IKLAN

Ahad, 27 November 2011

Petua dan Amalan dengan Daun Kesum oleh Pakcik Beristeri Empat


Amal pucuk kesum
MARANG: Pucuk daun kesum dan ubi menjadi rahsia seorang warga emas berusia 60 tahun di Kampung Tok Fakir, Merchang, di sini, yang beristeri empat untuk mengekalkan stamina dan susuk tubuh menarik sehingga tampak muda berbanding umur sebenar.
Mohamed Nor Awang atau lebih mesra dipanggil Pok Nor berkata, dia hanya mengamalkan pemakanan sihat, terutama pucuk kesum dan ubi, untuk mengekalkan stamina seperti orang muda selain ingin tampak menarik.

Malah, pokok kesum ditanam di setiap rumah isterinya yang tinggal berasingan bagi memudahkan dia menjamah ulam kegemarannya setiap kali makan nasi.

“Pok Nor tak pernah guna ubat-ubatan atau majun, sebaliknya mengamalkan petua orang lama iaitu makan pucuk kesum dan ubi. Sejak 50 tahun mengamalkannya, Pok Nor kekal sihat zahir batin.

“Pucuk kesum dan ubi dijadikan ulam-ulaman ketika makan nasi dan sehingga kini Pok Nor tidak menghidap penyakit berbahaya, malah masih kuat bekerja sebagai penjual kayu api dan buruh.


“Ramai juga pelik dengan kecergasan Pok Nor, namun itulah hakikatnya apabila kita menjaga kesihatan serta mengamalkan petua yang betul.

“Pernah juga rakan mencadangkan Pok Nor mengambil majun untuk kekal sihat, namun ia tidak perlu kerana Allah mengurniakan kesihatan zahir batin kepada Pok Nor,” katanya.

Empat isterinya ialah Wan Rukiah Mat Yusoff, 55, Khalthum Dollah, 42, Noraini Daud, 43, dan Suzi Sulong, 37.


Usia Suzi sebaya dengan anak sulungnya, Shamsudin Mohamed Nor.

Isteri pertamanya, Wan Rukiah dikahwini pada 1973 dan dikurniakan sembilan anak berusia 16 hingga 37 tahun, manakala Khalthum dinikahinya pada 1987 dan dikurniakan empat anak berusia 15 hingga 22 tahun.


Dia berkahwin dengan Noraini pada 1988 dan dikurniakan lima anak berusia tujuh hingga 21 tahun, manakala isteri keempat, Suzi pada 10 Julai 2008.


Bersama Suzi, mereka belum dikurniakan cahaya mata selepas isterinya mengalami keguguran tahun lalu.


Bagaimanapun, perkahwinan dengan Suzi berdepan masalah apabila permohonannya di Mahkamah Tinggi Syariah untuk berkahwin lagi ditangguh pihak mahkamah sehingga mendorong ketiga-tiga isterinya turut membuat rayuan supaya membenarkan serta menyokong permohonan suami mereka.


Menurutnya, pernah seorang Datuk berstatus VIP yang ingin berpoligami berjumpanya untuk mencungkil rahsia dan petua mengekalkan keharmonian rumah tangga dan kekuatan batin.


“Tiada petua khusus selain mengamalkan makan pucuk kesum untuk kesihatan tubuh badan serta menerapkan amalan agama, termasuk bacaan surah Yasin setiap malam Jumaat secara beramai-ramai dengan keluarga untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.


“Memang jarang yang gemar makan pucuk kesum, padahal ia rahsia semula jadi yang diamalkan orang lama. Pucuk ubi juga bagus tetapi tidak dapat menandingi pucuk kesum.


“Pantang paling besar dalam hidup Pok Nor ialah tidur siang secara berlebihan, terutama petang. Siang adalah masa untuk badan kita bekerja dan aktif, manakala berehat hanya pada sebelah malam,” katanya.


Pok Nor berkata, dia bahagia bersama empat isteri dan 18 anaknya.


“Paling meriah ketika menyambut hari raya apabila semua anak dan cucu berkumpul dan kami bersama-sama menyiapkan hidangan hari raya untuk meraikan tetamu.


“Saya bersyukur kerana dianugerahkan kesihatan baik, boleh melihat cucu dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami empat isteri, bapa kepada 18 anak dan datuk kepada 12 cucu,” katanya.
myMetro

Antara lain khasiat Daun Kesum adalah: 


Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai
bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. 

Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. 
Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman,menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. 

Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia`aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.  

Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’,
minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.


Khasiat dan Kegunaan


Masalah kelemumur
Daun kesum ditumbuk lumat hingga keluar lendir. Lendir tersebut dicampurkan dengan sedikit air lalu disapukan pada kulit kepala. InsyaAllah masalah kelemumur tidak lagi membelenggu anda.

Masalah Penghadaman
Air rebusan daun kesum jika diminum dengan teratur, mampu membantu memulihkan masalah makanan tidak hadam di dalam perut.  Ia juga baik diamalkan oleh wanita yang baru melahirkan anak anda.





3 ulasan:

  1. Ohhhhh.. Suka daun kesom. Kalau mkn laksa atau laksam
    Mesti tabur kesum byk.. Nyummm.. Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. ya ya ,saya pun sama...kalau masak asam tak letak daun kesum rasa macam tak kick le..

    BalasPadam
  3. Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik