10 Fakta Menarik Tentang Mata Manusia
Mata kita secara normal berfungsi sebagai indra penglihatan. Namun, apakah anda sudah tahu tentang pelbagai fakta menarik tentang mata manusia? Saya akan membincangkannya kali ini.Check it out
1. Semua orang akan memerlukan kacamata untuk membaca ketika mereka mulai tua
99% penduduk dunia akan memerlukan kacamata baca pada usia antara 43-50 tahun. Hal ini kerana perlahan mata mula kehilangan keupayaan fokusnya seiring bertambahnya usia.
Apabila kita melihat benda-benda di sekitar kita, kanta kita berubah dari bentuk flat ke bentuk yang lebih bulat, dan kita akan kehilangan kemampuan ini ketika kita mulai tua. Dan ketika kita berumur kira-kira 45 tahun, kita akan mula melihat hal-hal yang lebih jauh dari kita untuk membuat lensa mata kita tetap fokus.
2. Kanta di mata kita lebih cepat dari lensa kamera
Tepat di belakang pupil mata kita terdapat lensa mata yang fungsinya untuk fokus pada objek yang sedang kita lihat. Cuba anda luangkan masa sebentar untuk melirik ke sekeliling bilik dan cuba anda fikir berapa banyak jarak antara anda dan benda di sekeliling anda.
Setiap kali kita melakukan ini, lensa mata kita mengubah fokusnya tanpa kita sedari. Bandingkan dengan lensa kamera yang butuh waktu beberapa saat untuk jarak satu dan lain. Bersyukurlah kita, lensa mata kita boleh secepat itu, dan boleh terus berubah-ubah setiap masa.
3. Mata kita sepenuhnya berkembang pada umur 7 tahun
Pada usia 7 tahun mata kita telah sepenuhnya berkembang, dan secara fisiologi mempunyai bentuk yang sama dengan mata orang dewasa. Hal tersebut dapat dijadikan sebagai alasan yang penting untuk menyembuhkan "mata malas" (suatu keadaan di mana ketajaman penglihatan tidak dapat optimal) sebelum kita mencapai umur ini.
Semakin awal "mata malas" didiagnosis maka semakin besar peluang untuk menyembuhkannya, kerana mata masih berkembang dan masih dapat berubah dalam penglihatan.
4. Mata Kita Berkedip Sekitar 15,000 Kali Setiap Hari
Berkelip merupakan fungsi mata yang semi sengaja, ini bermakna bahawa berkedip tidak hanya dilakukan secara automatik, tetapi orang juga boleh memaksa untuk berkelip bila diperlukan.
Mata berkelip kira-kira 15,000 kali setiap hari. Berkelip adalah fungsi yang sangat penting dari mata anda kerana membantu menghilangkan kotoran pada permukaan mata anda, dengan menyebarkan air mata segar di atas mereka. Air mata ini membantu untuk menyuburkan mata anda dengan oksigen dan juga mempunyai sifat anti-bakteria penting. anda boleh menganggap fungsi berkedip mirip dengan fungsi wiper pada kereta anda, membersihkan dan membuang segala sesuatu untuk membuat anda melihat dengan jelas.
5. Setiap Orang Akan Mengalami Katarak Ketika Mereka Tua
Orang tidak menyedari bahawa katarak merupakan sebuah konsekuensi normal ketika mencapai usia tua dan setiap orang akan mengalaminya pada saat tertentu pada usia tua mereka.
Anda boleh menganggap katarak sama dengan rambut yang berubah menjadi putih yang merupakan perubahan alami seiring bertambahnya usia. Rata-rata usia orang pertama kali mendapatkan katarak adalah sekitar usia 70 tahun dan 80 tahun. Ini sama dengan anda tidak mungkin mencari orang berusia 80 tahun tanpa rambut putih, begitupun anda tidak akan mencari orang berusia 80 tahun tanpa menderita katarak.
6. Diabetes Sering dikesan Pertama Kali Dengan Melakukan Ujian Mata
Orang yang menderita diabetes jenis 2 (jenis yang akan berkembang di kemudian hari) sering mengalami gejala bebas, yang bererti mereka sering tidak tahu bahawa mereka menderita diabetes.
Jenis diabetes ini biasanya dapat diketahui dengan ujian mata, kerana dapat dilihat sebagai pendarahan kecil dari pembuluh darah yang bocor di belakang mata anda. Hal ini tentu merupakan alasan yang baik untuk melakukan ujian mata secara rutin.
7. Orang Melihat Dengan Menggunakan Otak, Bukan Mata
Fungsi mata anda adalah untuk mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan tentang objek yang ingin anda lihat. Maklumat ini kemudian akan diteruskan dari mata anda ke otak melalui saraf optik.
Bahagian otak yang bekerja adalah korteks visual, dimana semua maklumat ini dianalisis untuk membolehkan anda untuk 'melihat' benda-benda dalam bentuk jadinya. Namun bukan bererti mata anda tidak memainkan peranan penting kerana tentu saja mereka mempunyai peranan yang sangat penting.
8. Mata anda boleh menyesuaikan diri Dengan Blindspot (Titik Buta) Pada Penglihatan Anda
Keadaan mata tertentu seperti glaukoma dan keadaan kesihatan tertentu seperti mengalami serangan stroke, boleh menyebabkan anda untuk membangunkan blindspot dalam penglihatan anda.
Ini boleh sangat melemahkan jika bukan kerana otak dan kemampuan anda untuk menyesuaikan diri untuk membuat blindspot ini menghilang. Hal ini dilakukan dengan menekan blindspot pada mata yang mengalami gangguan dan membiarkan mata lainnya yang sihat untuk "mengisi kekosongan" yang tercipta oleh mata yang mengalami gangguan.
9. Penglihatan 20:20 Bukanlah Penglihatan Terbaik Yang Bisa Anda Miliki
Apabila orang mendengar istilah penglihatan 20:20, mereka menganggap bahawa ini adalah ukuran penglihatan yang terbaik. Namun hal ini tidak benar bahawa penglihatan 20:20 merujuk pada apa yang rata-rata orang dewasa harus dapat melihat.
Jika anda membayangkan grafik uji khas mata, penglihatan 20:20 mungkin hanya merupakan garis kedua dari bawah. Garis bawah ini bahkan lebih rendah dari penglihatan 20:20 dan ini bermakna anda mungkin mempunyai mempunyai penglihatan 20:16. Jadi jangan terlalu terkesan ketika seseorang memberitahu anda bahawa mereka mempunyai penglihatan 20:20. Yang dimaksud dengan penglihatan 20:20 adalah: angka 20 yang di depan menunjukkan jarak anda dengan benda yang anda lihat, iaitu 6 meter.Sedangkan angka 20 yang di belakang menyatakan bahawa benda tersebut masih boleh dilihat dengan jelas oleh penglihatan normal dari jarak 20 meter.Dan penglihatan 20:20 ini dianggap sebagai ukuran pandangan yang terbaik.Tetapi sebenarnya berbeza.
10. Mata Akan Berair Ketika Mereka Kering
Mungkin terdengar biasa, tetapi ini adalah salah satu fakta aneh tentang mata anda. Air mata anda terdiri dari 3 komponen yang berbeza iaitu air, lendir dan lemak. Jika ketiga komponen ini tidak tepat dalam jumlah yang tepat, maka mata anda boleh menjadi kering. Otak anda menanggapi kekeringan itu dengan menghasilkan air tambahan./posmankesyurga
MATA YANG MENDENGAR
SYUKUR kepada Allah kerana menganugerahkan sepasang mata yang sihat dalam usia yang sudah hampir menjejak separuh abad. Siang datang mata masih lagi memandang. Bila datang malam, kelopak mata masih lagi memejam memejam dan kekadang air mata masih mahu menitis saat berkongsi kesedihan dan kegembiraan. Terngiang-ngiang tutur nasihat Prof. Muhaya (Profesor Oftalmologi AUCMS dan Pakar Perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur) apabila memujuk keluhan pemanggil saat bersiaran setiap pagi Rabu di Radio IKIMfm 91.5mhz yang mengadu atas kekurangan dan kecacatan penglihatan mereka.
Balasnya mudah iaitu bersyukurlah dan bersyukurlah. Menghargai atas nikmat yang dikurnia Tuhan bukan memusuhi, jauh sekali mencemburui atas segala kehilangan. Saya mengakui kerana dalam kekurangan itu, suluh mata masih mampu memandu terang jalan. Bersyukur kerana mata masih belum diselaput gelita. Jangan menyesali atau mengaduh-aduh atas nikmat yang hilang sebaliknya bersyukur lagi dan lagi atas nikmat yang mendatang.
Syukur sepasang mata ini masih mampu berkongsi kesedihan orang lain dengan empati yang tidak bertepi. Namun antara mata yang memandang, memejam dan mengalirkan air mata, betapa sangat sedikit mata yang basah mengalirkan air mata. Malah mata yang basah saat dirundung sedih atau dibuai gembira dengan mata yang basah membesarkan Allah, betapa sangat sedikit mata yang basah takutkan Allah.
Wahai mata dengarlah betapa Abu Hurairah R.A menangis pada saat beliau sakit (sakarat). Maka ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuat kamu menangis?” Maka beliau menjawab, “Aku bukan menangis kerana dunia yang akan kutinggalkan ini. Namun, aku menangis kerana jauhnya perjalanan yang akan aku lalui sedangkan bekalku teramat sedikit, (aku menangis) kerana nanti aku akan mendaki jalan ke syurga atau neraka, dan aku tidak tahu ke manakah tubuhku akan dihalau.”
Wahai mata dengarlah dailog Ubaidullah bin Umair rahimahullah, suatu ketika dia pernah bertanya kepada Aisyah RA, “Khabarkanlah kepada kami tentang sesuatu yang pernah engkau lihat dan yang paling membuat kamu kagum akan diri Rasulullah SAW?” Maka Aisyah pun terdiam lalu mengatakan, “Pada suatu malam, baginda berkata, ‘Wahai Aisyah, biarkanlah malam ini aku bersendirian untuk beribadah kepada Tuhanku.’ Maka aku katakan, ‘Demi Allah, sesungguhnya aku sangat gembira berada dekat di sampingmu. Namun aku juga merasa senang apa yang membuat kamu gembira.’
Aisyah menceritakan lagi, ‘Kemudian baginda bangkit lalu bersuci dan kemudian mengerjakan solat.’ Aisyah berkata, ‘Baginda terus menerus menangis sehingga basah bahagian depan pakaiannya!’ Aisyah mengatakan, ‘Ketika baginda duduk (dalam solat) maka beliau masih terus menangis sehingga janggutnya pun basah oleh air mata!’ Aisyah melanjutkan ‘Kemudian baginda terus menangis sehingga tanah (tempat baginda solat) pun menjadi ikut basah (kerana titisan air mata)!”… Hadis riwayat Ibn Hibban.
Wahai mata alangkah baiknya kita mendengar dialog antara mata dengan hati seperti apa yang digambarkan oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah:
Kata hati kepada mata:
“Kaulah yang menyeretku kepada kebinasaan dan mengakibatkan penyesalan kerana aku mengikutimu beberapa saat saja. Kau lemparkan kerlingan matamu ke taman dari kebun yang tidak sihat. Kau salahi firman Allah, “Hendaklah mereka menahan pandangannya,” Kau salahi sabda Rasulullah SAW,
“Memandang wanita itu panah beracun daripada berbagai macam panah iblis. Barang siapa meninggalkannya karena takut kepada Allah, maka Allah akan memberi balasan iman kepadanya, dan akan merasakan kelazatan dalam hatinya.” (Hadis Riwayat Ahmad).
Kemudian mata berkata:
“Kau zalimi aku sejak awal sampai akhir. Kau kukuhkan dosaku lahir dan batin. Padahal aku hanyalah utusanmu yang selalu taat dan mengikuti jalan yang engkau tunjukkan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya dalam tubuh itu ada segumpal darah, jika ia baik, maka seluruh tubuh akan baik pula, jika ia rosak, maka rosak pula seluruh tubuh. Ketahuilah, segumpal darah itu ialah hati. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim).
Wahai mata dengarlah rintih dan doa Rasulullah SAW ketika mengadu kepada Allah SWT:
“Ya Allah kurniakanlah buatku sepasang mata yang mudah mengalirkan air mata agar dapat menyembuhkan hatiku saat ia mengalir kerana takut kepada-Mu. Sebelum air mata menjadi darah dan sebelum gigi geraham menjadi bara.“ibnuahmadalkurauwi
Apa kaedah dan berapa kos yang perlu kita bayar jika mata kita rosak..
Salah satunya adalah Kaedah Pembedahan Lasik
Kaedah Lasik dijalankan oleh Pof Muhaya
Tidak semua orang boleh menjalani Lasik. Anda harus menjalani pemeriksaan mata oleh pakar mata terlebih dahulu. Macam kes mama, 1st check up Dr. akan periksa berapa power mama, astig & ketebalan kornea mata. Kornea yang cukup tebal sahaja boleh menjalani Lasik. Minima ketebalan ialah 250 mikron. Ketebalan kornea mata mama 540 mikron. Kos untuk 1st check up RM80.
2nd check up Doktor akan periksa keadaan mata kita sama ada baik atau tidak. Ada infection atau tidak. Setelah pasti keadaan mata baik barulah Doktor akan beritahu kita layak untuk menjalani Lasik.
Kos untuk 2nd check up RM120. Selepas 2nd check up barulah Dr. akan bagitahu berapa kos untuk membuat Lasik. Di Laser Fokus, semakin nipis kornea mata anda semakin mahal kosnya. Kos Lasik di sini bermula pada RM2,988 - 5,288 tidak lebih dari itu. Tapi, ada sesetengah tempat yang mengenakan harga tetap tidak kira berapa ketebalan kornea mata anda. Ada kos yang mencecah sehingga 7 ribu untuk sepasang mata./ummu-fatimah.
Macam cantik je, macam comel je..Alhamdulillah! saya ada 2+*1( mata hati) mata walaupun tak secantik mata Syasha.. tapi DENGANNYA SAYA MASIH DAPAT MELIHAT DIRI SENDIRI DAN SEGALA KEINDAHAN YG DI CIPTA OLEH ALLAH S.W.T. UNTUK KITA SEMUA..
Kos untuk 2nd check up RM120. Selepas 2nd check up barulah Dr. akan bagitahu berapa kos untuk membuat Lasik. Di Laser Fokus, semakin nipis kornea mata anda semakin mahal kosnya. Kos Lasik di sini bermula pada RM2,988 - 5,288 tidak lebih dari itu. Tapi, ada sesetengah tempat yang mengenakan harga tetap tidak kira berapa ketebalan kornea mata anda. Ada kos yang mencecah sehingga 7 ribu untuk sepasang mata./ummu-fatimah.
Macam cantik je, macam comel je..Alhamdulillah! saya ada 2+*1( mata hati) mata walaupun tak secantik mata Syasha.. tapi DENGANNYA SAYA MASIH DAPAT MELIHAT DIRI SENDIRI DAN SEGALA KEINDAHAN YG DI CIPTA OLEH ALLAH S.W.T. UNTUK KITA SEMUA..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan