu bertujuan untuk menjaga kebersihan mulut dan kerongkong dari radang dan pembusukan pada gusi, serta menjaga gigi dari sisa-sisa makanan yang melekat gigi. 

Dan sudah terbukti secara ilmiah bahawa 90% orang yang mengalami kerosakan gigi jika saja mereka mahu perhatian terhadap kebersihan mulutnya ketika dahulu rosak gigi-gigi mereka, dan adanya pembusukan yang terjadi disebabkan oleh makanan dan air liur dan bercampur dalam perut dan menuju ke darah. Dan dari darah itulah kemudian merebak ke seluruh organ dan kemudian menyebabkan pelbagai penyakit.

Dan sungguh, berkumur-kumur akan menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah. Dan uji-cuba ini belum pernah dikemukakan oleh para pensyarah olah raga kecuali sedikit. Hal ini kerana mereka hanya memperhatikan kepada organ-organ tubuh yang besar. 

Dan membasuh wajah@muka dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria, apalagi dengan membersihkan badan dari peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit.

Dan juga, sudah terbukti secara ilmiah tidak akan menyerang kulit manusia kecuali apabila kadar kebersihan kulitnya rendah. Sebab manusia apabila lama beraktiviti tanpa membasuh anggota badannya, maka kulit akan mengalami pelbagai peradangan yang menyerang permukaan kulit, seperti kudis. Dan kudis ini menyerang hujung jari-jari yang sebahagian besar tidak dalam keadaan bersih, sehingga masuklah berbagai mikroba ke dalam kulit.

Oleh kerana itu, bertumpuk-tumpuknya keradangan akan mengundang mikrob untuk berkembang-biak dan menyebar. Maka, wudhu 'telah mendahului Ilmu Pektrologi moden dan para pakar yang menggunakan kuarantin sebagai media untuk mengetahui pelbagai mikrob dan kulat-kulat yang menyerang kulit orang-orang yang tidak suka dengan kebersihan, di mana kebersihan ini sama makna dengan wudhu dan mandi dan dengan ujikaji-percubaan dan penyelidikan.

Penyelidikan dan ujikaji ini memberikan manfaat yang lain antaranya:

Bahawa kedua-dua tangan banyak membawa mikroba yang kadangkala berpindah ke mulut atau hidung apabila tidak dibasuh. Oleh kerana itu, sangat ditekankan untuk membersihkan kedua tangan terlebih dahulu sebelum melakukan wudhu '. Dan ini menambah jelas kepada kita sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tidur, maka janganlah mencelupkan kedua tangannya ke bejana (tempat air) sebelum mencucinya terlebih dahulu tiga kali." maksud hadis

Dan sudah terbukti juga bahawa peredaran darah pada organ tangan bahagian atas dan lengan bawah serta organ-organ bahagian bawah seperti kedua kaki dan kedua betis adalah organ-organ yang paling lemah dibandingkan organ tubuh lainnya kerana jauhnya dari pusat peredaran darah,yakni jantung. 

Maka apabila kita membasuhnya diserta menggosoknya, maka akan menguatkan peredaran darah pada organ-organ tersebut sehingga membantu kita menambah tenaga dan vitalitas @ kecergasan . Dan dari itu semua, maka terketahuilah kita mukjizat disyari'atkannya wudhu 'di dalam Islam.

Sumber: Al-I'jaaz Al-Ilmiy fii Al-Islam wa Al-Sunnah Al-Nabawiyah
Muhammad Kamil Abd Al-Shomad

Dr. Ahmad Syauqy Ibrahim, Anggota Ikatan Doktor Kerajaan Arab Saudi di London dan Penasihat Penderita Penyakit Dalam dan Penyakit Jantung mengatakan, 

"Para Pakar membuat kesimpulan bahawa mencelupkan anggota tubuh ke dalam air akan mampu mengembalikan tubuh yang lemah menjadi kuat, mengurangkan kekejangan menjadi rileks saraf-saraf dan otot, kehilangan kenaikan denyutan jantung dan sakit-sakit otot, kecemasan, dan insomnia (susah tidur) ". 

Hal ini dikuatkan oleh salah seorang pakar dari Amerika dengan ucapannya,

"Air mengandung kekuatan magis, bahkan membasuhkan air ke wajah dan kedua tangan-yang dimaksud adalah aktiviti wudhu'-adalah cara yang paling berkesan untuk relaksasi (menjadikan badan rileks) dan menghilangkan ketengangan tinggi (emosi).

Sungguh, Maha Suci Allah Yang Maha Agung ...

kredit: lintasfrekuensi

Rabu, 17 Ogos 2011

Cahaya Wudhu Dan Aura Manusia



Tubuh badan manusia dibina dari lebih dari 53 trillion sel-sel yang hidup dan sentiasa bergetar. Hasil daripada getaran itulah yang mengeluarkan haba dan memanaskan tubuh badan manusia. Sel-sel tubuh manusia memerlukan zat makanan untuk hidup dan melakukan fungsinya.

Kajian terkini menggunakan “ nano teknologi ” telah mendapati bahawa dalam setiap sel itu pula mengandungi 10,000 sel hidup yang memiliki kebijaksanaan (intelligence) dan melaksanakan fungsi seperti mana yang telah diprogramkan. Program-program ini dikawal oleh otak melalui talian maklumat yang disampaikan menerusi sistem saraf (meredian lines). Talian saraf ini seumpama talian telefon yang memerlukan tenaga eletrik bagi membawa denyutan (pulse) maklumat daripada otak ke anggota tubuh menerusi saraf sebagai “arahan” dan sebaliknya maklumat daripada anggota tubuh dihantar sebagai “ laporan ” kepada otak supaya otak dapat memproses maklumat itu dan mengenalpasti keadaan anggota berkenaan.

Sekiranya anggota itu sakit, maka otak akan mencari penyelesaiannya seperti mengeluarkan enzim-enzim atau kimia tertentu bagi memulihkan anggota berkenaan. Kesemua proses biologi ini tersusun dalam satu rangkaian proses yang berhubung kait antara satu sama lain.




Fenomena dalam tubuh manusia ini amat menakjubkan para pengkaji dan saintis ditambah pula dengan penemuan Medan Tenaga Manusia (Human Energy Field (HEF)) oleh Dr Willian Kilner pada tahun 1911 lagi. Kilner memanggilnya sebagai AURA dan istilah ini masih digunakan sampai hari ini.

Kajiannya mendapati bahawa medan tenaga manusia ini memiliki beberapa lapisan tenaga utama. Lapisan paling hampir berada dalam tubuh hingga ke kulit.

Lapisan kedua meliputi satu inci daripada kulit dan lapisan ketiga meliputi 6 inci daripada lapisan kulit tubuh manusia. Ujian teliti telah dilakukannya dan mendapati bahawa kadar lapisan tenaga ini berbeza berdasarkan umur, jantina, kesihatan, kebolehan mental dan emosi seseorang.

Dr Wilhelm Reich, seorang saintis dan juga psychiatrist menamakannya “orgone” dan menemui bukti bahawa aliran tenaga dalam tubuh manusia mempunyai hubungan rapat dengan keadaan fizikal dan psikologi manusia. Reich mengakui bahawa teknik rawatan akupuntur yang diamalkan oleh tabib-tabib cina semenjak ribuan tahun dahulu dengan melepaskan halangan tenaga yang tersekat dalam sistem saraf manusia mampu menghapuskan fikiran negatif, tekanan emosi dan kesakitan fizikal.

Pada tahun 1930, Dr Lawrence Bendit dan Phoebe Bendit juga menemui bukti hubungan antara medan tenaga manusia dengan kesihatan dan keupayaan penyembuhan tubuh, malah kaitannya dengan kepercayaan agama dan kerohanian. Ini disokong oleh Dr Schafica Karagula dan Dr Dianne yang mendalami fenomena ini dan berjaya mengkaitkannya sehingga kepada masalah gangguan fikiran otak hinggalah ke perut.

Perlu kita ingat, medan tenaga manusia ini adalah berasaskan tenaga yang dihasilkan oleh sel-sel tubuh manusia yang bergetar disebabkan oleh getaran atom-atom dalam sel tersebut.

Dr. Richard Dobrin, Dr John Pierrakos dan Dr Barbara Ann Brennan pula membuat kajian dan analisa terperinci tentang medan tenaga manusia ini dan berjaya membuktikan bahawa tenaga ini juga menghasilkan sinar cahaya. Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer. Kadar sinar cahaya ini amat bergantung kepada kesihatan, perasaan dan emosi seseorang dan penemuan yang paling menakjubkan adalah kaitannya dengan kepercayaan keagamaan dan spiritual seseorang. 



Amat benarlah hadis yg diriwayatkan Bukhari dan Muslim yg mafhumnya :
" Sesungguhnya umatku akan dipanggil kelak dgn muka2 dan tangan2 yg bercahaya dari bekas wuduk,maka barangsiapa dari kamu dapat memperpanjangkan cahaya mukanya maka hendaklah dia melaksanakannya "

Sementara hadis  Nabi S.a.w. riwayat ibnu Asaakir dan Dailammi pula berbunyi :
" Istighfar itu papan catatan amal, kemilau cahayanya "

Pernah juga kita terdengar Nur yg terpancar dari wajah org2 soleh dan Nur dari wajah RAsulullah SAW.

Dr. William Eidson dan Karen Gestla dari Universiti Drexel, Dr Hiroshi Motoyama dari Jepun, Dr Zheng Rongliang dari Universiti Lanzhou juga membuat kajian lanjut berkenaan medan tenaga ini. Sementara itu, sekumpulan saintis dari Bioinformation Institute of A.S Popow mengumumkan penemuan kukuh bahawa organisma hidup mengeluarkan getaran tenaga berfrekuensi antara 300 hingga 2000 nanometers. Mereka memanggilnya sebagai ‘Medan Tenaga Bio” atau “Bioplasma”.

Penemuan ini disahkan oleh Akademi Perubatan Moscow dan disokong oleh penyelidikan di Great Britain, Netherlands, Germany, Amerika dan Poland.




Sel-sel tubuh memerlukan air sebagai sumber makanan utama dengan membentuk 70% daripada tubuh adalah air. Berlandaskan fakta ini dapatlah kita simpulkan bahawa makanan dan minuman yang baik akan membentuk sel-sel yang baik. Sel-sel yang baik ini pula akan bergetar mengeluarkan tenaga. Perubahan kekuatan bioplasma dan sinar cahaya oleh tenaga itu pula telah dibuktikan secara saintifik berkait rapat dengan kadar kesihatan, fizikal, emosi, malah psikologi dan kerohanian seseorang. Maka kini terbongkarlah secara saintifik rahsia rawatan alternatif yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu yang digelar sebagai sains kuno.

Dapatlah kita fahami kini bagaimana logik dan relevennya amalan masyarakat kita yang diwarisi dari petua dan kaedah ulama silam seperti amalan mingguan membaca Surah Yasin yang biasanya diisi sebagai program amal pada malam Jumaat dan ada antara kita yang mengambil kesempatan menadah air sempena keberkatan daripada bacaan Surah Yasin tersebut.


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik