IKLAN

Ahad, 29 Januari 2012

Kisah Qotzman Pahlawan Neraka



Pernah baca Kisah Qotzman Pahlawan Neraka?

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Aku highlight sekali lagi ya.
Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Jadi teladan ini ada persamaan dengan Adolf Hitler. Tetapi Hitler bukan Islam, dan dia berperang bukan kerana Islam.

Sebab apa ada persamaan dengan Hitler? korang boleh rujuk pada artikel Kisah Sebenar Adolf Hitler.

Jadi, ambil iktibar la ya.

Sumberxlawsknowledges


Fuuyoooo..Gaya Photoshoot Ustaz Azhari Idrus & Ustaz Don

Tak tahulah, samada gambar-gambar ni adalah gambar mereka yang betul-betul atau sekadar super-impose. Tapi kalau benarlah ini gambar Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Azhar Idrus yang terkenal dengan siri ceramah agama mereka di Youtube, memang tabik spring gak la sebab begitu sporting bergaya macam super model untuk macam artis la pulakkan. Mengalahkan artis pun ada gak sebab artis pun takde la kacak macam diorang ni. Adus!

Macam mana. ............ ada best tak..


Ustaz Don
budiey/om


Kataku: Terbaikkk...


Frank Ribery, Pemain Bola Muslim Terkenal Buka Bar Tanpa Alkohol !


Pemain bolasepak terkenal warganegara Perancis, Frank Ribery membuka sebuah Bar yang dinamakan O'Shahiz sebagai alternatif kepada mereka yang mahu menjauhi minuman beralkohol. Ia dibuka terutamanya kepada orang Islam yang tinggal di Boulogne-Sur-Mer yang merasakan tidak selesa berada di Bar yang menghidangkan minuman beralkohol.

Frank Ribery sekarang merupakan seorang pemain tengah Bayern Munich
dan memeluk islam pada tahun 2006 apabila beliau mendirikan rumah tangga 
dengan seorang wanita Muslim dari Maroko. Beliau biasanya amat
jarang menceritakan pegangan hidup serta kepercayaannya tetapi 
menyatakan bahawa dia berasa selamat dengan memeluk Islam.

Alkohol merupakan bahan yang amat merbahaya jauh lebih buruk daripada
Dadah seperti Kokain, demikian menurut satu kajian yang dijalankan di UK. 
Islam tidak bertolak ansur dengan penggunaan alkohol samada sedikit
atau banyak, ianya tetap haram.

Nampaknya orang yang baru memeluk islam lebih bersungguh-sungguh 
melawan masalah penggunaan alkohol. Bagaimana dengan negara kita.
Kita sering dengar tuduhan dari pelbagai pihak yang mengatakan banyak
Pub dan Bar tumbuh di negeri Selangor sejak akhir-akhir ini.

Elok jika Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan memberikan 
kelulusan segera dengan beberapa insentif yang menarik bagi mereka 
yang membuka Pub dan Bar tanpa alkohol untuk menggalakkan mereka yang 
suka ke sana menjauhi minuman haram tersebut./wartashubhi



Sabtu, 28 Januari 2012

Jutawan Amerika Peluk Islam - Perniagaan Paling Hebat Dalam Hidupnya


Keindahan Islam

Richard Patterson pergi ke Arab Saudi atas urusan perniagaan bagi menguruskan projek melatih ahli Bulan Sabit Merah Saudi mengenai teknik perubatan udara. Beliau memiliki satu syarikat yang mengkhususkan kepada aktiviti menyelamat melalui kenderaan penerbangan.

Dalam tempoh tersebut dia telah dijemput oleh tiga orang penting Kementerian Hal Ehwal Islam Saudi untuk makan malam dan mereka meperkenalkan keindahan Islam kepadanya. Segala yang didapatinya daripada pertemuan tersebut ternyata amat berlawanan daripada persepsinya terhadap agama Islam selama ini.

Hasilnya dia telah memeluk Islam dan tidak menyangka kehadirannya di sana dalam urusan perniagaan membawanya kepada perniagaan yang cukup besar dalam hidupnya, iaitu memperhambakan dirinya kepada Allah, Tuhan Semesta Alam.

Dia menyeru para usahawan muslim agar lebih serius berdakwah kepada para usahawan bukan muslim terutamanya melalui penonjolan akhlak sebagai seorang muslim. Sekadar memberikan bahan bacaan tidak dapat menggambarkan keadaan sebenar keindahan Islam tersebut, ia perlu diterjemahkan dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang telah disuluh oelh Al-Quran dan Sunnah..

Sumber: wartashubhi


Misteri Huruf V Di Kota Nabi Daud


SEORANG ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shukron melihat huruf V di Kota Nabi Daud dekat Bandar Lama, Baitulmuqaddis.

BAITULMUQADDIS – Beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan ahli-ahli arkeologi keliru.
Kumpulan penggali Israel menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini.
Pada masa yang sama mereka menemui tanda tiga bentuk V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 sentimeter (sm) dan panjang 50 sm.
Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia dibuat.
Seorang pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, ahli-ahli arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya.
“Saya tidak pernah melihat benda seperti ini,” kata Shukron.
Ukiran-ukiran V itu ditemui di kawasan penggalian dikenali sebagai Kota Nabi Daud.
Penggalian itu dibiayai sebuah kumpulan nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.
Bilik-bilik berkenaan ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini, mata air Gihon.
Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuknya mungkin dijadikan tempat pasak struktur kayu atau ia mempunyai tujuannya sendiri.
Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upcara keagamaan atau ia sekadar ukiran.
Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.
Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan 3,000 tahun dahulu.
Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka. – Agensi/h.metro-online

Ustaz Azhar Idrus - Kilang Arak Ada Surau







Jihad Seorang Wanita



Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. 

Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki.

Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?" 

Bersabda Rasulullah SAW: 


"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)


idhamlim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik