IKLAN

Rabu, 26 Februari 2014

Bagaimana Menjadikan Smartphone Sebagai Kamera CCTV?



Di sunting dari Blog tutulisanku.blogspot.com


Cara Smartphone Jadi CCTV

Soal: Apakah Smartphone Android boleh digunakan sebagai kamera CCTV?

Jawab: Ya, jawapannya boleh.

Tulisanku kali ini akan memberikan tips tentang panduan Smartphone Android menjadi kamera CCTV yang boleh mengamati daerah sekeliling.

Cara mudah menggunakan ponsel Android sebagai CCTV sangat mudah untuk dilakukan. Aplikasi-aplikasi Android sangat banyak untuk diunduh di google play, termasuk juga aplikasi untuk CCTV ini. Untuk cara ini, Saya menggunakan Aplikasi yang bernama IP Webcam. 

Cara kerja dari IP Webcam sendiri yaitu dengan menggunakan satu jaringan wifi antara Ponsel Android dengan komputer, PC/Laptop, dengan aplikasi IP Webcam ini berbagai cara yang dapat dilakukan dengan aplikasi ini. Dan sebagai Software pembantu yang harus di install dan dipasang di komputer, PC/ laptop untuk melihat video CCTV dari Smartphone Android adalah Video LAN-VLC.

Dan berikut langkah-langkah untuk memasang kamera CCTV dari Android dan cara setting Android CCTV untuk dilihat di Komputer,PC atau Netbook :

langkah pertama download dan install app yang digunakan android sebagai kamera CCTV dan sebagai contoh disini saya menggunakan aplikasi IP Webcam yang dapat di download di Google Play Store, download juga Video LAN-VLC untuk di komputer, PC atau Laptop.


Lalu selanjutnya Buka aplikasi Ip webcam yang sudah terpasang di Android atau tablet.

Kemudian setelah membuka aplikasinya, maka akan ada beberapa menu setting seperti resolution video, photo, quality orientation dan lain-lain, lalu Klik pada menu yang berada paling bawah pada aplikasi IP webcam di ponsel Anda. Dan perhatikan pada gambar di bawah ini :




Lihat pada screen ponsel Android, maka akan ada URL yang tertera di bagian bawah, seperti yang tertera pada gambar dibawah ini



Selanjutnya Anda buka software VLC Media Player yang telah Anda install pada PC/Laptop Anda, lalu klik pada menu Media --> Buka stream jaringan, untuk lebih jelasnya perhatikan gambar dibawah



Lalu masukkanlah URL yang tadi, yaitu http://URL/videofeed, misalnya seperti punya saya http://192.168.43.83.8080/videofeed kemudian klik Play



Untuk menngatur mempercepat/menstabilkan gerakan video nya, klik pada menu Playback --> Speed -->Faster/lebih cepat



Selesai, dan ini adalah screenshot monitor Android CCTV di laptop saya


Cara Android jadi CCTV yang dapat bermanfaat untuk keperluan Anda masing-masing. Dan ingat jangan menggunakan CCTV Android Anda untuk hal-hal negatif. Gunakanlah untuk hal yang positif yang lebih berguna.

Kredit: selatanonline


Selasa, 25 Februari 2014

Tidur Dalam Kandang, Kerana Tak Mampu Sewa Rumah

Tidur dalam kandang, tak mampu sewa rumah

WALAUPUN Hong Kong dikatakan antara bandar terkaya di dunia, namun penduduknya masih ada yang terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang kerana tidak mampu menyewa rumah.

Hong Kong yang mempunyai populasi tujuh juta orang merupakan bekas jajahan koloni British dan memiliki kawasan seluas 426 batu persegi yang menyebabkan harga hartanah melambung tinggi.

Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan.

Seorang pesara buruh, Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun.

“Saya terpaksa tidur meringkuk kerana saiz ruang terlalu kecil,” katanya.

Menurutnya, beberapa 'kandang' akan disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik gelap dan panas, laporan dipetik dari CNA.:(


Sumber: www.sinarharian.com.my

Ps: Sungguh menyedihkan..Kita sesama mohon Kepada Allah Taala, semoga penyakit masyarakat ini tidak hadir dibumi Malayasia ini..Amin.

HAMKA : Nasihat Kehidupan



Kehidupan itu laksana lautan: ” Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi”.

Pepatah orang Makassar: ” Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang. Hidupnya ialah untuk berjuang. Jikalau perahunya telah ia kayuh ketengah, ia tak boleh bersurut pulang. Meskipun bagaimana besar gelombang. Biarkan kemudi patah, biarlah layer robek. Itu lebih mulia (baginya) dari pada membalik haluan pulang.

Wahai diriku teruslah maju
Di tengah jalan jangan berhenti
Sebelum ajal janganlah mati
Keredhaan Allah itulah tuju

Kalau berhembus angin selatan
Jangan lekas riang gembira
Kalau bergoncang tali bubutan
Jangan lekas berputus asa

Selama nyala iman di dada
Panah tujuan tidaklah hilang
Tuhan Allah tetaplah ada

Pandang tenang hadap ke muka.
Hilang segala kepayahan
Hilang segala kepenatan
Lupa segala penderitaan

Sesak nafasku kala mendaki, keringat mengalir sampai ke kaki.
Kita masih hidup, udara masih kita hirup dan nafas belum redup.
Kalau Allah tidak izinkan kita lagi untuk tinggal di dunia ini, tentu kita mati. Tetapi kalau masih boleh hidup, (maka) kita akan makan.percayalah.
Takdir itu bukanlah dielakkan melainkan dicari.
Pendirian hidup (adalah) lebih baik kita memperbaiki sangka kepada tuhan.

Bahagialah aku dikala tidur di jirat (di kubur)
Bercahaya mukaku di akhirat
Dari kanan aku menerima surat
…aku menyerah kepada Engkau (wahai) Tuhanku dengan tidak bersyarat.

Sumber:Eramuslim-Nasehat Ulama


Sabtu, 1 Februari 2014

Model Yang Pernah Beraksi Untuk Majalah Play xxx Ingin Peluk Islam


 ‘Saya hanya tunggu hidayah’


 ‘Saya hanya tunggu hidayah’

Kuala Lumpur: “Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah,” kata Felixia Yeap.

Model jelita berusia 28 tahun itu yang pernah beraksi untuk majalah Playboy, baru-baru ini mengejutkan masyarakat negara ini apabila berubah imej daripada berpakaian seksi kepada bertudung biarpun masih belum memeluk Islam. “Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah,” katanya.

Malah, kata Felixia, dia menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang.

FotoFELIXIA kelihatan lebih manis apabila bertudung.

Menurutnya, Tahun Baru Cina kali ini disambutnya secara sederhana, namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.

Harian Metro 31/1/2014

Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/2014013102125220140131021252//Article?BeritaUtama

Cerita dari: Mohd Azam Shah Yaacob, Mohd Hafizee Mohd Arope dan Mohd Hanafis Abdul Haris

P/s: Hidayah itu sudah pun sampai..cuma kita perlu bersyahadah segera, hari esok siapa boleh jamin kita masih bernafas..Wallahu A'lam.Wassalam.

Gong Xi Fa Chai...

Jumaat, 31 Januari 2014

Fosil Dinosaur Ditemui Di Jertih, TERENGGANU. Betul ke Boh..?


Jertih: Kawasan tapak pembinaan empangan Paya Peda, Hulu Besut, dekat sini, kini menjadi topik perbincangan penduduk yang mempercayai fosil dinosaur wujud di situ berikutan penemuan fosil tumbuhan kuno luar biasa.

fosil

Fosil tumbuhan berusia 350 juta tahun ditemui oleh ahli kaji bumi Mohd Zaidi Mohd Yah, 46, dan kontraktor pembinaan projek empangan terbabit pada 2011 ketika menjalankan tugas mengawasi kerja meratakan bukit.



Penemuan itu kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang bertindak menghantar pasukan pengkaji untuk membuat kajian mengenai penemuan fosil berkenaan.Fosil itu ditemui dalam bentuk tempelan atau teraan pada permukaan lapisan batuan terawet dan masih mengekalkan bentuk cabang daun, corak urat dan corak batang pokok.

Penemuan kepelbagaian genus fosil tumbuhan itu menjadikan Paya Peda boleh diberi penarafan luar biasa ketiga di negeri ini selepas Bukit Keluang dan Bukit Bewah.

Tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut terdiri daripada beberapa jenis pokok sahaja dan mudah dikenal pasti.

Ia dipercayai tumbuh di kawasan paya yang luas, padat dengan tumbuh-tumbuhan serta terletak dalam kawasan tropika.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, tumbuhan itu mati dan kemudian tertimbus oleh enapan sedimen lalu kekal terawet untuk ratusan juta tahun lamanya.


KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH + PENGALAMAN PESAKIT

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.


Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Daun Belalai Gajah

Berbalik pada tajuk mengenai khasiat daun belalai gajah ni.. saya sebenarnya suka makan ulaman daun ni.. tambahan kalau ada khasiatnya.Hari tu adik praktikal di tempat kerja saya ada memberi batang pokok belalai gajah ni, balik rumah saya terus cucuk dalam pasu yang dah ada pokok kunyit... tak sangka mudah sungguh hidupnya... tengok sekarang di sedang berpucuk dengan jayanya...

Ini pokok belalai gajah yg saya tanam dalam pasu tu :)

Bila tengok pucuk daun tu cantik muda-muda saya pun petiklah, kebetulan saya ada buat sambal hijau (resepi disini sambal hijau), memang sedap pucuk daun belalai gajah ni... 


Pucuk daun belalai gajah dan sambal hijau
Tada... tengok plate saya ni penuh dengan warna hijau..... oooooohhh ku lihat hijauuuu... hijauuu.. :P

Plate yg menghijauuu

Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah 

·         Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.

·         Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.

Cara2 kegunaan daun belalai gajah @ Sabah snake grass mengikut stage penyakit :

·         Stage 1 : 30 daun setiap hari
·         Stage 2 : 50 daun setiap hari
·         Stage 3 : 100 daun setiap hari
·         Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 

*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Cara2 membuat jus daun belalai gajah @ sabah snake grass
·         masukkan setengah @ satu cawan air dalam blender
·         masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
·         tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
·         masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
·         masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
·         blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
·         jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
·         Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi 

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.
Saya ambil dilink ini -http://kongsibersamanora.

Testimoni 

Dalam satu pertemuan di ladang belalai gajah milik You Dun Chao Herbs Farm Sdn. Bhd di Jalan Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini, pengguna produk daun belalai gajah jenama UTURN keluaran You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd. menceritakan pengalaman masing-masing mengenai khasiat daun berkenaan.

Muhammad Nur Shahir Mat Hussin, 24, mengidap aplastic aneamia sejak kecil.

Aplastic aneamia adalah satu keadaan yang mana sum-sum tulang tidak menghasilkan sel-sel baru yang mencukupi untuk mengisi sel-sel darah.

Penyakit itu menyebabkan beliau asyik tidur kerana keletihan dan tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana terlalu banyak makan ubat.

Menurutnya, pada tahun 2009, dia mengidap diabetes sehingga memaksanya mengambil insulin sebanyak empat kali sehari.

Bagaimanapun, kesihatannya mula berubah selepas mengambil produk daun belalai gajah pada Jun tahun lalu.

Jelasnya, mulai Oktober tahun yang sama, dia mengambil kapsul dan jus ekstrak belalai gajah dan keadaan kesihatannya semakin bertambah baik.

Pekerja kilang, Nur Amirah Mohd. Adi, 18, mengidap neprhotic syndrome sejak kecil.

Masalah tersebut merujuk kepada gangguan buah pinggang yang menyebabkan pengidapnya kurang kencing atau mengalami kencing tidak lawas.

Katanya, akibat penyakit itu, kaki menjadi bengkak, perut buncit dan berat badan bertambah, mata kuning serta tidak dapat tidur lena pada waktu malam.

"Ketika berumur lima tahun, saya pulih selepas mengambil steroid tetapi penyakit tersebut kembali berulang ketika berumur 16 tahun menyebabkan saya terpaksa berhenti sekolah,'' ujarnya.

Nasibnya mula berubah apabila diperkenalkan dengan produk belalai gajah oleh Pengarah Eksekutif You Dun Chao Healthcare Products Sdn. Bhd., Hazmi Haron sejak Mei tahun lalu.

Pelajar tingkatan satu, Muhammad Al Saddiq Fajar, 12, mengidap thalassaemia dengan kadar ferritin dalam darah yang tinggi iaitu pada bacaan 6,779.

Katanya, pada bulan September tahun lalu, dia mula mengambil cecair pati belalai gajah dan selepas itu, tubuhnya mula menunjukkan pemulihan dengan kadar ferritin menurun kepada bacaan 4,000 semasa ujian kesihatan dijalankan pada Oktober tahun lalu.

"Ketika sakit, saya perlu mengambil darah sebanyak dua paket sebanyak dua kali sebulan selain perlu menjalani rawatan mencuci darah," katanya.

Kesan pengambilan produk belalai gajah juga dapat dirasakan oleh kakaknya, Fatin Farhana Fajar, 15, yang turut mengidap penyakit yang sama.

Penasihat kewangan, Nasir Musa, 41, menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan tahap kolesterol tinggi.

"Sebulan saya mengambil produk ini, telah menunjukkan kesan secara fizikal yang mana bila saya membuang air kecil tidak lagi berbuih seperti biasa.''ujarnya

Demikian beberapa pengalaman daripada pengguna mengenai khasiat daun belalai gajah tersebut.

Bagaimanapun mereka yang ingin mencubanya tidak menganggap daun tersebut sebagai kaedah merawat atau ubat sebaliknya hanya membantu mengatasi masalah yang mereka alami./
Sumber: anizyn.blogspot.com

Dan ada sahabat menceritakan kepada ku,Tentang Paklongnya yang kena barah dalam perut, selepas mengamalkan daun Belalai Gajah sebanyak 100 helai di kisar bersama sebiji Epal hijau yang sudah dibuang kulit dan bijinya, supaya sedap sikit bila menikmatinya dan minum 3 kali sehari. Dan ia juga mengamalkan softgel minyak Habbatus Sawda.

Dan hasil pemeriksaan oleh Doktor, barah @ kansernya tidak merebak ketempat lain dan mengecil. Sebelum mengamalkan daun ni,Pak Longnya merasa teramatlah letih dan memandu pun tak larat, tapi sekarang dengarnya dah boleh memandu kereta dari Subang ke Sg.buloh dan selepas tu ke Kuala Selangor...jalan2 makan angin katanya...

Itu semua dengan kehendak Allah S.W.T jua, Kita hanya mampu Berikhtiar.

P/s: Assalam, mana2 sahabat yang hendak mencuba pucuk Belalai Gajah ni,yang sudah diproses dijadikan Teh Belalai Gajah,Yang berminat bolehlah menghubungi akan diriku atau sms  kepada: 

013 634 6734 .

Berjalan-jalan bersama pak Lebai,Jumpa lagi,Terima Kasih Bye bye..:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik