IKLAN

Selasa, 22 Mei 2012

Rabun Mata : Doa dan cara mengatasinya

Assalam.Apa khabar sahabat semua..diharapkan sihatlah semua ya..
buat apa tu.. Kalau tak ada buat ape..ape kata kita warm up dengan try ujian mata ni dulu. 
Jangan risau , mudah je nak test mata ni. Just a simple test untuk check sama ada kita ada masalah rabun dekat atau tidak aje.


So, dah sedia nak check mata korang?



Okey pada yang nak buat ujian mudah periksa sama ada, kita ada masalah
rabun dekat atau tidak, hanya Tengok gambar dekat bawah ni sahaja.


 

Korang nampak siapa dalam gambar tu?

Albert Einstein atau Marilyn Monroe ?


Kalau korang nampak :


1. Albert Einstein - Maksudnya mata korang masih dalam keadaan okey dan
 tiada masalah mata.

2. Marilyn Monroe - Berkemungkinan korang ada masalah rabun dekat


Note: Pada yang nampak Albert Einstein, cuba langkah beberapa langkah kebelakang  
sambil mata memandang ke gambar di atas ni, Berhenti melangkah bila korang
dah nampak rupa Marilyn Monroe dalam gambar tu.


Doa & cara Penyembuhan Rabun Mata



Bagi yang mengalami masalah rabun mata, pe kata cuba doa dan cara di bawah untuk mengatasi masalah tersebut.




Selamat Mencuba!



Kredit : Sumber




Ahad, 20 Mei 2012

Video: Samir Nasri takbir Allah Hu akbar selepas Manchester City juarai EPL

 



Itu semua berkat Tuhan (Allah SWT). Allah Hu akbar (Allah Maha Besar)!”

 Kredit : detikislam

Khamis, 17 Mei 2012

Selamat Hari Guru

As-salamu 'alaikum.
Selamat menyambut hari Guru kepada semua guru yang pernah mendidik aku samada secara langsung atau pun tidak,yang masih hidup mahu pun sudah pergi meninggalkan kita. Penghargaan kepada semua guru di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna. Guru merupakan golongan yang paling penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bahkan Islam mengiktiraf peranan guru sebagai murabbi.

Tanpa guru tidaklah kita mengenal 'Alif  hingga Ya' dan A hingga ke Z. Dan dengan didikkan Mereka tidaklah kita tersasar memilih sama ada yang Benar ataupun Salah. Terima kasih Cikgu...Al Fatihah Untuk Guru yang sudah tiada.







biarku menjadi lilin,

memberikan cahaya,

terangi sekeliling,
dengan diri terbakar,
tak siapa yang sedar,
di saat kegelapan,
rela aku berkorban,
demi satu harapan...

biar masa berlari,
dan kau terus mendaki,
aku tenang disini,
dengan sabar menanti,
tanpa dendam dan benci,
andainya kau terjatuh,
terluka dan tersungkur,
ku rawat biar sembuh...

aku takkan bertanya,
apakah nanti balasannya,
setiap pengorbanan,
setiap pemberian,
demi satu ikatan...

keikhlasan di hati,
walaupun sering kau ragui,
pada suatu masa dan suatu ketika,
akan ketara jua...

biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
saat kau kesepian,
saat kau kegelapan,
ku rela menerangkan,
aku senang begini,
dapat terus berbakti,
dengan cara sendiri...



Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..



















Seorang pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan kampus tempat ia belajar.

Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut melarikan diri.


Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu  menangkap 5 pelajar tersebut.

Menurut hasil penyidikan, diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya.  Ia tetap patuh kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.


Kerana Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah mengingatkan  mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya (hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu Hurairah. Rasul SAW itu berkata...
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. 
  • Pemimpin yang adil; 
  • pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; 
  • seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 
  • 2 lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;  
  • lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; 
  • seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; 
  • dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” 
(Riwayat Muslim)

Okey, mari kita hurai sikit.. 

Satu: Pemimpin atau Imam yang adil.

Ertinya, setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan tempang dan lain-lain.

 Oh, seronok sangatlah, kepada pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan tugas kepada mereka. Dan  sebagainya.

Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

Empat: Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..
“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”.

Malaikat bertanya: “Nak kemana?”

Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..”

Tanya malaikat lagi: Untuk apa?”

Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.”

Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?”

Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.”

Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?”

Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:”

Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:

"Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah SWT.

Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda  di atas.

Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Kesimpulan: 

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu. 

 SumberIH


Selasa, 15 Mei 2012

Ubat dari Mayat Bayi




Perkhidmatan Kastam Korea telah merampas ubat dalam bentuk kapsul yang mengandungi serbuk dari mayat bayi yang dipotong menjadi cebisan kecil kemudian dikeringkan di atas alat pemanas sehingga menjadi debu.

Pihak Kastam Korea meningkat usaha untuk membasmi penyeludupan ‘ubat’ mengandungi serbuk mayat bayi yang dikatakansebagai penawar penyakit dan meningkatkan ketahanan seksual.


Sebenarnya, amalan menjadikan tubuh badan manusia sebagai ubat ini berasal daripada Kepercayaan Karut amalan Syaitan yang mengatakan memakan bahagian tubuh bayi manusia dapat memberikan kekuatan yang luar biasa dan juga boleh menyembuhkan penyakit.

Selain daripada masalah pegangan agama, etika dan perikemanusiaan, Kapsul Mayat Bayi ini juga amat bahaya kerana ia mungkin dicemari dengan ‘super bakteria’ dan kuman-kuman penyebab penyakit lain yang sangat berbahaya.

Pihak Kastam Korea berkata, mereka akan memantau dan mengawasi penerbangan dari China dengan lebih ketat dan memeriksa bagasi penumpang China dengan lebih kerap berbanding sebelum ini.

Jurucakap Kastam Korea percaya Kapsul Mayat Bayi ini telah dihantar daripada 4 bandar di China kepada pelanggan yang telah memesannya di Korea Selatan tetapi berjaya dipintas oleh Pihak Kastam.

Kapsul Mayat Bayi ini dijual dengan harga antara USD$35 – USD$44 sebiji di kedai herba menurut pihak media Korea Selatan.

Masha-Allah, bukan setakat Kapsulnya dari gelatin babi malah diisi pula dengan serbuk mayat bayi. Apa dah jadi dengan manusia zaman sekarang? Lindungilah kami dari Azab MU ya Allah…


Terima kasih buat : www.halalscience.com



Jururawat dari Filipina Masuk Islam Setelah Kesembuhan Pesakitnya


JEDDAH, ARAB SAUDI - Pencarian rohani seorang Ketua Jururawat dari Filipina yang berkerja di Pusat Kesihatan di Jeddah Arab Saudi di pelbagai agama yang pernah ia peluk sebelumnya, tidak pernah memuaskan dirinya. Ia pun akhirnya tertarik dengan Islam dan cuba mempelajarinya, meskipun demikian, saat itu ia tidak pernah berfikir bahawa dirinya akan menjadi seorang Muallaf.


Ketua Jururawat yang beragama Kristian Katholik, Dania Newels tersebut akhirnya benar-benar menyatakan diri masuk Islam seminggu lalu setelah Allah Subhanahu Wata'ala memberi tanda kekuasaannya melalui kesembuhan seorang pesakit yang tengah tenat setelah sekian lama dirawat di pusat kesihatan tersebut.

Bercakap kepada Arab News, Dania Newels, 55 tahun, yang sebelumnya bernama Duris Newels menceritakan kisah hidupnya yang berasal dari keluarga Katolik, pandangan negatif mereka tentang Islam, pencarian rohaninya yang tidak pernah puas ketika memeluk pelbagai agama sebelumnya, hingga memutuskan untuk memeluk Islam setelah sebuah insiden yang berlaku dalam kehidupannya.


Dania Newels mengatakan bahawa meskipun ia telah menjadi Katolik untuk waktu yang lama, dia bukan umat Katolik yang taat. Dia pergi ke sebuah sekolah Katolik kerana "orang tuanya menyuruhnya untuk melakukannya".

"Keluarga dan kerabat saya menyebut diri mereka Kristian Katolik. Jadi, ketika anda lahir dalam persekitaran seperti itu, kita harus menerima apa yang ada di sekitar anda, tanpa pernah tahu apa agama itu sesungguhnya," kata Dania.

"Di Filipina, ketika saya masih muda, kita mempunyai konsep yang sangat negatif tentang Muslim, kami percaya bahawa mereka adalah orang jahat, pengkhianat, dan selalu melawan kami. Kami tidak pernah berurusan atau mempelajari keyakinan mereka;. Itu hanya dalam fikiran kami," tambahnya.


Ketika Dania datang ke Arab Saudi pada tahun 1990 untuk bekerja, itu adalah pertama kalinya ia bertemu banyak umat Islam.

"Saya terkejut mengetahui tentang Muslim, agama dan ibadah mereka kerana saya belum pernah melihat hal seperti itu di Filipina di mana saya belum pernah melihat masjid atau melakukan Solat .. Saya memperoleh semua maklumat asas tersebut di sini," katanya.

Dania menggambarkan hidupnya sebagai roller coaster '"dengan banyak naik turun. Dia telah melompat dari satu agama ke agama lain tetapi tidak pernah puas, katanya.

"Apabila anda putus asa dalam hidup, anda sentiasa mencari seseorang yang boleh membantu anda. Saya telah ke gereja tapi tidak memuaskan saya.," Katanya.

Dania berteman dengan beberapa Muslim di lingukungannya bekerja, tetapi fikiran untuk memeluk Islam tidak pernah melintas di benaknya sampai sebuah insiden yang katanya berubah sudut pandangnya tentang kehidupan.

"Lima tahun lalu, saya tidak pernah berfikir bahawa saat seperti ini (menjadi Muslim) akan datang dalam hidup saya. Hidup ini sangat sukar .. Saya mula memikirkan seperti apa menjadi seorang Muslim. Saya bertanya teman-teman Muslim saya tentang hal itu dan apa yang mereka katakan, seperti tentang hari kiamat, api neraka dan kehidupan di akhirat, membuat saya tertarik. Mereka mengatakan kepada saya bahawa Allah Suhbanahu Wata'ala adalah satu-satunya Pencipta, Pemelihara dan Penjaga dan tidak ada yang selain-Nya dan Muhammad shalallahu 'Alaihi Wassalam adalah Nabi terakhir. Percaya pada prinsip-prinsip ini membuat seseorang menjadi Muslim, hal tersebut sangat mudah, "kata Dania.

Dia lebih banyak membaca buku tentang Islam, menonton video tentang kehidupan Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam. Dia membaca tentang perbezaan antara Alkitab dan Al-Qur'an dan membandingkan dua agama tersebut.

"Walaupun saya mengerti banyak hal tentang Islam, saya masih mempunyai keraguan dalam fikiran saya untuk masuk Islam hingga suatu hari kami menerima pesakit yang akan mati .. Dia kemudian dirawat untuk masa yang lama kerana patah tulang belakang. Saya minta tanda dari Tuhan. Aku berkata kepada Tuhan bahawa saya akan menerima Islam jika pesakit ini sembuh, "katanya.

.. Saya hanya berdoa agar Allah Subhanahu Wata'ala akan membimbing saya di jalan yang benar dan akan ada untuk saya selalu. Saya harap saya tidak terlambat dalam mencari cahaya kebenaran, "katanya ..


Dania mengatakan, kerana keadaan pesakit yang parah, dia tidak terlalu berharap bahawa Sultana, nama pesakit tersebut, untuk pulih. "Pada hari yang sama Dr Tariq memberitahu saya bahawa Sultana sudah pulih dan dalam keadaan baik. Saya tidak tahu apa yang terjadi .. Saya berpeluh dan tidak tahu harus berkata apa. Saya mengatakan kepada Dr Tariq tentang tanda yang telah saya minta kepada Tuhan untuk dikabulkan . Itu momen yang sangat saya sedari bahawa saya harus menepati janji saya dan menerima agama-Nya yang benar, jalan yang telah Dia (Allah) tunjukkan, "kenang Dania.

Setelah menyatakan diri masuk Islam, Dania kemudian pergi ke Makkah untuk melakukan ibadah Jumaat lalu. "Saya hanya berdoa agar Allah Subhanahu Wata'ala akan membimbing saya di jalan yang benar dan akan ada untuk saya selalu. Saya harap saya tidak terlambat dalam mencari cahaya kebenaran," katanya.

Membanggakan

Masuknya Dania Newels kedalam Islam membuat bangga pusat kesihatan Abdulkarim Bakar Medical Center, tempatnya bekerja sejak lima tahun lalu, dan juga para staffnya.

"Ini saat yang membanggakan bagi kami. Kami senang mengumumkan bahawa ketua jururawat  kita menerima Islam atas keinginan sendiri dan kami berharap kejayaannya .. Saya juga berterima kasih ahli kakitangan Muslim kami yang membantu Dania dalam memahami Islam dalam perspektif yang benar," kata Dr Tawfik MNRahaimy, CEO dan pengarah eksekutif dari pusat perubatan itu.

"Kami di pusat kesihatan ini, tidak hanya sekadar ahli kakitangan tetapi adalah keluarga kecil," tambahnya, berterima kasih kepada Muhammad Bakar, ketua dewan pengawas, dan Dr Zakiya Baker Muhandis untuk "sokongan terus menerus kepada klinik dan kakitangan" mereka.

Sementara itu Muhammad Bakar dalam sambutannya mengatakan "Islam adalah agama yang lengkap, yang bukan hanya milik Arab Saudi dan orang Arab tetapi adalah agama alam semesta. Dalam Islam, anda terus berhadapan dengan Pencipta anda .. Hal ini tidak hanya untuk kehidupan anda sekarang, tetapi juga untuk hidup anda di akhirat, "katanya sambil memberi selamat kepada Dania dan berdoa agar Allah selalu membimbingnya. (St / an)



Diterjemah dari :voa-islam.com


Soal Jawab Mengenai Badi, Scan Jarak Jauh, Jin di Cctv dan Orang Bunian


Version 1.0

SOALAN:
 Haiqal Noor
Assalammualaikum Pak Engku..Saya ingin bertanya satu soalan.
Apa itu BADI?bagaimana ciri-ciri seorang yang mengalami perasaan BADI ini?dan bagaimanakah cara terbaik untuk merawat dan menghilangkan perasaan BADI tersebut.
Kenalan saya,pernah mengalami gangguan jin dan bnyak jenis masalah seumpanya.Dia pernah mendapatkan rawatan Islam untuk menghilangkan gangguan jin tersebut.Namun,sehingga sekarang,perasaan takut-takut pada malam hari,cepat cemas dan panik dan tidak tidur dapat tidur lena pada malam hari?
Saya menasihati dia untuk melupakan masalah2nya tetapi dia sdah cuba melakukan sedemikian tetapi perasaan itu tetap datang.Mohon nasihat dan bantuan dari Pak Engku
 JAWAPAN: 
 Walaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh, ananda Haiqal, para sahabat FB serta rakan muslimin & muslimat,

InsyaAllah, saya akan kupas maksud, yang biasanya dipanggil oleh masyarakat kita sebagai BADI. Apakah itu BADI MAYAT, BADI MONYET, BA...DI BUAYA?

Menurut kepercayaan turun temurun, istilah BADI MAYAT ialah pengaruh gangguan di mana berpindahnya kejahatan makhluk halus dari seseorang yang telah meninggal dunia. Istilah BADI MONYET pula digunakan kepada seseorang yang bersifat seperti monyet akibat dari berburu, memukul atau menembak monyet di hutan. Begitu juga maksud yang sama digunakan untuk istilah BADI BUAYA.

Sebenarnya, gangguan badi mayat adalah kesan gangguan jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk yang berdamping dengan seseorang yang telah meninggal dunia atau tipu daya makhluk ghaib yang sedang berkeliaran di sekitar kawasan jenazah.

Perlu di ingatkan bahawa di antara saat dan ketika jin mudah menganggu dan memasuki ke dalam tubuh manusia ialah ketika manusia terlalu sedih, terlalu gembira, terlalu marah, terperanjat atau terlalu takut.

Justeru, istilah badi mayat digunakan bagi seseorang yang mendapat gangguan makhluk halus ketika berada dalam keadaan terlalu sedih, terperanjat atau takut apabila menziarahi seseorang yang baru meninggal dunia.

Saudara seperjuangan yang mengikuti FB saya ini, istilah-istilah BADI ini hanyalah sekadar pada “perkataan” atau “nama” yang diberikan oleh datuk nenek kita sejak zaman dahulu. Hakikatnya, ia adalah penganiayaan dan tipu daya jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk yang mengambil kesempatan untuk menganggu & merosak aqidah umat manusia.

Kesemua ciri-ciri gangguan jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk adalah sama sahaja. Selagi kita sentiasa mendirikan yang wajib, perbanyakkan yang sunat, bertasbih dan berzikir kepada Allah, jin, syaitan, iblis, laknat terkutuk ini tidak akan dapat mendekati kita.

Bagi seseorang yang mendapat gangguan badi tersebut, sila dapatkan rawatan dari pakar-pakar alternatif atau pakar yang arif tentang perubatan spiritual.

Wallahualam.


SOALAN:
Nor Illiyaini
Assalamualaikum Pak Engku..semoga sentiasa dlm lindunganAllah S.W.T.
Saya ada 1 pertanyaan, bolehkah scan seseorang yg diganggu jin @ syaitan @ santau dengan cara jarak jauh? Kalau boleh adakah perlu izin dari pesakit tersebut?
JAWAPAN: 
Waalaikumsalam ananda,
Rawatan jarak jauh adalah rawatan yang memohon dan berharap kepada ALLAH SWT. Ada saatnya Allah swt memperkenankan doa seseorang perawat. Walaupun begitu, adalah wajar untuk kita mengetahui dan mendalami perawat ters...ebut. Adakah dia benar-benar seorang alim, taat berilmu dan tawadu’ kepada Allah swt? Kemungkinan orang yang “berkualiti” seperti ini akan diperkenankan doanya oleh Allah swt.

Di dalam masyarakat kita, ada perawat yang menyatakan dia sanggup dan mampu merawat secara jarak jauh sehingga sembuh. Maaf kepada muslimin serta muslimat yang membaca ini.. Sepanjang pengetahuan saya, mereka adalah dukun bomoh yang menggunakan kekuatan perantaraan ghaib (selain daripada Allah swt).

Mungkin benar mereka mampu mengubat secara jarak jauh sehingga sembuh tetapi padah dan hukuman memperduakan Allah dengan meminta kepada makhluk ghaib adalah syirik. Allah swt amat murka kepada orang yang melakukan syirik dan tiada keampunan menurut pandangan dan ketentuan Al-Quran dan Sunnah.

Ananda, rawatan yang paling berkesan adalah rawatan secara langsung berhadapan dengan perawat. Itu adalah lebih baik dan sempurna hasilnya apabila Allah Azza wa Jalla memperkenankan doa dan mengizinkan kesembuhan, InsyaAllah.

Wallahuallam, semoga kita mendapat kekuatan dan perlindungan dari Allah swt. Amiinn ya Robbal 'Alamiinn.

SOALAN:
AnyZa Azman
Assalammualaikum Dato' sy nk minta pandangan dan nasihat dari Dato' mengenai makhluk berbangsa jin ini..adakah ia boleh terakam pada lensa cctv biasa kerana..saya sekeluarga sering terlihat aktiviti makhluk ini dirakam dalam lensa cctv diperkarangan halaman rumah sy...apa pendapat dan nasihat dato' berhubung perkara ini..mohon dato' beri pandangan mungkin ada beberapa rakan juga menghadapi situasi yg sama.
JAWAPAN: 
Waalaikumussalam. terima kasih puan Anyza Azman, jawapan ini saya berikan untuk puan dan para penggemar/pembaca serta para sahabat yang dihormati. kejadian ini biasa berlaku tetapi tidak sekerap yang puan beritahu. apabila kerap seperti puan yang beritahu, maka ini adalah kejadian yang luar biasa. kaum makhluk halus ini biasanya dia memperlihatkan atau tanpa disengaja terakam di CCTV. lazimnya berbentuk cahaya putih atau kemerah-merahan yang berbentuk bulat. ini biasa terlihat. yang berbentuk bayangan manusia jarang berlaku, tetapi masih ada peristiwa ini terakam. pada umumnya makhluk ini terakam tanpa disengaja (kebetulan), kalau sudah selalu bererti dia (makhluk) tersebut tahu sehingga dia permain-mainkan kejadian ini. seandainya mengganggu ketenteraman rumah tangga puan, makhluk ini boleh disuruh pergi atau pindah (diusir). dalam kesempatan ini saya beritahu, 4 perkara yang biasanya manusia dapat melihat makhluk ghaib jin:
1. orang sakit yang di matanya ada duduk atau tinggal makhluk halus jin ini
2. bayi
3. orang yang memelihara, bersekutu dengan makhluk ini
4. makhluk ini sendiri ingin memperlihatkan dirinya kepada orang yang dia ganggu
inilah 4 perkara yang saya maklumkan kepada puan dan pembaca, kalau perkara ini ada pada puan, segera berubat. Terima kasih


SOALAN:

Baru2 ini saya mendengar dalam sebuah rancangan TV, seorang pakar 
perubatan islam menyatakan jin di hutan yang orang melayu kita sebut sebagai ‘org bunian’  sebagai jin islam. Ayat ustaz ini seolah2 org bunian ini semuanya islam. Bagaimanakah pendapat tuan guru.

amri Gombak

JAWAPAN:
Kita sedar bahawasanya Allah hanya menciptakan jin dan manusia hanya untuk menyembah sujud mengagungkan Allah. ini adalah titik tolak pedoman utama di permukaan bumi ini, manusia bermacam-macam ragam jenis warna dan panggilan bangsa. Contohnya Nepal, Negro, Cina, Amerika atau Melayu. Semuanya manusia ciptaan Allah. Begitu juga sebuah panggilan atau nama toyol, hantu raya, bunian, pocong, dan mungkin di negara lain berbeza-beza panggilannya (hanya sebuah istilah turun-temurun dari mulut manusia), tetapi Allah hanya menciptakan yang bernama jin, syaitan, iblis. Ini kita menyetujui apa yang dijelaskan oleh para ulama' yang diambil dari dalam Al-Quran dan hadis.

Di Mesir terkenal dengan pusat pengajian Islam, bukan bermakna di sana semuanya orang Islam. Ada Kristian, Katholik, Hindu, Buddha dan banyak lagi yang lain. Di Arab Saudi negara Islam tetapi manusia pun bercampur dengan macam-macam aliran agama seperti di Riyadh, Jeddah, dan tempat lainnya. Di sini saya jelaskan, penghuni hutan, gunung, lautan, dan tempat lainnya di permukaan bumi ini, bermacam-macam penghuni jin syaitan iblis. Ada yang kafir, ada yang beragama, dan juga mereka ini menjadi penjahat, gengster, pengkhianat, kaum inilah yang lebih banyak, yang Islam tulen itu sedikit. Begitu juga dengan penghuni hutan yang disebut dengan istilah bunian, mereka juga lebih banyak yang kafir (jahat) dan juga mereka memeluk bermacam-macam agama. Memang ada yang Islam tetapi sedikit sekali.

Kita tidak dapat melihat kaum jin ini, jadi kita secara logik tidak dapat memastikan mereka itu Islam semuanya. Apabila kita berani mengakui tanpa ada dalil fakta yang jelas, maka kita menjadi manusia yang lemah, mudah dipengaruhi, dibisikkan atau dengan cara apapun, jin syaitan iblis akan menguasai diri kita kerana kita membuat statement atau mengakui keberadaan yang tidak jelas. Wallahu A'lam. Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya. Maafkan saya jika anda tidak berkenan. Terima kasih

Jika ada soalan sila ke: herbs-yashfien.blogspot.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik