IKLAN

Ahad, 19 Februari 2012

Memerang Pun Berdoa Supaya Diberi Rezeki...Kita ?

Aksi Lucu Memerang Berdoa Supaya Dapat Ikan

Aksi Lucu Memerang Berdoa Supaya Dapat Ikan
Cuba perhatikan aksi memerang ini. Dia tampak seperti sedang berdoa dengan kepala yang mendongak ke atas. Sungguh menghiburkan.
Gambar ini diambil oleh jurugambar Marac Andrev Kolodzinski yang menghabiskan masa selama dua jam di Zoo Whipsnade, Dunstable, Bedfordshire, England. Semua demi merakam saat yang menarik itu.
Marac mengaku sudah menjadi jurugambar lebih dari 20 tahun. Namun, baru kali ini beliau mendapatkan gambar yang sangat menarik seperti itu.
Untuk mendapatkan gambar berkenaan, Marac mengawasi binatang itu secara berterusan dan menunggu masa yang tepat. ” Saya harus sembunyi untuk satu masa yang lama untuk mendapatkan gambar tersebut,” kata Marac.
Andai boleh bercakap, boleh jadi memerang itu berkata,” Wahai Tuhan, izinkan aku mendapatkan ikan hari ini,”.
(SUMBER GAMBAR: DailyMail)

Kenapa Kita Perlu Membaca Tafsir Al-Quran Lebih dari Sekali?



  • Adakah anda pernah atau telah habis membaca tafsir Al-Quran? sebagai orang Islam saya andaikan semua sudah pernah menghabiskan keseluruhan Kitab Rujukan paling utama dalam hidup kita itu, sebab itu kita berbangga dan bersyukur menjadi seorang muslim.

  • Jika kita telah menghabiskannya sekali, kita sebenarnya wajib menghabiskannya sekali lagi untuk kali yang keduanya.

  • Ini kerana saintis membuktikan bahawa pembacaan sesebuah buku untuk kali keduanya memberikan perbezaan yang amat besar berbanding pengalaman membacanya buat pertama kali.

  • Untuk kali pertama kita akan memfokuskan kepada isi serta apa yang diperkatakan dalam Kitab Tafsir tersebut.

  • Pembacaan kali kedua membuatkan kita menghayati pembacaan dan menyelami perasaan kita dalam pembacaan itu dan mula menjalinkan hubungan yang lebih mendalam terhadap pembacaan kita.

  • Secara rambangnya mereka yang meluangkan masa setiap hari untuk menghabiskan tafsir Al-Quran sebanyak 30 juzuk di negara kita merupakan spesis unik dan pelik yang hampir pupus dikalangan umat Islam negara kita.

  • Kalau tak percaya tanyalah secara rambang sepuluh kenalan kawan-kawan anda yang beragama Islam dan lihat jawapannya.

  • Kalau pembacaan kali pertama pun tak pernah dilalui, macam mana nak mulakan yang kedua bagi menyelami segala apa yang diwasiat dan diperturunkan kepada kita sebagai bahan rujukan utama. 

Sumber : wartashubhi

Profesor Diraja Ungku Aziz Mengaku Minat Scorpions…Cayalah!

Profesor Diraja Ungku Aziz Mengaku Minat Scorpions...Cayalah!

Siapa tak kenal cendekiawan Melayu yang tersohor, Profesor Diraja Ungku Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ungku ini.
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya lebih 20 tahun itu juga orang penting disebalik penubuhan Tabung Haji dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pada 28 Januari lepas, umur Pak Ungku genap 90 tahun namun beliau masih tetap cergas, sihat dan lebih mengagumkan memorinya masih tetap kukuh dalam ingatan.
Fakta menarik yang ramai orang tak tahu mengenai Pak Ungku, beliau sangat meminati muzik.
Namun yang paling mengejutkan, beliau cukup meminati kumpulan rock terkenal dari Jerman, Scorpions….wow!
Penulis mengetahuinya selepas membaca wawancara beliau dengan Mingguan Malaysia pagi ini.
“… saya juga gemarkan muzik-muzik tertentu antaranya saya meminati kumpulan Scorpion tetapi bunyi muziknya terpaksalah dikurangkan kerana telinga saya memakai alat bantuan mendengar,” katanya.
Bercakap mengenai kumpulan rock tersebut, penulis berani kata yang mereka adalah antara kumpulan hard rock yang paling berjaya dalam sejarah.
Mereka sangat dikenali dengan lagu-lagu ballad yang menguasai ruang-ruang radio di seluruh dunia, melewati muzik psydelic dan Heavy Metal pada album-album awal mereka.
Siapa tidak kenal dengan guitarist hebat mereka waktu itu, Uli Jon Roth yang mendefinasikan solo gitar Scorpions dengan pengaruh Jimi Hendrix.
Dan kini, Scorpions masih unggul walaupun sudah lebih 35 tahun bergelumang dalam dunia muzik rock dan sempat menghasilkan 19 buah album.
Rudolf Schenker (gitaris) misalnya, masih bertenaga di pentas dengan hayunan petikan gitar flying V kesayangannya walaupun sudah berusia 61 tahun.
Vokalis, Klaus Meine, yang juga sebaya usia dengan Schenker membuktikan suara rock balladnya masih unggul.
Vokal Meine masih lunak seperti dulu.
Selain Schenker dan Meine, Scorpions turut dianggotai oleh Matthias Jabs (gitaris), Pawel Maciwoda (bassis) dan James Kottak (dram).
Di mana-manapun, peminat mereka pasti teruja sewaktu Scorpions menyampaikan lagu-lagu klasik ballad seperti Holiday, Always Somewhere dan You And I.
Para peminat seakan tidak puas, apatah lagi bila lagu seperti Still Loving You, Wind Of Change, Rock You Like A Hurricane dan When The Smoke Is Going Down didendangkan.
Di Malaysia, Scorpions pernah tiga kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan setiap kali itu jugalah, hampir 10,000 peminat akan ‘menyerbu’ stadium.
Yang pasti, walaupun Scorpions sebuah kumpulan muzik rock, tetapi pada masa yang sama Scorpions tidak memisahkan diri mereka sebagai seniman yang menangkap dan memberi reaksi kepada semua pergolakan sosial dan politik sekeliling mereka.
Dalam salah satu rencana yang penulis pernah baca, Scorpions sebenarnya tidak hanya tahu muzik tetapi ambil tahu tentang politik.
Lagu Wind of Change membuktikan Scorpions mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka.
Wind of Change diinspirasikan daripada perubahan besar dalam sistem politik di Eropah Timur termasuk percantuman semula Jerman Timur dan Jerman Barat.
Scorpions juga memperlihatkan patriotisme yang tinggi kepada negara mereka.
Kumpulan yang berasal dari Jerman ini menganggap peristiwa Tembok Berlin perlu diangkat dalam seni popular.
Maka lahirlah lagu yang memberikan reaksi kepada peristiwa besar itu. Menghayati lagu dan lirik Wind of Change adalah melihat peristiwa politik di Eropah Timur itu daripada sudut pandangan seniman.
Namun kini Scorpions telah pun mengumumkan persaraan mereka, tetapi muzik dan lagu-lagunya akan terus melekat di hati dan dijiwa peminat rock di seluruh dunia.
Lagu mereka akan sentiasa berkumandang….legasi itu tak akan pudar sebaliknya akan terus merentasi budaya dan geografi peminatnya. Pak Ungku pasti menyetujuinya! –Oleh SYAHRIL A. KADIR


Jumaat, 17 Februari 2012

Cili Manis Dan Tanpa Biji Pertama Di Dunia



Semua rasa cili pasti pedas, pedasnya cili @ cabai kerap menjadi penaik selera makan. Kini sudah ada Angello cili tanpa biji yang rasanya manis, bagi yang tidak suka pedas ini merupakan khabar yang menggembirakan. Cabai jenis baru yang diberi nama Angello ini adalah hasil projek penyelidikan Syngenta, institusi di Britain yang terlibat di bidang makanan. 


Selama 15 tahun, mereka mencari cara agar cabai boleh diambil oleh semua pencinta masakan tidak hanya mereka yang sukakan pedas. Ditanam di Sepanyol, Israel, dan Belanda, cabai varian baru ini didakwa mempunyai tekstur yang lebih renyah jika dikunyah. Cabai ini juga mengandungi brix 25 peratus lebih tinggi daripada cili biasa. - Brix biasa digunakan untuk mengukur kadar manis pada buah-buahan dan tanaman - Seperti  yang diterbitkan dari Dailymail, Marks & Spencer adalah rangkaian kedai yang pertama di dunia memasarkan cili tanpa biji dan manis ini.


Dengan rasa yang manis, cili ini diharapkan tidak sekadar menjadi salah satu bahan masakan. Kami berharap masyarakat boleh membawanya untuk berkelah, menjadi alternatif snek, atau bahkan salah satu menu bekal untuk ke sekolah, ujar Zeina Orfali dari Marks & Spencer. 


Pada 4 Disember 2011 lalu, rangkaian Marks & Spencer di Britain sudah memasarkan Angello dengan harga 1.79 pound sterling / 100 gram . Kalau sudah tahu ada cili yang rasanya manis,mungkin suatu masa nanti ia menjadi ikutan dan mungkin ada pertandingan lumba makan cili terbanyak, biar masuk dalam senarai orang-orang yang hebat .exelroze



Khamis, 16 Februari 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah



1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

P/s: Beruntungnya kau wanita...masih tak puas lagi?!


Kata-Kata Hikmah yang Harus Direnungi

10 Strategi Syaitan membuka Aurat Wanita



Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat.ada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.


Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung...} Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi  {tidak mengapa kan..?}


Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.


Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai.. sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja.. boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu.. tidak apa-apa, sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).


Strategi Kelima – Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut.. nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa..} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan
memudahkan dlm bergerak.


Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini.. kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.


Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.


Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak.. sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.


Strategi Kesembilan – Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.


Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu.. kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.


Ustaz Ashraf @ Ibnumalek 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik