IKLAN

Jumaat, 8 Julai 2011

Gambar Entiti Paranormal Dirakamkan Di Highland Towers (Mesti Baca)

Seperti pembaca ketahui, saya dan kru pengkaji kes paranormal 666 berkunjung ke Highland Towers pada tengah malam 2 Julai lalu.

Kisahnya di sini.

Tengah hari tadi, saya dihubungi Azree Ja'far, dan memaklumkan saya berita menarik. Apapun sebelum itu mari bersama kita teliti gambar saya rakam menggunakan camera Canon Power Shot G12 di ruang unit di blok kondominium masih tegak berdiri.

Gambar berikut dirakamkan di antara jam 2.32 dan 2.34 pagi.



Melalui pengalaman, ingin saya kongsikan bersama semua pembaca, lazimnya kehadiran orbs dianggap sebagai isyarat jelas kewujudan entiti paranormal lain.

Blogger, Green Apple Ku menghuraikan informasi berhubung 'orbs' dalam tampalannya awal hari ini, klik di sini.

Pada ketika rakaman dilakukan,  saya masih ingat, Rahmat Mokhtar menjerit ...

"Huh! Tengok bacaan IR Thermometer jadi gila!"

Suhu asas, kira-kira 80°F menurun secara mendadak. Perhatikan bacaan pada skrin Infrared, IR Thermometer, dipegang oleh Rahmat.


Untuk rekod, pengkaji paranormal percaya, jika suhu naik atau turun secara mendadak dengan julat plus minus 10°F, itu isyarat jelas kewujudan entiti paranormal di kawasan sekitar.

Mari kita teliti gambar dirakamkan Azree di ruang sama.


Gambar sama saya paparkan dalam bentuk night vision dan heat sensor mode.


Seingat saya, pada ketika rakaman dibuat, tiada kapal terbang melintas di ruang udara di atas blok kami tinjau. 

Lebih ganjil, entiti berwarna putih itu kelihatan 'dibasahi' warna merah di bahagian kelihatan seperti kepala, hujung kanan.

Untuk rekod, antara 48 mangsa terkorban dalam tragedi 11 Disember 1993, bayi berusia 6 bulan dan warga emas, 76 tahun.

Kru 666 tidak berhasrat membuat sebarang spekulasi berhubung identiti entiti terbabit tetapi kami memohon pembaca beragama Islam untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada semua mangsa beragama sama maut dalam kejadian ngeri itu.

Al-Fatihah.

www.mazidulakmal.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik