IKLAN

Ahad, 17 Februari 2013

Video dan Gambar Kejadian Tahi Bintang Yang Gugur Di Rusia

Misi cari serpihan tahi bintang dicari


SEORANG pegawai polis Rusia semalam mengawal lubang yang dipercayai tempat sebutir tahi bintang jatuh di Tasik Chebarkul, Chelyabinsk kelmarin.

MOSCOW - Sekumpulan orang menyelam ke dasar sebuah tasik yang berais semalam untuk mencari serpihan sebutir tahi bintang yang jatuh ke bumi selepas meletup di udara sehingga mengakibatkan 1,200 penduduk cedera dan ribuan rumah musnah.
Seorang jurucakap Kementerian Kecemasan Rusia berkata, enam penyelam memeriksa dasar Tasik Chebarkul di wilayah Chelyabinsk, 1,500 kilometer dari sini untuk mencari serpihan tahi bintang yang jatuh kelmarin.
Terdapat sebuah lubang besar di tasik berais itu yang dipercayai menjadi tempat tahi bintang tersebut jatuh.
Tasik itu terletak 80 kilometer dari bandar Chelyabinsk.
Namun, enam penyelam tersebut yang menyelam selama tiga jam gagal menemui sebarang serpihan tahi bintang.
"Mereka mendapati dasar tasik itu dipenuhi dengan 1.5 meter lumpur tebal," kata salah seorang anggota mencari itu kepada media Rusia.
Gambar yang disiarkan agensi berita Reuters semalam menunjukkan satu serpihan kecil dipercayai daripada tahi bintang itu.
Beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat menganggarkan jumlah tenaga yang dibebaskan akibat kesan perlanggaran dengan atmosfera itu adalah kira-kira 30 kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Letupan tahi bintang seberat 10 tan itu telah menyebabkan sejumlah tingkap kaca lebih 4,000 buah bangunan pecah di wilayah itu.
Bumbung dan dinding sejumlah bangunan juga runtuh selepas bebola api dan letupan dilihat sebahagian penduduk di wilayah berkenaan.
Gabenor wilayah berkenaan, Mikhail Yurevich menyatakan kerugian akibat letupan itu dianggarkan AS$33 juta (RM102 juta).
Ramai mangsa cedera akibat terkena kaca dan pelbagai serpihan yang pecah akibat letupan tersebut. - Agensi/.kosmo.


Video dan gambar ketika dan selepas kejadian


A fiery meteor streaks over the Ural Mountains.

AWAN kelihatan di laluan tahi bintang itu.
KESAN pergerakan tahi bintang di ruang udara sebuah kampung di Bolshoe Sidelnikovo, kira-kira 50 kilometer dari Chelyabinsk.

A meteor streaks through the sky before exploding with a flash and boom that shattered glass in buildings and left hundreds of people hurt.

The meteor leaves a white streak through the sky. The national space agency, Roscosmos, said scientists believed one meteoroid had entered the atmosphere, where it burned and disintegrated into fragments, according to RIA Novosti.

Inilah lubang yang dipercayai tempat sebutir tahi bintang jatuh di Tasik Chebarkul, Chelyabinsk

A large chunk of a meteor that exploded over Russia is found in a late on Friday, February 15.


SEBUAH bangunan runtuh akibat letupan kuat tahi bintang tersebut.

Workers repair a damaged power line near the wall of a local zinc plant. About 270 buildings were damaged -- mostly broken glass -- by shock waves caused by the blast, said Vladimir Stepanov of the National Center for Emergency Situations at the Russian Interior Ministry.

A man removes shards of glass from the frame of a broken window.

A ruler is used to examine fragments said to be from a meteor, near an ice hole on lake Chebarkul, some 50 miles west of Chelyabinsk, February 15, 2013. REUTERS-Chelyabinsk region Interior Ministry

Pembaris digunakan untuk memeriksa serpihan dikatakan dari meteor, berhampiran lubang ais di tasik Chebarkul, kira-kira 50 kilometer barat bandar Chelyabinsk, 
 February 15, 2013.

The meteor damaged windows at a sports hall.


By noon Russia time more than 725 people had sought medical help.

Pakcik ini diantara  orang-orang yang tercedera


Sumber gambar dari : http://www.reuters.com


Mari kita rasakan sesama gegaran dan bunyi yang supersonik yang mengegarkan deria rasa..
masihkah kita berkhayal dengan dunia yang fana ini.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik