IKLAN

Khamis, 4 April 2013

Usah Menghukum Orang dari Persekitarannya..





1 - Seorang lelaki ditemui mati dipijak ketika waktu haji,
Pemuda A : memang sah2 lelaki tu masuk syurga
Gadis A : syurgalah tempatnya

2 - Seorang pemuda mati 2/3 malam didalam masjid, bilal temui jasadnya ketika waktu subuh.


Pemuda A : syurga jua tempat pemuda tu,
Gadis A : tak dinafikan syurga tempat dia.

3 - Seorang lelaki mati didepan kedai arak , berlaku pendarahan teruk di kepala kerana dihentak botol arak.


Pemuda A: penghuni neraka memang macam tu.


Gadis A: ahli neraka la jawabnya.

_______________________________________________________


**Cerita Sebenar

1- lelaki yang dipijak mati ketika menunaikan haji itu sebenarnya ialah ketua penyeluk saku, orang ramai memijak dia kerana mereka mendapati banyak dompet berada dalam pakaian ihramnya,.

2- Pemuda yang mati didalam masjid itu mati,kerana setelah disoal siasat, pemuda itu cuba mencuri duit tabung masjid, dia jatuh tergelincir ketika memanjat bumbung masjid.

3- lelaki itu mati sebab kebetulan dia lalu disitu, dia nampak sekumpulan pemabuk sedang cuba ingin merogol seorang wanita, dia ingin menolong perempuan itu, setelah puas bergelut, dia dipukul dengan kuat dikepala dengan botol arak sehingga mati .

Okayyy !

Natijahnya, sekarang ni, ramai orang suka menghukum seseorang tu, dengan sewenangya mereka meletakkan seseorang dalam keadaan yang mereka suka, Ingat ! kita bukan Allah untuk menghukum sesiapa, kita hanya mampu menilai bukan menghukum, !! jangan terlalu cepat kita menghukum sesuatu . .

(Surah An Nahl Ayat 90) Ertinya:
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu ( dengan suruhan dan larangannya ini ), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya."

(Surah Al Maidah Ayat 42) Ertinya:
"Dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.




FB-Tanyalah Ustaz



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik