IKLAN

Ahad, 27 November 2011

Erti Mas Kahwin Dan Nilai Mas Kahwin Seluruh Malaysia




Menurut undang-undang Keluarga Islam, maskahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, samada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak dapat dinilai dengan wang. 


Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nisaa’ ayat 4 yang bermaksud : ” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka.” Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadith riwayat Bukhari yang bermaksud : “Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .”


Kadar maskahwin telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri adalah seperti 
 berikut :

BIL
NEGERINILAI
ANAK DARA
ABC
1JOHORRM 22.50
2MELAKARM 40.00
3NEGERI SEMBILAN
a. Bukan WarisRM 24.00
b. Ahli WarisRM 48.00 
c. Kerabat Diraja di WilayahRM 725.00 
Datuk Kelana& Kerabat
4SELANGOR
i.   Puteri SultanRM 2,500.00 
ii.  Puteri Raja Muda atau PuteriRM 2,000.00 
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii.  Puteri KerabatRM 1,000.00
iv.  Puteri Anak Raja (Waris)RM 550.00
Puteri Anak Raja (yang lain)RM 300.00
v.   Anak Perempuan org-org besarRM 300.00
vi.   Cucu orang besarRM 200.00
vii.  Orang KebanyakkanRM 80.00
5KUALA LUMPURRM 80.00
6PERAKRM  101.00
7PULAU PINANGRM  24.00
8KEDAH
9PERLIS
10PAHANGRM 22.50
11TERENGGANU
12KELANTAN
13SABAHRM 100.00
14SARAWAKRM 120.00
15W.P LABUANRM 80.00

BILNEGERINILAI
JANDA
ABC
1JOHORRM 22.50
2MELAKARM 40.00
3NEGERI SEMBILAN
a. Bukan WarisRM 12.00
b. Ahli WarisRM 24.00
c. Kerabat Diraja di Wilayah
Datuk Kelana& Kerabat
4SELANGOR
i.   Puteri SultanRM 625.00
ii.  Puteri Raja Muda atau PuteriRM 500.00
kpd Putera Sultan yg bergelar
iii.  Puteri KerabatRM 250.00
iv.  Puteri Anak Raja (Waris)RM 137.50
Puteri Anak Raja (yang lain)RM 75.00
v.   Anak Perempuan org-org besarRM 75.00
vi.   Cucu orang besarRM 50.00
vii.  Orang KebanyakkanRM 40.00
5KUALA LUMPURRM 40.00
6PERAK
7PULAU PINANGRM 24.00
8KEDAH
9PERLIS
10PAHANGRM 22.50
11TERENGGANU
12KELANTAN
13SABAHRM 80.00
14SARAWAKRM120.00
15W.P LABUANRM 80.00

Maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat. Dalam hadith riwayat Ahmad Ibnu Majah, Tarmizi bahawa Rasulullah pernah menikahkan seorang perempuan dengan maskahwin sepasang sepatu wanita dengan persetujuan wanita itu. 


Dalam hadith yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Baginda s.a.w juga pernah menikahkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan maskahwin lelaki itu mengajarkan kepada wanita itu beberapa hafazan surah dalam Al-Qur’an, kerana lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta yang boleh dijadikan maskahwin.

Maskahwin wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut semasa akad nikah. Jika maskahwin disebut dalam akad akan dibayar secara tunai oleh suami, isteri berhak menghalang suami dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu. Sekiranya isteri diceraikan sebelum berlaku persetubuhan, maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud


“Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya, maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu”.

Kadar maskahwin juga akan diambilkira untuk Hakim semasa menentukan kadar tebus talak sekiranya pihak-pihak itu ditakdirkan kemudiannya bercerai secara tebuk talak. Apabila maskahwin tidak dibayar dan tidak dihalalkan oleh isteri, isteri berhak mendapat maskahwin itu  walaupun setelah bercerai.


Sumber



Maafkan Aku Isteriku, Ujian Itu Seharusnya Membuat Aku Lebih Sabar


Ini adalah kisah tentang sepasang suami isteri, yang dalam bahtera rumah tangga tersebut, Allah memberikan ujian dengan belum hadirnya buah hati di tengah-tengah kehidupan mereka.Semoga menjadi hikmah bagi kita semua, bahawa ujian adalah memang sebahagian daripada kehidupan yang seharusnya membentuk kita agar menjadi peribadi yang lebih sabar.
Alkisah, suatu hari seorang suami yang setelah pulang dari bekerja, mendapati rumahnya kosong tidak berpenghuni.Isterinya tidak berada di rumah ketika itu.

Entah mengapa, tiba-tiba seketika itu, meledaklah emosinya.Hal ini semakin bertambah, apalagi setelah melihat isterinya yang tiba-tiba muncul dari balik pintu.

Berkatalah sang suami dengan kemarahannya yang sangat, "Dari mana saja kau?, Aku letih pulang dari kerja dan kau pula bersiar-siar diluar "
Si isteri tersenyum, dia berniat menjawab soalan suaminya untuk memberikan penjelasan, namun tiba-tiba lehernya terasa seperti tercekik. Sang suami menarik tudung panjang yang dipakainya hingga hampir koyak. Dan seketika itu pula si isteri terjatuh di tanah.

Sejenak sang isteri menghela nafas, dan tak terasa air matanya jatuh. Tapi ditahannya mulutnya sendiri agar tidak mengucapkan sesuatu yang membuat kemarahan suaminya semakin menjadi-jadi.
"Aku akan membuatkan air hangat untuk kau mandi, suamiku" kata isteri sambil mengesat air matanya dan cuba berdiri.

"Tidak usah!" Jawab sang suami dengan keras.

"Semakin lama, aku bosan dengan keadaan seperti ini. Aku ingin anak darimu, tapi mengapa kau mandul. Dasar isteri tidak berguna!" Lanjut suaminya dengan nada yang sangat marah.

"Maaf" jawab si isteri perlahan.

"Sudahlah! Tidak ada gunanya kau minta maaf. Kau ku ceraikan saat ini juga. Aku ingin wanita yang boleh memberikan kanak-kanak" Jawab suaminya.

Sang isteri rasanya seperti tersambar petir, ketika suaminya mengatakan kata cerai yang begitu tanpa beban keluar dari mulutnya. Dia benar-benar tak habis berfikir, mengapa suaminya begitu sangat tega kepadanya, sebelum dia memberikan penjelasan tentang apa yang dilakukannya tadi di luar.
Dia pun bertanya pada dirinya sendiri, mengapa setelah bertahun-tahun mereka berkahwin, dan dengan sepenuh hati dia telah melayani suaminya, namun dalam beberapa saat sahaja, suaminya telah sanggup menceraikannya.
Sang isteri terus memohon kepada suaminya agar tidak menceraikannya, tetapi suaminya semakin lagi dan lagi  mengucapkan kata cerai bahkan sampai 3 kali. Setelah itu, di usirlah sang isteri dari rumahnya.

Keesokan harinya, datanglah seorang ibu tua yang ingin bertamu hendak menemui sang isteri. Suaminya hanya menjawab ringkas menyatakan sang isteri sudah tidak menghuni rumah tersebut. Si ibu tua kemudian minta izin menjelaskan sebentar tentang maksud kedatangannya kali ini. Dia berkata bahawa dia ingin melanjutkan perbincangan yang tertangguh pada hari sebelumnya tentang niat sang isteri tersebut untuk melamar puterinya tersebut untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.

Mendengar hal itu, Sang suami benar-benar terkejut dan tidak menyangka,

"Benarkah itu?" Tanyanya pendek
"Ya, dia kata dia ingin menyenangkanmu dengan memberikanmu isteri yang baru, agar kau beroleh keturunan.Namun dia tergesa-gesa untuk pulang ke rumah, kerana teringat pada kamu pasti sudah pulang dari kerja, dan dia ingin menyiapkan keperluan untuk mu di rumah" Jawab si ibu menjelaskan

Si suami tidak boleh berkata apa-apa lagi. Rasanya tersekat ditekaknya untuk mengeluarkan walaupun hanya untuk sebuah kata.Dia tidak menyangka, bahawa sang isteri  begitu murni hatinya demi kebahagiaannnya. Namun dia membalas semua itu dengan kata talak 3 yang dengan mudah terlontar untuknya begitu saja, kelmarin.

Akhirnya ...
Dengan perasaan penuh sesal, sang suami terus meneruskan hidup.
Dan kali ini episod hidupnya telah sampai pada sebuah pernikahannya yang kedua. Dia menikahi kanak-kanak dari ibu tua tersebut.

Setelah setahun berlalu, mereka ternyata belum kunjung dikurniakan seorang anak. Terselit keinginan sang suami untuk mendapatkan keterangan tentang kesihatannya kepada seorang doktor. Setelah beberapa hari, diperolehi keterangan ternyata bahawa dialah yang mandul.

Seketika, muncullah kembali bayangan isterinya terdahulu yang begitu solehah, sangat memahami, dan sabar menerima sebarang keadaan. Hal apapun dihadapi isterinya itu dengan ikhlas tanpa keluhan, walaupun batin si isteri sendiri sering disakiti oleh perangai suaminya yang mudah marah dan sering kali memukulnya.

Rasa penyesalan dan sedih berpanjangan semakin meledak dalam benak sang suami ketika itu. Dia merasa bahawa ini adalah hukuman dari Allah kerana telah mensia-siakan isterinya yang terdahulu yang  dengan setia menemaninya bertahun-tahun. Bertahun-tahun pula dia menuduh bahawa sang isteri yang bermasalah kerana tidak boleh mengandung seorang kanak-kanak. 



Namun, ternyata kini semua telah jelas, bahawa dialah yang"bermasalah".
Dan kini, tidak tersisa apa-apa baginya kecuali penyesalan yang amat sangat. Dalam kesedihan itu dia berjanji pada dirinya sendiri untuk selalu menghormati isterinya, dan tidak akan dengan mudah menghambur kemarahan kepada isterinya kembali, terutama dengan tindakan yang begitu ringannya dia mengucapkan kata cerai bagi pasangan hidupnya.


(Syahidah / voa-islam.com)





Petua dan Amalan dengan Daun Kesum oleh Pakcik Beristeri Empat


Amal pucuk kesum
MARANG: Pucuk daun kesum dan ubi menjadi rahsia seorang warga emas berusia 60 tahun di Kampung Tok Fakir, Merchang, di sini, yang beristeri empat untuk mengekalkan stamina dan susuk tubuh menarik sehingga tampak muda berbanding umur sebenar.
Mohamed Nor Awang atau lebih mesra dipanggil Pok Nor berkata, dia hanya mengamalkan pemakanan sihat, terutama pucuk kesum dan ubi, untuk mengekalkan stamina seperti orang muda selain ingin tampak menarik.

Malah, pokok kesum ditanam di setiap rumah isterinya yang tinggal berasingan bagi memudahkan dia menjamah ulam kegemarannya setiap kali makan nasi.

“Pok Nor tak pernah guna ubat-ubatan atau majun, sebaliknya mengamalkan petua orang lama iaitu makan pucuk kesum dan ubi. Sejak 50 tahun mengamalkannya, Pok Nor kekal sihat zahir batin.

“Pucuk kesum dan ubi dijadikan ulam-ulaman ketika makan nasi dan sehingga kini Pok Nor tidak menghidap penyakit berbahaya, malah masih kuat bekerja sebagai penjual kayu api dan buruh.


“Ramai juga pelik dengan kecergasan Pok Nor, namun itulah hakikatnya apabila kita menjaga kesihatan serta mengamalkan petua yang betul.

“Pernah juga rakan mencadangkan Pok Nor mengambil majun untuk kekal sihat, namun ia tidak perlu kerana Allah mengurniakan kesihatan zahir batin kepada Pok Nor,” katanya.

Empat isterinya ialah Wan Rukiah Mat Yusoff, 55, Khalthum Dollah, 42, Noraini Daud, 43, dan Suzi Sulong, 37.


Usia Suzi sebaya dengan anak sulungnya, Shamsudin Mohamed Nor.

Isteri pertamanya, Wan Rukiah dikahwini pada 1973 dan dikurniakan sembilan anak berusia 16 hingga 37 tahun, manakala Khalthum dinikahinya pada 1987 dan dikurniakan empat anak berusia 15 hingga 22 tahun.


Dia berkahwin dengan Noraini pada 1988 dan dikurniakan lima anak berusia tujuh hingga 21 tahun, manakala isteri keempat, Suzi pada 10 Julai 2008.


Bersama Suzi, mereka belum dikurniakan cahaya mata selepas isterinya mengalami keguguran tahun lalu.


Bagaimanapun, perkahwinan dengan Suzi berdepan masalah apabila permohonannya di Mahkamah Tinggi Syariah untuk berkahwin lagi ditangguh pihak mahkamah sehingga mendorong ketiga-tiga isterinya turut membuat rayuan supaya membenarkan serta menyokong permohonan suami mereka.


Menurutnya, pernah seorang Datuk berstatus VIP yang ingin berpoligami berjumpanya untuk mencungkil rahsia dan petua mengekalkan keharmonian rumah tangga dan kekuatan batin.


“Tiada petua khusus selain mengamalkan makan pucuk kesum untuk kesihatan tubuh badan serta menerapkan amalan agama, termasuk bacaan surah Yasin setiap malam Jumaat secara beramai-ramai dengan keluarga untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.


“Memang jarang yang gemar makan pucuk kesum, padahal ia rahsia semula jadi yang diamalkan orang lama. Pucuk ubi juga bagus tetapi tidak dapat menandingi pucuk kesum.


“Pantang paling besar dalam hidup Pok Nor ialah tidur siang secara berlebihan, terutama petang. Siang adalah masa untuk badan kita bekerja dan aktif, manakala berehat hanya pada sebelah malam,” katanya.


Pok Nor berkata, dia bahagia bersama empat isteri dan 18 anaknya.


“Paling meriah ketika menyambut hari raya apabila semua anak dan cucu berkumpul dan kami bersama-sama menyiapkan hidangan hari raya untuk meraikan tetamu.


“Saya bersyukur kerana dianugerahkan kesihatan baik, boleh melihat cucu dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami empat isteri, bapa kepada 18 anak dan datuk kepada 12 cucu,” katanya.
myMetro

Antara lain khasiat Daun Kesum adalah: 


Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai
bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. 

Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. 
Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman,menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. 

Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia`aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.  

Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’,
minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.


Khasiat dan Kegunaan


Masalah kelemumur
Daun kesum ditumbuk lumat hingga keluar lendir. Lendir tersebut dicampurkan dengan sedikit air lalu disapukan pada kulit kepala. InsyaAllah masalah kelemumur tidak lagi membelenggu anda.

Masalah Penghadaman
Air rebusan daun kesum jika diminum dengan teratur, mampu membantu memulihkan masalah makanan tidak hadam di dalam perut.  Ia juga baik diamalkan oleh wanita yang baru melahirkan anak anda.





Petua Datuk POWER Dapat Anak Ke 8 Pada Usia 60 Tahun



REMBAU: Seorang lelaki warga emas membuktikan usia bukan penghalang untuk dia terus menambah zuriat bersama isteri.
Kamarudin Mohd Said, 61, berkata dia menimang anak kelapan ketika usianya mencecah 60 tahun.

Menurutnya, hasil perkongsian hidup bersama isteri keduanya, Siti Aisyah Ishak, 21, yang dikahwini Julai tahun lalu, dia dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Shuhada, kini berumur enam bulan.


“Tiada senaman istimewa atau ilmu tertentu diamalkan, sebaliknya yang penting adalah menjaga pemakanan.

“Saya mengamalkan pemakanan berasaskan sayuran dan ulaman seperti pegaga, ulam raja, buah-buahan dan minum air akar kayu.


“Sebelum makan nasi, saya menjamah buah terlebih dulu kerana boleh membantu mempercepatkan proses pencernaan dan penghadaman,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Lalah, dekat sini.


Menurutnya, dia turut mengamalkan minum air masak dan suam dalam kuantiti banyak kerana boleh membantu mencuci dan meneutralkan buah pinggang serta menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Katanya, pengambilan makanan berkolesterol tinggi juga dikurangkan kerana tidak baik untuk kesihatan, terutama apabila usia mencecah 60 tahun.


“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menghidap sebarang penyakit, mungkin disebabkan faktor amalan pemakanan seharian selain kurniaan Allah. Kesihatan yang baik itu bermula daripada pengambilan makanan seimbang,” katanya.

Kamarudin turut mendedahkan dia kurang meminum air sejuk kerana menyifatkan minuman sebegitu boleh menyebabkan badan menjadi lesu serta cepat letih.


“Bukan tak boleh minum air sejuk namun kurang elok untuk kesihatan sama ada muda atau sudah tua, kalau boleh elakkan.


“Saya juga tak berapa suka makanan terlalu pedas.



Sumber: HMetro




Datuk Ismail Kamus Tokoh Maal Hijrah 1433 Selangor


SHAH ALAM – Penceramah dan pendakwah agama bebas Datuk Ismail Kamus dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Beliau menerima wang tunai RM20,000 daripada kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS), sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah yang disampaikan Tengku Sulaiman Shah, wakil kekandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ketika ditemui pemberita, Ismail berkata beliau bersyukur dan gembira kerana sumbangannya dalam menegakkan syiar Islam dihargai kerajaan negeri.
Tokoh Saudara Kita pula disandang pemilik restoran makanan Cina Muslim Muhammad Chan Abdullah, 58, manakala pesara guru agama Said Husin, 80 yang mempunyai 19 anak, dianugerahkan Tokoh Keluarga Mithali dan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia Jamaludin Elias, 48, menerima anugerah Tokoh Aktivis Masyarakat.
Mereka masing-masing menerima wang tunai RM10,000 sumbangan kerajaan negeri dan LZS, sijil penghargaan, pingat Maal Hijrah, sepersalinan pakaian serta pakej mengerjakan umrah. – BERNAMA



Ummat Islam Wajib Baca, Apa Kata Mereka Mengenai ISLAM.

William Ewart Gladstone(1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan "Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.


Theodore Hertzel, pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), "Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran" - ucapan di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897


Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: “Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”


Samuel Zweimer, Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen, “sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian.

Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam.

Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.

Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun.

Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”



Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, “Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab disekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”




Callaghan, bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain dimana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.

Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, “di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”.

Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.”

Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”.



Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”

Lawrence Brown, “pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini, “sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”

Pemimpin Tertinggi Freemason, “kita hendaklah menguasi golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis, “arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”
Karl Marx, pengasas ideologi sosialis ketika ditanya tentang pengganti kepada akidah ketuhanan, beliau menjawab, “penggantinya ialah teater (panggung drama dan filem), maka palingkan mereka yang sibuk dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”
Miyen, seorang pemimpin di Burma, “jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”


10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam:

1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.

2) Menghapuskan Al-Qur'an.

3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.

4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.

5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.

6) Lemahkan bangsa Arab.

7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.

8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.

9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.

10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Renungkanlah.



P/s : Dah baca dan faham apa yang mereka kata tentang apa yang 'kita' anuti sekarang ini. Apa persediaan dan benteng anda..Nak luruskan Barisan atau rapatkan Saf ?! 

Sumber



Perbuatan Gay Lebih Teruk Daripada Khinzir dan Anjing kata Robert Mugabe

Zimbabwe's President Robert Mugabe in Harare on Thursday(Photo: Reuters)


Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menggelar Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai 'syaitan' selepas bantuan dari Britain mungkin disekat ekoran negara Afrika itu tidak menghormati hak golongan gay. 
Mugabe dalam ucapannya berkata, tindakan Cameron sangat teruk dan tidak ubah seperti syaitan kerana mahu negara lain menerima golongan gay jika ingin mendapatkan bantuan dari Britain.

"Ia merupakan tawaran yang bodoh dengan syarat-syarat yang tidak masuk akal," katanya ketika berucap di sebuah pekan perlombongan di Shurugwi, 300 kilometer di selatan Harare, kelmarin.

Pada sidang kemuncak Komanwel pada Oktober lalu, Cameron berkata, negara-negara yang menerima bantuan dari Britain perlu menghormati hak asasi manusia termasuk golongan gay.
Isu tersebut timbul ketika Zimbabwe merangka Perlembagaan baru, yang menimbulkan perdebatan, sama ada mengikut model negara jirannya Afrika Selatan dan termasuk hak golongan gay.

Mugabe menentang kegiatan homoseksual sejak berpuluh-puluh tahun lalu dan dalam ucapan terbarunya, beliau turut memberi amaran untuk menghukum golongan gay di Zimbabwe.
"Jangan terjerumus dengan golongan tersebut (homoseksual). Anda semua merupakan golongan muda dan jika didapati terlibat, kami akan menghukum kamu.
"Ia merupakan perbuatan terkutuk. Malah ia lebih teruk daripada khinzir dan anjing," katanya.-
 AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik