IKLAN

Rabu, 28 Mac 2012

Petua Sebelum Anda Menghantar Komputer Atau Laptop untuk Diperbaiki

Sekiranya laptop atau PC anda ada masalah disebabkan ram, KIPAS pada laptop anda akan berhenti selepas 5saat ia bergerak dan no display pada laptop/pc anda Check RAM anda dalam keadaan baik ataupn tidak longgar. sekiranya RAM dalam keadaan yang baik keluarkan RAM dan RESET RAM anda dengan cara
 PADAM  chip 
 RAM anda dengan pemadam,
 TUKAR port RAM anda pada port yang lain

2.Diagnostic

-lakukan diagnostic system pada laptop or pc.
-Kebanyakkan laptop mempunyai diagnostic system pada bios setup.
-Diagnostic system akan cuba untuk mengesan masalah PC.
-diagnostic system penting untuk MENENTUKAN HARDISK atau WINDOW PROBLEM

3.Motherboard

-Kebanyakkan Komputer/laptop M/B hanyalah dari jenama ACER,ASUS dan COMPAQ.
-Kebanyakkan laptop yang mempunyai masalah M/B yg menggunakan AMD processor+NVIDIA CARD (antaranya ialah CQ40 compaq) oleh itu elakkan membeli CQ40 ataupun laptop/pc yang mengabungkan AMD+NVIDIA GP CARD kerana masalah M/B akan berulang kali terjadi memerlukan RM400+ setiap kalimembaikinya.
-Sekiranya anda memakai laptop CQ40 jika laptop mempunyai masalah M/B akan ada 2 lampu yang berkelip2 pada CAPSLOCK n DELETE

4.FILE2 IMPORTANT dan PERIBADI
-Jika ada file2 yg penting yg anda hendaki pada laptop anda sila la backup dulu kat dalam ex. HD anda atau PNDRIVE anda sebelum anda hantar untuk dibaiki. KEDAI komputer akan selalu mengatakan VIRUS TELAH 
Serang FILE2 penting anda.(PADAHAL DIORANG LUPA NAK TANYA PERLU BACKUP FILE KE TIDAK)
-Jika Ada FILE2 PERIBADI atau GAMBAR2 AWEK ANDA YANG seksi2 ke..huhu DELETE la FILE tu.KALAU WINDOW corrupt gunalah HIREN untuk DELETE atau SiMPAN file tu ada ex.HD atau pendrive anda.
Selalunya setiap kedai komputer akan MENYIMPAN KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR SEKSI AWEK-AWEK anda sebagai KOLEKSI BERHARGA mereka. hahhaha

5.JANGAN CONFIRM REPAIR SEBELUM PASTI MASALAH LAPTOP/PC ANDA[/font]

-Minta pihak kedai Menyatakan masalah laptop/pc anda SETELAH di CHECK
-Setiap kali anda mngahntar laptop/anda untuk dibaiki.. engnr kdai akan memberi kemungkinan kompenan yang rosak pada laptop anda. Jangan sesekali anda menyatakan CONFIRM REPAIR pada kompenan yang disyaki rosak itu..
-Selalunya terjadi pada SUSPECT MOTHERBOARD problem. Kerosakan hanya lah RAM kedai akan mengenakan CAS apa yang anda sudah confirm untuk repair. Bayangkan M/Board repair RM400++ dengan hanya MEMADAM CHIP RAM ANDA, KEDAI TELAH MENGENAKAN charge RM400++..

Hmmm aku tulis nie dari pengalaman aku bekerja kat kedai KOMPUTER. dekat 15 biji laptop yang aku hanya PADAM dia menggunakan PEMADAM RUBBER TOKEH aku.. CHARGe RM480. kadang-kadang kesian jugak aku tengok custumer yang KAYA AKAN LAGI KAYA YANG MISKIN AKAN MAKIN MISKIN, oleh itu elakkan ditipu.. rojerett


6 Perkara Yang Anda Rasa Betul, Tetapi.. sebenarnya SALAH!

1. Anak anda mendapat kecederaan di kepala hingga tidak sedarkan diri.


 Tindakan awal anda mungkin membawa mangsa tersebut balik ke rumah atau mengejarkan mangsa ke hospital. SALAH! Mengikut pakar, tindakan bijak yang perlu dilakukan ialah menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan. 

Ini kerana dengan kecederaan kepala, anda tidak tahu betapa seriusnya kecederaan yang dialami. Mangsa mungkin turut mengalami kecederaan otak atau tulang belakang, dengan mengubah kedudukan mangsa mengakibatkan keadaan bertambah buruk.

Apa yang perlu anda lakukan ialah memastikan mangsa masih bernafas dan mempunyai nadi. Jika jawapannya ya, anda boleh menepuk mangsa sedikit dan memanggil namanya untuk melihat samada kanak-kanak itu masih sedar. Jika mangsa tidak bernafas mulakan CPR dengan segera.


2. Anak anda hilang di tempat awam. 
Tindakan awal anda mungkin mencarinya sendiri. SALAH! Dalam keadaan dunia sekarang, kita harus mengandaikan yang terburuk. Mencari seorang diri di tempat yang luas dan besar akan mengambil masa yang panjang. Tindakan yang sewajarnya ialah meneliti di kawasan sekeliling anda dan menjerit memanggil namanya. 

Jika itu tidak berhasil, minta pertolongan dan bantuan daripada kakitangan di tempat tersebut dengan segera. Pekerja dan kakitangan gedung-gedung yang besar selalunya telah dilatih untuk mengatasi situasi sebegini. Mereka boleh memantau laluan keluar masuk, memeriksa tandas-tandas dan sebagainya. Jika tindakan itu gagal untuk menemui anak anda, hubungi polis dengan segera.

3. Anda melihat anak kecil anda memegang botol ubat atau bahan keperluan rumah yang merbahaya dan anda tidak tahu samada ia telah menelannya.
Tindakan awal anda mungkin menyimpan bahan tersebut dan memerhati keadaannya samada jika dia mula jatuh sakit. SALAH! Pakar-pakar mengesyorkan supaya anda tidak tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. 

Sebaliknya, bawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan atau hubungi bantuan kecemasan dengan segera. Mereka boleh memberi nasihat samada bahan tersebut tidak beracun atau pun membawa anak anda ke bilik kecemasan.

4. Anda dapat lihat tubuh anak anda di dasar kolam renang. 
Nauzubillah!!! Jika keadaan ini berlaku apa yang terlintas pada fikiran setiap ibu bapa ialah terjun dan selamatkan. SALAH! Mengikut kata pakar kebanyakkan orang tidak mampu untuk melakukannya bersendirian.

Tindakan yang sewajarnya; jika boleh, ialah dengan memberitahu orang lain apa yang terjadi dan meminta mereka menghubungi bantuan dengan secepat mungkin. Kemudian, sebelum anda terjun cari sesuatu untuk mengapungkan tubuh anda.

Sejurus keluar dari air, cuba hidupkan semula jantung dan paru-parunya dengan melakukan CPR. Teruskan CPR samada sehingga bantuan tiba, anak itu kembali pulih atau sehingga anda sudah tidak terdaya lagi.


5. Semasa perkelahan di tepi pantai, anak anda telah terkena senggatan ubur-ubur (jellyfish). 
Tindakan awal anda mungkin membasuh tempat senggatan tersebut dengan air bersih atau sebarang bahan alkohol atau bagi sesetengah orang menyiramnya dengan air kencing. SALAH!

Tindakan yang sepatutnya anda lakukan menurut pakar perubatan ialah, membilas tempat senggatan itu dengan air laut. Air tawar atau air yang anda rasakan bersih sebenarnya akan menambahkan kesakitan.

Seterusnya buang semua sesunggut binatang berkenaan yang boleh anda nampak. Tekap tempat berkenaan dengan cuka putih (white vinegar) sehingga kesakitannya hilang. Jika keadaan bertambah buruk kejarkan ke hospital.

Sekian tips untuk kali ini, jika anda merasakan tips ini berguna, silalah forward kepada rakan-rakan anda yang lain.
Terima kasih.

Yang Benar
 Ali Nafiah



Ahad, 25 Mac 2012

Amalan-Amalan Zikir Hindari Dari Penyakit Penyakit Kronik



Assalamu'alaikum w.b.t,

Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat dari bentuk yang dimakan, atau diminum, atau disapu. Ada juga ubat dalam bentuk zikir-zikir. 

 

Dikongsikan disini zikir-zikir amalan untuk hindari dari penyakit-penyakit kronik:-

1. Kencing Manis - Baca zikir tersebut 41 kali setiap hari.


2. Darah tinggi - Baca zikir 41 kali setiap hari.

3. Sakit Jantung - Baca zikir 41 kali setiap hari dan 18 kali ketika hendak tidur.

4. Resdung - Baca 72 kali selepas solat fardu.

Secara peribadi saya telah amalkan zikir untuk resdung sejak lebih dari 6 bulan lalu. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t., gejala-gejala resdung seperti tiba-tiba gatal mata dan hidung sebelum solat telah tiada. Begitu juga gejala hidung berair di pagi hari selepas mandi. Anda bolehlah mencuba mana-mana zikir dan kongsikan pengalaman anda. Perlu diingat, zikir ini adalah umpama doa kita kepada Allah agar sembuhkan penyakit kita. Makan ubat dan zikir serentak. 

InsyaAllah, Allah s.w.t. akan sembuhkan penyakit-penyakit itu.

Berdasarkan kitab-kitab lama. 
Dikongsikan oleh bapa saya, Ustaz Haji Daud Bin Tahir dari Kampung Padang Bemban, Banggu, Kota Bharu, Kelantan. Berumur 79 tahun pada tahun 2009
Beliau ialah seorang bekas guru ugama dan kini aktif memberikan kuliah agama di sekitar kawasan berdekatan. Juga mengajar ilmu tajwid di Mussalla Kampung Panjang, Banggu, Kota Bharu, Kelantan.
Kelas tajwid diadakan setiap hari dari jam 3 petang - solat Asar. Semua dipersilakan.

Sumber: padebembey  


Sabtu, 24 Mac 2012

(Video) Barang Di Supermarket Kerap Jatuh Kerana Hantu??

Aku tak pasti kenapa barang dalam supermarket ni kerap jatuh…

hantu jatuhkan barang supermarket

Adakah disebabkan oleh hantu atau roh orang yang mati ditembak disitu kembali? Tiada siapa tahu. 


Kredit:fitrihadi.com 


(Gambar) Beberapa Artis Lelaki Malaysia Yang Telah Berhijrah…


Syukur kerana sekarang ni ramai artis-artis yang dah berhijrah menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik. Di harap penghijrahan tersebut dapat buka hati lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk lebih taat pada ajaran Islam.

Siapakah artis-artis lelaki yang telah berhijrah tersebut?


Mereka adalah;

1. Bob Lokman – bekas pelakon, pelawak, komposer
2. Ustaz akhil hayy – bekas penyanyi rock (80-an) ‘D Riyadh’
3. Megat – bekas penyanyi kumpulan ACAB
4. Azmeer Mustafa – bekas pelakon filem ‘Ali Setan’
5. Ustaz Radzi – bekas penyanyi rock ‘Melissa’
6. Iwan Syahman – bekas penyanyi dangdut
7. Izam – bekas vocalis kumpulan E.Y.E
8. Sham kamikaze – bekas gitaris kumpulan ‘kamikaze’
9. Mel – bekas penyanyi kumpulan ‘Wings’

P/s: Kita ni hanya menumpang. Hidup pun hanya sekali. Apa salahnya kita mencari jalan hidup yang paling baik tanpa membuang masa yang tinggal untuk hidup ni.amin..

Biodata Ustaz Don Daniyal dan Gambarnya Bersama Masyarakat


Assalamualaikum.
30 Minit Bersama Ustaz Don - melonjakkan nama muda ini, seorang ustaz berkaliber dengan cara tersendiri - Don Daniyal, namanya sahaja sudah cukup menjadi tarikan ... apatah lagi jika ditambah Ustaz di depannya. Alhamdulillah, ini salah seorang ustaz yang berjaya menarik minat golongan muda dan juga yang dah tak lagi muda.


Kemesraan Ustaz Don Daniyal bersama masyarakat juga menjadikannya seorang yang senang didekati, ramah dan tidak lokek dengan ilmu. Hakikatnya, cara penyampaian yang santai telah menarik minat ramai orang untuk mendalami apa itu Islam dan ajaran dalam Islam termasuklah umat Islam sendiri.

Ustaz Don bersama Ustaz Azhar Idrus,antara Ustaz yang menjadi perhatian sekarang ini.

Dikongsikan gambar-gambar Ustaz Don Daniyal bersama masyarakat setempat.

Foto Ustaz Don Daniyal Berdakwah



Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang..
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

TRIVIA

Surah yang sering atau dibaca... Surah Al-Kahfi.

Pendakwah dikagumi... ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.

Jika menjadi bapa satu hari nanti... mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.

Jenama kacamata pilihan... Rayban.

Kumpulan muzik yang diminati... Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.

Status... tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Penuhi masa lapang... kerja grafik dan fotografi.




P/s: Bujang lagi tu… tapi dah bertunang..melepass ar..Sorry :)

Ni gambar dia bertunang;
gambar tunang ustaz don daniyal


Bacaan Wajib Untuk Ibu Hamil: Cara Berkomunikasi dan Mendidik Janin


Bacaan Wajib Untuk Ibu Hamil: Cara Berkomunikasi dan Mendidik Janin.Berkomunikasi dengan anak sebetulnya sudah dapat bermula sejak awal bahkan ketika anak masih menjadi janin dalam perut ibu. Dengan menyedari bahawa ibu bapa boleh berkomunikasi dengan janin dalam kandungan akan memberikan ikatan hubungan yang lebih dekat dan juga menjadi satu pengalaman yang begitu menyenangkan yang tidak dapat dilupakan.
Ada beberapa komunikasi yang dapat dilakukan ibu kepada janin yang dikandungnya, tentunya dengan mengetahui pertumbuhan dan perkembangan pembentukan indera-indera janin, sehingga komunikasi dapat dan tepat dilakukan.

http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/Ibu-Hamil-2-kali.jpg&h=235&w=355&zc=1
Cara Berkomunikasi dan Mendidik Janin

Indera Peraba
Indera Peraba ini berkembang sebelum minggu ke 8. Ketika janin bergerak dan telapak tangan atau kakinya tampak pada perut ibu, sentuhlah dia, berikan perasaan lembut dan kasih sayang kepadanya, sehingga ia merasakan kelembutan, rasa cinta dan kasih sayang dari orang tuanya. Rasa cinta dan kasih sayang dari ibu bapa yang dia rasakan akan memberikan ketenangan pada janin anda.
... Rasa cinta dan kasih sayang dari ibu bapa yang dia rasakan akan memberikan ketenangan pada janin anda ...
Indera Pendengaran
Indera pendengaran mula berkembang pada minggu ke 8 dan selesai pembentukan pada minggu ke 24. Indera pendengaran ini juga dibantu oleh air ketuban yang merupakan penghantar suara yang baik.

Janin akan mula mendengar suara aliran darah melalui plasenta, suara denyut jantung dan suara udara dalam usus. Selain itu janin akan bertindak balas terhadap suara-suara keras, bahkan boleh membuat janin terkejut melompat.
Pada minggu ke 25 janin sudah dapat mendengar dan mengenali suara orang-orang terdekatnya seperti ibu dan ayahnya. Lakukanlah komunikasi dengannya walaupun hanya satu arah, bertilawah Al-Quranlah ibubapa, bacakan cerita atau berbicaralah dengan janin untuk lebih mendekatkan diri janin dengan orang tuanya dan lebih mengenal suara dari ibubapanya.
... Ibu bapa yang sedang marah akan memberikan reaksi marah pula pada janin, sebaliknya alunan tilawah Al-Qur'an yang lembut dapat menenteramkan janin ...
Bahkan ibu bapa yang sedang marah akan memberikan reaksi marah pula pada janin, sebaliknya alunan tilawah Al-Qur'an yang lembut dapat menenteramkan janin.


Indera Perasa
Indera perasa janin akan terbentuk pada minggu ke 13-15. Pada usia ini janin dapat merasakan bahan yang pahit dan manis. Jika, cecair ketuban yang dia rasakan manis, maka dia akan meminumnya dan menelannya. Namun jika air ketuban yang dia rasakan terasa pahit, janin akan meronta dan mengeluarkannya, serta janin akan menghentikan konsumsinya tersebut ..


Indera Penciuman
Indera penciuman akan terbentuk pada usia kehamilan 11 - 15 minggu. Ketika deria bau ini terbentuk, janin dapat mencium dari bau air ketuban yang baunya mirip seperti ibunya. Maka ketika bayi lahir, dalam masa beberapa jam ia akan mengenali siapa ibunya berdasar dari indera penciuman ini.


Indera Penglihatan
Dari awal kehamilan hingga usia ke 26 mata bayi akan selalu tertutup untuk menghasilkan retina, namun walaupun demikian retina janin pada usia kehamilan 16 minggu dapat mengesan adanya pancaran sinar.

Pada usia kehamilan di minggu 27, janin mula membuka matanya dan melihat ke sekelilingnya untuk pertama kalinya. Mata janin dapat menangkap cahaya yang masuk ke dalam rahim ibunya, baik dari sinar matahari atau sinaran lampu. Selain itu otak janin akan bertindak balas terhadap kelap-kelip cahaya.


Jadi, janin dapat bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan yang datang dari luar bahkan dalam tubuh ibu. Oleh kerana itu sudah seharusnya persekitaran tempat tinggal, tingkah laku dan tutur kata ibu yang tengah mengandung harus selalu dijaga.Segala sesuatu yang dilihat dan didengar sendiri, baik itu perasaan suka, marah, sedih dan senang, sudah pasti memberi pengaruh bagi perkembangan si janin.
... Manfaatkan sepenuhnya keunikan janin ini, untuk memberikan pendidikan seawal mungkin dan pengaruh baik secara beransur-ansur dengan penuh semangat mendorong pertumbuhan dan kesihatan jiwa dan raga janin ...
Jangan mengira bahawa janin belum memiliki perasaan, sehingga dengan sengaja tidak menyekat diri. Maka dari itu manfaatkan sepenuhnya keunikan janin ini, untuk memberikan pendidikan seawal mungkin dan pengaruh baik secara beransur-ansur dengan penuh semangat mendorong pertumbuhan dan kesihatan jiwa dan raga janin. [Nala / bidanku.com]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik