IKLAN

Selasa, 20 Disember 2011

PETRONAS Tamat Taja Ariff Alfian dan Dia Mengatakan,"Saya Masih Muslim Akan Kekal Sebagai 'Islam Hingga Mati..."

KUALA LUMPUR – PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.

“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.

“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu. – Berita Harian Online



Dalam laporan yang lain menyatakan..

"Saya Masih Seorang Muslim ..."- Ariff Alfian

Ariff Alfian pelajar Malaysia yang telah mendapat tajaan Petronas telah menimbulkan isu panas sekarang ini kerana dilaporkan telah berkahwin dengan pasangan Gaynya. Gambar Ariff Alfian muncul di internet dalam pakaian tradisional Malaysia dengan pasangan gaynya di Ireland pada satu majlis di Dublin City Hall.

Gambar-gambar yang disiarkan pada muka surat depan beberapa akhbar tempatan dan telah menjadi sumber kritikan dari pelbagai kumpulan di Malaysia, di mana hubungan seksual sama jantina adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun di dalam penjara.

Kontroversi ini telah mendorong pejabat Perdana Menteri Malaysia untuk mengeluarkan satu kenyataan yang berjanji untuk menyiasat perkara itu.

Ariff Alfian Rosli (28) telah bermastautin di Ireland selama lapan tahun lalu untuk mempelajari bidang perubatan di sebuah universiti di Dublin. Selepas perselisihan pendapat yang ketara dengan anaknya pada tahun 2009, bapanya Encik Rosli melaporkan anaknya Ariff Alfian hilang kepada pihak berkuasa Malaysia.

Encik Rosli semalam memberitahu The Times Ireland beliau tidak hilang dan ingin membetulkan komen yang tidak tepat mengenai beliau dalam media Malaysia.

“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.

Beliau enggan mengulas sama ada terlibat dalam hubungan sesama jantina. Homoseksual masih menjadi isu yang pantang dalam Malaysia. Peguambela bagi hak-hak gay berkata, ramai rakyat Malaysia masih takut untuk keluar secara terbuka kerana takut kutukan agama atau pendakwaan.

Ariff Alfian juga berkata, laporan bahawa dia telah meninggalkan agama Islam adalah tidak tepat.

"Saya tidak ditukarkan ke mana-mana agama, bertentangan dengan apa yang telah dilaporkan. Saya dilahirkan seorang Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal sebagai 'Islam hingga mati. Tiada apa-apa jua akan mengoncang keimanan saya. "
Beliau juga berkata beliau telah berhubung rapat dengan keluarganya dan bingung bagaimana "kehilangan" beliau telah menjadi sumber utama kontroversi di Malaysia.

"Saya mempunyai percanggahan pendapat dengan bapa saya pada tahun 2009, dan selepas itu dia dikatakan hilang. . . Walaupun saya tidak berkomunikasi dengan bapa, saya masih berhubung rapat dengan ahli keluarga saya yang lain, "katanya./sedakasejahtera

P/s : "Saya masih seorang Muslim dan akan kekal sebagai 'Islam hingga mati. Tiada apa-apa jua akan mengoncang keimanan saya..", Mmm.. kata-kata yang agak mengelirukan..Apa pendapat anda..?



2 ulasan:

  1. kesian tengok orang macam ni...Kita doa la Allah bagi hidayah kat dia kan.huhuhu

    BalasPadam
  2. memang kesian sungguh..selagi kita hidup, kita masih ada peluangkan..mari kita Doa'kan sesama, supaya ia kembali kepangkal jalan..Amin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik