IKLAN

Jumaat, 17 Mei 2013

Tiga Warna Api

foto 7 

 Ketika para ilmuwan mempelajari api dan hubungan antara temperatur dan mereka menemukan bahawa warna api adalah merah, kemudian jika ditinggikan suhunya maka warna api akan menjadi putih dan jika dinaikkan lagi suhunya maka warna api akan berubah menjadi hitam dan fenomena ini disebut oleh para ulama radiasi benda hitam, dan yang menakjubkan lagi adalah Nabi saw telah menyebutkan fenomena ini, adanya perubahan  warna api! Nabi Muhammad saw bersabda:

أُوقِدَ عَلَى النَّارِ أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى احْمَرَّتْ ثُمَّ أُوقِدَ عَلَيْهَا أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى ابْيَضَّتْ ثُمَّ أُوقِدَ عَلَيْهَا أَلْفَ سَنَةٍ حَتَّى اسْوَدَّتْ فَهِيَ سَوْدَاءُ مُظْلِمَةٌ
“Api dinaikkan suhunya selama seribu tahun sampai berubah menjadi merah, lalu dinaikkan lagi selama seribu tahun hingga berubah menjadi putih, kemudian dinaikkan lagi selama seribu tahun sampai menghitam, dan itulah yang disebut dengan hitam legam”. (At-Tirmidzi). Sungguh benar sabda Rasulullah saw,

undergroundtauhid.
 

Khamis, 16 Mei 2013

Ayat-Ayat Kelakar Sepanjang Zaman Oleh Samy Vellu

sumber google


Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan Menteri Kerjaraya, selain meninggalkan banyak lebuhraya-lebuharaya yang bert, beliau jugak  banyak meninggalkan perkataan-perkataan yang pelik sedikit sepanjang eranya berkuasa.

Jadi ayat-ayat lawak di bawah macam mana pun nampak sinonim dengan beliau. Bila baca tu, kalau boleh cuba buat suara Samy Vellu, mesti feel nak gelak itu lebih.
 
Apa pun, Samy Vellu memang satu watak yang menarik, terutama lawak-lawaknya. Berikut adalah petikan ayat-ayat kelakar dari Samy vellu


1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju: “Besoh kirim, hari ini juga sampai”

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
“Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”

 4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
“Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
“Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”

6. Berkenaan masalah sosial:
“Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
“Marilah kita semua menderma dare”

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
“Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
“Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
“Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam” - sumber
 
 

Isnin, 6 Mei 2013

Terkini PRU13 - BN kekal kerajaan pusat, kuasai 133 kerusi, Pakatan kekal Selangor, P Pinang dan Kelantan

2.30 pagi
Kerusi Parlimen Semasa 

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berjaya meneruskan pemerintahan di peringkat pusat dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen setakat jam 3.20 pagi tadi (6 Mei).

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah sembilan kerusi berbanding lima tahun lalu.

Daripada 89 kerusi itu, Pas memperoleh 21 kerusi, PKR (30) manakala DAP 38.


Sumber:Sinarharian

Pakatan kekal Selangor, P Pinang dan Kelantan


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sehingga kini berjaya membentuk tiga kerajaan negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan manakala hilang kerajaan negeri Kedah.


Pakatan paling berjaya di Selangor apabila menang dengan banyak kerusi di mana PAS sahaja berjaya menang di 15 daripada 20 kerusi DUN yang ditandinginya.


Selain Selangor, PAS juga membuat pencapaian baik di Terengganu apabila menang 15 kerusi DUN berbanding BN 17 kerusi. PAS juga menang empat kerusi Parlimen daripada lapan kerusi di Terengganu.

Empat kerusi Parlimen itu adalah Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.

PAS juga membuat pencapaian sulong di Melaka apabila menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Baru di bawah Parlimen Bukit Katil.

Sehingga kini PAS menang 22 kerusi Parlimen, PKR 26 manakala DAP 36 kerusi.

Ahli Parlimen baru PAS adalah Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan (Temerloh), Setiausaha Dewan Ulamak Dr Khairudin Aman Razali (Kuala Nerus), Datuk Raja Bahrin (Kuala Terengganu), Wan Hassan (Dungun), Timbalan Ketua Pemuda. Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Mohamad Hanipa Maidin (Sepang), Ustaz Idris Ahmad (Bukit Gantang), Ahmad Marzuk (Bachok) dan beberapa nama lagi.Harakah

Isnin, 29 April 2013

Kisah Sahabat Nabi - Indahnya Akhlak Saidina Abu Bakar & Saidina Ali



Sayyidina Abu Bakr radiyaLlahu 'anhu dan Sayyidina 'Ali radiyaLlahu 'anhu tiba di hadapan pintu Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam.

Sayyidina Abu Bakr berkata: " 'Ali, kamu masuk dahulu."

Sayyidina 'Ali menjawab: "Silalah masuk seb...elum daku. Aku tidak akan membelakangi seorang yang telah disabdakan Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) bahawa, matahari tidak terbit dan terbenam ke atas manusia yang lebih baik daripada Abu Bakr."

Sayyidina Abu Bakr lalu berkata: "Bagaimana dapat aku mendahului seorang yang telah disabdakan Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam), 'sebaik-baik wanita (Sayyidatina Fatimah radiyaLlahu 'anha) telah diberikan kepada sebaik-baik lelaki.' "

Ujar Sayyidina 'Ali : "Aku tidak akan masuk sebelum seorang yang dikatakan Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) bahawa pada Hari Penghisaban suatu seruan daripada Allah 'Azza wa Jalla berbunyi, 'Wahai Abu Bakr! Kamu dan mereka yang mencintaimu memasuki Jannah!' "

Sayyidina Abu Bakr berkata lagi: "Aku takkan masuk sebelum kamu sebab kamu akan bangkit hadir pada Hari Penghisaban dan akan dikatakan bahawa 'dia (Sayyidina 'Ali) adalah lelaki yang baik, saudara yang baik dan ayah yang baik.' "

Kemudian berkata Sayyidina 'Ali: "Aku takkan pernah masuk sebelummu apabila Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) bersabda: 'Jika iman Abu Bakr diletakkan di suatu sisi timbangan, dan iman seluruh ummah di sisi lainnya, maka iman Abu Bakr lebih berat lagi.' "

Sayyidina Abu Bakr membalas: "Aku tidak boleh mendahului seseorang yang Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) berkata pada Hari Penghisaban, 'Ali akan datang bersama isterinya Fatimah (radiyaLlahu 'anha), bersama dua anak mereka menunggang unta, dan manusia akan bertanya, 'Siapakah ini wahai Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam)?' dan jawapan yang akan diberikannya, 'Inilah orang-orang yang Allah cintai.' "

Sayyidina 'Ali menjawab pula, bahawa Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) bersabda: "Allah berfirman, 'Dia yang membawa 'Sidq' (Kebenaran) adalah Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam), dan 'As-Siddiq' adalah dia yang mengikutinya.' "

Malaikat Jibril ('alaihissalam) kemudian diperintahkan untuk bertemu Nabi Muhammad (sallaLlahu 'alaihi wasallam), dan berkata, "Allah menyampaikan salam-Nya dan para malaikat sedang mendengar perbualan Abu Bakr dan 'Ali, maka keluarlah dan jadilah yang ketiga untuk menjadi orang tengah bagi mereka! Allah (subhanahu wa ta'ala) mengirimkan rahmat-Nya yang khusus dan mendirikan pagar Iman & Adab di kalangan mereka." (bermakna, mereka adalah di kalangan manusia yang beradab.)

Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wa aalihi wasallam - kemudiannya keluar dan mencium mereka berdua dan bersabda:

"Demi Dia yang menggenggam jiwaku - jika samudera adalah tinta dan pepohonan adalah pena, dan ciptaan langit dan bumi adalah tulisannya, semuanya takkan mampu menuliskan tentang (keindahan) akhlak kalian atau menghuraikan (ketulusan) perkataan kalian."

(Dicatat dalam Kitab Sunan Ad-Darimi, diriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu)
(terjemahan perkongsian Sidi Zhafri Nasser & Sidi Andrew Sanders)


Sabtu, 20 April 2013

Cari Tukang Urut / Mak Bidan?

Aku buat entry nih supaya senang wat rujukan untuk ibu² yang nak berpantang sambil berurut...juga untuk rujukan aku pada masa akan datang...aku fokuskan pada area bandar yang aku stay Selangor / KL



Kuala Lumpur
1. Makcik Salmi (Setapak Indah, KL). Tel : 03-40247107
(rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan lenguh-lenguh badan. Mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya) (sumbangan June)

2. Kak Sha ( Taman Cahaya, Ampang). Tel : 019-3698902
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin - urutan cara Indonesia )

3. Kak Eli (Setapak, KL). Tel : 014-3234315
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin - urutan cara Medan , Indonesia ). Boleh dihubungi di waktu malam sahaja kerana suaminya menggunakan hp diwaktu siang.

4. Ibu (AU4, Keramat). Tel : 016-2889362
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cara urutan tradisional Jawa)

5. Mak Yam (Selayang, KL). Tel : 03-61201801.
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin)

6. Kak ANI  (Pasaraya Bintang, Taman Baiduri, Cheras ) Tel : 013-2368717
(Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cuba sekali nak urut lagi..) - sumbangan Hafizah

7. Ibu Zaleha ( Lot 2-39, 2nd Floor Kompleks Desa Kepong). Tel : 019-2110636
(Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Sangat berkesan menggunakan kaedah tradisional dan moden) - sumbangan mzsuria

8. Hajah Zaharah (Taman Kosas, Ampang). Tel : 012-3139316
(Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Juga untuk mendapatkan cahaya mata) - sumbangan Azelina

9. Opah (Taman Melawati, Kuala Lumpur) Tel : 013-3524668
(Rawatan mengurut untuk ibu selepas bersalin. Siap ada pakej untuk sengkak, mandi, tangas dan urut. Harga pun berpatutan. Opah ni ada kenderaan sendiri tp dia akan include sekali duit minyak untuk pergi dan balik selama berurut. Selalu berurut 3 hari dan sila tempah dengan opah ni terlebih dahulu) - sumbangan sumijelly

10. Makcik urut (Sentul, Perumahan Dato' Senu) Tel : 013-3845216
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin)

11. Kak Kaseh / Nina (Wangsa maju dan sekitarnya) Tel : 016-6686975
(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin)


Selangor 

1. Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) .  Tel : 03-31687149    (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya.) Urutan cara lama yang sangat efektif.

2. Cik Bedah (Sungai Ramal, Kajang). Tel : 03-87349281 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Cik Bedah) - sumbangan Izan Ismi

3. Embah Duk (Sungai Merah, Kajang). Tel : 03-89257006.(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Dut) - sumbangan Izan Ismi

4. Kak Dah (Kajang) Tel : 0169045167 . Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

5. Kak Sutinah (Shah Alam, Selangor). Tel : 019-3698449. Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa (kak Sutinah mendapat ilmu berbidan dari ibunya) - rujukan The Star

6. Puan Ani ( Putra Heights , Subang). Tel : 017-396 9031 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ani)

7. Makcik Salmah (Area Putra Perdana, Puchong, Selangor). Tel : 03-83195090. (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Makcik ni kena ambil dia. Dia takde transport and dia urut waktu malam jer sebab siang dia jaga cucu) - sumbangan Ezad Hasshim

8. Puan Ramlah (Parit baharu, Sabak Bernam, Selangor). Tel : 03-32137496 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah)

9. Mak Cik Nab ( Taman Melati, Gombak). Tel : 03-41075585 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa). Sumbangan Abang Rie & Kak Imah

10. Puan Hani (Bandar Baru Bangi) . Tel : 012-3166074. Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Intan Idayu)

11. Makcik Ramlah, Kuang, Sg Buloh, Selangor. Tel : 017-3763381 / 03-60371204 - sumbangan ailin

12. Kak Timah, Bandar Baru Sg Buloh. Tel : 03-61565421 - sumbangan ailin

13. Kalsom bte Saat, Lot 2138, Jalan Persiaran Hamzah Alang Meru, 42200 Meru Klang. Tel : 019-3636657. (rawatan mgurut selepas bersalin n pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara jawa. Untuk khidmat lain yg bkaitan,sila tanya mak som - sumbangan eisya

14. Huzaimah Mohamad (No.43, Lorong Tepi Sungai 3, Taman Kota Jaya, 41100 Klang, Selangor) Tel : 014-3286478 - sumbangan Kyra

15. Kak Esah Tel : 016-3908180 - dia boleh ngurut org bersalin, nak zuriat, dan ngurut seluruh badan atau bahagian2 tertentu. Bertungku dan bertagas juga boleh, serta mandi. Kak Esah ni dekat Batu Caves, jalan nak ke Ulu Yam. Urutan dia sedap..best sangat...tak terlalu kuat terutama bagi yang tak biasa mengurut.

16. Nenek Melah - Tel : 0192054640. Bidan ni orang panggil Nenek je..dia boleh ngurut untuk dapatkan zuriat, berkesan sangat...tapi dia tak ngurut untuk lepas bersalin. Dia jugak arif bab-bab lain.

17. Bidan Jah (Ustazah Jah) - Tel : 016-3414577. Selayang Baru (Berhampiran Balai Polis Selayang yang Lama dan Pasar Harian) - sumbangan Hamidah Shamsuddin

18. Mak Yang - Tel : 012-3600047. Km 13,Jalan Bernam, lot 113, Lorong Haji Janor
45500 Tg.Karang Selangor - sumbangan Kamarulramdan

19. Makcik Han - Tel : 017- 3951484. Damansara Puncak Ara, Petaling Jaya
Urutan sgt berkesan pada harga berpatutan. Dalam 10 hari urut, saya dah turun 12 kg - sumbangan Aisha Ahmad

20. Nenek merah - Tel :03 31491007. Tempat Olak Rempit,Banting. Malam Jumaat tidak mengurut. Sumbangan Lin

21. Nenek Hamidah - Tel : 012-4819795. Presint 16 Putrajaya . Sumbangan Lin

22. Cik Ayu. Tel : 03-77810377. Taman Medan PJ. Sumbangan Lin

23. Yati - 012-8546760. Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor


24. Petaling Jaya - http://www.momretreathome.com (momretreathhome ni menyediakan khidmat mengurut dan penjagaan bersalin kat tempat dia ~ ala² macam hotel orang bersalin la sebab semuanya diuruskan oleh petugas kat sana...pernah tengok dalam rancangan nona...memang selesa tempat dia dan sangat sesuai bagi mereka yang ada $$ lebeh...boleh refer kat sini)

25. Kak Yasmin (Area Bukit Jelutong, Kampung Melayu Subang) Tel : 012-2812344

26. Makcik Basariah Tel: 012-5392368

27. Sekitar Selangor - Suzilawati Rusli


Johor
Batu Pahat, Johor - Pn Zawiah 013-7197004
Larkin, Johor Bharu - Kak Zah 0177576017

Kawasan Lain
Semua Negeri - Pusat Perubatan Al Munawwarah - 0139660663 / 0179816465
Selangor & Penang - iceblessedbeauty - Aishah 012-7225184
Senawang, Seremban - Cik Mai 0173390551
Lain-lain tempat boleh refer kat blog ni www.bengkungmoden.com

Note : Info aku dapat dari kawan² dan review google, kebanyakannya kena booking so eloklah survey dulu sebelum bersalin


Kredit: diari-sikecil.blogspot.com

Khamis, 18 April 2013

Hadis Palsu Popular #1 Kisah Alqamah Anak Derhaka




Edy baru saja selesai baca sebuah buku yang sangat bermanfaat buat kita semua iaitu bertajuk "40 HADIS PALSU POPULAR" keluar PTS Islamika. Sebenarnya korang mesti tertanya-tanya tentang tajuk entri ni kan. Memang ada kaitan tajuk entri edy dengan buku ni. Edy ingin berkongsi sedikit dengan korang ilmu yang edy dapat daripada buku ni dan harapnya boleh dijadikan manfaat bersama. Untuk kali ni, edy nak kongsi dengan korang tentang cerita Alqamah, anak derhaka.


Kisah Alqamah yang menderhaka kepada ibunya ni sangat popular, betul tak. Dan sering diceritakan oleh mana-mana penceramah. Namun, cerita Alqamah ni sebenarnya dihukumkan palsu oleh para sarjana hadis. Kat bawah ni ialah ringkasan cerita Alqamah ni:


Alqamah adalah seorang ahli ibadat yang sangat banyak melakukan ibadat pada zaman Rasulullah. Beliau mempunyai seorang ibu. Tetapi selepas berkahwin, beliau dilihat sangat memberikan perhatian dan melebih-lebihkan isterinya sahaja. Perhatian kepada ibunya diabaikan. Alqamah hanya menumpukan kepada ibadah dan isterinya sahaja.

Sikap Alqamah ini membuatkan ibunya berasa sangat kecewa dan terasa hati. Ibunya tidak dapat memaafkan perangai Alqamah ini. Diringkaskan cerita, apabila Alqamah menghadapi saat-saat kematian, beliau tidak dapat melafazkan ucapan syahadah. Saat kematian Alqamah ini sangat sukar sehingga menimbulkan tanda tanya kepada orang lain.

Lalu apabila Rasulullah datang, baginda terus bertanya kepada sahabat-sahabat yang lain adakah Alqamah ini masih mempunyai ibu? Sahabat menjawab masih ada. Rasulullah mengarahkan supaya dipanggil ibunya. Rasulullah memohon supaya ibunya menarik balik kutukannya terhadap Alqamah dan memaafkannya.

Ibunya tidak mahu lantaran perasaan kecewa dan sakitnya hati terhadap sikap Alqamah yang baginya seorang anak yang derhaka. 

Akhirnya, Rasulullah mengarahkan sahabat lain mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqamah agar dia cepat mati. Mendengar keputusan Rasulullah ini, ibunya berubah fikiran. 

Walaupun hati masih kecewa, tetapi ibu mana yang sanggup melihat anak kandungnya diperlakukan sedemikian. Lantas, ibunya bersetuju untuk memaafkan kesalahan Alqamah. Sejurus selepas si ibu memaafkan Alqamah, beliau dapat melafazkan kalimah syahadah dan terus meninggal dunia.


Sekarang edy nak tunjukkan kepada kepada korang ulasan para sarjana hadis tentang hadis atau kisah Alqamah ini:

  • Ibn al-Jauzi menghukumkan kisah ini sebagai palsu dan menyenaraikannya dalam buku beliau bertajuk al-Maudhua't.
  • Al-'Uqaili juga menyenaraikan kisah ini dalam Dhu'afa al-Kabir.
  • Al-Haithami berkata:
         "Hadis ini dilaporkan oleh Tabrani dan Ahmad secara ringkas sekali tetapi dalam 
          sanadnya terdapat seorang pelapor yang bernama Faid Abu Warqa' dan dia adalah 
          seorang yang matruk (yang ditinggalkan hadisnya).
  • Kisah ini jugak dihukumkan lemah oleh para sarjana hadis yang lain seperti al-Baihaqi dalamSyu'ab al-Imam, al-Munziri dalam targhib wa tarhib, Ibn 'Arraq dalam Tanzih al-Syariah dan sebagainya. 
  • Menurut kesimpulan yang dibuat oleh al-Albani, beliau menghukum hadis ini sebagai palsu seperti yang dinyatakan dalam buku beliau bertajuk Silsilah Ahadith al-Dhaifah.

Jadi, marilah kita sekilas pandang tentang kisah ni. Kisah ni memang sangat terkenal dan sering diceritakan kepada anak-anak dengan tujuan untuk memupuk sikap taat dan tidak menderhakai ibu bapa. Tujuan dan niat ini sangat murni dan ianya bertetapan dengan ajaran Islam. 

Tetapi, apabila kisah palsu ni digunakan sebagai sandaran hujah untuk mengukuhkan cerita dan fakta, ia adalah tindakan yang sama sekali tidak wajar. Walaupun niat ini adalah baik, tetapi tetap tidak membolehkan kita menyebarkan sebarang bentuk pendustaan terhadap Rasulullah S.A.W.

Jadi, kita mestilah didik anak-anak kita supaya sentiasa patuh dan taat kepada ibu bapa. Beri peringatan kepada mereka tentang bahaya dan azab bagi orang yang menderhaka kepada ibu bapa. Ini sebab persoalan menderhakai ibu bapa merupakan salah satu dosa yang disenaraikan sebagai dosa besar.

Jadi, lepas ni kita gunakanlah hadis sahih yang diceritakan sendiri oleh Rasulullah yang meletakkan dosa menderhakai ibu bapa sebagai kesalahan yang besar selepas syirik. Hadis macam ni lah yang perlu dibaca dan disebarkan kepada anak-anak mahupun masyarakat. Antara hadis-hadis itu ialah:


Abu Bakrah melaporkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Mahukah aku jelaskan kepada kamu semua tentang dosa yang sangat besar?" Kami (para sahabat) menjawab" Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibu bapa."

                                                                                                              (Hadis riwayat Bukhari)


Ibn Umar melaporkan bahawa Rasulullah pernah menyatakan bahawa di antara golongan yang  tidak akan dipandang oleh Allah S.W.T pada hari akhirat kelak dan tidak akan masuk syurga ialah mereka yang menderhakai ibu bapanya.

                                                                                                               (Hadis hasan sahih)


edyramanov.blogspot.com : ini sekadar perkongsian ilmu untuk korang. jika tidak faham atau ragu-ragu silalah bertanya kepada mereka yang lebih arif dalam bidang hadis dan al-Quran ok.



Inilah Salur Darah Pada Muka Kita



Pernah tak korang tengok macam mana rupa salur darah kat muka kita? Tak pernah? Takper, kali ni edy nak kongsi dengan korang macam mana rupa salur pada muka kita. Berselirat tuh.
 

Inilah dia salur darah pada muka kita semua. Banyak dan berselirat, kan? Hebat sungguh ciptaan Allah SWT. Subhanallah.

 http://edyramanov.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik