IKLAN

Rabu, 26 Oktober 2011

Banyak Minum Soda Tingkatkan Kelakuan Ganas Remaja


PARIS 25 Okt. - Sepasukan penyelidik Amerika Syarikat (AS) hari ini mendedahkan wujudnya kaitan antara perlakuan ganas golongan remaja dengan jumlah air soda yang mereka minum.

Dalam kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan pelajar sekolah menengah di Boston, mereka yang minum lima tin minuman ringan setiap minggu didapati mudah terlibat dengan perlakuan agresif berbanding pelajar yang kurang mengambil minuman tersebut.

''Apa yang kami temui ialah wujud kaitan yang kuat antara jumlah minuman ringan yang diambil oleh remaja dengan perlakuan ganas mereka.
''Bukan hanya keganasan terhadap rakan sebaya malah perlakuan ganas terhadap teman masing-masing serta adik-beradik.

''Ia satu penemuan yang mengejutkan bagi kami apabila kajian yang dijalankan cukup jelas memperlihatkan perkaitan itu,'' kata Profesor di Sekolah Kesihatan Awam, Harvard University, David Hemenway.
Katanya, kajian itu berdasarkan kepada soal selidik terhadap 1,878 responden yang terdiri daripada golongan pelajar berusia antara 14 dan 18 tahun di pusat Boston, kawasan yang mencatatkan jumlah jenayah yang tinggi berbanding pinggir bandar Boston.

Antara soalan yang dikemukakan adalah sama ada mereka pernah meminum arak atau merokok serta membawa senjata dan melakukan keganasan terhadap rakan serta ahli keluarga.

Hemenway berkata, di kalangan mereka yang minum 14 tin minuman ringan dalam seminggu, 43 peratus daripada mereka didapati membawa senjata api atau pisau manakala 27 peratus lagi melakukan keganasan terhadap teman masing-masing dan lebih 58 peratus pula bertindak ganas kepada rakan sebaya. - AFP

sumber



Gambar Pengorbanan Seorang Isteri

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s320x320/312982_286484758042672_100000434492909_1050823_1999861655_n.jpg

N'N Berkata :Mungkin lawak bagi kita tapi itulah pengorbanan seorang Isteri yang mungkin seorang suami pun tak mampu buat....

Masjid Muammar Qaddafi dibiayai Qaddafi di Jawa Barat Indonesia dan Bangunan Perkim di Malaysia

Masjid ini diberi nama Masjid Muammar Qaddafi diambil sempena nama Presiden Libya Muammar Qaddafi yang membantu membiayai pembangunan masjid ini. Masjid ini dibina di sentul Selatan, Bogor Jawa Barat Indonesia. Masjid ini juga merupakan Islamic center dengan nama Qaddafi Islamic Center disingkat qic sebagaimana tertulis dengan tulisan besar di fasad muka masjid.

Bangunan Perkim (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) yang terletak di Jalan Ipoh dibiayai oleh kerajaan Gaddafi.

Keseluruhan biaya pembangunan masjid ini ditanggung oleh World Islamic Call Society (WICS) organisasi dakwah Islam dunia yang berpusat di Tripoli, Libya.



Muammar Qaddafi
7 Jun 1942 - 20 Oktober 2011

Ramai Orang Kita Memakai Topi Keledar Biarpun Tidak Menunggang Motosikal


Menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar kekadang dianggap kelaziman sebilangan kita.


Mungkin kerana segelintir masyarakat lebih gemar memakai topi 
keledar ketika mereka tidak menunggang kenderaan.


Barangkali mereka khuatir kaki tergelincir ketika berjalan di atas simen.


Saya juga berpeluang merakamkan detik gembira dua lelaki dipercayai warga asing 
di lokasi sama.



Seperti dijangkakan oleh majoriti pembaca, semua aksi itu dirakamkan di ...Toii..!

 
 ... dan di sini ...


Wajar jika sesekali penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor 
datang membuat pemeriksaan ke lokasi sama. Ramai pelanggan Melayu 
beragama Islam didapati membeli nombor ekor di tiga premis di Jalan TSB 9, 
Petaling Jaya terbabit.

Lebih molek jika mereka datang bersama penguatkuasa Kementerian Perdagangan 
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik