IKLAN

Khamis, 24 Oktober 2013

Suami Allahyarhamah Norazita Rayu Henti Sebar Gambar Ngeri Arwah


Rayuan buat sekian kalinya. Bila orang sudah minta delete, delete la. Masih terdapat page dan blog yang menyiarkan video rakaman rompakan dan bunuh juga gambar mangsa..

Tak boleh bertolenrasi ke?

Orang minta delete cara baik. Orang minta tolong. Delete aje la. Marila kita menjadi lebih memahami..


Suami kepada pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya selepas kejadian itu di Internet.

Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.

"Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang semalam, Norazita maut akibat ditembak di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari bilik kebal bank tersebut.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun sejurus pintunya dibuka.

Beberapa jam kemudian gambar di tempat kejadian yang menunjukkan keadaan mangsa yang berpakaian baju kurung merah terbaring dengan keadaan wajah yang mengerikan akibat terkena tembakan itu tersebar di laman-laman sosial.

Malahan hari ini rakaman video kejadian itu pula tersebar.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131024/je_14/Suami-Norazita-rayu-henti-sebar-gambar-ngeri-arwah#ixzz2idsFQTWY

Hukum Sebarkan Gambar Mangsa Jenayah.

Gambar-gambar yang menakutkan, men-ngerikan serta mengaibkan.

Dalam konteks apa yang dialami oleh mangsa jenayah. Lebih2 mangsa jenayah yang mati.  Berikut pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Mazlee Malik.

Perhatikan ;

Dari Dr Mazlee Malik ;
Oleh kerana para mufti dan ustaz-ustaz soal jawab agama tidak bersuara, maka saya ingin berfatwa.

HARAM hukumnya menyebarkan gambar mangsa kecelakaan, kemalangan, rompakan, dan yg seumpamanya melalui media sosial dan apa jua medium untuk tatapan umum.

Ia melibatkan aib, aurat dan juga maruah mangsa. Keluarga mangsa akan menjadi trauma, terutamanya anak-anak yang masih kecil jika ada. Keluarga juga akan menanggung malu. Ia melibatkan maruah ramai pihak. Bagi yg menyebarkan, bayangkan jika anda ataupun ibu, bapa, isteri atau keluarga anda di tempat mangsa.

Dari sudut etika dan moral ianya juga mencabuli hak peribadi dan maruah mangsa dan keluarga mangsa.

Gambar mangsa hanya dibolehkan digunakan untuk tujuan forensik, pengecaman identiti ataupun perubatan bagi pihak yang terlibat sahaja dan buka untuk konsumsi umum.

Bagi yang telah menyebarkan mana-mana gambar sebelum ini, silalah bertaubat dan memohon maaf dari keluarga mangsa....

wallahua'lam.

Semoga selepas ini kita ber-ahti2 dalam penyebaran tersebut. Jika telah dikaburkan seperti yang seringkali dilakukan oleh wartawan mungkin itu berbeza dari apa yang sedang disampaikan di atas.

Terima Kasih.
Kredit:sozcyili

P/s: Aku dah tenguk gambar dan video allahyarhamah tu,memang trajis, dan ngeri dari h.phone seorang kawan, katanya anggota yang kongsi dalam wchat, tah betul tah tidak... Ada baiknya para blogger semua padamkan gambar dan video Allahyarhamah tu, cuba bayangkan jika keluarga kita yang kena (minta berlindung dari Allah) baru nak sentap! Al-Fatihah buat Arwah Norazita Abu Talib, semoga Suami,anak2nya dan keluarganya tabah menerima ujian ini, Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik