IKLAN

Jumaat, 20 Julai 2012

Ketahui Tarikh lahir anda dalam Bulan Islam!


Kita selalu sambut tarikh lahir kita ikut takwim Masihi.
Di sini Blog~sEdAr~ berikan link untuk anda check
tarikh kelahiran anda mengikut takwim islam..
Sebagai Contoh :-

tarikh lahir aku 5 Februari 1991..
namun dalam takwim islam aku lahir pada....

You entered: 5 / 2 / 1991
The conversion result is: Tuesday 20 Rajab 1411 A.H.

Wahh aku dilahirkan pada bulan rejab..
Bulan ni apa kelebihan dan keistimewaannya ek? hee
mahu ketahui tarikh lahir anda Klik

sepuluh dibilang gunakan jari,
Tak cukup jari pasti bersebab,
Setiap tahun dituggu Februari,
tahun depan ku tuggu mu Rejab

sumber:mohamadisamuddin.

Khamis, 19 Julai 2012

Menu Sihat Untuk Sahur dan Berbuka Puasa



Keperluan tubuh kita akan pengambilan makanan dan minuman itu berbeza antara makan sahur dan berbuka puasa. Dimasa sahur, lengkapnya menu makanan (4 sihat 5 sempurna) lebih penting daripada mengenyangkan perut. Semasa berbuka puasa, makan sedikit demi sedikit lebih bagus daripada makan banyak sekaligus. Kalau untuk sahur sebaiknya minum air putih, maka sewaktu berbuka sebaiknya minum yang manis! Inilah diantara perbezaan menu sihat antara sahur dan berbuka puasa.

Kebanyakan orang mempunyai kecenderungan makan berlebihan di bulan puasa, apalagi hidangan di bulan Ramdhan biasanya dibuat lengkap dan istimewa. Padahal, hidangan yang nikmat saja tanpa memenuhi gaya makan yang sihat dan prinsip gizi seimbang boleh membuat puasa menjadi kucar- kacir .

Selain mudah mengantuk dan badan menjadi lemah, menu berbuka dan sahur yang kurang sihat juga boleh membuat kadar kolesterol melonjak. Untuk menjaga agar tubuh tetap fit dan berstamina selama menjalani puasa, semak tip menu berbuka dan sahur dari dr.Phaidon L.Toruan, sport nutritionist yang berikut:

Diketika Makan Sahur:
- Utamakan air, vitamin, dan elektrolit. Ertinya, minum air putih@ air kosong dan buah-buahan, atau jus buah tanpa gula. Air kelapa juga boleh. Caranya minum air kelapa dulu, dan kerana sifat elektrolit di air kelapa, maka kita akan masih merasa haus baru diteruskan dengan minum air putih. Ketika tidur tubuh kita kehilangan berat 1-2 kg, dan itu adalah air. Jadi memulakan puasa dengan pemulihan cecair adalah langkah yang baik.

- Pilih menu utama yang terdiri dari karbohidrat kompleks seperti nasi merah@beras p'erang, ubi, spageti, atau bubur kacang hijau dengan gula . Jenis karbohidrat ini lebih "tahan lama" dalam membuat gula dalam darah stabil, sehingga mood menjadi relatif lebih baik.

- Jangan lupakan serat, baik dari sayur atau buah. Selain membersihkan usus, serat adalah "penyapu semulajadi" yang membantu membersihkan sisa daging diantara-usus.

- Pilih lemak sihat atau minyak yang tidak digoreng, seperti zaitun, minyak kelapa atau flaxseed oil. Misalnya dalam bentuk sambal. Lemak membuat pergerakan makanan di perut menjadi lambat, sehingga lebih tahan lapar. Akan tetapi kalau digunakan minyak yg telah digoreng, baik dari makanan yg telah siap yang dibeli semalam , atau diggoreng segera, maka kita memasukkan radikal bebas ke dalam tubuh kita. Akibatnya manfaat puasa secara fisiologi akan berkurangan.

Ketika Berbuka Puasa:
- Minum yang air yang manis semulajadi tanpa gula. Air kelapa, jus buah melon atau tembikai dan buah-buahan lain. Elakkan gula pasir kerana akan menyebabkan kesan yoyo pada timbangan di hari Raya nanti, dan memberi kesan kesihatan yang kurang baik.
 
- Karbohidrat kompleks akan lebih baik bercampur dengan makanan yang tidak digoreng. Nasi putih, dan makanan bergoreng akan membuatkan anda mengantuk semasa tarawih. Mengoreng mengikat oksigen dalam darah hingga 20%.
 
- Pasca buka puasa,  mengambil lebih banyak air putih. Usahakan minum air kosong dari masa berbuka puasa hingga sebelum masuk tidur,paling  minima  minum  1 liter air.

Contoh menu bersahur yang sihat
- Nasi Beras P'erang dengan soto ayam, sambal minyak zaitun dan buah pisang.
- Bubur kacang hijau dengan gula dan telur setengah masak dengan 3 putih telur dan 1 kuning telur dan Buah jeruk
- Bubur oatmeal dengan telur rebus dan hirisan buah tomato .
- Sandwich, roti gandum dengan butter atau mentega kacang. Telur setengah masak 3 putih dan 1 kuning dan  Buah betik.

Contoh menu berbuka puasa
- Nasi beras perang dengan sate ayam, buah pisang
- Nasi beras perang dengan soto ayam, buah limau
- Spaghetti dengan sos tuna dan salad buah.


Disunting dari: lintasfrekuensi.


Rabu, 18 Julai 2012

Merbahaya Minum Air Sejuk Selepas Makan


0511 drink thrive 0480.preview Berbahaya Minum Air Dingin Setelah Makan


 Minum air sejuk selepas makan adalah perkara yang sering dilakukan kebanyakan orang. Kebiasaan ini memang enak, seperti minum ais teh manis, ice cream, juice sejuk, dan sebagainya. Namun kebiasaan ini ternyata memberi kesan negatif bagi tubuh.
 
Menurut ilmu perubatan, minum air sejuk selepas makan akan membekukan makanan berminyak yang baru diambil. Ini akan melambatkan proses pencernaan.
 
Bila lemak-lemak terbentuk dalam usus, ia akan menyempitkan saluran pencernaan dan lama kelamaan akan menyebabkan lemak berkumpul sehingga kita semakin gemuk atau menuju ke arah munculnya pelbagai penyakit.
 
Untuk mengelakkan hal demikian terjadi, biasakanlah minum air panas, teh panas atau yang lain. Tentu saja dengan panas yang layak untuk diminum.

Kurangkan meminum-minuman sejuk baik yang telah disejukkan di peti sejuk atau dicampur ais. Minuman yang sejuk boleh mengakibatkan mengecutkan saluran-saluran darah dari yang besar hingga sekecil  rambut kita.
 
Bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung koroner berapa pun peratusan penyumbatannya, akan memudahkan terjadinya serangan jantung apabila terbiasa minum air sejuk.  

Hal demikian kerana saluran koronernya boleh mengeras dan atau mengecut sehingga lubang salurannya boleh mengecil yang pada gilirannya dapat menghalang laju dari jantung. Oleh kerana itu, untuk menghalang proses mengecutan dan mengerasnya saluran koronari, biasakanlah meminum air panas.
 
Bagi mereka yang mendapat serangan jantung koroner, ada baiknya minum air panas untuk mengembangkan saluran koronernya melancarkan  darah, sebelum diambil tindakan perubatan selanjutnya.

enfonesia.com
P/s: Terutama waktu berbuka nanti..pekena air suam dulu kawan2 ya..:)

  

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa 2012 Seluruh Malaysia

 

Assalamualaikum...


Tak lama lagi seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Masih tertanya-tanya lagi waktu berbuka puasa bagi kawasan korang? Jangan risau boleh klik pada kawasan rumah korang mengikut zon masing-masing lepas tu print dan tampal kat rumah korang. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa siap-siap.

 P/s: Bulan yang banyak pahala...

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2012 NEGERI JOHOR

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2012 NEGERI MELAKA

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2012 NEGERI NEGERI SEMBILAN




JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2012 NEGERI PERLIS

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2012 NEGERI PULAU PINANG




JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2012 NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2012 NEGERI W/P LABUAN



sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sumber dari Budak yang rajin: ) = budakbotak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik