IKLAN

Khamis, 26 Mei 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MINUMAN COCA COLA


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
 
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
 
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
 
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
 
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
 
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
 
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
 
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
 
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin macam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
 
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
 
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
 
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
 
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
 
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
 
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
 
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
 
DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
 
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pergi Mekah bleh confirm kot?
 
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan lain-lain lagi. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
 
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll.
 
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Bulan ni bulan membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.
 
Sumber: PPIM
  
P/s: Jika benorlah apa yang didakwa sungguh membahaya dan dapatlah kita berjimat.selian boleh diminum, ia juga pengganti kepada WD40.. jimat-jimat.

Akulah Semut Merah Itu

FOTO dari Robertus Agung Sudiatmoko

Ini kisah babi hutan berwarna hitam, bertaring panjang.

Dia menyondol ubi kayu. Musnah tanaman milik petani beranak ramai. 

"Tolonglah babi, kasihani aku. Andai kau sondol semua ubi, bagaimanakah anak aku nak makan nanti," rayu petani.

Babi terus menyondol tanpa belas kasihan.

Anak petani menangis, perut kosong dan hampir kebuluran.

Babi berkawan karib dengan sekawan gajah. Gajah bertubuh besar dan bergading panjang, dianggap raja berkuasa di hutan belantara.

Kuasa gajah, kuasa aku juga, ujar babi.

Sesekali gajah baran turut serta memusnahkan ladang ubi kayu malah sanggup memijak petani berikutan dihasut dek babi hutan.

"Engkau besar, gagah dan digeruni. Engkau berkuasa! Buatlah apa sahaja, biarkan petani mati," kata babi.

Babi berniat serong di dalam hati.

Biarpun mampu duduk dan membasuh berak sendiri menggunakan belalai panjang, babi melarang.

"Biar aku jilat, jangan gunakan belalai kau, tahi itu kotor," ujar babi.

Muncung berlumuran tahi, babi sanggup menggeselkan pula tubuh, mencuci dubur gajah.

"Asalkan, tanah ladang petani menjadi milik aku," bisik babi.

Kejamnya babi. Berkonspirasi dengan gajah dan bersatu hati. 

"Kalau ladang ubi kayu musnah, lebih mudah aku memamah cacing tanah. Tiada akar, tiada pokok ubi kayu," kata babi.

Tiba-tiba semut merah menggigit muncung babi. Sakit! Sakit! Sakit! Teriak babi sambil berlari. Kegatalan, dia menyondol ke kanan dan kiri. Tanah disondol berulang kali, muncung merah dan kemudian berdarah. Mengalir air mata babi di pipi.

Gajah hanya berdiri, memerhati teliti, gelagat babi tidak sedarkan diri.

Sewaktu tunduk, babi terlihat betapa kecilnya kaki. Apa terjadi jika sekawan semut merah menggigit kaki?

Mungkin babi akan tersungkur, rebah ke bumi. Tidak mati tetapi mengakuri, berkawan dengan gajah tidak menjadikan dia kebal di muka bumi.

Gajah tetap akan berdiri, kakinya besar berkulit tebal tidak tergigit dek semut merah.


P/s Kalau kita Semut Merah siapakah Babi dan Gajah itu ,bak kata Nabil..Lu Pikirlah sendiri!

Rabu, 25 Mei 2011

Mari Belajar Sifat Haiwan Paling Rakus Di Dunia.

10. Ulat Beluncas;


Ulat ini mungkin yang terkecil di antara 10 haiwan lainnya. Ulat ini dikenali sebagai "eating machine". Sepanjang menjadi ulat, ulat ini akan memakan daun-daun dengan amat rakus. Membesar 1000 kali hanya dalam masa 2 bulan. Persiapan sebelum berubah menjadi kupu-kupu yang indah.
9. Paus Biru;


Dengan berat 200 ton dan panjang 100 kaki, paus biru bukan hanya haiwan terbesar di planet bumi, mungkin haiwan terbesar yang pernah ada. Makanannya adalah krill (invertebrata kecil mirip udang yang panjangnya 1 inci). Paus biru memerlukan 40 juta krill sehari... nampak tak kerakusannya...
8. Burung Kolibri;

Haiwan ini memerlukan makanan setiap 10 minit sekali. Dengan sayap yang berkepak sebanyak 200 kali tiap minit dan jantung yang berdetup 1200 kali tiap minitnya, Kolibri akan membakar 14.000 kalori, sama dengan kalori yang diperlukan manusia untuk berlari marathon. Rakusnya... setiap 10 minit nak makan jer...
7. Kodok Mulut Lebar Argentina;

Juga dikenali sebagai kodok bertanduk, Argentinean wide-mouthed frog ini sangat tidak gentar maupun takut semasa menyambar makanannya. Haiwan ini makan apa saja seperti tikus, kadal kecil dan ular. Malah kerana rakusnya, perutnya boleh robek kerana kekenyangan.
6. Ular Piton;

Haiwan tidak berkaki ini boleh menelan makanan yang lebih besar daripada kepalanya sendiri. Ular ini memiliki sistem pencernaan yang perlahan, maka piton memerlukan masa yang lama untuk makan lagi, kira-kira dalam beberapa hari malah mencapai bulan.
5. Kelawar Vampire;

Haiwan "imut" ini besarnya hanya seperti lengan orang dewasa, tapi gigi tajamnya boleh merobek pembuluh darah dan menghisap darah kita, sebanyak 5 sudu teh sekali gigit. Haiwan ini sebelum menyedut darah, dia akan "mengencingi" mangsanya terlebih dahulu.
4. Tasmanian Devil;

Haiwan asli Australia ini dapat melahap makanan sebanyak 40% berat tubuhnya hanya dalam tempoh 30 minit. Mungkin biasa sahaja, tapi sebenarnya jika dibandingkan dengan manusia, sama saja dengan manusia yang melahap 216 hamburger dalam tempoh yang sama. Betul2 rakus punya binatang nih... grrrrr....
3. Burung Pemakan Bangkai;

Burung ini merupakan karnivor nombor satu. Makanannya adalah daging, hanya daging dan cuma daging walaupun daging itu terhidang "setengah matang" ataupun sudah membusuk. Burung ini akan melahap bangkai binatang sebanyak mungkin, secepat mungkin, sehingga beratnya menjadi 20% lebih berat selepas makan. Burung nih... bukan kira halal haram beb...
2. Babi;

Haiwan ini sangat rakus, walaupun perutnya sangat kecil. Satu fakta tentang babi ini ialah suka tidur di atas najisnya sendiri, sehingga badannya penuh dengan najisnya.Walaupun begitu ramai yang suka memakannya..pelik tapi benar.Sedap gamoknya kata ko.

1. Hiu Macan;


Haiwan buas ini akan memakan apapun yang ada di depannya, dari kasut, piring hingga serpihan kelengkapan perang pernah ditemui dalam perutnya. Kadang kala juga haiwan ini menggigit sesuatu yang mustahil dikunyah. Kerakusan hiu macan ini sebenarnya telah dimulai sebelum lahir ke dunia bawah laut. Di dalam perut ibu haiwan ini, haiwan ini saling lahap melahap antara satu sama lain.
Sumber : Tulahan.

Selasa, 24 Mei 2011

Daging Lembu Tiruan Dari Khinzir

Assalamualaikum..Akan datang di harapkan kita semua BERHATI-HATI dan tidak membeli daging lembu dari Pasaraya yang dah siap potongan lagi .. Harus pergi ke pasar basah dan pastikan daging itu dipotong dari  lembu di depan mata kami sendiri !

INI ADALAH DUNIA DESPERADOSSS .. ! 

JADI KITA HARUS AMBIL PERHATIAN
INI AMAT MELOYAKAN DAN MENGERIKAN ..





Orang Di Negara China ni bukan saje pandai buat telur tiruan malah depa ni dok pandai buat daging lembu tiruan jugak.  
Yang gelinye, menggunakan DAGING BABI! 
Di sana, harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka pakat tipu semua orang dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit saja, daging babi yang digoreng menjadi sesedap daging lembu. 
Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan wallah! Daging babi yang dihidang rasanya seperti daging lembu. 
Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan Kanser. Adakah teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Anda tentukan.




P/S :  Belilah produk Muslim dan tempatan! Jangan mengharapkan orang  lain dalam menentukan kehalalan dan keselamatan makanan kita. Tak mati pun kalau tak makan makanan mereka ye tak ?!

Sumber : PPIM

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe ?!


DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe

Sekarang ni ..Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’

Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011



Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
 
TO'KI : DAH TAK PAYAH MAKAN KEK KE ROTI LAGI KOT, BAIK MAKAN NASI LEMAK JE!
 
Aku : Ya! Ya! to'ki ,tapi pastikan tukang buatnya orang Islam, tuan punya gerai @ kedai milik muslim Insya Allah Halal. Oit! Secret Recipe tu! dah berkoyan-koyan dah orang melayu kat  Malaysia ini bedal, hampeh sungguh!.Sejak dulu lagi aku memang dah syak ,memang diorang ni ada tarok 'Secret Recipe' rupanya!
 
 Sumber : PPIM

Stres Tidak Kenal Mangsa

orang-stres
SUDAHLAH kelam-kabut ke tempat kerja kerana terlambat bangun tidur, di perjalanan pula berlaku kemalangan yang menyebabkan kesesakan teruk.

Dalam hati sentiasa berdoa supaya lalu lintas segera pulih bagi membolehkan diri cepat sampai ke pejabat. Namun masa semakin menginjak sedangkan kereta masih tidak bergerak dan ada kala merangkak-rangkak. Aduh, kacau dibuatnya.

Keadaan begini pastinya membuatkan seseorang stres dan membayangkan alangkah baiknya jika kenderaan yang anda pandu boleh terbang bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Ahli psikologi klinikal Gleneagles Kuala Lumpur, Maureen Lim, berkata stres atau tekanan ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental terhadap sebarang perubahan atau tuntutan yang melebihi had atau kapasiti kemampuan seseorang. Pelbagai punca menyebabkan stres dan ia berbeza bagi setiap individu atau masa.

Walaupun stres sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, kadangkala ia boleh memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha mencapai yang terbaik.

Kebanyakan individu mengalami tahap stres sederhana yang memerlukan mereka mendapat motivasi tinggi untuk mengekalkan tugas atau menjalani kehidupan seharian.

“Tiada seorang pun terlepas daripada stres. Kanak-kanak berdepan stres apabila perlu membuat persiapan menghadapi peperiksaan, tuisyen mahupun hubungan dengan rakan sebaya.

“Pelajar kolej stres dengan peperiksaan dan masalah kewangan manakala golongan dewasa stres memikirkan mengenai anak, adik-beradik, ipar, kewangan dan kesihatan,” katanya pada Bengkel Tekanan Hidup anjuran Gleneagles Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kadangkala seseorang bertanya, “Awak okay?” Jawapan yang kita berikan biasanya ialah “okay“ walaupun ada masanya tekanan dihadapi tidak mampu dibendung hingga menyesakkan dada.

Bagaimana keadaan setiap individu apabila berdepan stres? Adakah dia mampu mengurangkan tekanan atau menjadi semakin tertekan?
Antara punca stres ialah tekanan kerja iaitu waktu kerja lebih panjang mahupun timbunan kerja. Masalah hubungan dengan orang di sekeliling sama ada keluarga, jiran, rakan mahupun masyarakat serta persekitaran tempat tinggal yang kurang selesa.

“Anda mungkin tertekan kerana perlu mengejar masa, kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur, terutama ketika hujan lebat, mahupun isu kekeluargaan iaitu berdepan kerenah anak yang kerap berkelahi atau menyepahkan barang.

“Bagi wanita, masalah bentuk badan kadangkala membuatkan anda stres. Apabila pakaian mula ketat hingga membuatkan anda susah hendak bernafas atau menyukarkan pergerakan, itu tanda amaran anda perlu berbuat sesuatu untuk menurunkan berat badan.

“Perubahan ketara bentuk tubuh menimbulkan rasa kurang selesa hingga membuatkan anda berusaha keras mendapatkan bentuk diinginkan,” katanya.

Stres yang positif biasanya dalam bentuk jangka pendek, dapat memotivasikan diri, gembira, meningkatkan produktiviti, meningkatkan pencapaian, selesa, bermanfaat, penting untuk ketahanan fizikal dan mental dan ketajaman minda.

Kesan negatif daripada stres ialah boleh membahayakan, terutama jika melaluinya bagi tempoh yang lama, terpaksa menggunakan tenaga simpanan, menyebabkan tekanan emosi, mengganggu sistem badan dan boleh mengubah cara seseorang itu berfikir.

Menurutnya, wujud dua personaliti individu yang dilanda stres. Individu jenis A ialah yang bercakap laju, tekun bekerja, sangat kompetitif, bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja terbaik, menghargai masa, sukar untuk beristirahat, mudah marah dan gangguan.

Individu jenis B pula menangani masalah dengan sabar, kurang bersaing dengan orang lain, terlalu memikirkan masalah, kurang tumpuan terhadap had masa, tidak merasa bersalah jika ingin beristirahat, bekerja dengan pantas dan tidak mudah marah.


GERAM... kanak-kanak juga boleh stres.
GERAM... kanak-kanak juga boleh stres.

 Bila kita berasa stres?
  • Dalam bahaya 
  • Cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa
  • Pengurusan masa yang teruk atau menetapkan anggaran masa yang tidak munasabah
  • Melengah-lengahkan urusan yang tidak menyenangkan
  • Melakukan semua seorang diri
  • Tidak sanggup berkata tidak
  • Membuat keputusan tergesa-gesa mengikut gerak hati
Perkara biasa terjadi yang mungkin menyebabkan stres
  • Seseorang memungkiri janji
  • Masalah dengan komputer
  • Tidak siap kerja
  • Tidak boleh tidur
  • Menggunting rambut tetapi dapat gaya tidak diingini
  •  Ingin mengadakan persembahan
  •  Memohon kerja
  • Tiada masa untuk makan
  • Kematian (ahli keluarga, kawan atau haiwan peliharaan)
  • Pertengkaran, konflik dengan rakan
  • Jadual yang tidak menentu
  • Kehilangan sesuatu, misalnya beg duit atau telefon bimbit
  • Prestasi kerja/tugas yang buruk
  • Tergesa-gesa kerana kesuntukan masa menghadiri temu janji
  • Rasa dipinggirkan
  • Mengalami kecurian harta benda
  • Menghadiri kelas yang membosankan
  • Buku kira-kira yang tidak seimbang
  • Putus cinta
  • Kereta/motosikal rosak atau tayar pancit
  • Kesukaran mencari parkir
  • Lambat datang haid dan tertunggu kedatangannya
  • Terperangkap dalam kesesakan jalan raya
Biasanya stres dikaitkan dengan fenomena melampau, misalnya:
  • Terlalu banyak perubahan
  • Pengharapan yang terlalu tinggi
  • Terlalu banyak maklumat
Antara punca menyebabkan stres 
  •  Perlu membentangkan kertas kerja atau projek — biasanya dihadapi oleh bos
  • Kerja — tekanan kerja, bekerja dalam waktu yang panjang atau beban kerja
  • Masa — mengejar masa
  •  Persekitaran — kadangkala kualiti hidup baik, ada masanya tidak, masalah yang ditimbulkan jiran.
  • Kesesakan lalu lintas — misalnya di Kuala Lumpur, kesesakan perkara biasa dan bertambah buruk jika hujan lebat
  • Masalah keluarga — menangani kerenah anak dan isu keibubapaan
  • Bentuk badan — terutama wanita, jiwa tertekan apabila tidak mendapat bentuk badan yang diinginkan.
  • Isu kewangan
Tanda stres
  • Fizikal — gangguan tidur, pening, migrain, sakit belakang, lemah sistem pertahanan badan, sakit otot, ulser, cirit-birit, hipertensi, perut kurang selesa, mulut kering dan telapak tangan berpeluh
  • Emosi — kelesuan, sedih, gelisah, tegang, rasa tidak layak, marah, suka bertengkar, mengelak berdepan masalah, menafikan ada masalah
Kenapa saya stres?
  • Faktor diri — masalah kesihatan, perhubungan, emosi, perubahan gaya hidup dan konflik
  • Faktor sosial — persekitaran, pekerjaan, taraf ekonomi
  • Faktor trauma — berlaku situasi tidak diingini
  • Faktor fikiran — risau dan takut sesuatu yang tidak pasti atau tidak diketahui
Sumber: Metro

Kata Rhoma Irama, ubat Stres adalah Takwa dan Iman.Maaf  video Bung Rhoma Irama enggak ada tapi  aku tak mahu menghampakan kalian semua,  ada sebuah video yang mungkin menghilangkan Stres kau orang semua  atau pun membuatkan korang lebih Stress gila .. Terimalah Metallica Tribute to Rhoma Irama.. ha ha ha. Wassalam.


Maher Zain - Sepanjang Hidup


Bagi lagu versi Inggerisnya  pula  bertajuk...klik (For The Rest Of My Life).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik