IKLAN

Isnin, 12 Disember 2011

Diperdaya Jutawan Minyak Arab

KUALA LUMPUR – Siapa tidak teruja apabila ditawarkan bekerja dengan majikan berketurunan raja sebuah negara Teluk yang mempunyai rangkaian perniagaan minyak dan gas di seluruh dunia.

Dengan tawaran gaji termasuk faedah seperti tempat tinggal dan elaun lumayan, sudah pasti ramai yang kelabu mata.

Namun semua itu hanya indah khabar sahaja apabila lelaki bergelar doktor itu sebenarnya kaki auta apabila tembelang mula terbongkar satu persatu.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 35, berkata, pengalaman pahit berkhidmat selama sebulan dengan lelaki itu sudah cukup untuk mendorong dia membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini mengenai tindak-tanduk lelaki tersebut.

Dia mendakwa, turut tertipu dengan jutawan tersebut ialah 15 lelaki tempatan yang diupah untuk bekerja sebagai pengawal peribadi lelaki itu.

Abdullah yang mendakwa berasal dari Iraq menjelaskan, pada mulanya dia dijanjikan jawatan sebagai pengurus teknologi maklumat bagi syarikat milik jutawan tersebut dengan gaji permulaan RM1,600 sebulan.

Kondominium mewah di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur tempat jutawan Arab itu menjalankan operasi 'bisnes'nya.Kondominium mewah di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur tempat jutawan Arab itu menjalankan operasi 'bisnes'nya.

Lebih mengujakannya apabila jutawan tersebut turut menawarkannya seunit kondominium mewah yang terletak di Jalan Law Yew Swee di sini dan elaun makan setiap hari.

“Memang dalam tempoh seminggu hingga dua minggu, saya sangat yakin dengan dia yang kelihatan sangat segak dan bergaya apatah lagi lelaki itu diperkenalkan oleh kawan saya sendiri,’’ ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Kosmo



1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbr dan Salam Sejahtera,

    Jom sertai kami sebagai Agen Topup Prepaid sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan melalui jualan topup. Ianya perniagaan yang HEBAT, CANGGIH, MUDAH, JIMAT dan MENGUNTUNGKAN. Jadikan handphone anda sebagai mesin buat $$$$$.

    Cuba anda bayangkan, pada masa kini, topup prepaid merupakan suatu kepentingan dalam kehidupan rakyat Malaysia, hampir keseluruhan tempat pengguna topup prepaid berada dan jika anda menjadikan topup prepaid ini sebagai perniagaan, ia pasti amat menguntungkan anda. Dan apa yang pasti setiap hari bilangan pengguna topup prepaid semakin BERTAMBAH!

    Jadi, rebutlah peluang ini... Jom jana pendapatan lumayan bersama kami. Saya CUKUP YAKIN anda mampu menjana pendapatan sekitar RM800 - RM6000 sebulan!!

    PASTI JIMAT! PASTI UNTUNG! Pendaftaran serendah RM10!

    Sila layari MyTopup2You untuk keterangan lanjut. Pelbagai pakej menarik menanti anda..

    Ikhlas,
    Admin..
    MyTopup2You

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik