IKLAN

Isnin, 28 November 2011

Cerita Tentang Salah Tafsir…



Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing-masing berisi dengan air mineral dan arak.
“Cuba perhatikan murid-murid. Lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul-betul. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul-betul.”
Semua mata tertumpu pada kedua-dua ekor cacing itu.
Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak-anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
“Baiklah murid-murid, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”
Dengan penuh yakin anak-anak muridnya menjawab, UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…MINUMLAH ARAK…



Seorang Ibu Pengsan di Jalanan, Anaknya Menangis Histeria Tapi Tiada Siapa Yang Mahu Menolong

China memang terkenal dengan ketidakprihatinan masyarakatnya akan penderitaan orang lain. Beberapa waktu yang lalu, marak beredar video seorang kanak-kanak yang mengalami kemalangan, tapi orang yang lalu lalang tidak memperdulikannya, dan akhirnya kanak-kanak itu mati di hospital.

Cerita terbaru, beredar sekeping gambar dimana seorang ibu muda pengsan di jalanan di bandar Xi'an, sementara di sampingnya, anaknya yang masih bayi menangis bak kena histeria melihat ibunya sebegitu. Yang peliknya di sekeliling ibu yang pengsan itu ramai orang yang asyik menonton dan tidak memperdulikan nasib si ibu yang pengsan itu. Cuma yang ada sekadar menggendong si anak kecil itu mengharapkan supaya ia diam dari terus menangis.
Tragis. 


Disunting dari www.noveloke.com


Anda Ingin Sihat? Berfikirlah Positif Sentiasa

Adakah anda ada kesulitan memunculkan fikiran positif dalam diri anda? Cubalah tanya kembali diri anda. Boleh jadi, sikap anda sendiri yang menghalang fikiran positif berkembang di dalam otak.

Menyelaraskan fikiran positif sebenarnya bukanlah perkara yang sukar. Kerana pada dasarnya ketika lahir ke dunia pun, manusia dalam keadaan positif. Namun seiring dengan perjalanannya, fikiran positif kerap beradu dengan sisi negatif yang saling tarik-menarik. Alhasil, tak sedikit orang yang lebih dominan sikap negatifnya kerana dipengaruhi oleh watak diri, keperibadian, dan kebiasaan. 

Menjadikan fikiran positif sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian tentu tidak ada ruginya. Dengan berfikir positif, maka anda pun terbiasa melakukan hal-hal yang positif yang memberikan kesan positif pula dalam hidup anda.


Malangnya, kenyataan tersebut tidak selalu wujud kerana fikiran manusia dipengaruhi alam bawah sedar mereka. "Alam bawah sedar selalu menguasai perilaku seseorang, sehingga kadang-kadang apa yang dilakukan bukanlah apa yang difikirkan," tutur Rani Noesman MPSI dari Yayasan Kita dan Buah Hati di Rumah Batik Danar Hadi, Melawati, Kuala Lumpur.

Rani mengaku tanpa disedari alam bawah sedar sering menyabotaj fikiran. Misalnya, ketika anda menelefon pasangan kerana belum pulang kerumah di waktu seperti kebiasaannya, maka fikiran-fikiran negatif pun mulai menghantui. Jangan-jangan dia inilah atau dia itulah. 

"Faktor kejayaan fikiran positif itu 85 peratus bergantung kepada sikap mental, sementara 15 peratus dipengaruhi oleh pengetahuan. Jadi untuk mengubah diri, maka yang perlu anda lakukan adalah mengubah perilaku atau sikap anda," katanya memberi tips. (Sydh / okz)


Diterjemah dari voa-islam.com





Chavez bawa pulang simpanan emas negara RM35.1 bilion


BEBERAPA kereta perisai membawa jongkong emas melintasi Istana Miraflores di Caracas kelmarin. - Reuters




CARACAS - Venezuela kelmarin menerima penghantaran pertama simpanan jongkong emas negara berkenaan yang berada di seberang laut, kata Presiden Hugo Chavez.
Chavez berkata, penghantaran tersebut dibuat selepas Venezuela meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan.
Simpanan emas Venezuela itu di beberapa buah bank Eropah termasuk Britain itu dibawa dengan sebuah penerbangan dari Paris.
Askar-askar kemudian mengawal emas tersebut yang diisi ke dalam sekurang-kurangnya lima buah kereta perisai menuju ke Bank Pusat di Caracas.
Pada Ogos lalu, Chavez mengumumkan rancangan mendapatkan kembali simpanan emas Venezuela di luar negara berjumlah 211.35 tan dan bernilai AS$11 billion (RM35.1 bilion).
Beliau juga mengisytiharkan hasratnya untuk memindahkan aset cair Venezuela berjumlah AS$6.2 (RM19.5 bilion) bilion yang disimpan di Bank Switzerland, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ke negara rakan seperti China, Rusia dan Brazil. - AFP


Kosmo!





Aku Ingin Berkahwin, Tapi ...



Pernikahan, adalah saat penting bagi setiap orang. Termasuk juga diriku. Setelah sekian lama, aku berharap kejadian suci itu akan terjadi dalam hidupku.

Aku benar-benar ingin berkahwin, tapi ...
Aku belum boleh memantaskan diriku dengan keikhlasan kerana Allah, untuk sebuah pengabdian kepada seorang lelaki. Ya, lelaki yang nantinya akan menjadi suamiku. Semua kerana masih besarnya egoku, dan susahnya diriku, bahkan untuk sekadar menyenangkan orang lain. Yang ada malah, aku ingin selalu dimanjakan dan disenangkan. 

Tiada istilah kemakluman bagiku atas diri orang lain. Kerana itu sungguh sangatlah sukar untuk ku lakukan. Tidak ada istilah `kita` dalam hidupku, yang ada adalah, kamu dan aku.

Aku ingin berkahwin, tapi ... aku belum boleh dan belum terbiasa untuk berkongsi. Bagiku, semua milikku adalah milikku, dan menurutku orang lainpun perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu yang kemudian akan menjadi milik mereka.

Aku ingin berkahwin, tapi ... aku belum boleh bersabar. Aku sudah terbiasa meluahkan emosiku atas apa-apa yang aku mahu dan yang aku suka. Yang aku mahu adalah, orang lain bersabar atas apa adanya aku. Yang aku mahu adalah, orang lain selalu membenarkan apa-apa pendapatku, serta menurutinya.

Aku ingin berkahwin, Tapi ... aku belum boleh bersikap lembut.Buatku, lembut adalah lemah. Dan menurutku, wanita lembut adalah serupa dengan ketidak mampuan mereka untuk melawan dan hanya sekadar menuruti keinginan orang lain.

Aku ingin berkahwin, tapi ... aku adalah peribadi yang susah untuk dipercayai. Bagiku keburukkan sesiapa, kecuali diriku sendiri.. adalah sesuatu yang enak untuk dibicarakan dan bagiku itu adalah hiburan. Kadang aku bertanya pada diri sendiri, lalu bagaimana jika nanti suamiku mempunyai kekurangan yang jelas-jelas aku akan tahu .. entahlah, yang aku tahu aku hanya ingin berkahwin.

Aku ingin berkahwin, Tapi aku belum boleh tampil indah bagi orang lain. Menurutku, orang lain harus menerima apa adanya aku. Jika mereka tak menyukainya, itu hak mereka dan bukan urusanku. Dalam fikiranku, kritik adalah tuntutan orang lain atas aku, dan sama sekali aku tidak suka itu.

Aku ingin berkahwin, tapi aku tak tahu atas niat apa aku ingin berkahwin. Yang aku tahu, aku hanya memerlukan seseorang yang akan mendampingi aku. Paling tidak supaya aku tidak mendapat jolokan `tidak laku` .. sahaja. Dan aku tidak mahu diribetkan dengan rentetan tuntutan dan kewajipan dari sebuah perkahwinan. Yang aku tahu, aku hanya ingin berkahwin.

Aku ingin berkahwin, tapi ... mungkin sebaiknya aku bertanya kepada diriku sendiri dahulu, Aku memang ingin berkahwin, tapi apakah aku sudah benar-benar mempersiapkan diri untuk berkahwin?



Hantaran Untuk Majlis Pertunangan Berapa Bajetnya?

Hantaran Untuk Majlis Pertunangan 


Mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).


Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan.
Sebelum memilih barang-barang hantaran, anda kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.
Berikut disenaraikan hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
Di harap anda telah mendapat sedikit idea dalam memilih barang-barang untuk majlis pertunangan anda kelak!

homefamilysite.com







Nilai Mas Kahwin 2011/2012, Antara Ikut Taraf Pendidikkan, Test Drive dan Pendapat Ustaz Azhar



Kerapkali anda terjumpa post ini diFacebook atau dimana-mana blog dan web?…
Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000
Jom baca sebuah sketsa yang berkaitan dengan mas kahwin:
Mak Cik : “Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. “.
Mat : “Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat “..
Mak Cik : “Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap “.
Mat : “Kalau mak cik nak jual anak mak cik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT sebanyak 10%, macam saya beli kereta Saga FL saya nie. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua sekali(paham2 la..hehe).. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10%.. 50% pun saya berani letak bayar mcm saya bayar kereta saya nie... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!
p/s : kepada cewek2 cun di luar sana, jangan marah ek..hehe…
p/s/s: peace no war….
Amacam? Ada berani ka?…hihi
Apa Pendapat Ustaz Azhar?
Sambungan daripada entry nilai mas kahwin setiap negeri di Malaysia 2011, iaitu berkenaan dengan nilai mas kahwin semasa mengikut taraf pendidikan seseorang wanita itu. Lihat apa pendapat Ustaz Azhar.


Sumber: ohbelog


P/s: Mmm..memang bukan mudah memisahkan yang adat dan yang mengikut syariat, juga menjaga mulut orang tua,orang kampong..terutamanya mereka yang menjaga adat walaupun tak semua adat itu betul.. ya tak..dan akhirnya kita sendiri yang susah.Kesian..WallahuA'lam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik